2010–2019
Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu
April 2016


Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu

Dengan kuasa pengudusan Roh Kudus selalu menemani kita, kita boleh selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita.

Satu frasa yang sangat bererti dari Raja Benyamin dalam ajarannya tentang Juruselamat dan Penebusan-Nya ialah satu topik pengajian dan renungan saya buat banyak tahun.

Dalam khutbah terakhirnya kepada rakyat yang dia layani dan kasihi, Raja Benyamin menghuraikan kepentingan untuk mengetahui kemuliaan Tuhan dan merasai kasih-Nya, menerima pengampunan akan dosa-dosa, selalu mengingati keagungan Tuhan, dan berdoa setiap hari dan berdiri dengan tabah dalam iman.1 Dia juga janji bahawa dengan membuat demikian, “kamu akan selalu bersukacita, dan dipenuhi dengan kasih Tuhan, dan selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosamu.”2

Pesanan saya berfokus pada asas-asas selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita. Kebenaran dalam frasa ini boleh memperkuatkan iman kita kepada Yesus Kristus dan mendalamkan penganutan kita. Saya berdoa Roh Kudus akan mengilhami dan mengangkat kita semasa kita merenungkan kebenaran rohani penting ini.

Kelahiran Semula Rohani

Dalam kefanaan kita mengalami kelahiran jasmani dan peluang kelahiran semula rohani.3 Kita ditegur oleh para nabi dan rasul untuk “[terbangun] kepada Tuhan,”4 “dilahirkan kembali,”5 dan menjadi “manusia baru dalam kristus”6 dengan menerima berkat-berkat melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. “Jasa, … dan belas kasihan, dan rahmat Mesias”7 boleh menolong kita mengatasi kecenderungan kepentingan diri manusia alamiah dan menjadi lebih tidak mementingkan diri, baik hati, dan suci. Kita digesa untuk hidup begini supaya kita boleh “berdiri tanpa noda di hadapan [Tuhan] pada hari terakhir.”8

Roh Kudus dan Tatacara Injil Imamat

Nabi Joseph Smith merumuskan peranan penting tatacara-tatacara Injil imamat dalam Injil Yesus Kristus. “Kelahiran semula datang dari Roh Tuhan melalui tatacara.”9 Penyataan yang jelas ini menekankan peranan Roh Kudus dan tatacara-tatacara kudus dalam proses kelahiran semula.

Roh Kudus ialah ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan. Dia ialah satu orang roh dan memberi kesaksian tentang semua kebenaran. Dalam tulisan suci Roh Kudus dirujuk sebagai Penolong,10 pengajar,11 dan pewahyu.12 Selain itu, Roh Kudus ialah seorang Penyuci13 yang mengkuduskan dan membakar kekotoran dan kejahatan jiwa manusia melalui api.

Tatacara kudus adalah penting dalam Injil Juruselamat dan dalam proses untuk datang kepada Dia dan mencarikan kelahiran semula rohani. Tatacara Injil ialah tindakan kudus yang mempunyai tujuan rohani, kepentingan abadi, dan berkait kepada undang-undang dan statut Tuhan.14 Semua tatacara keselamatan dan tatacara sakramen mesti diberi kuasa oleh seorang yang memegang kunci-kunci imamat yang diperlukan.

Tatacara keselamatan dan permuliaan yang dilakukan dalam Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan bukan upacara atau pertunjukkan bersimbol sahaja. Sebenarnya, mereka mendirikan cara-cara yang sah di mana berkat-berkat dan kuasa syurga boleh menjadi sebahagian kehidupan kita.

“Dan imamat yang lebih tinggi ini melaksanakan Injil dan memegang kunci misteri-misteri kerajaan, bahkan kunci pengetahuan Tuhan.

“Oleh kerana itu, dalam tatacara-tatacara darinya, kuasa ketuhanan dinyatakan.

“Dan tanpa tatacara darinya, dan wewenang imamat, kuasa ketuhanan tidaklah dinyatakan kepada manusia dalam daging.”15

Tatacara-tatacara Injil yang diterima dan dipatuhi dengan integriti adalah penting untuk memperolehi kuasa ketuhanan dan semua berkat yang sedia ada melalui Korban Tebusan Juruselamat.

Memperoleh dan Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosa melalui Tatacara-tatacara

Untuk lebih memahami proses memperoleh dan mengekalkan pengampunan dosa-dosa, kita mesti pertama faham perkaitan yang tidak boleh terpisah di kalangan tiga tatacara Injil kudus yang memberikan laluan kepada kuasa syurga: pembaptisan melalui pencelupan, perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus, dan sakramen.

Pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa “ialah tatacara permulaan Injil”16 Yesus Kristus dan mesti didahului oleh iman kepada Juruselamat dan oleh pertaubatan yang tulus ikhlas. Tatacara Injil ini “ialah satu tanda dan perintah yang Tuhan beri kepada [anak-anak-Nya] untuk memasuki kerajaan-Nya.”17 Pembaptisan dilakukan dalam wewenang Imamat Harun. Dalam proses untuk datang kepada Juruselamat dan kelahiran semula rohani, pembaptisan menyediakan satu pengudusan jiwa kita.

Perjanjian pembaptisan termasuk tiga komitmen dasar: (1) rela untuk mengambil ke atas diri nama Yesus Kristus, (2) selalu mengingati Dia, dan (3) mentaati perintah-Nya. Berkat mematuhi perjanjian ini adalah “agar [kita] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].”18 Jadi, pembaptisan ialah persediaan yang diperlukan untuk menerima peluang demi temanan ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan yang berterusan.

“Pembaptisan [melalui] pencelupan … Mesti diikuti dengan pembaptisan Roh untuk menjadi lengkap.”19 Seperti Juruselamat mengajar Nikodemus, “Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Tuhan, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Tuhan.”20

Tiga penyataan dari Nabi Joseph Smith menekankan puatan di antara tatacara pembaptisan dengan pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa dan perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus.

Penyataan 1: “ Pembaptisan ialah satu tatacara kudus untuk membuat persediaan untuk menerima Roh Kudus; ialah cara dan kunci di mana Roh Kudus akan diberikan.”21

Penyataan 2: “Sebaiknya kamu membaptiskan satu beg pasir menggantikan manusia, jika ia tidak dilakukan untuk pengampunan dosa-dosa dan untuk menerima Roh Kudus. Pembaptisan melalui pencelupan hanya setengah pembaptisan, ia tidak berkesan tanpa yang setengah lain—iaitu, pembaptisan Roh Kudus.”22

Penyataan 3: “Pembaptisan pencelupan, tanpa pembaptisan api dan Roh Kudus, tidak berguna; Mereka tak terpisah terhubung.”23

Hubungan konsisten asas pertaubatan, tatacara pembaptisan dan penerimaan kurnia Roh Kudus, serta berkat pengampunan dosa-dosa ditekankan berulang kali dalam tulisan suci.

Nefi mengisytiharkan, “Gerbang yang melaluinya hendaknya kamu masuk adalah pertaubatan dan pembaptisan dengan air; dan pada waktu itu datanglah pengampunan akan dosa-dosamu dengan api dan dengan Roh Kudus.24

Juruselamat mengisytiharkan, “Sekarang inilah perintah itu: Bertaubatlah, kamu segenap hujung bumi, dan datanglah kepada-Ku dan dibaptiskanlah dalam nama-Ku, agar kamu boleh dikuduskan melalui penerimaan Roh Kudus, agar kamu boleh berdiri tanpa noda di hadapan-Ku pada hari terakhir.”25

Perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus ialah satu tatacara yang dilakukan dengan wewenang Imamat Melkisedek. Dalam proses untuk datang kepada Juruselamat dan kelahiran semula rohani, menerima kuasa penyucian Roh Kudus dalam hidup kita menciptakan kemungkinan satu pembersihan yang berterusan jiwa kita daripada dosa. Berkat yang bahagia ini adalah penting kerana “tiada apa pun yang tidak bersih dapat hidup dengan Tuhan.”26

Sebagai ahli Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan, kita diberkat oleh pembersihan pertama akan dosa-dosa dari pembaptisan dan oleh kemungkinan satu pembersihan dosa-dosa yang berterusan melalui temanan dan kuasa Roh Kudus—ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan

Fikir tentang seorang petani yang bergantung pada pola penanaman dan penuaian yang tidak berubah. Pemahaman tentang kaitan di antara penyemaian dan pemungutan ialah satu sumber tetap tujuan dan mempengaruhi semua keputusan dan tindakan seorang petani dalam semua musim sepanjang tahun. Seperti itu, kaitan yang tak terpisah di antara tatacara pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa dan perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus harus mempengaruhi setiap aspek penganutan kita dalam setiap musim hidup kita

