2010–2019
Adakah Lagi Harus Saya Lakukan?
Oktober 2015


Adakah Lagi Harus Saya Lakukan?

Jika kita rendah hati dan sedia diajar, Roh Kudus akan mendorong pembaikan dan memimpin kita balik ke syurga, tetapi kita perlu bertanyakan Tuhan arahan sepanjang perjalanan.

Ketika bujang, saya mulai menyelidik Gereja. Pada mulanya saya tertarik kepada Injil melalui contoh-contoh rakan ahli Gereja, tetapi lambat laun saya tertarik kepada ajarannya yang unik. Apabila saya mendapat tahu orang yang beriman berupaya untuk maju dan akhirnya menjadi seperti ibu bapa syurgawi kita , saya sangat kagum. Saya suka konsep itu; ia merasai benar bagi saya.

Sebaik selepas pembaptisan, saya mengkaji Khutbah di atas Bukit, dan saya kenali Yesus mengajar kebenaran yang sama mengenai kemajuan abadi dalam Alkitab. Dia berfirman, “Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang.”1

Saya sudahpun menjadi ahli Gereja selama 40 tahun, dan setiap kali saya membaca ayat suci ini, saya diingatkan tujuan kita di bumi. Kita datang ke bumi untuk belajar dan memperbaiki sehinggalah kita disucikan atau disempurnakan dalam Kristus.

Perjalanan untuk menjadi pengikut tidaklah mudah. Ia pernah digelar sebagai “perjalanan pembaikan mantap.”2 Sambil kita berjalan atas lorong yang lurus dan sempit, Roh sentiasa mencabar kita untuk menjadi lebih baik dan maju ke hadapan. Roh Kudus rakan perjalanan yang sangat ideal. Jika kita rendah hati dan sedia diajar, Dia akan mengambil tangan kita dan memimpin balik ke syurga.

Namun, kita perlu bertanyakan Tuhan untuk memberi arahan sepanjang perjalanan. Kita perlu bertanyakan soalan yang susah, seperti, “Apakah yang perlu saya ubah?” “Bagaimanakah saya boleh diperbaiki?” “Apakah kelemahan yang perlu diperkuatkan?”

Marilah pertimbangkan cerita dalam Perjanjian Baru berkenaan pemimpin muda yang kaya. Dia seorang lelaki baik yang mematuhi Sepuluh Perintah, tetapi dia ingin menjadi lebih baik. Matlamatnya adalah untuk kehidupan abadi.

Apabila dia berjumpa dengan Juruselamat, dia bertanya, “Adakah lagi harus saya lakukan?”3

Yesus segara menjawab, memberi nasihat khas untuk lelaki muda yang kaya itu. “Yesus berkata kepadanya, Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, dan … marilah, ikutlah Aku.”4

Lelaki muda itu terpegun; pengorbanan sedemikian tidak pernah terlintas pemikirannya. Dia cukup rendah hati untuk bertanyakan Tuhan tetapi tidak cukup beriman untuk mengikut nasihat ilahi yang telah diberi. Kita patut bersedia untuk bertindak apabila menerima jawapan.

Presiden Harold B. Lee telah mengajar “Setiap orang, jika kita mencapai kesempurnaan, semestinya [pada] satu ketika menyoal diri dengan soalan ini “Adakah lagi harus saya lakukan?”5

Saya kenali seorang ibu beriman yang merendahkan hati dan bertanyakan, “Apa yang menghindari saya dari kemajuan?” Dalam kes dia, Roh membalas dengan serta merta: “Berhenti merungut.” Jawapan ini mengejutkan dia; dia tidak pernah memikirkan dirinya seorang perungut. Namun, pesanan dari Roh Kudus sangatlah jelas. Harian seterusnya, dia mulai perasan tabiat merungutnya. Bersyukur atas bisikan untuk memperbaiki diri, dia berusaha untuk mengira berkat-berkat dan bukan cabarannya. Dalam beberapa hari, dia dapat merasai kelulusan mesra Roh.

