2010–2019
Bapa
April 2016


Bapa

Hari ini saya ingin fokus pada kebaikan yang boleh dilakukan oleh lelaki dalam peranan yang paling bersifat kelakian—iaitu suami dan bapa.

Hari ini saya akan berucap tentang bapa. Bapa adalah penting dalam rancangan kegembiraan ilahi, dan saya hendak menaik suara untuk menggalak mereka yang berusaha untuk melaksanakan panggilan itu dengan baik. Untuk memuji dan menggalak kebapaan dan para bapa bukan untuk memalukan atau mengecilkan sesiapa pun. Saya hanya ingin fokus pada kebaikan yang boleh dilakukan oleh lelaki dalam peranan yang paling bersifat kelakian—iaitu suami dan bapa.

David Blankenhorn, pengarang Fatherless America, tulis: “Hari ini, masyarakat Amerika Syarikat tidak bersepakat dan rasa berbelah bagi tentang kebapaan. Ada orang tidak ingati ia. Ada yang tersinggung oleh idea ini. Ada juga, termasuk beberapa orang cendekiawan keluarga tidak mempedulikan atau menghina ia. Ramai tidak menentang ia, tetapi mereka tidak komited kepada ia juga. Ramai orang harap kita boleh bertindak ke atas ini, tetapi percaya bahawa masyarakat kita tidak mampu buat demikian.”1

Imej
Kita percaya dalam bapa.
Imej
Bapa memimpin dengan kasih sayang dan kesolehan.

Sebagai satu Gereja, kita percaya dalam bapa. Kita percaya kepada “ideal seorang lelaki yang mementingkan keluarganya.”2 Kita percaya bahawa “menurut tujuan Tuhan, para bapa patut mengetuai keluarga mereka dengan kasih sayang dan kesolehan, dan bertanggungjawab menafkahi keperluan kehidupan dan memberi perlindungan bagi keluarga mereka.”3 Kita percaya bahawa dalam tanggungjawab mereka, “para bapa dan para ibu diwajibkan membantu satu sama lain sebagai pasangan yang setaraf.”4 Kita percaya bahawa bapa sangat diperlukan, mereka unik dan tidak boleh digantikan.

Imej
Ibu bapa ada tugas yang melengkapkan satu sama lain.
Imej
Bapa tidak boleh digantikan.

Ada orang nampak kebaikan kebapaan dalam situasi sosial, sesuatu yang mewajibkan mereka kepada anak-anak mereka, mendorong mereka untuk menjadi warganegara baik dan fikir tentang keperluan orang lain, dan menambah kepada “pelaburan ibu untuk membesarkan anak-anak. Yang pentingnya adalah untuk lelaki menjadi bapa. Kunci kepada anak-anak adalah untuk mempunyai bapa. Kunci untuk masyarakat adalah untuk menciptakan bapa.”5 Pertimbangan ini adalah benar dan penting, tetapi kita tahu kebapaan adalah lebih daripada satu konsep sosial atau hasil evolusi sahaja. Peranan bapa berasal dari Tuhan, bermula dengan seorang Bapa di Syurga, dan dengan Bapa Adam dalam dunia fana ini.

Teladan sempurna ilahi kebapaan ialah Bapa Syurgawi kita. Sifat-sifat dan atribut-Nya termasuk kebaikan dan kasih sayang yang sempurna. Kerja dan kemuliaan-Nya ialah perkembangan, kegembiraan, dan kehidupan abadi anak-anak-Nya.6 Para bapa dunia ini tidak boleh berbanding dengan Bapa di Syurga, tetapi mereka berusaha untuk meneladani Dia, dan mereka memang melakukan kerja-Nya. Mereka dikurniakan satu keyakinan yang luar biasa dan yang serius.

Bagi lelaki, kebapaan mendedahkan kita pada kelemahan sendiri dan keperluan kita untuk memperbaiki diri. Kebapaan memerlukan pengorbanan, tetapi ia satu sumber kepuasan yang tiada bandingan, mahupun kebahagiaan. Teladan teragung kita ialah Bapa Syurgawi kita, yang sangat menyayangi kita, anak-anak Roh-Nya, sehingga Dia korbankan Putera Tunggal-Nya demi keselamatan dan permuliaan kita.7 Yesus berkata, “Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka.”8 Bapa tunjukkan kasih sayang itu setiap hari, bekerja dalam perkhidmatan dan sokongan keluarga mereka.

