2010–2019
Pemimpin Terbaik Ialah Pengikut Terbaik
April 2016


Pemimpin Terbaik Ialah Pengikut Terbaik

Akan ada masa apabila jalan kelihatannya gelap, tetapi teruskan mengikut Juruselamat. Dia tahu jalannya; sebenarnya, Dialah jalan itu.

Apabila saya berumur 12 tahun, bapa saya membawa saya memburu di pergunungan. Kami bangun pada pukul 3 pagi, memelanai kuda kami, dan mula menaiki lereng gunung berhutan dalam gelap gelita. Walaupun saya suka memburu bersama bapa saya, pada ketika itu saya berasa takut sedikit. Saya tidak pernah berada di gunung ini, dan saya tidak dapat melihat laluannya—atau apa-apa pun! Satu-satunya perkara yang saya dapat lihat ialah lampu suluh kecil yang dibawa bapa saya semasa ia memancarkan cahaya yang kelam kepada pokok pain di depan kami. Jika kuda saya tergelincir dan jatuh—dapatkah dia melihat ke mana dia pergi? Tetapi pemikiran ini menghiburkan saya: “Bapa tahu ke mana dia pergi. Jika saya mengikuti dia, semua akan menjadi baik.”

Dan semuanya baik. Akhirnya matahari terbit, dan kami mempunyai hari yang menakjubkan bersama-sama. Semasa kami bermula kembali ke rumah, bapa saya menuding kepada lereng puncak yang megah. “Itulah Windy Ridge,” dia berkata. “Itu tempat pemburuan yang baik.” Tiba-tiba, saya tahu bahawa saya inginkan kembali dan mendaki Windy Ridge pada suatu hari.

Beberapa tahun yang berikutnya, saya sering mendengar bapa saya bercakap tentang Windy Ridge, tetapi kami tidak pernah kembali—sehingga suatu hari, 20 tahun kemudian, saya memanggil bapa saya dan berkata, “Marilah kita pergi ke Windy.” Sekali lagi kami memelanai kuda kami, dan bermula menaiki lereng gunung. Saya sekarang seorang penunggang berpengalaman dalam umur 30-an, tetapi saya terkejut dengan ketakutan yang sama yang saya rasai apabila saya berumur 12 tahun. Tetapi bapa saya tahu jalannya, dan saya mengikuti dia.

Akhirnya kami sampai ke puncak Windy. Pemandangan itu amat menyeronokkan, dan perasaan menggalakkan yang saya rasa adalah saya ingin kembali—bukan untuk saya kali ini tetapi untuk isteri dan anak-anak saya. Saya inginkan mereka mengalami apa yang saya telah alami.

Selama bertahun-tahun, saya ada banyak peluang untuk membawa anak-anak lelaki saya dan remaja putera yang lain ke puncak-puncak gunung, seperti bapa saya membawa saya. Pengalaman ini telah mendorong saya untuk merenungkan apa maksud memimpin—dan apa maksud mengikut.

Yesus Kristus, Pemimpin Terbaik dan Pengikut Terbaik

Jika saya menanya anda, “Siapakah pemimpin terbaik yang pernah hidup?”—apakah anda akan kata? Jawapannya, sememangnya, ialah Yesus Kristus. Dia menunjukkan teladan yang sempurna untuk setiap kualiti kepimpinan yang dapat dibayangkan.

Tetapi jika saya menanya anda, “Siapakah pengikut terbaik yang pernah hidup?”—bukankah jawapannya masih Yesus Kristus? Dia pemimpin terbaik kerana Dia pengikut yang terbaik—Dia mengikut Bapa-Nya dengan sempurna, dalam segala hal.

Dunia mengajar bahawa pemimpin harus amat berkuasa; Tuhan mengajar bahawa mereka harus berlembut hati. Pemimpin duniawi memperolehi kuasa dan pengaruh dengan bakat, kemahiran, dan kekayaan. Pemimpin seperti Kristus memperolehi kuasa dan pengaruh “dengan pujukan, dengan kepanjangsabaran, dengan kelemahlembutan dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat.”1

Dalam mata Tuhan, pemimpin yang terbaik selalunya pengikut yang terbaik.

