2010–2019
Kurnia Membimbing Seorang Anak
April 2016


Kurnia Membimbing Seorang Anak

Bagaimana kita mengajar anak kita untuk menghilangkan pengaruh duniawi dan percaya kepada Roh?

Seorang ayah yang muda sedang lemas. Dia, dua orang anaknya, dan bapa mertuanya telah pergi untuk berjalan-jalan di sekitar tasik. Mereka dikelilingi oleh gunung-gunung yang diliputi dengan pokok pain yang megah, dan langit yang membiru, dipenuhi dengan awan-awan putih yang lembut, memberi kecantikan dan ketenangan. Apabila kanak-kanak menjadi panas dan penat, kedua-dua lelaki tersebut membuat keputusan untuk mendukung mereka di belakang dan berenang jarak yang pendek merentasi tasik itu.

Ia nampak mudah—sehingga saat di mana ayah mula merasakan ditarik ke bawah, semuanya menjadi sangat berat. Air menolaknya ke bahagian bawah tasik, dan perasaan cemas datang menyelubunginya. Bagaimanakah dia akan terus terapung—dan berbuat demikian dengan anak perempuan mudanya yang berharga berada di belakangnya?

Suaranya semakin tidak kedengaran dengan jarak yang jauh semasa dia memanggil; ayah mertuanya terlalu jauh untuk menjawab rayuan terdesak untuk bantuan. Dia berasa keseorangan dan tidak berdaya.

Bolehkah anda bayangkan perasaan keseorangan yang dia rasakan, tidak mampu untuk mencapai apa-apa pun untuk dipegang dan bergelut dalam situasi yang terdesak untuk hidup anda dan anak anda? Malangnya, kesemua kita mengalami suatu tahap perasaan ini apabila kita berada di situasi di mana kita terdesak untuk mencari bantuan dalam usaha untuk hidup dan untuk menyelamatkan orang yang kita sayang.

Hampir cemas, dia menyedari bahawa kasutnya yang direndami air menariknya ke bawah. Semasa bergelut untuk kekal terapung, dia mula cuba untuk menanggalkan kasutnya yang berat dari kakinya. Tetapi seolah-olah mereka dipegang oleh sedutan. Tali kasut mengembang dengan air, melilit cengkaman dengan lebih ketat.

Dalam apa yang mungkin menjadi saat akhir terdesaknya, dia berjaya untuk menanggalkan kasut dari kakinya, dan akhirnya kasut tersebut melepaskan genggaman mereka, dengan cepat tenggelam ke bahagian bawah tasik. Bebas dari berat yang telah menariknya ke bawah, dia dengan segera memaksa dirinya dan anak perempuannya untuk bergerak ke atas. Dia sekarang boleh berenang ke hadapan, bergerak ke arah keselamatan di bahagian sebelah tasik tersebut.

Ada waktunya kita mungkin rasa seperti kita sedang lemas. Hidup boleh menjadi berat. Kita hidup di “dunia yang bising dan sibuk. … Jika kita tidak berhati-hati, perkara-perkara di dunia ini boleh [menenggelamkan] perkara-perkara Roh.”1

Bagaimana kita mengikuti contoh bapa ini dan menghilangkan sedikit berat dunia yang kita bawa—supaya kita tidak dibebani dengan perkara-perkara duniawi? Bagaimana kita, seperti Paulus nasihatkan, “menanggalkan semua beban”?2 Bagaimana kita boleh menyediakan anak-anak kita untuk hari di mana mereka tidak lagi boleh berpegang kepada kita dan kesaksian-kesaksian kita—apabila merekalah yang berenang?

Jawapan datang apabila kita mengenali sumber kekuatan yang ilahi ini. Ia adalah sumber yang sering dipandang rendah, namun boleh digunakan setiap hari untuk meringankan beban kita dan membimbing kanak-kanak berharga kita. Sumber tersebut adalah kurnia membimbing Roh Kudus.

Pada umur lapan tahun, kanak-kanak boleh melalui pembaptisan. Mereka belajar tentang dan membuat perjanjian dengan Tuhan. Yang mereka sayangi mengelilingi mereka semasa mereka dicelup dan keluar dari tempat pembaptisan dengan perasaan penuh gembira. Kemudian mereka menerima kurnia Roh Kudus yang tidak terucapkan, kurnia yang boleh sentiasa membimbing mereka jika mereka hidup untuk berkat tersebut.

Elder David A. Bednar berkata: “Kesederhanaan [penetapan] boleh menyebabkan kita untuk terlepas pandang kepentingannya. Keempat-empat perkataan ini—’Terimalah Roh Kudus’—bukan satu penyebutan yang pasif; lebih kepada, ia membentuk satu perintah imamat—satu pelajaran berwibawa untuk bertindak dan bukan semata-mata untuk diambil tindakan.’’3

Kanak-kanak boleh mempunyai keinginan yang semula jadi untuk melakukan yang baik dan menjadi baik. Kita boleh merasakan kemurnian mereka, kesucian mereka. Mereka juga mempunyai kepekaan yang tinggi kepada suara yang tenang, lembut.

Imej
Pelayanan kepada kanak-kanak orang Nefi

Dalam 3 Nephi 26, Juruselamat menunjukkan kepada kita kapasiti rohani kanak-kanak:

“Dia melembutkan lidah mereka, dan mereka berbicara kepada bapa mereka tentang hal-hal yang besar dan menakjubkan, bahkan yang lebih besar daripada yang telah Dia wahyukan kepada bangsa itu. …

“… Mereka melihat dan juga mendengar anak-anak ini; ya, bahkan bayi-bayi membuka mulut mereka dan menuturkan hal-hal yang menakjubkan.”4

Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa meningkatkan kapasiti rohani anak-anak kecil kita? Bagaimanakah kita mengajar mereka untuk menghilangkan pengaruh-pengaruh duniawi dan percaya kepada Roh apabila kita tidak bersama mereka dan mereka bersendirian dengan kesulitan dalam kehidupan mereka?

