2010–2019
Harga Kuasa Imamat
April 2016


Harga Kuasa Imamat

Adakah kita sudi untuk berdoa, berpuasa, mengkaji, mencari, menyembah, dan melayan sebagai lelaki Tuhan supaya kita boleh mempunyai kuasa imamat?

Enam bulan lalu dalam persidangan umum Oktober 2015, saya berucap kepada saudari-saudari Gereja tentang peranan ilahi mereka sebagai wanita Tuhan. Sekarang saya ingin berucap kepada anda saudara-saudara tentang peranan ilahi sebagai lelaki Tuhan. Semasa saya menjelajahi dunia, saya kagum dengan kekuatan dan kebaikan lelaki dan pemuda Gereja ini. Sememangnya mustahil untuk mengira hati yang anda telah sembuhi dan kehidupan yang anda telah angkat. Terima kasih!

Dalam pesanan persidangan saya yang lepas, saya mengaitkan pengalaman dahsyat saya beberapa tahun yang lalu apabila, sebagai seorang pakar bedah jantung, saya tidak dapat menyelamatkan nyawa dua beradik perempuan. Dengan kebenaran bapa mereka, saya ingin bercakap lebih tentang keluarga itu.

Penyakit jantung kongenital menimpa tiga anak yang dilahirkan kepada Ruth dan Jimmy Hatfield. Anak pertama mereka, Jimmy Jr., mati tanpa diagnosis yang muktamad. Saya mula terlibat apabila mereka mencari bantuan untuk kedua anak perempuan mereka, Laural Ann dan adik perempuan dia, Gay Lynn. Saya patah hati apabila kedua-dua budak perempuan mati selepas pembedahan mereka.1 Tidak menghairankan, Ruth dan Jimmy pecah berkecai secara rohani.

Lama-kelamaan, saya mendapati bahawa mereka memendam kebencian tidak henti-henti terhadap saya dan Gereja. Selama hampir enam dekad, saya dihantui dengan keadaan ini dan rasa hiba terhadap keluarga Hatfield. Saya cuba beberapa kali untuk menghubungi mereka, tidak berjaya.

Kemudian, satu malam bulan Mei lepas, saya dibangunkan oleh dua budak perempuan itu dari dunia lain di sebalik tirai. Walaupun saya tidak melihat atau mendengar mereka dengan deria jasmani saya, saya merasakan kehadiran mereka. Secara rohani, saya mendengar rayuan mereka. Pesanan mereka singkat dan jelas: “Saudara Nelson, kami tidak dimeterai dengan sesiapa pun! Bolehkah kamu menolong kami?” Tidak lama kemudian, saya mendapati bahawa ibu mereka telah meninggal dunia, tetapi bapa dan adik lelaki mereka masih hidup.

Diberanikan oleh rayuan Laural Ann dan Gay Lynn, saya cuba sekali lagi untuk menghubungi bapa mereka, yang saya dapati bahawa dia tinggal bersama anak lelaki dia Shawn. Kali ini mereka sudi bertemu dengan saya.

Pada Jun, saya betul-betul berlutut di depan Jimmy, sekarang berumur 88 tahun, dan berbicara dengan dia dari hati ke hati. Saya bercakap tentang rayuan anak-anak perempuan dia dan beritahu dia bahawa saya akan berbesar hati untuk laksanakan tatacara pemeteraian bagi keluarga dia. Saya juga menerangkan bahawa itu akan mengambil masa dan banyak usaha pada bahagian dia dan Shawn untuk bersedia dan menjadi layak untuk masuk bait suci, kerana kedua-duanya tidak pernah dianugerahi.

Roh Tuhan dapat dirasai sepanjang pertemuan itu. Dan apabila Jimmy dan Shawn kedua-duanya menerima tawaran saya, saya amat gembira! Mereka berusaha dengan tekun dengan presiden pancang, uskup, pengajar keluarga, dan pemimpin misi bahagian mereka, dan juga dengan mubaligh muda dan pasangan mubaligh tua. Dan kemudian, tidak lama dahulu, di Bait Suci Payson Utah, saya ada keistimewaan yang mendalam untuk memeteraikan Ruth kepada Jimmy dan empat anak mereka kepada mereka. Wendy dan saya menangis apabila kami menyertai pengalaman menakjubkan itu. Banyak hati yang disembuh pada hari itu!

Imej
Elder dan Saudari Nelson di bait suci bersama keluarga Hatfield

Pada renungan, saya kagum dengan Jimmy dan Shawn dan apa yang mereka sudi lakukan. Mereka telah menjadi wira kepada saya. Jika saya boleh mempunyai keinginan hati saya, agar setiap lelaki dan pemuda dalam Gereja ini akan menunjukkan keberanian, kekuatan, dan kerendahan hati bapa dan anak lelaki ini. Mereka sudi mengampuni dan melepaskan kesakitan dan tabiat yang lama. Mereka sudi untuk menyerahkan kepada bimbingan daripada pemimpin imamat mereka agar Korban Tebusan Yesus Kristus boleh menyucikan dan mengembangkan mereka. Kedua-dua sudi untuk menjadi lelaki yang memegang imamat dengan layak “menurut tarekat Tuhan yang paling kudus.”2

