2010–2019
Berdiri dengan Pemimpin Gereja
April 2016


Berdiri dengan Pemimpin Gereja

Adakah anda berdiri dengan pemimpin Gereja di dalam dunia yang semakin gelap supaya kamu mungkin boleh menyebarkan Cahaya Kristus?

Kami mengucapkan selamat datang kepada Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh yang baru disokong dan presidensi umum Sekolah Primer yang bagus. Dengan setinggi-tinggi penghargaan. Kami berterima kasih kepada mereka yang dilepaskan. Kami kasihi anda, setiap daripada anda.

Saudara dan saudari yang dikasihi, kita baru sahaja mengambil bahagian didalam pengalaman yang amat diberkati apabila kita mengangkat tangan dan menyokong nabi, pelihat dan pewahyu dan pemimpin lain dan pegawai umum yang dipanggil Tuhan pada hari ini. Saya tidak pernah mengambil ringan atau bersahaja peluang untuk menyokong dan dibimbing oleh hamba Tuhan. Dan hanya beberapa bulan dalam panggilan saya sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul, saya rasa rendah diri dengan undi sokongan dan keyakinan anda. Saya menghargai kerelaan anda untuk berdiri bersama saya dan dengan semua pemimpin yang hebat ini.

Selepas saya disokong Oktober lepas saya melawat Pakistan kerana satu tugasan, apabila saya berada di sana, bertemu dengan ahli Gereja yang indah dan berdedikasi di negara itu. Mereka kecil dalam nombor tetapi besar dalam roh. Tidak lama selepas pulang ke rumah, Saya menerima nota berikut daripada Brother Shakeel Arshad, seorang ahli yang saya jumpa semasa lawatan: “Terima Kasih, Elder Rasband kerana datang ke Pakistan. Saya mahu memberitahu kamu bahawa … ahli Gereja … menyokong dan menyayangi kamu. [Kami amat] bertuah yang kamu berada di sini dan kami dengar daripada kamu. Ia adalah hari keemasan dalam hidup keluarga saya kerana kami bertemu dengan seorang Rasul.”1

Bertemu dengan Orang Suci seperti Brother Arshad merupakan pengalaman yang menyelubungi dan merendahkan diri, menggunakan perkataan dia, “hari keemasan” untuk saya juga.

Pada bulan Januari, pemimpin Gereja menyertai dalam siaran Face to Face dengan para remaja dan pemimpin mereka dan ibu bapa dari serata dunia. Siaran itu distrim secara langsung dalam Internet kepada banyak lokasi di 146 negara; sesetengah lokasi mempunyai penonton ramai di Gereja, dan yang lain merupakan satu rumah dengan seorang remaja yang menonton. Secara keseluruhan beratus ribu menyertai bersama.

Imej
Face to Face dengan Elder Rasband, Sister Oscarson, dan Brother Owen

Dalam menghubungkan dengan penonton yang luas kita, Sister Bonnie Oscarson, presiden umum Remaja Puteri; Brother Stephen W. Owen, presiden umum Remaja Putera; dan Saya—disokong oleh host remaja kita, ahli musik, dan lain-lain—menjawab soalan daripada remaja kita.

Imej
2016 Tema Gabungan

Tujuan kami adalah untuk memperkenalkan tema Gabungan untuk tahun 2016, “Maju Terus dengan Ketabahan di dalam Kristus.” dari 2 Nefi ayat 31, baris, yang berkata “Oleh kerana itu, kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.”2

Dengan membaca banyak soalan remaja, apa yang kami pelajari? Kami pelajari bahawa remaja kita sayangi Tuhan, menyokong pemimpin mereka, dan mempunyai keinginan untuk soalan mereka dijawab! Soalan adalah satu petunjuk keinginan untuk belajar lagi, untuk menambah kepada kebenaran yang sudah berada dalam kesaksian kita, dan untuk lebih bersedia untuk “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus.”

Pemulihan Injil bermula dengan seorang remaja, Joseph Smith, dengan menanya satu soalan. Banyak daripada ajaran Juruselamat dalam pelayanan-Nya bermula dengan soalan. Ingat soalan Dia kepada Petrus: “Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?”3 dan Petrus menjawab: “Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Tuhan, Anak Tuhan Yang Hidup.”4 Kita harus menolong satu sama lain untuk mencari jawapan Bapa Syurgawi melalui bimbingan Roh.

Pada siaran itu, saya berkata kepada para remaja:

“Pemimpin Gereja ini tidak asing kepada isu-isu, kebimbangan, dan cabaran anda.

