2010–2019
Pertentangan dalam Segala Hal
April 2016


Pertentangan dalam Segala Hal

Pertentangan membenarkan kita untuk berkembang menuju ke apa yang Bapa Syurgawi kita ingin kita menjadi.

Pusat Injil Yesus Kristus adalah rancangan keselamatan Bapa untuk kemajuan abadi anak-anak-Nya. Rancangan itu, yang diterangkan dalam wahyu moden, membantu kita memahami banyak hal yang kita menghadapi dalam kefanaan. Pesanan saya menumpukan perhatian pada peranan penting pertentangan dalam rancangan itu.

I.

Tujuan kehidupan fana untuk anak-anak Tuhan adalah untuk memberi pengalaman-pengalaman yang perlu “untuk maju menuju ke kesempurnaan dan akhirnya mencapai takdir ilahi mereka sebagai pewaris kehidupan abadi.”1 Seperti yang Presiden Thomas S. Monson mengajar kita dengan begitu berkuasa pagi tadi, kita maju dengan membuat pilihan-pilihan, yang olehnya kita diuji untuk menunjukkan bahawa kita akan mematuhi perintah-perintah Tuhan (lihat Abraham 3:25). Untuk diuji, kita mesti mempunyai hak pilihan untuk memilih antara pilihan-pilihan. Untuk memberikan pilihan-pilihan yang dengan mana kita dapat menggunakan hak pilihan kita, kita mesti ada pertentangan.

Bahagian-bahagian rancangan yang lain juga diperlukan. Apabila kita membuat pilihan yang salah—kita pasti akan berbuat demikian—kita dikotorkan oleh dosa dan mesti dibersihkan untuk terus maju menuju ke takdir abadi kita. Rancangan Bapa memberikan jalan untuk melakukan ini, iaitu jalan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan keadilan: seorang Juruselamat membayar harga untuk menebus kita daripada dosa-dosa kita. Juruselamat itu adalah Tuhan Yesus Kristus, Putera Tunggal Tuhan Bapa yang Abadi, yang korban tebusan-Nya—yang penderitaan-Nya—membayar harga dosa-dosa kita jika kita akan bertaubat.

Salah satu penjelasan terbaik tentang peranan pertentangan yang dirancang ada di dalam Kitab Mormon, dalam ajaran-ajaran Lehi kepada anaknya Yakob.

“Kerana semestinya ada pertentangan dalam segala hal. Jika tidak, … kesolehan tidak dapat dijadikan, tidak juga kejahatan, tidak juga kekudusan atau penderitaan, tidak juga yang baik atau yang jahat” (2 Nefi 2:11; lihat juga ayat 15).

Kerana itu, Lehi teruskan, “Tuhan telah membenarkan manusia bertindak bagi dirinya sendiri. Oleh kerana itu, manusia tidak dapat bertindak bagi dirinya sendiri kecuali dia dipujuk oleh satu atau yang lain” (ayat 16). Begitu juga, dalam wahyu moden Tuhan mengisytiharkan, “Dan mestilah perlu bahawa iblis akan menggoda anak-anak manusia, atau mereka tidak dapat menjadi juru kuasa bagi diri mereka” (A&P 29:39).

Pertentangan adalah perlu di Taman Eden. Jika Adam dan Hawa tidak membuat pilihan itu yang memulakan kefanaan, Lehi mengajar, “mereka akan tetap dalam keadaan tidak berdosa, … tidak membuat baik, kerana mereka tidak mengenal dosa” (2 Nefi 2:23).

Dari permulaan, hak pilihan dan pertentangan menjadi pusat kepada rancangan Bapa dan kepada pemberontakan Setan terhadap kita. Seperti yang Tuhan mengungkapkan kepada Musa, di majlis syurga Setan “berupaya untuk menghancurkan hak pilihan manusia” (Musa 4:3). Pemusnahan itu berwujud dalam syarat-syarat tawaran Setan. Dia datang di hadapan Bapa dan mengatakan, “Lihatlah, di sinilah aku, utuslah aku, aku akan menjadi putera-Mu, dan aku akan menebus seluruh umat manusia, sehingga satu jiwa pun tidak akan hilang, dan pastilah aku akan melakukannya; kerananya berilah aku kehormatan-Mu” (Musa 4:1).

Oleh itu, Setan mencadangkan untuk melaksanakan rancangan Bapa dalam cara yang akan menghalang pencapaian tujuan Bapa dan memberikan Setan kemuliaan-Nya.