Seorang lelaki muda yang tidak dapat mencari pasangan hidupnya meminta bantuan Tuhan: “Apa yang menghindari saya dari menjadi seorang lelaki yang baik?” dia bertanya. Jawapan ini datang ke dalam minda dan hatinya: “Bersihkan pertuturan kamu.” Kini, dia mula perasan beberapa perkataan kasar yang telah menjadi sebahagian daripada bahasanya, dan dia berjanji untuk berubah.

Seorang saudari bujang dengan berani bertanya: “Apakah yang perlu saya ubah?” dan Roh berbisik, “Jangan menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.” Roh Kudus boleh memberi nasihat yang khusus. Dia rakan yang teramat jujur dan akan memberitahu kita pekara yang tidak diketahui ramai atau berani dikatakan oleh kawan lain.

Seorang mubaligh yang telah pulang mendapati dirinya tertekan dengan jadual yang sibuk. Dia cuba mencari masa untuk kerja, belajar, keluarga dan panggilan Gereja. Dia meminta nasihat Tuhan: “Bagaimanakah saya dapat berasa aman walaupun sibuk dengan pelbagai pekara?” Jawapannya tidak disangkakan; dia memperoleh impresi bahawa dia patut mengamati hari Sabat dengan lebih teliti dan menguduskannya. Diapun bercadang untuk mendedikasikan hari Ahadnya untuk melayan Tuhan—ketepikan kerja sekolah dan mengkaji Injil. Perubahan kecil ini memberi keamanan dan pengimbangan yang dicari-carinya.

Bertahun lalu saya terbaca dalam majalah Gereja sebuah cerita mengenai seorang saudari muda yang tinggal berjauhan dari rumah kerana menghadiri kolej. Dia sangat ketinggalan dalam pelajarannya, kehidupan sosial tidak seperti yang diharapkan, dan keseluruhannya tidak gembira. Akhirnya pada suatu hari, dia melutut dan merayu, “Apakah yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki hidup saya?” Roh Kudus membisik, “Bangun dan bersihkan bilik kamu.” Dorongan itu amat memeranjatkan, tetapi ia merupakan permulaan yang diperlukan. Selepas mengambil masa untuk menyusun dan mengatur, dia dapat merasai Roh dalam biliknya dan hatinya gembira.

Roh Kudus tidak akan menyuruh kita untuk perbaiki segalanya sekali gus. Jika ya, kita akan hilang harapan dan putus asa. Roh bekerjasama dengan masa kita, langkah demi langkah, atau sepertimana Tuhan telah mengajar, “Baris demi baris, ajaran demi ajaran, … diberkatilah mereka yang mengikut ajaran-Ku, … kepada dia yang menerima, Aku akan memberikan lebih banyak.”6 Contohnya, jika Roh Kudus mendorong untuk mengucap “terima kasih” dengan lebih kerap, dan kamu mengikut dorongan itu, maka Dia akan memberi cabaran yang lebih—seperti mengatakan, “Maaf; ia salah saya.”

Imej
Keluarga sedang mengambil sakramen

Masa yang sesuai untuk bertanya, “Adakah lagi harus saya lakukan?” adalah ketika kita mengambil sakramen. Rasul Paulus telah mengajar bahawa masa inilah untuk kita memeriksa diri.7 Dalam suasana takzim ini, sambil fikiran kita tertumpu kepada syurga, Tuhan dapat memberitahu kita apa yang harus dilakukan seterusnya.

Seperti kamu, saya telah menerima banyak pesanan sekian lama daripada Roh berkenaan cara untuk pembaikkan. Biarkanlah saya berkongsi beberapa contoh pesanan peribadi yang saya hayati. Dorongan-dorongan yang termasuk:

  • Jangan tinggikan suara.

  • Aturkan diri; cipta satu senarai pekara yang perlu dilakukan.

  • Jaga kesihatan kamu dengan memakan lebih buah-buahan dan sayuran.

  • Tingkatkan kehadiran bait suci.

  • Luangkan masa untuk merenung sebelum berdoa.

  • Minta nasihat dari isteri.

  • Bersabar ketika memandu; jangan melebihi had laju. (Yang terakhir itu, saya masih sedang mengusahakan.)

