2010–2019
Majlis Keluarga
April 2016


Majlis Keluarga

Apabila ibu bapa bersedia dan anak-anak mendengar dan mengambil bahagian dalam perbincangan, majlis keluarga berkesan!

Saudara dan saudariku, keibubapaan adalah ironi kerana selepas anak-anak kita sudah besar barulah kita menjadi mahir. Saya akan kongsi bersama anda perkara yang saya ingin saya faham semasa Barbara dan saya membesarkan anak-anak kami.

Sepanjang pelayanan kerasulan saya, saya banyak kali menekankan kuasa dan kepentingan majlis Gereja, termasuk misi, pancang, bahagian, dan majlis badan sokongan.

Saya percaya bahawa majlis ialah cara paling berkesan untuk mendapat hasil. Selain itu, saya tahu bahawa majlis ialah cara Tuhan dan Dia menciptakan segala dalam alam semesta melalui satu majlis syurgawi, seperti yang disebutkan dalam tulisan suci.1

Tetapi hingga sekarang, saya belum ucap dalam persidangan umum tentang majlis yang paling asas dan dasar—mungkin yang paling penting—iaitu majlis keluarga.

Majlis keluarga diperlukan. Ia adalah abadi. Kita sebahagian majlis keluarga dalam kewujudan prafana, semasa kita bersama ibu bapa syurgawi sebagai anak-anak roh mereka.

Satu majlis keluarga, apabila dijalankan dengan kasih sayang dan penuh dengan atribut Kristus, akan mengurangkan pengaruhan teknologi moden yang sentiasa mengalih perhatian kita dari bersama keluarga kita dan juga bawakan kejahatan ke dalam rumah kita.

Sila ingat bahawa majlis keluarga berbeza daripada malam keluarga yang diadakan pada hari Isnin. Malam keluarga berfokus pada arahan Injil dan aktiviti keluarga. Majlis keluarga, boleh diadakan apa-apa masa pun, dan ia merupakan satu pertemuan di mana ibu bapa mendengar—satu sama lain dan anak-anak mereka.

Saya percaya ada sekurang-kurang empat jenis majlis keluarga:

Yang pertama, satu majlis keluarga umum yang terdiri daripada seluruh keluarga.

Kedua, majlis keluarga eksekutif yang terdiri daripada seorang ibu dan seorang bapa.

Ketiga, satu majlis keluarga terhad yang terdiri daripada kedua-dua ibu bapa dan seorang anak.

Keempat, majlis keluarga seorang ke seorang yang terdiri daripada seorang ibu atau bapa dan seorang anak.

Dalam semua situasi majlis keluarga, peralatan elektronik mesti ditutup supaya setiap orang boleh memandang dan mendengar satu sama lain. Semasa majlis keluarga dan masa lain yang sesuai, anda mungkin hendak simpankan peralatan elektronik dalam satu bakul supaya pada masa keluarga berkumpul, setiap orang—termasuk ibu dan bapa—boleh masukkan telefon, tablet, dan pemain MP3 dalam bakul itu. Selepas itu, mereka boleh berbincang bersama tanpa godaan untuk membalas Facebook, SMS, Instagram, Snapchat, dan e-mel.

Biarkan saya kongsikan bersama anda dengan ringkas bagaimana setiap jenis majlis keluarga ini berfungsi.

Yang pertama, majlis keluarga sepenuh termasuk semua ahli keluarga.

Risalah Gereja yang bertajuk Our Family baca, “Majlis ini boleh bertemu untuk membincangkan masalah keluarga, merancangkan kewangan, membuat rancangan, menyokong dan memperkuatkan satu sama lain, dan berdoa bagi satu sama lain dan unit keluarga.”2

Majlis ini harus bertemu pada satu waktu yang sudah dijadualkan dan biasanya lebih formal daripada majlis keluarga jenis lain.

Ia harus bermula dengan satu doa, atau hanya satu sambungan perbualan dari situasi lain. Sila faham bahawa satu majlis keluarga tidak perlu selalu diadakan dengan permulaan atau pengakhiran yang formal.

Apabila ibu bapa bersedia dan anak-anak mendengar dan mengambil bahagian dalam perbincangan, majlis keluarga berkesan!

