2010–2019
Berpaling kepada Tuhan dan Jawapan Akan Datang
Oktober 2015


Berpaling kepada Tuhan dan Jawapan Akan Datang

Sentiasa patuh, ingat masa anda merasai Roh Kudus pada masa lalu, dan bertanya dengan iman. Jawapan anda akan datang.

Semasa saya seorang lelaki muda, ibu bapa saya menyertai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Kami tahu bahawa para mubaligh mengajar mereka, tetapi ibu bapa saya sahaja yang mengambil ajaran mubaligh.

Selepas pengumuman yang mengejutkan ini, abang saya dan saya mula mendengar ajaran mubaligh, dan mereka masing-masing menerima pesanan Pemulihan dengan gembira. Walaupun saya ingin tahu, hati saya tidak berada dalam keadaan untuk menukar kehidupan saya. Walau bagaimanapun, saya menerima cabaran untuk berdoa sama ada Kitab Mormon adalah firman Tuhan, tetapi saya tidak menerima jawapan.

Kamu mungkin menanya kenapa Bapa Syurgawi tidak menjawab doa itu; Saya memang tertanya-tanya. Saya telah belajar bahawa janji yang diberikan kepada Moroni adalah tepat. Tuhan memang menjawab soalan kita tentang kebenaran Injil, tetapi Dia menjawab apabila kita mempunyai “hati yang tulus, dan niat yang bersungguh-sungguh.”1 Dia tidak menjawab hanya kepada rasa ingin tahu.

Mungkin terdapat sesuatu dalam hidup kamu yang kamu mempunyai soalan tentang. Mungkin terdapat masalah yang kamu tidak tahu macam mana untuk menjawabnya. Hari ini saya ingin berkongsi beberapa fikiran yang mungkin boleh menolong kamu untuk mendapat jawapan yang kamu cari. Proses itu bermula dengan penukaran hati di dalam Injil Yesus Kristus.

Menerima Wahyu Bergantung Kepada Keadaan dan Niat Hati Kita

Saya pernah mengajar tentang beberapa cerita tentang individu-individu di dalam kitab suci. Ambil sebagai contoh Laman dan Lamuel. Seperti Nefi, mereka “dilahirkan dari ibu bapa yang baik” dan diajar “sedikit di dalam segala pembelajaran bapaku.”2 Tetapi mereka merungut kerana bapa mereka cenderung mendapat penglihatan. Dari pandangan mereka, keputusannya mencabar kelogikan, kerana mereka tidak mengetahui urusan-urusan Tuhan, dan oleh itu mereka tidak akan percaya.3

Ia amat menarik untuk mengetahui bahawa pilihan mereka membenarkan jalan masuk kepada pengalaman yang berpotensi untuk membina iman. Mereka meninggalkan rumah dan kekayaan mereka. Mereka menderita dengan pengembaraan di padang belantara. Mereka akhirnya menolong untuk membina sebuah kapal, dan mereka bersetuju untuk mengikut perjalanan ke tanah yang tidak diketahui.

Nefi melalui pengalaman yang sama. Tetapi adakah pengalaman ini membina iman mereka? Iman Nefi menjadi kuat, tetapi Laman dan Lamuel menjadi semakin sinis dan marah. Abang-abang ini nampak dan mendengari seorang malaikat, tetapi malangnya, mereka bersambung dalam kesangsian mereka.4

Kehidupan fana tidak senang untuk kita semua. Kita diletakkan di dunia untuk dicuba dan diuji. Tindak balas kita terhadap pengalaman kehidupan selalunya akan mempengaruhi kesaksian kita. Pertimbangkan beberapa tindak balas Laman dan Lamuel: Mereka selalu merungut apabila bapa mereka menyuruh mereka melakukan perkara yang susah.5 Mereka cuba untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang, tetapi apabila tidak berjaya, mereka menyerah kalah. Perangai mereka adalah “Kita telah mencuba; apa lagi yang boleh kami lakukan?”6