Korban penyelamatan Juruselamatlah yang membolehkan kesempurnaan atau pengudusan. Kita tidak akan mencapainya dengan sendiri, tetapi rahmat Tuhan boleh membantu kita. Seperti Elder David A. Bednar kata satu ketika dahulu: “Kebanyakkan kita faham bahawa Korban Tebusan adalah untuk pendosa. Saya tidak yakin, jika kita ketahui dan faham bahawa Korban Tebusan juga adalah untuk orang-orang suci—untuk lelaki dan perempuan yang patuh, layak, dan perihatin dan yang sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.”8

Imej
Seorang wanita sedang berdoa

Saya cadangkan setiap kamu mengambil bahagian dalam satu latihan rohani dengan cepat, mungkin malam ini sambil kamu berdoa. Bertanyalah Tuhan dengan rendah hati: “Apa yang menghindari diri saya dari kemajuan?” Dalam kata lain: “Apa lagi yang saya perlu lakukan?” Kemudian tunggulah jawapan dengan diam. Jika kamu ikhlas, jawapan itu akan menjadi semakin jelas. Ia akan menjadi satu wahyu khas untuk diri kamu.

Mungkin Roh akan memberitahu kamu untuk memaafkan seseorang. Atau kamu mungkin menerima pesanan untuk menjadi lebih memilih berkenaan filem yang ditonton atau muzik yang didengari. Kamu mungkin terdorong untuk menjadi lebih jujur dalam urusan perniagaan atau lebih pemurah dalam sumbangan puasa. Kemungkinannya tidak terbatas.

Roh dapat menunjukkan kelemahan kita, tetapi Dia juga dapat menunjukkan kekuatan kita. Kadang kala kita perlu bertanya apa yang kita lakukan dengan betul agar Tuhan boleh mengangkat dan menggalakkan kita. Apabila kita membaca berkat bapa bangsa, kita diingatkan bahawa Bapa Syurgawi kenali potensi ilahi kita. Dia bersukacita setiap kali kita mengambil langkah ke hadapan. Kepada-Nya, arah tuju kita lebih penting daripada kelajuan kita.

Jadilah gigih, saudara dan saudari, tetapi jangan lemah semangat. Kita perlu melepasi kubur sebelum kita boleh capai kesempurnaan, tetapi dalam kefanaan, kita dapat membina yayasannya. “Adalah tanggungjawab kita untuk menjadi lebih baik hari ini dari kelmarin, dan lebih baik besok daripada hari ini.”9

Jika peningkatan rohani bukan keutamaan dalam kehidupan kita, jika kita tidak berada dalam perjalanan pembaikan mantap, kita akan melepaskan peluang pengalaman penting yang Tuhan ingin beri.

Bertahun dahulu saya terbaca kata-kata Presiden Spencer W. Kimball, yang telah meninggalkan kesan yang mendalam. Dia berkata: “Saya telah pelajari bahawa jika kita punyai hati yang sentiasa berdoa, berkeinginan kuat terhadap kebaikan, peninggalan dosa-dosa, dan kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan, Tuhan akan mencurahkan cahaya yang lebih sehinggalah berkuasa untuk menusuk tirai syurga … Seseorang yang punyai kebaikkan sedemikian dijanjikan akan melihat muka Tuhan dan ketahui-Nya.”10

Saya berdoa agar pengalaman sebegini boleh menjadi milik kita pada suatu hari nanti apabila kita membenarkan Roh Kudus membimbing kita balik ke syurga. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Matius 5:48.

  2. Neal A. Maxwell, “Testifying of the Great and Glorious Atonement,” Liahona, Apr. 2002.

  3. Matius 19:20.

  4. Matius 19:21.

  5. Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee (2000), 197.

  6. 2 Nefi 28:30.

  7. Lihat 1 Korintus 11:28.

  8. David A. Bednar, “The Atonement and the Journey of Mortality, ” Liahona, Apr. 2012.

  9. Joseph Fielding Smith, Doctrines of Salvation, comp. Bruce R. McConkie, 3 vols. (1954–56), 2:18.

  10. Spencer W. Kimball, “Give the Lord Your Loyalty,” Tambuli, Feb. 1981, 47.