2010–2019
Kuasa Ketuhanan
April 2016


Kuasa Ketuhanan

Setiap bait suci adalah rumah kudus dan suci Tuhan, dan di dalamnya setiap seorang daripada kita boleh belajar dan mengetahui kuasa ketuhanan.

Hanya beberapa bulan sebelum kematian nabi Joseph Smith, dia bertemu dengan Dua Belas untuk bercakap tentang keperluan terbesar yang dihadapi oleh Gereja pada masa kesukaran itu. Dia memberitahu mereka, “Kita memerlukan bait suci lebih daripada apa-apa yang lain”1 Pastinya, pada masa kesukaran hari ini, kita masing-masing dan keluarga kita memerlukan bait suci lebih daripada apa-apa yang lain.

Pada pembaktian bait suci baru-baru ini, saya amat ghairah dengan pengalaman sepenuhnya. Saya suka rumah terbuka, menyambut ramai pelawat yang datang untuk melihat bait suci; perayaan budaya dengan semangat dan kegembiraan kaum muda; diikuti dengan sesi pembaktian yang hebat. Roh di sana manis. Banyak orang diberkati. Dan kemudian pagi esok, isteri saya dan saya memasuki kolam pembaptisan untuk menyertai pembaptisan beberapa nenek moyang kami sendiri. Apabila saya mengangkat tangan saya untuk memulakan tatacara Injil, saya hampir dikuasai dengan kuasa Roh. Saya sedar sekali lagi bahawa kuasa benar bait suci adalah dalam tatacara.

Seperti dinyatakan oleh Tuhan, keseluruhan Imamat Melkisedek boleh didapati di dalam bait suci dan tatacara, “kerana di dalamnya kunci-kunci imamat kudus ditetapkan, agar kamu boleh menerima kehormatan dan kemuliaan.”2 “Oleh kerana itu, dalam tatacara-tatacara darinya, kuasa ketuhanan dinyatakan.”3 Janji ini adalah untuk anda dan keluarga anda.

Tanggungjawab kia adalah untuk “menerima” yang ditawarkan oleh Bapa kita.4 “Kerana kepada dia yang menerimanya akan diberikan dengan lebih berlimpah-limpah, bahkan kuasa”:5 kuasa untuk menerima semua yang Dia boleh dan akan beri kepada kita—sekarang dan di keabadian;6 kuasa untuk menjadi anak lelaki dan anak perempuan Tuhan,7 untuk mengetahui “kuasa syurga,”8 untuk berbicara dalam nama-Nya,9 dan untuk menerima “kuasa Roh[-Nya].”10 Kuasa-kuasa ini menjadi sedia ada secara peribadi kepada kita masing-masing melalui tatacara-tatacara dan perjanjian bait suci.

Nefi melihat hari kita dalam penglihatan hebatnya: “Aku, Nefi, nampak kuasa Anak Domba Tuhan bahawa ia turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjianTuhan, yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”11

Baru-baru ini saya mempunyai peluang untuk berada di rumah terbuka bait suci dengan Presiden Russell M. Nelson dan keluarganya ketika dia mengumpulkan mereka di sekeliling altar pemeteraian dan menjelaskan kepada mereka bahawa semua yang kita buat di Gereja—setiap pertemuan, aktiviti, pengajaran, dan pelayanan—adalah untuk menyediakan kita untuk datang ke bait suci dan berlutut di altar untuk menerima semua berkat yang dijanjikan untuk keabadian oleh Bapa Syurgawi.12

Apabila kita merasai berkat bait suci di dalam hidup kita, hati kita beralih kepada keluarga kita, yang hidup dan yang mati.

Baru-baru ini, saya menyaksikan tiga generasi keluarga menyertai pembaptisan bersama untuk nenek moyang mereka. Neneknya juga mengambil bahagian—walaupun dia bimbang untuk pergi di bawah air. Apabila dia muncul dari air dan memeluk suaminya, dia mempunyai air mata kegembiraan. Datuk dan bapa kemudian membaptis satu sama lain dan banyak cucu. Kegembiraan apakah yang lebih besar yang boleh dialami oleh keluarga bersama? Setiap bait suci mempunyai keutamaan masa untuk keluarga membuat jadual masa untuk pembaptisan.