Mungkin kerja terpenting bapa adalah untuk memalingkan hati anak-anaknya kepada Bapa Syurgawi. Jika seorang bapa boleh tunjukkan erti kesetiaan kepada Tuhan melalui teladan dan kata-katanya setiap hari, bapa itu akan berikan anak-anaknya kunci kedamaian kehidupan ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang.9 Seorang bapa yang bacakan kitab suci kepada dan bersama anak-anaknya memaklumi mereka dengan suara Tuhan. 10

Imej
Bapa membaca kitab suci

Kita dapat lihat dalam tulisan suci satu tekanan berulang kali diberi ke atas kewajipan kebapaan untuk mengajar anak-anak:

“Dan lagi, sejauh orang tua memiliki anak-anak di Sion, atau di mana pun dari pasak-pasaknya yang diorganisasi, yang tidak mengajari mereka untuk mengerti ajaran tentang pertaubatan, iman kepada Kristus Putera Tuhan yang hidup, dan tentang pembaptisan dan kurnia Roh Kudus melalui perletakan tangan, ketika berumur lapan tahun, dosa itu berada di atas kepala orang tua. …

“Dan mereka hendaknya juga mengajari anak-anak mereka untuk berdoa, dan untuk berjalan dengan lurus di hadapan Tuhan.”11

Pada tahun 1833, Tuhan menegur ahli-ahli Presidensi Utama, kerana mereka kurang memberi perhatian kepada tugas mengajar anak-anak mereka. Dia berucap kepada salah satu mereka, “Kamu belum mengajari anak-anakmu terang dan kebenaran, menurut perintah-perintah; dan yang jahat itu memiliki kuasa, pada saat ini, atas kamu, dan inilah penyebab kesengsaraanmu.”12

Bapa harus ajarkan hukum-hukum Tuhan dan mengulangi tugas ini dengan setiap generasi. Seperti yang disebut dalam Mazmur:

“Dia memberikan hukum kepada umat-Nya, Israel,dan perintah kepada keturunan Yakub.Dia memberikan amanah kepada nenek moyang kita supaya mengajarkan hukum-Nya kepada anak-anak mereka:

“Supaya keturunan selanjutnya dapat mempelajarinya,dan kemudian memberitahunya kepada anak-anak mereka:

“Dengan demikian mereka juga akan berharap kepada Tuhan,dan tidak melupakan perbuatan-Nya, tetapi selalu taat kepada perintah-Nya.”13

Imej
Bapa dan anak perempuan menari

Pastinya kerja mengajar Injil ialah satu tugas dikongsi di antara bapa dan ibu, tetapi Tuhan jelas bahawa Dia menghendaki bapa untuk memimpin pelaksanaan keutamaan ini. (Sila ingat bahawa perbualan tidak formal, bekerja dan bermain bersama-sama serta mendengar juga satu bentuk pelajaran.) Tuhan menghendaki bapa untuk menolong membentuk anak-anak mereka, dan kanak-kanak inginkan dan perlukan satu teladan.

Imej
Bapa dan anak lelaki bekerja bersama-sama

Saya diberkati seorang bapa yang baik. Saya ingat ketika saya berumur 12 tahun, bapa saya menjadi seorang calon majlis perbandaran dalam komuniti kecil kami. Dia tidak jalankan satu kempen pilihan raya yang besar—saya hanya ingat Bapa menyuruh adik-beradik saya serta saya mengedarkan risalah dari rumah ke rumah, menggalakkan orang untuk memilih Paul Christofferson. Beberapa orang dewasa kata bahawa Paul seorang yang baik dan jujur dan mereka tidak ada masalah untuk memilih dia. Hati saya penuh dengan kebanggaan terhadap bapa saya. Ini berikan saya keyakinan dan satu hasrat untuk mengikut contohnya. Dia tidak sempurna—tidak sesiapa pun sempurna—tetapi dia jujur dan baik dan satu teladan aspirasi bagi seorang anak lelaki.

Disiplin dan pembetulan ialah sebahagian pengajaran. Paulus kata, “Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya.”14 Tetapi seorang bapa mesti berhati-hati semasa mendisiplin supaya penganiayaan tidak berlaku, ini adalah tidak patut. Apabila bapa memberi pembetulan, motivasinya mestilah kasih sayang, dan dipimpin oleh Roh Kudus:

“Menegur pada waktunya dengan ketajaman, ketika digerakkan oleh Roh Kudus; dan kemudian memperlihatkan sesudahnya peningkatan kasih terhadap dia yang telah kamu tegur, agar jangan dia menganggap engkau sebagai musuhnya;

“Agar dia boleh mengetahui bahawa kesetiaanmu lebih kuat daripada tali kematian.”15

Disiplin dalam pola ilahi bukan tentang hukuman tetapi untuk menolong seorang yang anda kasihi pada jalan penguasaan diri.