Benarkan saya mengongsikan dua pengalaman dari interaksi baru-baru saya dengan remaja putera Gereja yang mengajar saya tentang kepimpinan dan pengikutanmengikut.

Kita Semua Orang Pemimpin

Baru-baru ini isteri saya dan saya menghadiri pertemuan Sakramen di luar bahagian tempatan kami. Sebelum pertemuan bermula, seorang remaja putera mendekati saya dan menanya jikalau saya boleh tolong dengan memberi sakramen. Saya berkata, “Saya gembira untuk menolong.”

Saya mengambil tempat duduk saya dengan orang diaken yang lain dan menanya seseorang yang duduk di sebelah saya, “Apakah tugas saya?” Dia memberitahu saya bahawa saya akan bermula memberi di belakang gereja di bahagian tengah dan dia akan berada di bahagian yang sama pada sisi yang lain, dan bersama-sama kami akan bergerak ke hadapan.

Saya berkata, “Saya sudah lama tidak lakukan ini.”

Dia membalas, “Tidak mengapa. Kamu baiklah. Saya berasa sedemikian juga pada pertama kali.”

Kemudian deakon yang paling muda di kuorum, ditahbiskan hanya beberapa minggu yang lalu, berucap di pertemuan Sakramen. Selepas pertemuan diaken-diaken yang lain berkumpul untuk beritahu dia betapa mereka bangga dengan ahli kuorum mereka.

Semasa saya bertemu dengan mereka hari itu, saya mendapat tahu bahawa setiap minggu ahli-ahli dari semua kuorum Imamat Harun di bahagian itu mendekati remaja putera lain dan menjemput mereka untuk mengambil bahagian di kuorum mereka.

Semua remaja putera ini merupakan pemimpin yang baik. Dan amat jelas mereka mempunyai pemegang Imamat Melkisedek yang menakjubkan, ibu bapa, dan orang lain yang mengajar mereka dalam tugas-tugas mereka. Orang dewasa berprihatin seperti ini memandang remaja putera bukan sahaja siapa mereka sekarang tetapi sebagai siapa mereka boleh menjadi. Apabila mereka bercakap tentang remaja putera, mereka tidak menumpukan pada kelemahan mereka. Sebaliknya, mereka menekankan kualiti kepimpinan yang baik yang mereka tunjukkan.

Remaja Putera, inilah cara Tuhan melihat anda. Saya menjemput anda untuk melihat diri anda begini. Akan ada masa dalam kehidupan anda apabila dipanggil untuk memimpin. Di masa lain, anda akan diharapkan untuk mengikut. Tetapi pesanan saya bagi anda hari ini adalah tidak kira panggilan anda, anda selalu seorang pemimpin, dan anda selalu seorang pengikut. Kepimpinan ialah ungkapan penganutan—ia hanyalah mengenai untuk membantu orang lain datang kepada Kristus, sesuatu yang pengikut sejati lakukan. Jika anda berusaha menjadi pengikut Kristus, anda boleh menbantu orang lain mengikut-Nya dan anda boleh menjadi pemimpin.

Kebolehan anda untuk memimpin tidak datang daripada personaliti ramah, kemahiran motivasi, ataupun bakat untuk berucap di khalayak ramai. Itu datang daripada kotmitmen anda untuk mengikut Yesus Kristus. Itu datang daripada keinginan untuk menjadi, dalam kata-kata Abraham, “pengikut kebenaran lebih luhur.”2 Jika anda boleh lakukan itu—walupun jika anda tidak sempurna, tetapi anda mencuba—jadi anda ialah seorang pemimpin.

Pelayanan Imamat Ialah Kepimpinan

Dalam kejadian yang lain, saya berada di New Zealand melawat rumah ibu tunggal bersama tiga anak remaja. Anak lelaki paling tua berumur 18 tahun dan telah menerima Imamat Melkisedek pada Hari Ahad yang lalu. Saya bertanya dia jika dia sudah menggunakan imamat tersebut. Dia berkata, “Saya tidak pasti apa maksudnya.”