Cadangan Setan akan memastikan kesamaan yang sempurna: ia akan “menebus seluruh manusia,” agar satu jiwa pun tidak akan hilang. Tidak akan ada hak pilihan atau pilihan apapun oleh siapapun dan, oleh itu, tidak perlu ada pertentangan. Tidak akan ada ujian, kegagalan, dan kejayaan. Tidak akan ada kemajuan untuk mencapai tujuan yang Bapa menghendaki untuk anak-anak-Nya. Tulisan suci mencatat bahawa pertentangan Setan mengakibatkan “peperangan di syurga” (Wahyu 12:7), dalam peperangan mana dua pertiga daripada anak-anak Tuhan memperoleh hak untuk mengalami kehidupan yang fana dengan memilih rancangan Bapa dan menolak pemberontakan Setan.

Tujuan Setan adalah untuk mendapat bagi dirinya sendiri penghormatan dan kuasa Bapa (lihat Yesaya 14:12–15; Musa 4:1, 3). “Kerananya,” Bapa mengatakan, “kerana Setan memberontak melawan-Ku, … Aku sebabkan agar dia hendaknya dicampakkan” (Musa 4:3) dengan semua roh yang telah menggunakan hak pilihan mereka untuk ikut dia (lihat Yudas 1:6; Wahyu 12:8–9; A&P 29:36–37). Dicampakkan sebagai roh tanpa tubuh dalam kefanaan, Setan dan para pengikutnya menggoda dan berusaha memperdaya dan memikat anak-anak Tuhan (lihat Musa 4:4). Begitulah si jahat, yang menentang dan berusaha memusnahkan rancangan Bapa, sebenarnya memudahkannya, kerana pertentanganlah yang membolehkan pemilihan, dan kesempatan membuat pilihan yang betullah yang membawa kemajuan itu yang menjadi tujuan rancangan Bapa.

II.

Godaan untuk berdosa bukanlah satu-satunya jenis pertentangan dalam kefanaan. Lehi mengajar bahawa jika Kejatuhan tidak berlaku, Adam dan Hawa “akan tetap dalam keadaan tidak berdosa, tidak mempunyai kebahagiaan, kerana mereka tidak mengenal kesengsaraan” (2 Nefi 2:23). Tanpa pengalaman pertentangan dalam kefanaan, “semua hal mesti digabungkan menjadi satu,” di mana tidak akan ada kegembiraan atau kesengsaraan (ayat 11). Oleh itu, Lehi teruskan, setelah Tuhan mencipta semual hal, “untuk mencapai tujuan-tujuan-Nya yang abadi bagi manusia, … mestilah perlu bahawa ada suatu pertentangan; bahkan buah terlarang bertentangan dengan pokok kehidupan; yang satu manis, dan yang lain pahit” (ayat 15).2 Pengajarannya mengenai bahagian rancangan keselamatan ini mengakhiri dengan kata-kata ini:

“Tetapi lihatlah, segala hal telah dibuat dalam kebijaksanaan Dia yang mengetahui segala hal.

“Adam jatuh agar manusia boleh wujud; dan manusia wujud agar mereka boleh berbahagia” (ayat 24–25).

Pertentangan dalam bentuk keadaan-keadaan yang susah yang kita menghadapi dalam kefanaan juga merupakan sebahagian rancangan yang memajukan perkembangan kita dalam kefanaan.

III.

Semua kita mengalami pelbagai jenis pertentangan yang menguji kita. Sesetengah daripada ujian-ujian ini merupakan godaan untuk berdosa. Ada yang merupakan cabaran-cabaran fana selain daripada dosa peribadi. Ada yang kecil saja. Ada yang berterusan, dan ada yang tidak lama. Tidak ada seorangpun daripada kita yang dikecualikan. Pertentangan membenarkan kita untuk berkembang menuju ke apa yang Bapa Syurgawi kita ingin kita menjadi.

Selepas Joseph Smith menyiapkan penterjemahan Kitab Mormon, dia masih perlu mencari penerbit. Ini bukan mudah. Kerumitan manuskrip yang panjang ini dan harga penerbitan dan penjilidan beribu buah buku adalah menakutkan. Joseph mula-mula minta bantuan E. B. Grandin, seorang penerbit Palmyra, yang enggan menerbitkan. Selepas itu dia mencari seorang penerbit yang lain di Palmyra, yang menolak dia juga. Dia pergi ke Rochester, 25 batu (40 km) jauhnya, dan minta bantuan dari penerbit yang paling terkenal di bahagian barat New York, yang menolak dia juga. Satu lagi penerbit di Rochester rela membantu, tetapi keadaan pada masa itu membuat pilihan ini tidak sesuai.

