2010–2019
Adakah Saya Percaya?
April 2016


Adakah Saya Percaya?

Jika semua ini benar, jadi kita ada mesej harapan dan bantuan yang paling hebat dalam dunia ini.

Pada hari bulan Mac 30, hanya satu tahun lalu, Ethan Carnesecca dari American Fork, Utah yang berusia dua tahun dibawa ke hospital kerana dia ada pneumonia dan bendalir di sekeliling paru-parunya. Dua hari lepas itu, penyakitnya menjadi lebih teruk dan perlu diambil oleh helikopter ke Hospital Primary Children di Salt Lake City. Ibunya, Michele, dibenarkan untuk di duduk depan dan menemani anak lelakinya. Dia diberikan satu alat pendengar kepala supaya dia boleh berkomunikasi dengan orang lain dalam helikopter itu. Dia dapat dengar para medik menjaga anak lelakinya, dan dia seorang jururawat pediatrik, jadi dia tahu keadaan Ethan sangat serius.

Imej
Ethan Carnesecca semasa dia sakit

Pada masa yang kritikal ini, Michele nampak mereka sedang terbang di atas Bait Suci Draper Utah. Dari udara, dia memandang lembah itu dan dapat nampak Bait Suci Jordan River, Bait Suci Oquirrh, mahupun Bait Suci Salt Lake yang jauh. Fikiran ini datang ke mindanya: “Adakah Anda percaya?”

Dia memberi pandangan tentang pengalaman ini:

“Saya sudah belajar tentang berkat bait suci dan [bahawa]keluarga adalah kekal dari Sekolah Primer dan dari Remaja Puteri. Saya sudah kongsikan mesej tentang keluarga dengan orang di Mexico semasa misi saya. Saya dimeteraikan dalam bait suci kepada teman abadi saya buat masa dan keabadian. Saya sudah ajar pengajaran tentang keluarga sebagai seorang pemimpin Remaja Puteri, dan saya sudah kongsikan cerita tentang keluarga abadi dengan anak-anak saya dalam Malam Keluarga. Saya TAHU, tetapi Adakah Saya PERCAYA? Jawapan saya datang dengan secepat soalan itu timbul dalam minda saya: Roh mengesahkan dalam hati dan minda saya jawpaan yang sudah saya tahu—Saya PERCAYA!

“Pada saat itu, saya mencurahkan jiwaku dalam doa kepada Bapa Syurgawi saya, bersyukur ke atas ilmu dan kepercayaan saya bahawa keluarga adalah kekal. Saya bersyukur kepada Dia demi Putera-Nya, Yesus Kristus, yang membolehkan ini. Saya bersyukur ke atas anak saya, dan saya beritahu Bapa Syurgawi jika Dia perlu bawa Ethan saya balik ke rumah syurgawi, saya ok. Saya yakin kepada Bapa Syurgawi saya sepenuh hati, dan saya tahu saya akan jumpa Ethan lagi. Saya bersyukur bahawa dalam masa krisis ini, saya ada ilmu DAN kepercayaan bahawa Injil adalah benar. Saya berasa damai.”1

Ethan berada dalam hospital buat banyak minggu, menerima rawatan yang pakar. Doa, puasa, dan iman dari orang yang mengasihi, bergabung dengan rawatan itu, membenar dia tinggalkan hospital dan pulang ke rumah untuk bersama keluarganya. Hari ini, dia sihat dan sudah sembuh.

Imej
Keluarga Canesecca
Imej
Ethan Carnesecca sembuh

Pada masa yang penting ini, Michele menerima pengesahan bahawa apa yang sudah dia belajar sepanjang hidupnya bukan hanya kata-kata sahaja; ia adalah benar.