Tidak kira apa pun situasi keluarga kita, adalah penting bagi kita untuk memahami keunikan setiap ahli keluarga. Walaupun kita kongsi DNA, ada situasi dan keadaan yang membezakan kita dan memerlukan kerjasama yang berbelas kasihan dari majlis keluarga.

Sebagai contoh, semua perbualan, perkongsian, dan belas kasihan dalam dunia ini tidak boleh mengatasi satu masalah perubatan atau cabaran emosi yang mungkin dihadapi oleh ahli keluarga. Pada saat ini, majlis keluarga menjadi satu tempat kesatuan, kesetiaan, dan sokongan semasa keluarga mencarikan jawapan melalui bantuan luar.

Adik beradik, terutamanya yang lebih tua, boleh menjadi mentor yang berkuasa kepada anak-anak yang lebih kecil jika ibu bapa gunakan majlis keluarga untuk menugaskan mereka untuk membantu dan menyokong pada masa kesusahan dan kesukaran.

Dengan cara ini, satu keluarga adalah seperti satu bahagian. Apabila uskup melibatkan ahli-ahli majlis bahagian, dia boleh mengatasi masalah dan mencapai banyak kebaikan yang tidak akan dia lakukan tanpa bantuan mereka. Dalam cara yang serupa, ibu bapa perlu melibatkan semua ahli keluarga untuk menghadapi cabaran dan pertentangan. Dengan cara ini, kuasa majlis keluarga dapat dilaksanakan. Apabila ahli-ahli keluarga rasa mereka sebahagian satu keputusan, mereka menjadi penyokong dan hasil yang positif boleh dicapai.

Bukan setiap majlis keluarga terdiri daripada dua orang ibu bapa dan anak-anak. Majlis keluarga anda mungkin berbeza daripada majlis keluarga kami semasa kami membesarkan tujuh orang anak-anak. Hari ini majlis keluarga kami hanya terdiri daripada Barbara dan saya, kecuali pada masa kami adakan majlis keluarga luar yang termasuk anak-anak dewasa kami, pasangan mereka, dan kadangkala cucu dan cicit kami.

Mereka yang belum kahwin mahupun para pelajar yang tinggal jauh dari rumah boleh ikut pola majlis dengan bertemu dengan kawan-kawan dan rakan sebilik untuk berbincang bersama.

Fikir tentang perbezaan suasana pangsapuri jika rakan-rakan sebilik bertemu untuk berdoa, mendengar, berbincang, dan merancang bersama-sama.

Setiap orang boleh mengadaptasikan satu majlis keluarga untuk bermanfaat dari pola ilahi yang ditubuhkan oleh Bapa Syurgawi kita.

Seperti yang disebut di atas, dari masa ke masa satu majlis keluarga luar mungkin boleh bantu. Satu majlis keluarga luar boleh terdiri daripada nenek datuk dan anak-anak dewasa yang tidak tinggal di rumah. Walaupun nenek datuk atau anak-anak dewasa tinggal jauh, mereka boleh mengambil bahagian dalam majlis keluarga melalui telefon, Skype, atau FaceTime

Anda mungkin bertimbang untuk mengadakan majlis keluarga umum pada hari Ahad, iaitu hari pertama minggu; keluarga boleh mengulang semula minggu lalu dan buat rancangan untuk minggu yang akan datang. Ini mungkin perkara yang keluarga anda perlukan untuk membuatkan hari Sabat satu kegembiraan.

Jenis majlis keluarga kedua ialah majlis keluarga eksekutif yang hanya melibatkan ibu bapa. Semasa waktu ini, ibu bapa boleh mengulang semula keperluan jasmani, emosi, dan rohani setiap anak dan perkembangan mereka.

Majlis keluarga eksekutif juga satu masa baik bagi isteri dan suami untuk berbincang tentang perhubungan peribadi mereka dengan satu sama lain. Apabila Elder Harold B. Lee melakukan pemeteraian kami, dia ajar kami satu asas yang saya percaya berguna bagi semua pasangan. Dia kata: “Jangan tidur tanpa berlutut bersama, memegang tangan, dan berdoa. Doa macam ini menjemput Bapa Syurgawi untuk menasihati kita melalui kuasa Roh.”