Terdapat satu masa di mana mereka amat sedih kerana melakukan kesalahan dan meminta pengampunan.7 Mereka berdoa dan mereka diampuni. Tetapi kitab suci kemudian mencatat bahawa mereka kemudiannya pulang ke arah merungut dan enggan berdoa. Mereka pergi ke Nefi dan berkata bahawa mereka tidak “dapat memahami kata-kata bapa [mereka] telah berbicara.”8 Nefi bertanya sama ada mereka ada “bertanya kepada Tuhan.”9 Lihat bahawa jawapan mereka adalah: “Kami belum; kerana Tuhan tidak menjadikannya nyata kepada kami.”10

Kepatuhan Berterusan Membenarkan Kita untuk Menerima Jawapan

Jawapan Nefi kepada abangnya adalah kunci kepada kita untuk mendapat jawapan berterusan:

“Bagaimanakah mungkin bahawa engkau tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan? Bagaimanakah mungkin bahawa engkau akan binasa, kerana kekerasan hatimu?

“Tidakkah engkau ingat akan perkara-perkara yang telah Tuhan firmankan?—Jika engkau tidak mengeraskan hatimu, dan bertanya kepada-Ku dengan iman, mempercayai bahawa engkau akan menerima, dengan ketekunan mematuhi perintah-perintah-Ku, sudah pasti perkara-perkara ini akan dinyatakan kepadamu.”11

Saya mengenali beberapa mubaligh yang telah pulang yang mempunyai pengalaman rohani yang memang tidak boleh dinafikan, tetapi kerana kekurangan tabiat yang tertentu seolah-olah telah menyebabkan mereka untuk melupakan masa Tuhan telah bercakap dengan mereka. Kepada mubaligh yang telah pulang sebegitu dan kepada kita semua, jika kamu “telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, dapatkah kamu merasakan demikian sekarang?”12 Jika kamu tidak merasakanya sekarang, kamu boleh merasai ia lagi, tetapi pertimbangkan nasihat Nefi. Sentiasa patuh, ingat masa anda telah merasai Roh pada masa lalu, dan tanya dengan iman. Jawapan anda akan datang, dan anda akan merasai kasih sayang dan keamanan Juruselamat. Ia mungkin tidak akan datang dengan cepat atau dalam cara yang anda inginkan, tetapi jawapan akan datang. Jangan menyerah kalah! Jangan sesekali menyerah kalah!

Mari kita bandingkan Laman dan Lemuel dengan anak-anak lelaki Mosia. Kedua-dua kumpulan lelaki dibesarkan dalam keluarga soleh, tetapi kedua-duanya sesat. Kedua-duanya dipanggil untuk bertaubat oleh seorang malaikat, tetapi apa yang berbeza tentang pengalaman anak-anak lelaki Mosia?

Percubaan Akan Membina Iman Kita

Kejayaan mubaligh mereka tidak dapat dilupakan. Beribu bertukar hati kepada cara Tuhan. Tetapi, kita selalu lupa bahawa pada permulaan misi mereka, “hati mereka tertekan, dan [mereka] hampir berpatah balik, lihatlah, Tuhan menghibur [mereka].” Mereka dinasihati oleh Tuhan untuk “tanggunglah dengan kesabaran kesengsaraanmu.”13

Pembelajaran Kitab Suci Memberitahu Kita Tentang Kehendak Tuhan

Mengapa percubaan anak-anak lelaki Mosia menguatkan iman dan komitmen mereka daripada menyebabkan mereka untuk merungut atau sangsi? Kunci kepada itu adalah kerana “mereka telah menjadi kuat dalam pengetahuan tentang kebenaran; kerana mereka adalah lelaki yang berpemahaman kukuh dan mereka telah menyelidiki tulisan suci dengan tekun, agar mereka boleh mengetahui firman Tuhan.”14 Kita semua akan berhadapan dengan percubaan dan mempunyai soalan, tetapi ingat bahawa kita harus “senantiasa memegang kuat kepada batang besi itu.”15 “Firman Kristus akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan.”16 Kita harus menjadikan pembelajaran kitab suci sebahagian daripada hidup kita, kerana ia akan membuka pintu-pintu wahyu.