Tidak lama sebelum kematiannya, Presiden Joseph F. Smith menerima penglihatan tentang penebusan orang mati. Dia mengajar bahawa mereka yang berada di dunia roh bergantung sepenuhnya kepada tatacara Injil yang kita terima bagi pihak mereka. Ayat suci membaca, “Orang mati yang bertaubat akan ditebus, melalui kepatuhan pada tatacara- tatacara rumah Tuhan.”13 Kita menerima tatacara Injil bagi pihak mereka, tetapi mereka membuat dan bertanggungjawab untuk setiap perjanjian yang dikaitkan dengan setiap tatacara Injil. Pastinya, tirai adalah tipis untuk kita dan membelah sepenuhnya untuk mereka di bait suci.

Apakah tanggungjawab peribadi kita untuk terlibat dalam kerja ini, sebagai patron dan pekerja? Nabi Joseph Smith mengajar Orang suci pada 1840 bahawa “penggunaan tenaga yang banyak harus dilakukan, dan upaya akan diperlukan—dan ketika pekerjaan [untuk membina bait suci] mesti dipercepatkan dalam kesolehan, Orang suci sepatutnya memikirkan kepentingan perkara-perkara ini, dalam minda mereka, … dan mengambil langkah yang perlu untuk membawa mereka kepada operasi; dan mempersenjatai diri mereka dengan keberanian, menetapkan untuk membuat segalanya dalam daya mereka, dan merasakan diri mereka seperti pekerjaan seluruhnya bergantung kepada mereka sendiri.”14

Dalam kitab Wahyu kita baca:

“Siapakah mereka yang berjubah putih itu? dan dari manakah mereka datang?

“… Merekalah orang yang berjaya melalui masa penganiayaan yang dahsyat itu. Mereka telah membasuh dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Domba itu.

“Itulah sebabnya mereka berdiri di hadapan takhta Tuhan, dan beribadat kepada-Nya siang malam di dalam rumah Tuhan. Dia yang duduk di atas takhta akan melindungi mereka dengan hadirat-Nya.”15

Tidak bolehkah anda melihat dalam mata minda anda mereka yang melayan di dalam bait suci hari ini?

Terdapat lebih daripada 120,000 pekerja tatacara di dalam 150 bait suci yang beroperasi di seluruh dunia. Namun terdapat peluang lebih lagi untuk mempunyai pengalaman manis ini. Ketika Presiden Gordon B. Hinckley mengumumkan konsep banyak bait suci yang kecil di seluruh dunia, dia mengajar bahawa “semua pekerja tatacara adalah orang tempatan yang melayan dalam kapasiti lain di bahagian dan pancang mereka.”16 Biasanya, pekerja diberi panggilan untuk melayan selama dua hingga tiga tahun, dengan kemungkinan untuk melanjutkan lebih lama. Ia tidak bermaksud apabila anda dipanggil, anda akan tinggal seberapa lama yang anda mampu. Banyak pekerja yang sudah lama melayan membawa kasih mereka untuk bait suci dengan mereka selepas dikeluarkan dan memberi orang lain, pekerja baru peluang melayan.

Hampir 100 tahun yang lalu, Rasul John A. Widtsoe mengajar: “Kita memerlukan lebih pekerja untuk mencapai kerja indah [ini]. … Kita memerlukan lebih penganut baru kepada kerja bait suci, dari semua peringkat umur. …Waktunya sudah tiba, … dalam pergerakan bait suci baru ini, untuk membawa semua orang kepada pelayanan aktif, semua peringkat umur. … Pekerjaan bait suci memberi … manfaat kepada yang muda dan aktif seperti kepada golongan lebih tua, yang telah meninggalkan di belakang kebanyakan beban hidup mereka. Lelaki muda memerlukan tempatnya di bait suci lebih daripada bapa dan datuknya, yang telah mantap dengan pengalaman kehidupan; dan wanita muda yang memasuki kehidupan, memerlukan roh, pengaruh dan dorongan yang datang daripada penyertaan tatacara bait suci.”17

