2010–2019
Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan
April 2016


Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan

Semasa anda mencontohi kasih sayang Juruselamat, Dia pasti akan memberkati dan memakmurkan usaha soleh anda untuk menyelamatkan perkahwinan anda dan memperkuatkan keluarga anda.

Bertahun-tahun yang lalu, saya berada di Bait suci Frankfurt Jerman apabila saya perasan sepasangan tua memegang tangan. Kelembutan penyayang dan kasih sayang yang mereka menunjukkan kepada satu sama lain menyentuh hati saya.

Saya tidak pasti dengan sepenuhnya mengapa kejadian ini benar-benar menyentuh hati saya. Mungkin ialah kemanisan kasih sayang yang dikongsi dua orang ini bagi satu sama lain—satu lambang ketabahan dan komitmen. Itu jelas bahawa pasangan ini sudah lama bersama-sama dan kasih sayang mereka bagi satu sama lain masih hidup dan kuat.

Masyarakat yang Pakai Buang

Saya berfikir satu sebab lain kejadian manis ini telah tinggal bersama saya lama adalah perbezaan yang dihadapi di beberapa sikap masa kini. Di dalam banyak masyarakat di seluruh dunia, semua perkara kelihatan boleh pakai buang. Secepat sesuatu bermula menjadi rosak atau haus—atau apabila kita bosan dengan itu—kita membuangnya dan menggantikannya dengan menaik taraf—sesuatu lebih baru atau lebih berkilat.

Kita lakukan ini dengan telefon bimbit, pakaian, kereta—dan, malangnya, bahkan hubungan.

Walaupun terdapat nilai dengan membuang benda duniawi yang tidak diperlukan lagi, apabila itu berkaitan dengan kepentingan abadi—perkahwinan kita, keluarga kita, nilai-nilai kita—sebuah sikap untuk menggantikan yang lama dengan yang baru boleh membawa penyesalan yang mendalam.

Saya bersyukur saya kepunyaan gereja yang menghargai perkahwinan dan keluarga. Ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dikenali sebagai orang yang ada beberapa perkahwinan dan keluarga terbaik di seluruh dunia. Saya percaya ini disebabkan, sebahagiannya, oleh kebenaran berharga yang dipulihkan oleh Joseph Smith bahawa perkahwinan dan keluarga adalah abadi. Keluarga-keluarga bukan sahaja bererti untuk jadikan hal berlaku dengan lebih senang di bumi ini, dan untuk disingkir apabila kita sampai ke syurga. Tetapi, mereka tata tertib syurga. Mereka ialah lambang pola selestial dan emulasi keluarga abadi Tuhan.

Tetapi perkahwinan kuat dan hubungan keluarga tidak berlaku hanya kerana kita ahli-ahli Gereja. Mereka memerlukan kerja yang berterusan dan sengaja. Ajaran keluarga abadi harus memberi inspirasi untuk mendedikasikan usaha terbaik kita dalam menyelamatkan dan memperkaya perkahwinan dan keluarga kita. Saya mengagumi dan memberi tepukan kepada orang yang memelihara dan menaruh hubungan yang kritikal serta abadi.

Hari ini, saya ingin berucap dengan pujian kepada orang yang menyelamatkan.

Selamatkan Perkahwinan Kita

Selama bertahun-tahun, saya telah laksanakan tatacara pemeteraian untuk ramai pasangan yang berharap serta penyayang. Saya tidak pernah menemui siapa-siapa yang, semasa mereka memandang satu sama lain di seberang altar, berfikir bahawa mereka akan bercerai dan berpatah hati.

Malangnya, ada beberapa yang lakukannya.

Entah kenapa, masa berlalu dan warna cinta berubah, terdapat beberapa orang yang perlahan-lahan berhenti memikirkan kegembiraan satu sama lain dan mulai perasan kesalahan yang kecil. Di dalam persekitaran sebegitu, beberapa orang tertarik dari kesimpulan yang tragis bahawa pasangannya tidak cukup pintar, menyerokkan, atau mudah. Dan entah kenapa mereka mendapat idea bahawa ini membenarkan mereka dimaklumkan soleh untuk mencari hubungan lain.

Saudara-saudara, jika ini langsung menggambarkan anda, saya memberi amaran kepada anda bahawa anda di jalan yang membawa perkahwinan patah, rumah patah, dan hati patah. Saya mendorong anda untuk berhenti sekarang, berpusing, dan kembali ke jalan selamat yang kesempurnaan akhlak dan kesetiaan kepada perjanjian. Dan, sememangnya, asas-asas yang sama berkaitan dengan saudari-saudari kita yang terkasih.

Sekarang, hanya satu perkataan kepada saudara-saudara bujang yang mengikuti penipuannya bahawa mereka mesti mencari “perempuan sempurna” sebelum mereka boleh memasuki pemikatan serius atau perkahwinan.

Saudara-saudaraku yang terkasih, saya ingin ingatkan anda, jika terdapat seorang perempuan yang sempurna, adakah anda berfikir bahawa dia berminat dengan anda?

