2010–2019
Diuji dan Digoda—tetapi Dibantu
Oktober 2015


Diuji dan Digoda—tetapi Dibantu

Kita boleh menolong satu sama lain sebagai anak Bapa Syurgawi di dalam godaan dan percubaan kita.

Dalam perjalanan hidup kita, kita diuji dan digoda. Kita juga mempunyai peluang untuk menggunakan hak pilihan dan menolong satu sama lain. Kebenaran ini adalah sebahagian daripada rancangan sempurna Bapa Syurgawi kita.

Presiden John Taylor mengajar: “Saya pernah mendengar Nabi Joseph berkata, dalam bercakap kepada Dua Belas pada satu masa: “Kamu akan mempunyai banyak percubaan yang harus kamu tempuhi. Dan ia amat perlu untuk anda dicuba sama seperti Abraham dan orang orang Tuhan yang lain, dan (kata dia) Tuhan akan merasa kamu, dan dia akan mengambil kamu dan menyambar dan memintal tali jantung kamu.’”1

Apabila kita sampai ke umur pertanggungjawaban, percubaan dan godaan adalah di semua tempat. Kadang kala ia boleh manjadi beban yang berat, tetapi ia juga memberi kita kekuatan dan pembesaran apabila kita mengatasinya dengan berjaya.

Mujurlah, beban ini tidak diangkat seorang diri, Alma mengajar, “dan sekarang, kerana kamu berhasrat untuk datang ke dalam kawanan Tuhan, dan untuk dipanggil umat-Nya, dan bersedia untuk menanggung beban satu sama lain, agar ianya boleh menjadi ringan.”2 Kata-kata ini menunjukkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk menolong satu sama lain. Tanggungjawab ini boleh datang daripada panggilan Gereja, tugasan, atau persahabatan, atau sebahagian daripada tugas ilahi kita sebagai ibubapa, pasangan, atau ahli keluarga—atau hanya kerana kita sebahagian keluarga Tuhan.

Saya akan menggambarkan bagaimana beban kita dikurangkan apabila kita menolong satu sama lain.

1. Juruselamat berkata, “Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer.”3 Sebagai satu contoh, kita diminta untuk menghadiri bait suci dengan kerap, mengikut kemampuan kita. Menghadiri bait suci memerlukan pengorbanan masa dan sumber, terutamanya untuk mereka yang perlu mengambil perjalanan yang jauh. Walau bagaimanapun, pengorbanan ini harus dianggap sebagai sebahagian kilometer pertama.

Kita mula berjalan kilometer kedua apabila kita memahami kata-kata “cari, ambil, ajar,”4 apabila kita mencari dan menyediakan nama-nama nenek moyang kita untuk tatacara bait suci, apabila kita menolong mengindeks, apabila kita melayan sebagai pekerja bait suci, dan kita mencari jalan untuk menolong orang lain mempunyai pengalaman bait suci yang bermakna.

Apabila saya melayan sebagai Ahli Kawasan Tujuh Puluh, salah satu daripada pancang dalam majlis koordinasi mengambil bahagian dalam satu rombongan besar bait suci. Bait suci yang mereka hadiri adalah kecil, dan malangnya beberapa ahli, walaupun membuat perjalanan 12 jam, tidak dapat masuk ke dalam bait suci kerana ia melebihi had harian bait suci.

Beberapa hari selepas rombongan itu, Saya melawat pancang itu dan menanya presiden jika saya boleh berbicara dengan ahli gereja yang tidak mendapat peluang untuk menghadiri bait suci pada hari itu. Salah satu saudara yang saya lawati memberitahu saya: “Elder, jangan bimbang, Saya berada di rumah Tuhan. Saya duduk di atas sebuah kerusi dan memikirkan tentang tatacara bait suci. Saya mendapat peluang untuk masuk, tetapi saya membenarkan seorang lagi saudara, yang datang pada kali pertama bersama isterinya untuk dimeteraikan, untuk mengambil tempat saya. Mereka berpeluang untuk menghadiri dua sesi pada hari itu. Tuhan mengenali saya, dan Dia telah memberkati saya, dan kami baik.”

2. Senyum. Tindakan yang kecil ini boleh menolong mereka yang dibebani. Semasa sesi imamat pada persidangan umum bulan April lalu, Saya duduk di atas sebagai satu daripada Penguasa Umum yang baru dipanggil. Kami duduk di mana saudari dari presidensi badan sokongan sedang duduk sekarang. Saya berasa amat gementar dan terharu dengan panggilan baru saya.