Imej
Bapa bekerja
Imej
Mencari nafkah

Tuhan sudah berfirman bahawa “Semua anak memiliki tuntutan hak atas orang tua mereka untuk pemeliharaan mereka sampai mereka cukup usia.”16 Pencarian nafkah ialah satu kerja yang kudus. Untuk membekal bagi keluarga, biasanya perlukan masa berpisah dari keluarga, ini tidak konsisten dengan kebapaan—tetapi ialah intipati seorang bapa yang baik. “Kerja dan keluarga ialah tugas yang bertindan.”17 Tentunya ini tidak mengampunkan seorang lelaki tidak mempedulikan keluarganya untuk mengejar kerjayanya, atau seorang yang tidak melibatkan diri dan puas hati dengan memberikan tanggungjawabnya kepada orang lain. Dalam kata Raja Benyamin:

“Kamu tidak akan membiarkan anak-anakmu bahawa mereka lapar, atau telanjang; tidak juga akan kamu biarkan bahawa mereka melanggar hukum-hukum Tuhan, dan berkelahi dan bertengkar satu sama lain, …

“Tetapi kamu akan mengajar mereka untuk berjalan di jalan kebenaran dan kesungguhan; kamu akan mengajar mereka untuk saling mengasihi, dan untuk saling melayani.”18

Kami faham penderitaan lelaki yang tidak dapat menyokong keluarga mereka. Tidak ada kemaluan bagi mereka yang tidak dapat melaksanakan tugas dan fungsi bapa selepas mereka berusaha sedaya upaya. “Ketidakupayaan, kematian, atau keadaan-keadaan lain barangkali memerlukan penyesuaian tersendiri. Keluarga-keluarga terdekat harus memberi sokongan apabila perlu.”19

Imej
Ibu bapa yang berbelas kasihan
Imej
Ibu bapa menari

Mengasihi ibu anak-anaknya—dan tunjukkan kasih sayang itu—ialah dua perkara terbaik yang boleh seorang bapa lakukan untuk anak-anaknya. Ini menegaskan semula dan memperkuatkan perkahwinan, iaitu dasar kehidupan keluarga dan keselamatan mereka.

Imej
Bapa dan anak lelaki remaja

Ada lelaki ialah bapa bujang, bapa angkat atau bapa tiri. Kebanyakan mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kerja dengan sedaya upaya dalam tugas yang sukar ini. Kami menghormati mereka yang lakukan segala dalam kasih sayang, kesabaran, dan korban diri untuk menemui keperluan individu dan keperluan keluarga. Tuhan mengamanahkan Putera Tunggal-Nya kepada seorang bapa angkat. Pastinya Yusuf juga memberi sumbangan kerana semasa Yesus membesar, Dia “bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia.”20

Malangnya, kerana kematian, peninggalan, atau penceraian, ada kanak-kanak yang tidak hidup bersama bapa mereka. Ada juga mereka yang ada bapa tetapi bapa mereka tidak hadir secara emosi atau tidak memberi perhatian atau sokongan. Kami panggil semua bapa untuk melakukan dan menjadi lebih baik. Kami panggil media dan rancangan hiburan, untuk menunjukkan bapa yang setia yang berupaya yang benar-benarnya mengasihi isteri dan membimbing anak-anak mereka dengan kebijaksanaan, dan bukan orang yang tidak berbudi bahasa dan bodoh, atau “orang yang menyebabkan masalah,” seperti yang biasanya ditunjukkan.

Kepada kanak-kanak yang keluarga menghadapi masalah, kami kata, anda tidak kurang bernilai. Kadangkala cabaran ialah satu tanda bahawa Tuhan yakin kepada anda. Dia boleh menolong anda, secara langsung dan melalui orang lain, untuk mengatasi cabaran anda. Anda boleh menjadi generasi pertama dalam keluarga anda, di mana kegembiraan dan pola ilahi yang ditahbis Tuhan boleh berkembang dan memberkat semua generasi akan datang.