Dalam rancangan kegembiraan Tuhan, kita tidak mencari seorang yang sempurna tetapi seorang dengan siapa, sepanjang seumur hidup, kita boleh bergabung usaha untuk menciptakan perhubungan yang penyayang, berkekalan, dan sempurna. Itulah matlamat.

Saudara-saudara, orang yang menyelamatkan perkahwinan mereka memahami usaha ini mengambil masa, kesabaran, dan di atas semua lain, berkat-berkat Korban tebusan Yesus Kristus. Ia memerlukan anda berbaik hati, tidak dengki, tidak mementingkan diri anda, tidak berfikiran jahat, dan bergembira di dalam kebenaran. Dalam kata-kata lain, ia memerlukan kasih ihsan, kasih suci Kristus.1

Semua ini tidak akan berlaku di dalam seketika. Perkahwinan baik dibina sedikit demi sedikit, hari demi hari, sepanjang seumur hidup.

Dan itulah berita baik.

Kerana tidak kira berapa bosan hubungan anda pada masa kini, jika anda terus menambah batu-batu kebaikan, rasa kasihan, pendengaran, korban, pemahaman, dan tidak mementingkan diri, kesudahannya sebuah piramid hebat semakin besar.

Jika kelihatannya mengambil selamanya, ingatlah: perkahwinan gembira bertujuan untuk kekal selamanya! Jadi “janganlah letih dalam melakukan yang baik, kerana anda sedang meletakkan landasan [perkahwinan] hebat. Dan dari hal-hal yang kecil mulailah apa yang besar.”2

Itu mungkin kerja yang perlahan-lahan, tetapi itu tidak harus suram. Sebenarnya, walaupun menyatakan yang jelas, perceraian jarang berlaku apabila suami dan isteri gembira?

Jadi bergembiralah!

Dan saudara-saudara, kejutkan isteri anda dengan lakukan perkara yang menjadikannya gembira.

Orang yang menyelamatkan perkahwinan mereka memilih kegembiraan. Walaupun itu benar beberapa jenis kemurungan kronik perlukan rawatan khusus, saya amat gemari sedikit kebijaksanaan ini oleh Abraham Lincoln: “Kebanyakan orang berasa segembira mereka memutuskan berasa.” Ia amat sesuai dengan rakan ayat sucinya: “ Carilah, dan kamu akan menemukan-Ku.”3

Jika kita mencari kesalahan di dalam pasangan kita atau kerengsaan di dalam perkahwinan kita, memang kita akan menemukannya, kerana semua orang mempunyai beberapa. Sebaliknya, jika kita mencari kebaikan, kita memang akan menemukannya, kerana semua orang mempunyai sifat-sifat yang baik juga.

Orang yang menyelamatkan perkahwinan mencabut rumpai dan menyiram bunga. Mereka meraikan pertindakan rahmat kecil yang mencetus perasaan kasih ihsan. Orang yang menyelamatkan perkahwinan menyelamatkan generasi di masa depan.

Saudara-saudara, ingatlah mengapa anda jatuh cinta.

Berusaha setiap hari untuk jadikan perkahwinan lebih kuat dan gembira.

Kawan-kawanku yang terkasih, marilah kita lakukan terbaik kita untuk dikira di antara jiwa itu suci dan gembira yang menyelamatkan perkahwinan mereka.

Menyelamatkan Keluarga Kita

Hari ini saya juga ingin berucap dengan pujian tentang orang yang menyelamatkan hubugan mereka dan keluarga mereka. Setiap keluarga perlukan keselamatan

Seindahnya bahawa Gereja ini dikenali mengenai keluarga-keluarganya yang kuat, kita mungkin sering berasa ini mesti berlaku untuk setiap keluarga Orang Suci Zaman Akhir kecuali keluarga kita. Tetapi realitinya adalah tidak ada keluarga sempurna.

Setiap keluarga ada ketika-ketika kejanggalan.

Contohnya, apabila ibu bapa meminta anda untuk mengambil ‘selfie’ mereka, atau bila nenek saudara anda berkeras mengatakan bahawa anda masih bujang kerana anda terlalu cerewet, atau bila abang ipar anda yang keras kepala berfikir bahawa pandangan politik dia adalah pandangan Injil, atau bila bapa anda mengatur potret keluarga di mana semua orang berpakaian seperti watak-watak di dalam wayang kegemaran dia.

Dan anda dapatkan kostum Chewbacca.

Keluarga-keluarga adalah seperti itu.

Kita mungkin semua berkongsi takung gen, tetapi kita tidak sama. Kita ada semangat unik. Kita dipengaruhi dari pengalaman kita dalam cara berbeza. Dan setiap kita berakhir berbeza sebagai akibatnya.

Selain mencuba memaksa semua orang menjadi seperti diri kita, kita boleh memilih untuk meraikan perbezaan ini dan menghargai mereka kerana bertambah kekayaan dan kejutan berterusan kepada hidup kita.

Kadangkala, walau bagaimanapun, ahli-ahli keluarga buat pilihan atau lakukan hal yang tidak bertimbang rasa, menyakitkan, atau tidak berakhlak. Apakah harus kita lakukan dalam kes-kes ini?