“Kami mempunyai anak-anak. Kami mempunyai cucu-cucu. Kami selalu bertemu dengan remaja dari serata dunia. Dan berdoa untuk anda, kami berbincang tentang anda di tempat yang paling suci, dan kami mengasihi anda.”5

Saya ingin mengongsikan satu daripada banyak balasan yang kami terima daripada acara itu.

Lisa daripada Grande Prairie, Alberta, Canada, menulis: “Acara Face to Face ini amat bagus, Satu kekuatan kepada kesaksian saya dan keyakinan kepada Injil. Kita amat diberkati untuk mempunyai pemimpin yang diilhamkan yang dipanggil untuk melayan dalam begitu banyak kapasiti.”6

Liz, daripada Pleasant Grove, Utah, menulis dalam pos yang lebih awal: “Saya amat bersyukur untuk iman peribadi saya dan peluang untuk menyokong nabi Tuhan dan lelaki dan wanita yang melayan bersama dia.”7

Kita telah menyokong pemimpin hari ini, melalui ilham ilahi, telah dipanggil untuk mengajar dan membimbing kita dan juga memanggil kepada kita untuk berhati-hati kepada bahaya yang kita hadapi setiap hari—daripada pengamatan hari Sabat bersahaja-, kepada ancaman kepada keluarga, kepada ancaman kepada kebebasan beragama, dan juga mempertikaikan wahyu zaman-akhir. Saudara dan saudari, adakah kita mendengar nasihat mereka?

Banyak kali dalam persidangan, pertemuan sakramen, dan sekolah Primer kita telah menyanyi perkataan lembut, “Pimpin aku, bimbing aku, tunjukkan jalan.”8 Apakah erti perkataan ini bagi anda? Siapakah yang datang kepada minda anda apabila kamu memikirkan tentang mereka? Pernahkah anda merasa pengaruh pemimpin yang soleh, pengikut Yesus Kristus yang pada dahulu dan bersambung sekarang untuk menyentuh hidup anda, yang berjalan perjalanan Tuhan dengan anda? Mereka mungkin dekat dengan rumah. Mereka mungkin dalam jemaah tempatan anda atau berucap daripada mimbar pada persidangan umum. Para pengikut ini berkongsi dengan kita berkat mempunyai kesaksian tentang Tuhan Yesus Kristus, pemimpin Gereja ini, pemimpin jiwa kita, yang telah berjanji, “Kerananya, jadilah riang, dan janganlah takut, karena Aku Tuhan besertamu, dan akan berdiri di dekatmu.”9

Saya mengingati Presiden Thomas S. Monson berkongsi satu cerita apabila dia dijemput untuk ke rumah presiden pancang Paul C. Child untuk bersedia dimajukan ke Imamat Melkisedek. Satu berkat yang istimewa untuk Presiden Child, yang tidak tahu pada masa itu bahawa dia sedang mengajar seorang budak Imamat Harun yang pada satu hari akan menjadi nabi Tuhan.10

Saya mempunyai masa pengajaran dengan nabi kita, Presiden Monson. Tidak ada soalan dalam minda saya atau hati saya bahawa dia adalah nabi Tuhan di dunia; Saya ada menjadi penerima rendah diri apabila dia menerima wahyu dan bertindak ke atasnya. Dia sedang mengajar kita untuk mencapai jauh, untuk melindungi satu sama lain, untuk menyelamatkan satu sama lain. Begitulah ia diajar di Perairan Mormon. Mereka yang “berhasrat … untuk dipanggil umat-Nya” sanggup” untuk menanggung beban satu sama lain,” “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa” dan “dan untuk berdiri sebagai saksi bagi Tuhan.”11

Saya berdiri disini sebagai saksi Tuhan, Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Saya tahu Juruselamat hidup dan menyayangi kita dan mengarahkan hamba-Nya, anda dan saya, untuk memenuhi tujuan besar-Nya di dunia ini.12

Sambil kita mara ke hadapan, memilih untuk mengikut arahan dan amaran pemimpin kita, kita pilih untuk mengikut Tuhan apabila dunia memilih untuk ke arah yang lain. Kita pilih untuk pegang teguh pada batang besi untuk menjadi Orang Suci Zaman Akhir, untuk berada di atas tugasan Tuhan, dan untuk dipenuhi dengan “kebahagiaan yang tersangat besar.”13

Soalan yang berkembang pada hari ini amat jelas: adakah anda berdiri dengan pemimpin Gereja di dalam dunia yang semakin gelap supaya kamu mungkin boleh menyebarkan Cahaya Kristus?