Para remaja putera, kenali peranan anda sebagai seorang pembekal dan pelindung, kami kata, bersedialah sekarang dengan bekerja tekun di sekolah dan rancangkan latihan selepas sekolah menengah. Pendidikan, sama ada dari universiti, sekolah teknikal, perantisan, atau program yang serupa, ialah kunci untuk mengembangkan kemahiran dan keupayaan yang akan anda perlukan. Mengambil peluang untuk bergaul dengan semua orang, termasuk kanak-kanak, dan belajar untuk menubuhkan perhubungan yang sihat dan yang mendatangkan kepuasan. Ini bererti berbual-bual bersemuka dengan orang dan kadangkala bercampur gaul, bukan hanya meningkatkan kemahiran sms sahaja. Hidup dalam cara yang akan mendatangkan kesucian kepada perkahwinan dan anak-anak anda.

Kepada semua generasi muda, kami kata, bagaimana anda menilai bapa anda (dan saya meramalkan nilai itu akan semakin meningkat semasa anda menjadi lebih tua dan lebih bijaksana), buat keputusan untuk menghormati dia dan ibu anda dengan kehidupan anda. Ingatlah harapan seorang bapa seperti Yohanes, “Tidak ada yang lebih menggembirakan aku daripada mendengar bahawa anak-anakku hidup menurut ajaran Tuhan.”21 Kesolehan anda ialah hormat terbesar kepada bapa anda.

Kepada saudara-saudara Gereja, bapa dalam Gereja ini, saya kata, saya tahu anda harap anda seorang bapa yang lebih sempurna. Saya tahu saya harap begini. Tidak kira pengehadan kita, marilah kita terus berusaha. Janganlah kita percaya tanggapan individualisme dan autonomi budaya hari ini yang dibesar-besarkan dan fikir dahulu kegembiraan dan kebajikan orang lain. Tidak kira ketidakcukupan kita, Bapa Syurgawi kita akan mengembangkan kita dan menyebabkan usaha kita berhasil. Saya digalakkan oleh satu cerita yang terdapat dalam New Era beberapa tahun dahulu. Pengarang itu menceritakan berikut:

“Semasa saya kecil, keluarga kecil kami tinggal dalam satu pangsapuri yang hanya ada satu bilik. Saya tidur di atas kerusi panjang dalam bilik tetamu. …

“Bapa saya, seorang pekerja kilang keluli, tinggalkan rumah setiap awal pagi. Setiap pagi dia … menyesuaikan selimut saya. Saya masih setengah tidur apabila saya boleh rasa bapa saya berdiri di tepi kerusi panjang itu, memandang saya. Semasa saya bangun dengan perlahan-lahan, saya menjadi malu. Saya cuba berpura-pura saya masih tidur. … Saya menjadi sedar bahawa semasa dia berdiri di tepi katil saya, dia berdoa dengan semua perhatian, tenaga, dan fokus—untuk saya.

“Setiap pagi, bapa saya berdoa untuk saya. Dia berdoa supaya saya akan ada hari yang baik, saya akan selamat, saya akan belajar dan bersedia demi masa depan. Kerana dia tidak boleh bersama saya sehingga hujung hari, dia berdoa untuk guru-guru dan rakan-rakan saya yang akan bersama saya hari itu. …

“Pada mulanya, saya tidak faham apa yang dia lakukan apabila dia berdoa untuk saya setiap pagi. Ketika saya membesar, saya sedar tentang kasih sayang dan minatnya terhadap saya dalam segala yang saya lakukan. Ini satu ingatan yang paling saya suka. Bertahun-tahun selepas itu, selepas saya sudah kahwin, dan mempunyai anak sendiri, dan pergi ke bilik anak saya semasa mereka tidur dan berdoa untuk mereka barulah saya faham betapa bapa saya kasihi saya.”22

Alma bersaksi kepada anaknya:

“Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa [Kristus] yang pasti akan datang … ; Dia datang untuk memaklumkan khabar gembira tentang penyelamatan kepada umat-Nya.

“Dan sekarang, anakku, inilah pelayanan yang kepadanya kamu dipanggil, untuk memaklumkan khabar gembira ini kepada orang ini, untuk menyediakan fikiran mereka; atau lebih tepat … agar mereka boleh menyediakan fikiran anak-anak mereka untuk mendengar firman pada waktu kedatangan-Nya.”23

Inilah pelayanan bapa hari ini. Semoga Tuhan memberkat mereka dan buatkan mereka berupaya untuk buat demikian, dalam nama Yesus Kristus, amin.