Adakah kita kadang-kala menjadi sudah biasa dengan berkat-berkat yang kita terima sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sehingga kita gagal faham dengan sepenuhnya mukjizat dan keagungan penganutan dalam Gereja benar Tuhan? Adakah kita menjadi tidak bersyukur ke atas kurnia paling besar yang kita boleh terima dalam hidup ini? Juruselamat ajar, “Jika kamu mentaati perintah-perintah-Ku dan bertahan sampai akhir kamu akan memperoleh kehidupan kekal, yang kurnia itu adalah yang terbesar dari segala kurnia Tuhan.”2

Kita percaya bahawa Gereja ini bukan satu tempat yang baik untuk dikunjungi pada hari Ahad dan belajar tentang cara untuk menjadi seorang yang baik sahaja. Ia bukan hanya satu kelab sosial Kristian di mana kita boleh bercampur gaul dengan orang yang bermoral. Ia bukan hanya satu set idea yang ibu bapa boleh ajar kepada anak-anak mereka dalam rumah supaya mereka boleh menjadi orang yang bertanggungjawab dan yang baik. Gereja adalah lebih daripada semua perkara tersebut.

Sila renung tentang tuntutan yang kita buat dalam gereja ini. Kita percaya bahawa gereja yang ditubuhkan oleh Yesus Kristus semasa Dia di bumi ini sudah dipulihkan oleh seorang nabi yang dipanggil oleh Tuhan pada zaman kita dan para pemimpin kita memegang kuasa dan wewenang yang sama seperti dipegang oleh para Rasul zaman purba untuk bertindak dalam nama Tuhan. Ia dipanggil imamat Tuhan. Kita menuntut bahawa melalui wewenang yang dipulihkan ini, kita boleh menerima tatacara Injil seperti pembaptisan dan menikmati kurnia Roh Kudus bersama kita selalunya. Kita ada para rasul dan nabi, dan kita percaya bahawa Tuhan berfirman kepada anak-anak-Nya melalui para nabi ini.

Kita juga percaya bahawa kuasa imamat ini membolehkan kita untuk membuat perjanjian dan menerima tatacara Injil dalam bait suci kudus yang akan membolehkan kita pulang ke hadirat Tuhan dan hidup bersama Dia buat selama-lamanya suatu hari. Kita juga menuntut bahawa, melalui kuasa ini keluarga boleh diikat buat selama-lamanya apabila pasangan membuat perjanjian perkahwinan yang baru dan kekal dalam bangunan kudus yang kita percaya ialah rumah Tuhan. Kita percaya bahawa kita boleh menerima tatacara Injil keselamatan ini tidak hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk nenek moyang kita yang tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam tatacara Injil keselamatan ini. Kita percaya kita boleh melakukan tatacara Injil untuk nenek moyang kita secara wakilan dalam bait suci kudus.

Kita percaya bahawa melalui seorang nabi dan kuasa Tuhan, kita sudah terima tulisan suci tambahan, menambah kesaksian kepada Alkitab untuk mengisytiharkan bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia.

Kita menuntut bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah kerajaan Tuhan dan Gereja benar pada bumi ini. Ia dipanggil Gereja Yesus Kristus kerana Dia memimpin gereja ini; ini Gereja-Nya, dan segala dibuat mungkin kerana korban tebusan-Nya.

Kita percaya bahawa sifat-sifat yang berbeza ini tidak boleh didapati dalam organisasi lain pada bumi ini. Gereja-gereja lain adalah tulus ikhlas dan baik, tetapi mereka tidak ada wewenang untuk memberikan tatacara Injil keselamatan yang sedia ada dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Kita tahu tentang semua ini, tetapi adakah kita percaya? Jika semua ini benar, jadi kita ada mesej harapan dan bantuan yang paling hebat dalam dunia ini. Percaya ke atas perkara-perkara ini ialah satu perkara yang mempunyai kepentingan abadi bagi kita yang orang yang kita kasihi.