Tidak ada satu penyelesaian yang melitupi setiap keadaan. Orang yang menyelamatkan keluarga mereka berjaya kerana mereka berbincang bersama isteri dan keluarga mereka, mencari kehendak Tuhan, dan mendengar dorongan Roh Kudus. Mereka tahu bahawa apa yang betul bagi sebuah keluarga mungkin tidak betul bagi yang lain.

Tetapi, terdapat satu perkara yang betul dalam setiap kes.

Dalam Kitab Mormon, kita belajar tentang orang yang menemui rahsia untuk kegembiraan. Selama generasi-generasi, “tidak ada pertikaian. … dan sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.” Bagaimana mereka lakukannya? “kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.”4

Apa-apa masalah keluarga anda hadapi, apa-apa anda harus lakukan untuk menyelesaikannya, permulaan dan akhir penyelesaian adalah kasih ihsan, kasih suci Kristus. Tanpa kasih sayang ini, bahkan keluarga yang kelihatan sempurna berjuang. Dengan ini, bahkan keluarga dengan cabaran hebat berjaya.

“Kasih ihsan tidak pernah gagal.”5

Ia benar dengan menyelamatkan perkahwinan! Ia benar dengan menyelamatkan keluarga!

Mengetepikan Keangkuhan

Musuh besar kasih ihsan ialah keangkuhan. Keangkuhan adalah satu sebab yang terbesar perkahwinan dan keluarga berjuang. Keangkuhan cepat marah, tidak berbaik hati, dan dengki. Keangkuhan membesar-besarkan kekuatan dirinya dan tidak mempedulikan hemah orang lain. Keangkuhan mementingkan diri sendiri dan mudah marah. Keangkuhan menyangka niat jahat di mana tidak ada dan menyembunyikan di belakang dakwaan palsu. Keangkuhan sinis, pesimistik, marah, dan tidak sabar. Sebenarnya, jika kasih ihsan adalah kasih suci Kristus, keangkuhan adalah sifat khusus Setan.

Keangkuhan mungkin kegagalan manusia yang biasa. Tetapi itu bukan sebahagian warisan rohani kita, dan itu tidak ada tempat di antara pemegang imamat kudus Tuhan.

Hidup adalah pendek, saudara-saudara. Penyesalan boleh berlangsung waktu panjang—beberapa akan berakibat yang berterus di sepanjang keabadian.

Cara yang anda memperlakukan isteri atau anak-anak atau ibu bapa, atau adik-beradik boleh mempengaruhi generasi-generasi yang akan datang. Apa pusaka anda ingin tinggalkan untuk keturunan anda? Satunya dengan balas dendam, kekerasan, tindakan balas, kemarahan, atau ketakutan? Atau satunya dengan kasih, kerendahan hati, keampunan, rasa kasihan, dan perkembangan rohani?

Kita semua perlu mengingati, “penghakiman yang tak berbelas kasihan akan berlaku atas orang yang tidak berbelas kasihan.”6

Demi kebaikan hubungan anda, demi kebaikan jiwa anda, berbelas kasihanlah, kerana “belas kasihan akan menang atas penghakiman.”7

Mengetepikan Keangkuhan

Meminta maaf dengan bersungguh-sungguh kepada anak-anak anda, isteri anda, keluarga anda, atau kawan-kawan anda bukanlah tanda kelemahan tetapi kekuatan. Adakah menjadi betul lebih penting kepada anda daripada memelihara persekitaran membela, menyembuh, dan kasih?

Membina jambatan; jangan memusnahkannya.

Bahkan jika anda tidak bersalah—mungkin terutamanya apabila anda tidak bersalah—benarkan kasih sayang menaklukkan keangkuhan.

Jika anda lakukan ini, apa-apa musuh yang anda hadapi akan berlalu, dan disebabkan kasih sayang Tuhan di dalam hati anda, perselisihan akan lenyap. Asas-asas ini yang menyelamatkan hubungan berkaitan dengan kita semua, tidak kira sama ada kita berkahwin, bercerai, janda, atau bujang. Kita semua boleh menjadi penyelamat keluarga kuat.

Kasih Sayang Terhebat

Saudara-saudaraku, dalam usaha kita untuk menyelamatkan perkahwinan dan keluarga, seperti dalam semua hal, marilah kita mengikut teladan Seorang yang menyelamatkan kita. Juruselamat menangi “jiwa kita dengan kasih sayang.”8 Yesus Kristus ialah Tuan kita. Kerja-Nya ialah kerja kita. Ia kerja menyelamatkan, dan ia bermula di rumah kita.

Kasih sayang dalam rancangan keselamatan adalah tidak mementingkan diri dan mementingkan kesejahteraan orang lain. Itu kasih sayang yang Bapa Syurgawi ada bagi kita.

Dan semasa kita mencontohi kasih sayang Juruselamat, Dia pasti akan memberkati dan memakmurkan usaha soleh kita untuk menyelamatkan perkahwinan kita dan memperkuatkan keluarga kita.

Semoga Tuhan memberkati anda dalam usaha anda yang tidak kenal penat serta soleh untuk dikira di antara orang yang menyelamatkan. Ini doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.