Minggu-minggu berlalu, dan Joseph pasti kebingungan kerana pertentangan yang melawan pencapaian tugasnya yang ilahi. Tuhan tidak membuat tugas ini mudah, tetapi Dia membuatnya supaya ia dapat dilakukan. Percubaan Joseph yang kelima, iaitu permintaan kedua kepada penerbit Grandin di Palmyra, berjaya.3

Bertahun-tahun kemudian, Joseph dipenjarakan dengan teruk sekali di Penjara Liberty berbulan-bulan lamanya. Apabila dia berdoa meminta kelegaan, Tuhan memberitahu dia bahawa “segala hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akanlah demi kebaikanmu” (A&P 122:7).

Kita semua berkenalan dengan jenis-jenis pertentangan fana yang lain yang tidak disebabkan oleh dosa peribadi kita, termasuk kesakitan, kehilangan upaya, dan kematian. Presiden Thomas S. Monson menjelaskan:

“Sesetengah daripada anda mungkin kadang-kadang berseru semasa penderitaan anda, bertanya-tanya kenapa Bapa Syurgawi kita akan membiarkan anda untuk mengalami apa sahaja cabaran yang anda hadapi. …

Tetapi kehidupan fana kita tidak sepatutnya mudah atau sentiasa menyenangkan. Bapa Syurgawi kita … mengetahui bahawa kita belajar dan berkembang dan menjadi halus melalui cabaran yang susah, kesedihan yang mematahkan hati, dan pilihan yang susah. Setiap satu kita mengalami hari-hari yang gelap apabila seorang yang kita sayangi meninggal dunia, masa-masa yang sakit apabila kesihatan kita hilang, perasaan-perasaan ketinggalan bila mereka yang kita sayangi meninggalkan kita. Cabaran-cabaran ini dan cabaran yang lain memberi kita ujian sebenar mengenai kebolehan kita untuk bertahan.”4

Usaha-usaha kita untuk memperbaiki kepatuhan kita kepada Hari Sabat merupakan satu contoh pertentangan yang kurang tekanan. Kita mempunyai perintah Tuhan untuk menghormati Hari Sabat. Beberapa dari pilihan kita mungkin melanggar perintah itu, tetapi pilihan-pilihan lain dalam bagaimana kita menghabiskan masa pada Hari Sabat merupakan satu soalan iaitu sama ada kita akan melakukan apa yang baik sahaja atau apa yang lebih baik atau yang terbaik.5

Untuk menggambarkan pertentangan godaan, Kitab Mormon menjelaskan tiga cara yang iblis akan menggunakan semasa hari-hari terakhir. Yang pertama, dia akan “mengamuk dalam hati anak-anak manusia, dan menghasut mereka menjadi marah terhadap apa yang baik” (2 Nefi 28:20). Yang kedua, dia akan “tenangkan, dan lalaikan [ahli-ahli] ke dalam keamanan badaniah,” mengatakan “Sion makmur, segalanya baik” (ayat 21). Yang ketiga, dia akan memberitahu kita “tidak ada neraka; dan … aku bukan iblis, kerana tidak ada iblis” (ayat 22), dan oleh itu tidak ada yang benar dan yang salah. Oleh kerana pertentangan ini, kita diberikan amaran supaya jangan “terlengah di Sion!” (ayat 24).

Gereja dalam misinya yang ilahi dan kita dalam kehidupan peribadi kita menghadapi semakin banyak pertentangan masa kini. Mungkin semasa Gereja berkembang dalam kekuatan dan kita para ahli berkembang dalam iman dan kepatuhan, Setan meningkatkan kekuatan pertentangannya supaya kita akan terus menghadapi “pertentangan dalam segala hal.”

Sesetengah daripada pertentangan ini datang dari ahli-ahli Gereja. Orang yang menggunakan penaakulan atau kebijaksanaan peribadi untuk menolak arahan nabi memberi diri mereka satu gelaran daripada kumpulan orang yang telah dipilih untuk kerajaan—“pertentangan yang setia.” Tidak kira betapa sesuai untuk sesuatu demokrasi, tidak ada keperluan untuk idea ini dalam kerajaan jajahan Tuhan, di mana soalan-soalan dihormati tetapi pertentangan tidak dihormati (lihat Matius 26:24).