Benarkan saya berkongsi dengan kamu beberapa idea:

Pertama, kita boleh membawa kepada perhatian anak-anak kita apabila mereka mendengar dan merasai Roh. Mari kita pergi kembali kepada waktu di Perjanjian Lama untuk melihat bagaimana Eli melakukan ini dengan Samuel.

Samuel yang muda terdengar suatu suara dua kali dan berlari ke Eli, berkata, “Di sini saya.’’

“Aku tidak memanggil,’’ Eli berkata.

Tetapi “Samuel belum mengenal Tuhan, firman Tuhan belum pernah dinyatakan kepadanya.’’

Pada kali ketiga, Eli melihat bahawa Tuhanlah yang telah memanggil Samuel dan memberitahu Samuel untuk berkata, “Berbicaralah, Tuhan; sebab hamba-Mu ini mendengar.”5

Samuel mula berasa, mengenali, dan dengar kepada suara Tuhan. Tetapi budak lelaki ini tidak mula untuk memahami sehingga Eli membantu dia untuk menyedarinya. Dan setelah diajar, Samuel boleh menjadi lebih mengenali suara yang tenang, lembut.

Kedua, kita boleh menyediakan rumah kita dan anak-anak kita untuk merasai suara tenang, lembut. “Ramai guru-guru bahasa asing percaya bahawa kanak-kanak belajar bahasa dengan baik dalam ‘program penyerapan’, di mana mereka dikelilingi oleh orang lain yang menggunakan bahasa tersebut dan harus bercakap dengan bahasa tersebut sendiri. Mereka belajar bukan hanya untuk mengatakan kata-kata, tetapi untuk bercakap dengan lancar dan juga berfikir dalam bahasa baru tersebut. Penetapan ‘penyerapan’ yang terbaik untuk pendidikan rohani adalah di rumah, di mana asas-asas rohani boleh membentuk dasar kehidupan seharian.”6

“Haruslah engkau mengajarkannya dengan tekun kepada anak-anakmu, dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang di dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.’’7 Menyerap keluarga kita dalam Roh akan menyimpan hati anak-anak kita terbuka kepada pengaruh-Nya.

Ketiga, kita boleh membantu anak-anak kita memahami bagaimana Roh berbicara kepada mereka. Joseph Smith mengajar: “Jika Dia datang kepada anak kecil, Dia akan menyesuaikan diri dengan bahasa dan kapasiti anak kecil.”8 Satu ibu menemui bahawa memandangkan pembelajaran kanak-kanak adalah berbeza—sesetengah belajar secara visual, mendengar, sentuhan, atau merasa—semakin dia memerhati anak-anaknya, semakin dia sedar bahawa Roh Kudus mengajarkan anak-anaknya dalam cara mereka belajar dengan baik.9

Seorang lagi ibu mengongsikan satu pengalaman membantu anak-anaknya belajar untuk mengenali Roh. “Kadang-kadang,’’ dia tulis, “[kanak-kanak] tidak menyedari bahawa pemikiran yang datang, satu perasaan yang selesa selepas mereka menangis, atau teringat akan sesuatu pada masa yang tepat adalah cara-cara Roh Kudus berkomunikasi [dengan mereka].’’ Dia meneruskan, “Saya mengajar [anak-anak] saya untuk fokus pada apa yang mereka rasa [dan bertindak].”10

Merasai dan mengenali Roh akan membawa kapasiti rohani ke dalam kehidupan anak-anak kita, dan suara yang mereka ketahui akan menjadi semakin jelas kepada mereka. Ia akan menjadi seperti Elder Richard G. Scott katakan: “Dalam kamu mendapat pengalaman dan kejayaan dibimbing oleh Roh, keyakinan kamu dalam tanggapan yang kamu rasa akan menjadi lebih pasti dari kebergantungan kamu dalam apa yang kamu lihat atau dengar.”11

Kita tidak harus takut melihat anak-anak kita memasuki air-air kehidupan, kerana kita telah membantu mereka menghilangkan beban duniawi dari diri mereka. Kita telah mengajar mereka agar hidup untuk kurnia bimbingan Roh. Kurnia ini akan terus meringankan beban yang mereka bawa dan membawa mereka kembali ke rumah syurgawi mereka, jika mereka hidup untuk kurnia ini dan mengikut bisikannya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Joseph B. Wirthlin, “The Unspeakable Gift,” Liahona, Mei 2003, 2007

  2. Alma 12:1.

  3. David A. Bednar, “Receive the Holy Ghost,” Liahona, Nov. 2010, 95.

  4. 3 Nefi 26:14, 16.

  5. Lihat Matius 3:4–10.

  6. C. Terry and Susan L. Warner, “Helping Children Hear the Still, Small Voice,” Tambuli, Ogos. 1994, 27.

  7. Alma 6:7, 15.

  8. Joseph Smith, dalam History of the Church, 3:392.

  9. Lihat Merrilee Browne Boyack, “Helping Children Recognize the Holy Ghost,” Liahona, Dec. 2013, 10–12.

  10. Irinna Danielson, “How to Answer the Toughest ‘Whys’ of Life,” Okt. 30, 2015, lds.org/blog.

  11. Richard G. Scott, “To Acquire Spiritual Guidance,” Liahona, Nov. 2009, 7.