Sakramen ialah tatacara ketiga yang diperlukan untuk memperolehi kuasa ketuhanan. Supaya kita boleh menjaga diri tak ternoda daripada dunia, kita diperintah untuk pergi ke rumah doa dan mempersembahkan sakramen pada hari kudus Tuhan.27 Sila renungkan lambang-lambang tubuh badan dan darah Tuhan, iaitu roti dan air, diberkat dan dikuduskan. “Ya Tuhan, Bapa Yang Kekal, kami mohon kepada-Mu dalam nama Putera-Mu, Yesus Kristus, untuk memberkati dan menguduskan roti [atau air] ini bagi jiwa mereka semua yang mengambilnya [atau meminumnya].”28 Untuk menguduskan adalah untuk menjadikan suci dan kudus. Lambang-lambang sakramen dikuduskan dalam peringatan kesucian Kristus, kebergantungan kita ke atas Korban Tebusan-Nya, dan tanggungjawab kita untuk mematuhi tatacara dan perjanjian supaya kita boleh “berdiri tanpa noda di hadapan-[Nya] pada hari terakhir. ”29

Tatacara sakramen ialah satu jemputan kudus yang berulang-ulang untuk bertaubat dengan tulus ikhlas dan diperbaharui secara rohani. Tindakan mengambil sakramen tidak mengampunkan dosa-dosa. Tetapi semasa kita bersedia dengan sedar dan mengambil bahagian dalam tatacara kudus ini dengan satu hati yang hancur dan jiwa yang menyesal, kita dijanji bahawa kita akan selalu memiliki Roh Tuhan bersama kita. Dan dengan kuasa Roh Kudus sebagai teman kita, kita boleh selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita.

Kita benar-benarnya diberkat setiap minggu oleh peluang untuk menilai hidup kita melalui tatacara sakramen, untuk memperbaharui perjanjian kita, dan untuk menerima janjian ini.30

Dibaptiskan Sekali lagi

Kadangkala Orang-orang Suci Zaman Akhir ingin dibaptiskan sekali lagi—dan menjadi bersih dan layak seperti pada hari mereka menerima tatacara keselamatan buat kali pertama. Saya cadang bahawa Bapa Syurgawi kita dan Putera Terkasih-Nya tidak berniat bagi kita untuk mengalami pembaharuan rohani dan pemulihan ini hanya sekali sahaja dalam hidup kita. Berkat untuk memperolehi dan selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita melalui tatacara Injil menolong kita untuk faham bahawa pembaptisan ialah satu tempat permulaan perjalanan rohani fana kita; ia bukan satu destinasi yang harus kita inginkan untuk kunjung berulang kali.

Tatacara pembaptisan melalui pencelupan, perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus, dan sakramen tidak berasingan dan diskret; sebaliknya, mereka ialah unsur-unsur dalam satu pola perkembangan pengampunan yang saling berkaitan dan bertambah. Setiap tatacara Injil yang berturut-turut meningkatkan dan membesarkan tujuan, hasrat, dan kelakuan kita. Rancangan Bapa, Penebusan Juruselamat, dan tatacara Injil berikan kita rahmat yang kita perlukan untuk maju ke depan dan berkembang huruf demi huruf, kata demi kata, dan ayat demi ayat ke arah destinasi abadi kita.

Janjian dan Kesaksian

Kita manusia yang tidak sempurna berusaha untuk hidup dalam kefanaan mengikut rancangan abadi Bapa yang sempurna. Kelayakan rancangan-Nya adalah mulia, berbelas kasihan, dan ketat. Ada masanya kita penuh dengan keazaman dan ada masa kita merasa kurang mampu. Mungkin kita tanya adakah kita akan mencapai perintah untuk berdiri tanpa noda di hadapan Dia pada hari terakhir.

Dengan bantuan Tuhan dan kuasa Roh-Nya untuk “mengajar [kita] segala-galanya,”31 kita boleh diberkat untuk mencapai kemampuan rohani kita. Tatacara-tatacara menjemput tujuan dan kuasa roh ke dalam hidup kita ketika kita berusaha untuk lahir semula dan menjadi lelaki dan wanita Kristus.32 Kelemahan kita boleh diperkuatkan, pembatasan kemampuan kita boleh diatasi.

Walaupun kita tidak boleh mencapai kesempurnaan dalam kefanaan ini, kita boleh menjadi lebih berkelayakan dan lebih tak bernoda semasa kita “dibersihkan melalui darah Anak Domba.”33 Saya janji dan bersaksi kita akan diberkat dengan lebih iman kepada Juruselamat dan kepastian rohani yang lebih besar semasa kita berusaha untuk selalu mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita dan, pada akhirnya, akan berdiri tanpa noda di hadapan Tuhan pada hari terakhir. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.