Apabila kita menyanyi lagu rohani pertengahan, Saya terasa tanggapan bahawa seseorang sedang melihat saya. Saya berfikir kepada diri sendiri: “Terdapat lebih dari 20,000 orang dalam bangunan ini, dan kebanyakan daripada mereka tertumpu ke arah ini. Semestinya, seseorang sedang melihat ke arah kamu.”

Sambil saya sambung menyanyi, Saya terasa sekali lagi bahawa seseorang tengah melihat saya. Saya melihat ke baris di mana para Dua Belas Rasul sedang duduk dan melihat bahawa Presiden Russell M. Nelson telah berpusing sepenuhnya dalam kerusinya, dan melihat ke arah di mana kami sedang duduk. Saya nampak matanya, dan dia memberi saya satu senyuman besar. Senyuman itu membawa keamanan kepada hati saya yang terharu.

Selepas Kebangkitan-Nya, Yesus Kristus melawat domba-Nya yang lain, Dia memanggil dan mentahbiskan dua belas rasul, dan dengan wewenang itu, mereka melayani semua orang. Tuhan Yesus Kristus sendiri berdiri di kalangan mereka. Tuhan Yesus meminta mereka untuk berlutut dan berdoa. Saya tidak pasti jika dua belas rasul yang baru di panggil itu terasa terharu dengan panggilan mereka, tetapi ayat suci berkata, “Dan terjadilah bahawa Yesus memberkati mereka sewaktu mereka berdoa kepada-Nya; dan wajah-Nya tersenyum kepada mereka, dan sinar wajah-Nya menyinari mereka.”5 Semasa persidangan umum yang lepas, satu senyuman telah meringankan beban saya dengan cara yang serta-merta dan secara luar biasa.

3. Luahkan perasaan belas kasihan kepada orang lain. Jika kamu seorang pemegang imamat, tolong gunakan kuasa anda bagi pihak anak-anak Tuhan, memberi berkat kepada mereka. Luahkan kata-kata yang menghibur dan meyelesakan kepada orang yang menderita atau yang melalui kesusahan.

4. Asas rancangan Tuhan adalah Penebusan Tuhan Yesus Kristus. Sekurang-kurangnya sekali seminggu, kita harus bermeditasi seperti yang dilakukan Presiden Joseph F. Smith lakukan pada “kasih yang besar dan memukau yang dinyatakan oleh Bapa dan Putera dalam kedatangan Penebus ke dunia.”6 Menjemput orang ramai untuk datang ke gereja dan mengambil sakramen dengan layak akan membenarkan lebih ramai lagi anak Bapa Syurgawi untuk merenungkan Korban Tebusan. Dan jika kita tidak layak, kita boleh bertaubat. Ingatlah bahawa Putera kepada yang Tertinggi turun ke bawah semua dan mengambil ke atas-Nya semua kesalahan, dosa, pelanggaran, kesakitan, kesusahan yang menimpa dan kesepian. Ayat suci mengajar “Dia yang naik ke tempat yang tinggi, seperti juga Dia turun di bawah segala sesuatu, di mana Dia memahami segala sesuatu.”7

Ia tidak penting apa kesusahan peribadi kita—sama ada ia satu kesakitan atau kesepian memanjang atau penderitaan godaan dan percubaan musuh—Pengembala Baik ada di situ. Dia memanggil kita dengan nama dan berkata, “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”8

Saya ingin meringkaskan empat titik perbincangan:

Pertama—mara ke kilometer kedua.

Kedua—tolong senyum. Senyuman anda akan menolong orang lain.

Ketiga—luahkan perasaan belas kasihan.

Keempat—menjemput orang ramai untuk datang ke gereja.

Saya memberi kesaksian tentang Juruselamat, Yesus adalah Kristus, Putera kepada Tuhan yang hidup, dan Dia hidup. Saya tahu bahawa Dia menyokong, dengan semua daya dan kuasa-Nya, rancangan Bapa. Saya tahu Presiden Thomas S. Monson adalah nabi yang hidup. Dia memegang semua kunci untuk melaksanakan semua kerja Tuhan di dunia dengan berjaya. Saya tahu bahawa kita boleh menolong satu sama lain sebagai anak Bapa Syurgawi di dalam percubaan dan godaan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.