Dalam banyak bait suci, presiden bait suci mengalukan mubaligh yang baru dipanggil dan dianugerahi, lelaki dan wanita muda, untuk melayan dalam masa yang singkat sebagai pekerja tatacara Injil sebelum memasuki MTC. Orang muda ini bukan sahaja diberkati untuk melayan, tetapi “mereka meningkatkan keindahan dan roh untuk semua yang melayan di bait suci.”18

Saya menanya beberapa lelaki dan wanita muda yang pernah melayan di bait suci sebelum dan selepas misi untuk berkongsi perasaan mereka. Mereka menggunakan frasa seperti berikut untuk menggambarkan pengalaman mereka di dalam bait suci:

Ketika saya melayan di bait suci

  • Saya rasa “lebih dekat kepada Bapa saya dan Juruselamat”;

  • Saya rasa “keamanan dan kegembiraan yang sepenuhnya”;

  • Saya mempunyai perasaan “berada di rumah”;

  • Saya menerima “kesucian, kuasa, dan kekuatan”;

  • Saya rasa “kepentingan perjanjian-perjanjian kudus saya”;

  • “bait suci menjadi sebahagian daripada saya”;

  • “mereka yang kita layan menjadi dekat pada masa tatacara”;

  • “ia memberi saya kekuatan untuk mengatasi godaan”; dan

  • “bait suci telah mengubah hidup saya selama-lamanya.”19

Melayan di bait suci adalah pengalaman yang kaya dan berkuasa untuk orang daripada semua peringkat umur. Terdapat juga beberapa pasangan yang baru berkahwin yang melayan bersama. Presiden Nelson telah mengajar, “Pelayanan di dalam bait suci … adalah aktiviti yang luhur untuk sebuah keluarga.”20 Sebagai pekerja tatacara, selain daripada menerima tatacara Injil untuk nenek moyang, anda juga boleh memimpin dalam tatacara untuk mereka.

Seperti dikatakan oleh Presiden Wilford Woodruff:

“Panggilan apakah yang lebih besar yang boleh dipegang oleh lelaki [atau wanita] di muka bumi daripada memegang dalam tangannya kuasa dan wewenang untuk keluar dan melayan dalam tatacara Injil keselamatan? …

“… Anda menjadi alat dalam tangan Tuhan dalam penyelamatan jiwa itu. Tidak terdapat yang lain yang diberikan kepada anak manusia yang boleh dibandingkan dengan itu.”21

Dia meneruskan:

“Bisikan manis Roh Kudus akan diberikan kepada [anda] dan harta-harta Syurga, perhubungan malaikat, akan ditambahkan dari semasa ke semasa.”22

“Ini adalah bernilai untuk semua yang anda dan saya boleh korbankan [ketika] menghabiskan beberapa tahun yang kita ada dalam tubuh fana.”23

Baru-baru ini Presiden Thomas S. Monson mengingatkan kita bahawa “berkat-berkat bait suci adalah tidak ternilai.”24 “Tidak ada pengorbanan yang terlalu besar.”25

Datang ke bait suci. Datang sering. Datang dengan dan untuk keluarga anda. Datang, dan bantu orang lain untuk datang juga.

“Siapakah mereka yang berjubah putih itu?” Saudara dan saudariku, anda adalah mereka—anda yang menerima tatacara bait suci, yang telah menaati perjanjian walau dengan pengorbanan; anda yang membantu keluarga anda cari berkat pelayanan bait suci dan yang membantu orang lain di sepanjang jalan. Terima kasih untuk pelayanan anda. Saya bersaksi bahawa setiap bait suci adalah rumah kudus dan suci-Nya dan di dalamnya setiap seorang daripada kita boleh belajar dan mengetahui kuasa ketuhanan, dalam nama Yesus Kristus, amin.