2010–2019
Laporan Jabatan Audit Gereja, 2015
April 2016


Laporan Jabatan Audit Gereja, 2015

Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Para Saudara: Seperti diarahkan melalui wahyu dalam bahagian 120 Ajaran dan Perjanjian, Majlis Pelupusan Persepuluhan—yang terdiri daripada Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul dan Uskup Utama—memberi kuasa perbelanjaan dana Gereja. Entiti Gereja mengagihkan mengikut belanjawan, polisi dan prosedur yang diluluskan.

Jabatan Audit Gereja, yang terdiri daripada professional yang bertauliah dan bebas daripada semua jabatan Gereja yang lain, mempunyai tanggungjawab untuk melakukan audit bagi tujuan memberi jaminan yang munasabah mengenai sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat dan melindungi aset Gereja.

Berdasarkan audit yang dilakukan, Jabatan Audit Gereja berpendapat bahawa, dalam setiap aspek bahan, sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat, dan aset Gereja bagi tahun 2015 telah direkodkan dan ditadbir mengikut belanjawan, polisi dan amalan perakaunan yang diluluskan. Gereja mengikut ajaran yang diajarkan kepada ahlinya iaitu hidup dalam belanjawan, menjauhi hutang, dan menjimat duit bagi masa yang memerlukanya.

Dikemukakan dengan hormat,

Jabatan Audit Gereja

Kevin R. Jergensen

Pengarah Urusan