Doa, Digabungkan dengan Berpuasa, Menjemput Wahyu

Untuk anak lelaki Mosia, “ini belumlah semuanya; mereka telah banyak berdoa, dan berpuasa; oleh itu mereka memiliki roh nubuat, dan roh wahyu, dan apabila mereka mengajar, mereka mengajar dengan kuasa dan wewenang daripada Tuhan.”17 Doa dan puasa akan membenarkan kita untuk lebih terdedah kepada dorongan rohani. Komunikasi dengan Bapa Syurgawi pada masa kita menjauhi makanan dan minuman dengan bermakna membenarkan kita untuk “tanggalkan belenggu penindasan dan beban ketidakadilan.”18 Doa, digabungkan denga puasa, akan menyediakan apabila kita “memanggil, … Tuhan akan mengabulkan doa; … [dan apabila kita] memanggil-Nya, … [Dia] akan menjawab.”19

Berpaling kepada Tuhan

Tabiat peribadi agama ini—kepatuhan, pembelajaran kitab suci, doa, dan puasa—menguatkan anak-anak lelaki Mosia. Kekurangan tabiat agama peribadi ini adalah sebab utama yang menyebabkam Laman dan Lemuel terdedah kepada godaan untuk merungut dan kesangsian.

Jika kamu pernah digoda untuk merungut, jika kamu mempunyai kesangsian yang menyebabkan ketidakpercayaan, jika percubaan nampak lebih daripada apa yang anda boleh tanggung, berpaling kepada Tuhan. Jika kamu adalah antara mereka yang telah berpaling jauh dari Tuhan dan merasionalkan perangai anda, berpaling kepada-Nya. Bolehkan kamu ingat apabila Tuhan “memfirmankan kedamaian pada fikiranmu … ? Kesaksian yang lebih besar apakah yang dapat kamu peroleh daripada Tuhan?”20 Tanya dirimu sendiri, “Adakah cara hidup saya lebih dekat seperti Kristus sekarang seperti dahulu?” Tolong berpaling kepada-Nya.

Boleh saya pulang ke cerita saya. Akhirnya saya menjadi semakin ikhlas. Saya ingat apabila mubaligh yang mengajar saya menanya saya jika saya bersedia untuk dibaptiskan. Saya menjawab bahawa saya masih ada beberapa soalan. Mubaligh yang arif itu memberitahu saya bahawa dia boleh menjawabnya tetapi saya harus menjawab soalan dia dahulu. Dia menanya saya jika Kitab Mormon adalah benar dan jika Joseph Smith adalah seorang nabi. Saya memberitahu dia bahawa saya tidak tahu, tetapi saya ingin tahu.

Soalan saya menyebabkan peningkatan iman. Untuk saya jawapannya tidak datang sebagai satu acara tetapi sebagai satu proses. Saya sedar bahawa apabila saya mula membuat “percubaan terhadap kata-kata [itu]” dan bermula untuk “menjalankan segelintir iman” Kitab Mormon “menjadi lazat bagiku” dan ia telah “mula menerangi pengertianku” dan sememangnya “kerana ia mula memperbesar jiwaku.” Akhirnya saya merasai pengalaman yang digambarkan dalam ayat suci sebagai penggembungan dalam dada.21 Ia adalah pada masa ini saya mahu dibaptiskan dan menjanjikan hidup saya kepada Yesus Kristus.

Saya tahu bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan. Saya tahu bahawa Joseph Smith adalah seorang nabi. Oh, saya masih ada perkara yang saya tidak dapat fahami, tetapi kesaksian saya tentang kebenaran menarik saya lebih dekat kepada Juruselamat dan membina iman saya.

Saudara dan saudari, ingatlah Nefi dan anak-anak lelaki Mosia, yang mempunyai pengalaman rohani dan bertindak dalam iman supaya jawapan datang dan keimanan membesar. Bandingkan ini dengan Laman dan Lemuel, yang sangsi dan merungut. Walaupun mereka kadangkala bertindak dalam cara berbaloi, kerja tanpa iman adalah mati. Kita mesti mempunyai iman dengan pekerjaan untuk menerima jawapan.

Saya berharap sambil kamu mendengar pada pagi ini bahawa Roh telah mengingatkan ke dalam minda dan hati anda sesuatu yang anda harus lakukan untuk mendapatkan soalan anda dijawab atau mencari penyelesaian yang diinspirasikan untuk masalah yang anda hadapi. Saya memberi kesaksian penuh bahawa Yesus adalah Kristus. Berpaling kepada-Nya dan doa anda akan dijawab. Dalam nama Yesus Kristus, amin.