Sebagai satu contoh lagi, ada banyak perkara dalam sejarah awal Gereja kita, seperti apa yang Joseph Smith melakukan atau tidak melakukan dalam setiap keadaan, yang beberapa orang menggunakan sebagai dasar pertentangan. Kepada semua saya berkata, gunakanlah iman dan bergantunglah pada ajaran Juruselamat bahawa kita patut “mengenal mereka dari buah mereka” (Matius 7:16). Gereja sedang membuat usaha besar untuk menjadi telus dengan rekod-rekod yang kami ada, tetapi setelah semua yang dapat kami menerbitkan, ahli-ahli kita kadang-kadang mempunyai soalan sederhana yang tidak boleh dijawab oleh pembelajaran. Itulah versi sejarah Gereja “pertentangan dalam segala hal.” Ada perkara-perkara yang boleh dipelajari hanya oleh iman (lihat A&P 88:118). Iman kepada kesaksian yang telah kita menerima dari Roh Kudus mesti menjadi gantungan terbesar kita.

Tuhan jarang melanggar hak pilihan anak-anak-Nya dengan menyusahkan beberapa orang bagi kelegaan orang lain. Tetapi Dia meringankan beban-beban kesengsaraan kita dan memperkuatkan kita untuk menanggungnya, seperti yang Dia lakukan untuk rakyat Alma di negeri Helam (lihat Mosia 24:13–15). Dia tidak menghalang semua bencana, tetapi Dia menjawab doa-doa kita untuk menyimpangkannya, seperti yang Dia lakukan dengan puting -beliung berkuasa itu yang mengancam menghalang pembaktian bait suci di Fiji;6 atau Dia menumpulkan kesannya, seperti yang Dia lakukan dengan pengeboman pengganas itu yang mengambil begitu banyak nyawa di lapangan terbang Brussels tetapi hanya mencederakan empat mubaligh kita saja.

Melalui semua pertentangan yang fana, kita mempunyai jaminan Tuhan bahawa Dia akan “membaktikan kesengsaraan [kita] demi keuntungan [kita]” (2 Nefi 2:2). Kita juga telah diajar untuk memahami pengalaman-pengalaman fana kita dan perintah-perintah-Nya dalam konteks rancangan keselamatan-Nya yang hebat, yang memberitahu kita tujuan kehidupan dan memberi kita jaminan seorang Juruselamat, dalam nama siapa saya bersaksi akan kebenaran hal-hal ini. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia,” Liahona, Nov. 2010, 129.

  2. Wahyu moden mengajar kita bahawa jika kita tidak pernah mengalami yang pahit, kita tidak dapat mengenal yang manis (lihat Ajaran dan Perjanjian 29:39).

  3. Lihat Michael Hubbard MacKay dan Gerrit J. Dirkmaat, From Darkness unto Light: Joseph Smith’s Translation and Publication of the Book of Mormon (2015), 163–79.

  4. Thomas S. Monson, “Joy in the Journey” (Ucapan yang diberikan di BYU Women’s Conference, May 2, 2008), womensconference.ce.byu.edu. Satu karangan pendek mengenai semangat kesukanan dan demokrasi oleh John S. Tanner, yang kini menjadi presiden BYU–Hawaii, termasuk pandangan ini mengenai satu subjek yang kita sudah mengenal dengan baik: “Pembelajaran bagaimana untuk kalah dengan lemah lembut bukan sahaja tugas awam; ia merupakan perintah keagamaan. Tuhan merancang kefanaan untuk memastikan ‘pertentangan dalam segala hal’ (2 Nefi 2:11). Rintangan dan kekalahan adalah bahagian rancangan-Nya untuk penyempurnaan kita. … Kekalahan mengambil peranan asas dalam ‘usaha kita untuk mencari kesempurnaan’” (Notes from an Amateur: A Disciple’s Life in the Academy [2011], 57).

  5. Lihat Dallin H. Oaks, “Good, Better, Best,” Liahona, Nov. 2007, 104–8.

  6. Lihat Sarah Jane Weaver, “Rededication Goes Forward,” Church News, Feb. 28, 2016, 3–4.