Jenis majlis keluarga ketiga ialah majlis keluarga terhad. Kedua-dua ibu dan bapa bersama seorang anak dalam satu suasana formal atau tidak formal. Ini satu peluang untuk membincangkan keputusan tentang perkara yang mungkin dia laku atau tidak laku pada masa depan. Apabila mereka buat keputusan macam ini, mereka mungkin hendak mencatatkan ia untuk rujukan masa depan jika perlu. Jika anak anda nampak anda sebagai seorang penyokong yang teguh, majlis keluarga ini boleh menubuhkan matlamat dan objektif untuk masa depan. Ini juga satu masa untuk mendengari kerisauan dan cabaran yang serius yang mungkin dihadapai oleh anak itu seperti kekurangan keyakinan, penganiayaan, buli, atau ketakutan.

Jenis majlis keluarga keempat ialah majlis keluarga seorang ke seorang yang melibatkan seorang ibu atau bapa dengan seorang anak. Majlis keluarga jenis ini biasanya berlaku tanpa rancangan. Sebagai contoh, ibu atau bapa boleh ambil peluang yang tidak formal semasa memandu kereta atau bekerja di rumah. Semasa berjalan-jalan dengan seorang anak, masa itu boleh menyediakan satu masa rohani dan emosi untuk mereka. Jadualkan aktiviti ini supaya anak-anak boleh merancang untuk bersama ibu atau bapa secara berseorangan.

Saudara saudari, pada suatu masa dahulu, dinding rumah kita berikan pertahanan yang kita perlu untuk menentang gangguan dan pengaruhan luar. Kita kuncikan pintu, tutupkan tingkap dan pintu pagar, dan kita rasa kita selamat, dan dilindungi daripada dunia luar dalam rumah kita.

Keadaan hari ini berbeza. Dinding, pintu, pagar, dan pintu pagar rumah kita tidak boleh menentang serangan dari internet, Wi-Fi, dan rangkaian telefon mudah alih. Mereka boleh masuk ke rumah kita dengan beberapa klik dan ketukan kekunci sahaja.

Nasib baik, Tuhan sudah berikan kita satu cara untuk menentang serangan teknologi yang negatif yang mengalih perhatian kita dari bersama keluarga kita. Dia sudah sediakan sistem majlis untuk memperkukuhkan, melindungi, dan menjaga, dan membela perhubungan kita yang paling bernilai.

Anak-anak perlukan ibu bapa yang rela mendengar mereka, dan majlis keluarga boleh sediakan satu masa di mana ahli-ahli keluarga boleh belajar untuk memahami dan menyayangi satu sama lain.

Alma ajar, “Berundinglah dengan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan mengarahkan kamu demi kebaikan.”3 Menjemput Tuhan menjadi sebahagian majlis keluarga kita melalui doa boleh meningkatkan perhubungan kita dengan satu sama lain. Dengan bantuan Bapa Syurgawi dan Juruselamat, kita boleh menjadi lebih sabar, lebih berbelas kasihan, lebih baik hati, lebih cepat mengampuni, dan lebih faham semasa kita berdoa demi bantuan. Dengan bantuan mereka, kita boleh buatkan rumah kita satu syurga di bumi.

Majlis keluarga yang mengikut pola majlis di syurga, yang penuh dengan kasih sayang Kristus, dan dibimbing oleh Roh Tuhan akan menolong kita melindungi keluarga kita dari gangguan yang boleh mencuri masa kita yang berharga dan melindungi kita dari kejahatan dunia.

Bersama dengan doa, majlis keluarga boleh menjemput hadirat Juruselamat, seperti yang Dia janji: “Apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka.”4 Menjemput Roh Tuhan untuk menjadi sebahagian majlis keluarga kita mendatangkan berkat-berkat yang tidak dapat dihuraikan.

Akhirnya, sila ingat bahawa majlis keluarga yang diadakan kerap kali akan menolong kita memerhati masalah pada awalnya dan mengatasi ia sebelum ia menjadi lebih susah; majlis keluarga akan berikan setiap ahli keluarga perasaan kenilaian dan kepentingan; dan terutamanya ini akan menolong kita untuk menjadi lebih berjaya dan lebih gembira dalam perhubungan kita, di dalam rumah kita. Semoga Bapa Syurgawi kita memberkat semua keluarga kita semasa kita bermajlis bersama, ini doa saya yang rendah hati dalam nama Tuhan, Yesus Kristus, amin.