Untuk percaya, kita perlu mengambil Injil dalam minda ke hati kita! Kita boleh mematuhi Injil tanpa sebarang perasaan kerana ia sebahagian kebudayaan kita atau kerana ia satu tabiat. Mungkin ada orang belum mengalami apa yang berlaku kepada umat Raja Benyamin selepas khutbahnya: “Dan mereka semua berseru dengan satu suara, mengatakan; Ya, kami mempercayai segala kata-kata yang telah kamu ucapkan kepada kami; dan juga, kami mengetahui akan kepastian dan kebenarannya, kerana Roh Tuhan Yang Maha Kuasa, yang telah mengerjakan perubahan yang hebat dalam diri kami, atau dalam hati kami, sehingga kami tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik.”3

Kita semua perlu hati dan sifat semula jadi kita diubah supaya kita tidak berhasrat lagi untuk mengikut cara duniawi tetapi untuk mengembirakan Tuhan. Penganutan yang benar ialah satu proses yang ambil masa dan melibatkan kerelaan untuk menggunakan iman. Ia datang apabila kita mengkaji tulisan suci dan bukan Internet. Ia datang apabila kita mematuhi perintah Tuhan. Penganutan datang apabila kita melayani orang di sekeliling kita. Ia datang dari doa yang ikhlas, kehadiran bait suci, dan pelaksanaan tanggungjawab yang diberikan Tuhan dengan beriman. Ia perlukan ketekalan dan usaha harian.

Saya selalu ditanya soalan ini, “Apakah cabaran yang paling hebat yang dihadapi oleh remaja kita?” Saya jawab bahawa saya percaya ia ialah pengaruhan “bangunan besar dan lapang” yang selalu hadir dalam kehidupan mereka.4 Jika Kitab Mormon dituliskan bagi zaman kita, pastinya kita tidak gagal melihat kaitan untuk kita dari mesej penglihatan pokok kehidupan Lehi dan kesan ke atas mereka yang menuding jari dan mengejek dari bangunan besar dan lapang itu.

Yang paling menyayat hati saya ialah gambaran mereka yang sudah berusaha mengatasi kabut kegelapan pada lorong yang sempit dan kecil, sudah memegang batang besi, sudah mencapai matlamat mereka, dan sudah merasai buah pokok kehidupan yang suci dan sedap. Tulisan suci kata bahawa mereka yang berpakaian halus dalam bangunan besar dan lapang “mengejek dan menuding jari mereka terhadap mereka yang telah datang dan sedang makan buah itu.

“Dan setelah mereka merasai buah itu ,mereka malu disebabkan mereka yang sedang memperolok-olokkan mereka; dan mereka jatuh ke dalam jalan-jalan terlarang dan menjadi sesat.”5

Ayat- ayat ini menghuraikan orang yang sudah memiliki Injil Yesus Kristus dalam hidup mereka. Sama ada kita dilahirkan dalam Injil atau kita harus berusaha mengatasi kabut kegelapan untuk mencarikan ia, kita sudah merasai buah itu, “yang paling berharga dan paling dihasrati”6 dan berpotensi untuk mendatangkan kehidupan abadi, “kurnia yang paling agung daripada Tuhan.” Kita hanya perlu terus memakan dan tidak menghiraukan mereka yang mengejek kita atau mereka yang suka menciptakan keraguan atau mereka yang mengkritik para pemimpin dan ajaran Gereja. Ini pilihan yang kita buat harian—untuk memilih iman dan bukan keraguan. Elder M. Russell Ballard sudah mendorong kita untuk “tetap berada dalam sampan, gunakan jaket keselamatan, dan memegang dengan kedua-dua tangan.”7

Sebagai ahli Gereja benar Tuhan, kita sudah berada dalam sampan itu. Kita tidak perlu mencarikan falsafah dunia untuk mendapati kebenaran yang akan berikan kita kesenangan hati, bantuan, dan arahan untuk menjaga kita melalui cabaran-cabaran hidup ini—kita sudah memiliki ia! Seperti ibu Ethan boleh memeriksa kepercayaannya dan mengumumkan dengan keyakinan dalam masa krisis, “Saya percaya,” kita juga boleh buat demikian!

Saya bersaksi bahawa keahlian kita dalam kerajaan Tuhan ialah satu kurnia yang sangat berharga. Saya bersaksi bahawa berkat-berkat dan kedamaian yang Tuhan sedia untuk mereka yang patuh dan yang beriman melebihi pemahaman manusia. Saya tinggalkan kesaksian ini bersama anda dalam nama Yesus Kristus, amin.