Hubungan dengan pemimpin adalah amat penting dan bererti. Tidak kira apa umur mereka, betapa dekat atau jauh mereka berada, atau apabila mereka mungkin telah menyentuh hidup kita, pengaruh mereka mencerminkan kata-kata penyair Amerika Edwin Markham yang berkata ini:

Terdapat takdir yang membuat kita saudara:

[Tiada orang] yang pergi ke jalannya keseorangan:

Semua yang kita menghantar kedalam hidup orang lain

Datang semula kepada kita.14

Shakeel Arshad, kawan saya di Pakistan, menghantar sokongan dia kepada saya, abang dan kawannya. Begitu juga dengan anda semua. Apabila kita mencapai untuk mengangkat satu sama lain, kita membuktikan perkataan berkuasa itu: “[Tiada orang] yang pergi ke jalannya keseorangan”

Yang paling penting, kita perlukan Juruselamat kita, Tuhan Kita, Yesus Kristus, Salah satu cerita daripada ayat suci yang selalu menyentuh saya secara rohani adalah apabila Yesus Kristus berjalan di atas air untuk bertemu dengan pengikutnya yang sedang dalam perjalanan di dalam kapal di Lautan Galilee. Mereka ini adalah pemimpin,baru dipanggil seperti ramai daripada kami disini. Cerita ini direkodkan dalam Matius:

“ … perahu … di tengah-tengah tasik, dan diumbang-ambingkan ombak kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan.

“Antara pukul tiga dan enam pagi, Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka.

“Apabila pengikut-pengikut-Nya nampak Dia berjalan di atas air, mereka berasa gerun, … jerit mereka dengan ketakutan.

“Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!”15

Petrus mendengar panggilan galakkan indah daripada Tuhan.

“Lalu Petrus berkata, “Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar Yesus, suruhlah aku datang berjalan di atas air.

“Marilah,” jawab Yesus.”16

Amat berani, Petrus merupakan seorang nelayan, dan dia tahu bahaya laut. Walau bagaimanapun, dia bertekad untuk mengikut Kristus—malam atau pagi, di atas kapal atau di darat.

Saya boleh bayangkan Petrus melompat dari perahu, tidak tunggu walaupun sesaat untuk jemputan, dan bermula jalan di atas air. Sesungguhnya, ayat suci berkata, “Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju kepada Yesus.”17 Apabila angin meningkat dalam kekuatan dan kuasa dan ombak berpusar di kakinya, Petrus menjadi “takut; dan mula tenggelam. Lalu Petrus berseru, “Ya Tuhan, selamatkanlah aku!

“Dengan segera Yesus menghulurkan tangan lalu memegang dia.”18

Satu pelajaran yang kuat. Tuhan berada di sana untuk dia, sama seperti Dia berada di sana untuk anda dan saya. Dia menghulurkan tangan-Nya dan mengeluarkan Petrus kepada-Nya dan kepada keselamatan.

Saya pernah perlukan Juruselamat dan penyelamatan tangan-Nya untuk banyak kali. Saya perlukan dia lebih sekarang lebih daripada dahulu, sama juga seperti anda semua. Saya pernah rasa yakin pada beberapa kali untuk melompat keluar daripada perahu, berkata secara kiasan, ke tempat yang tidak dikenali, hanya untuk menyedari saya tidak boleh melakukanya seorang diri.

Apabila kita berbincang semasa Face to Face, Tuhan sering mencapai kepada kita melalui keluarga dan pemimpin, menjemput kita untuk datang kepada-Nya—sama seperti Dia mencapai kepada Petrus dan menyelamatkannya.

Anda juga akan mempunyai banyak detik-detik untuk membalas kepada jemputan kerap untuk “datanglah kepada Kristus.”19 Bukankah itu sebab kehidupan fana ini? Panggilan itu mungkin untuk menyelamatkan seorang ahli keluarga; untuk melayani misi; pulang semula ke Gereja; datang ke Bait Suci; dan, seperti yang kita baru dengar dari remaja kita dalam Face to Face, mari, tolong saya menjawab soalan. Dengan masa setiap dari kita akan mendengar panggilan “Mari Pulang ke Rumah.”

Saya berdoa agar kita akan mencapai—mencapai keluar dan mengambil tangan Juruselamat yang Dia hulurkan kepada kita, selalunya melalui pemimpin-Nya yang dipanggil secara ilahi dan ahli keluarga kita—dan dengar untuk panggilan-Nya untuk datang.

Saya tahu bahawa Yesus Kristus hidup, Saya mengasihi-Nya, dan saya tahu dengan semua hati saya bahawa Dia mengasihi kita semua. Dia adalah Contoh kita yang hebat dan pemimpin ilahi semua anak-anak Bapa kita. Saya memberi kesaksian saya dalam nama Yesus Kristus, amin.