Saya beritahu dia bahawa dia sekarang mempunyai hak kuasa untuk memberi berkat imamat untuk penghiburan dan penyembuhan. Saya melihat ibu dia, yang tidak ada pemegang Imamat Melkisedek di sebelah dia selama bertahun-tahun. “Saya berfikir ini adalah menakjubkan,” saya berkata, “jika kamu akan memberikan berkat kepada ibu kamu.”

Dia membalas, “Saya tidak tahu bagaimana.”

Saya menjelaskan bahawa dia boleh meletakkan tangan dia di atas kepala ibunya, mengatakan nama dia, mengatakan bahawa dia memberi berkat dengan hak kuasa Imamat Melkisedek, berkata apa-apa yang Roh berbisik ke dalam minda dan hati dia, dan menutup dalam nama Yesus Kristus.

Hari yang seterusnya, saya menerima e-mel daripada dia. Ia terbaca sebahagiannya: “Malam ini saya telah memberkati ibu saya. … Saya berasa teramat takut dan tidak mencukupi, jadi saya berdoa secara berterusan untuk memastikan Roh berada bersama saya, kerana saya tidak dapat memberi berkat tanpanya. Semasa saya bermula, saya lupa diri saya dan kelemahan saya dengan sepenuhnya. … Saya [tidak menjangka] berasa kuasa rohani serta emosi yang amat besar. … Selepas roh kasih sayang menyentuh hati saya agar tidak dapat menahan emosi saya, jadi saya memeluk ibu saya dan menangis seperti bayi. … Bahkan sekarang semasa saya menulis ini, [Saya berasa] Roh [sangat banyak sehingga] saya tidak ingin berdosa lagi. … Saya menyayangi Injil ini.”3

Bukankah itu memberikan inspirasi untukmelihat bagaimana remaja putera yang biasa boleh mencapai perkara baik melalui pelayanan imamat, namun dia berasa tidak mencukupi? Saya baru-baru ini mendapati bahawa elder muda ini telah menerima panggilan misi dia dan akan masuk pusat latihan mubaligh bulan depan. Saya percaya dia akan memimpin banyak jiwa kepada Kristus kerana dia telah belajar bagaimana mengikut Kristus di dalam pelayanan imamat dia—bermula di rumah diri dia, di mana teladannya telah amat mempengaruhi adik lelaki dia yang berumur 14 tahun.

Saudara-saudara, sama ada kita menyedarinya atau tidak, orang memandang tinggi terhadap kita—ahli-ahli keluarga, kawan-kawan, bahkan orang asing. Sebagai pemegang imamat, itu bukanlah cukup bagi kita untuk hanya datang kepada Kristus; tugas kita sekarang adalah untuk “menjemput semua untuk datang kepada Kristus.”4 Kita tidak dapat berpuas hati dengan menerima berkat rohani bagi diri kita; kita mesti memimpin orang yang kita kasihi kepada berkat yang sama ini—dan sebagai pengikut Yesus Kristus, kita mesti mengasihi semua orang. Perintah Juruselamat kepada Petrus juga adalah perintah kepada kita: “Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu.”5

Ikutlah Orang Galilea

Akan ada masanya apabila jalan kelihatannya gelap, tetapi teruskan mengikut Juruselamat. Dia tahu jalannya; sebenarnya, Dialah jalannya.6 Semakin anda datang kepada Kristus dengan bersungguh-sungguh, semakin dalam keinginan anda untuk membantu orang lain mengalami apa yang anda telah alami. Perkataan lain untuk perasaan ini ialah kasih ihsan, “yang telah [Bapa] berikan kepada semua yang merupakan pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus.”7 Kemudian anda akan mencari bahawa di dalam tindakan mengikut Kristus, anda juga memimpin orang lain kepada-Nya, kerana seperti Presiden Thomas S. Monson berkata, “Apabila kita mengikut Orang Galilea itu—bahkan Tuhan Yesus Kristus—pengaruh peribadi kita akan dirasai untuk kebaikan di mana-mana kita berada, tidak kira panggilan kita.”8

Saya memberi kesaksian bahawa ini Gereja Kristus yang benar. Kita dipimpin oleh nabi Tuhan—seorang pemimpin besar yang juga seorang pengikut sejati Juruselamat. Dalam nama Yesus Kristus, amin.