Untuk memegang bermaksud menyokong berat perkara yang dipegang. Ia adalah kepercayaan kudus untuk memegang imamat, iaitu kuasa yang hebat dan wewenang Tuhan. Fikirkan ini: imamat yang dianugerahkan kepada kita ialah kuasa yang samadan wewenang yang mana Tuhan mencipta dunia ini dan dunia lain yang tidak dapat dikira, memerintah syurga dan bumi, dan memuliakan anak-anak-Nya yang patuh.3

Baru-baru ini, Wendy dan saya berada di pertemuan di mana pemain organ bersedia untuk memainkan lagu rohani pembuka. Mata dia membaca muzik, jarinya pada kunci-kunci. Dia mula menekan kunci-kunci, tetapi tidak berbunyi. Saya berbisik kepada Wendy, “Dia tidak mempunyai tenaga kuasa.” Saya mengagak bahawa sesuatu menghentikan kuasa aliran elektrik kepada organ itu.

Saudara-saudara, dalam cara yang serupa, saya khuatir terdapat terlalu ramai lelaki yang telah diberi wewenang imamat tetapi kekurangan kuasa imamat kerana aliran kuasa telah disekat oleh dosa seperti kemalasan, ketidakjujuran, keangkuhan, tidak berakhlak, atau keasyikan dengan perkara dunia ini.

Saya khuatir terdapat terlalu ramai pemegang imamat yang melakukan terlalu sedikit atau tidak langsung untuk majukan kebolehan mereka untuk menggunakan kuasa syurga. Saya bimbang tentang semua yang tidak suci dalam fikiran, perasaan, atau tindakan mereka, atau yang merendahkan isteri atau anak-anak mereka, dengan itu memotong kuasa imamat.

Saya khuatir terlalu ramai orang malangnya menyerahkan hak pilihan mereka kepada musuh dan mengatakan dengan perbuatan mereka, “saya lebih mengambil berat tentang memuaskan nafsu diri saya daripada tentang memegang kuasa Juruselamat untuk memberkati orang lain.”

Saya khuatir, saudara-saudara, bahawa beberapa orang di antara kita mungkin suatu hari akan bangun dan menyedari apakah kuasa dan imamat sebenarnya dan menghadapi penyesalan yang mendalam bahawa mereka membuang lebih masa mencari kuasa berbanding orang lain atau kuasa di tempat kerja daripada mempelajari dengan sepenuhnya untuk menggunakan kuasa Tuhan.4 Presiden George Albert Smith mengajarkan bahawa “kita bukan di sini untuk membuang waktu kehidupan ini dan kemudian sampai ke keadaan kemuliaan; tetapi kita di sini untuk layakkan diri kita hari demi hari bagi jawatan-jawatan yang Bapa kita mengharapkan kita isi selepas hidup ini.”5

Mengapa ada lelaki membuang masa dan berpuas hati dengan bubur kacang merah Esau6 bila dia telah dipercayai dengan kebolehan menerima semua berkat-berkat Abraham?7

Saya merayu dengan segera dengan setiap kita untuk hidup setaraf dengan hak istimewa kita sebagai pemegang imamat. Dalam hari yang akan datang, hanya lelaki yang mengambil berat imamat mereka dengan bersungguh-sungguh, dengan tekun mencari untuk diajar oleh Tuhan diri-Nya, akan dapat memberkati, membimbing, melindungi, menguatkan, dan menyembuh orang lain. Hanya lelaki yang membayar harga untuk kuasa imamat akan dapat membawa mukjizat kepada orang yang dia sayangi dan jadikan perkahwinan dan keluarga dia selamat, sekarang dan sepanjang keabadian.

Apakah harga untuk menggunakan kuasa imamat sebegitu? Ketua Rasul Juruselamat, Petrus—Petrus yang bersama-sama dengan Yakobus dan Yohanes menganugerahkan Imamat Melkisedek ke atas Joseph Smith dan Oliver Cowdery8—menyatakan sifat-sifat kita harus mencari adalah untuk “menjadi penerima sifat ilahi.”9

Imej
Petrus, Yakobus, dan Yohanes menganugerahkan Imamat Melkisedek.

Dia menyatakan iman, hemah, pengetahuan, kesederhanaan, kesabaran, ketuhanan, kebaikan hati persaudaraan, kasih ihsan, dan ketekunan.10 Dan jangan lupakan kerendahan hati!11 Jadi saya bertanya, bagaimana akan ahli-ahli keluarga, kawan-kawan, dan rakan sekerja kita berkata perkembangan anda dan saya dalam memajukan ini dan kurnia rohani lain?12 Semakin maju sifat-sifat itu, semakin hebat kuasa imamat kita.

Bagaimana lagi kita boleh meningkatkan kuasa kita dalam imamat? Kita perlu berdoa dari hati kita. Bercakap dengan sopan tentang kegiatan masa lalu dan masa depan, berakhir dengan permintaan untuk berkat, tidak boleh membentuk jenis percakapan ini dengan Tuhan yang membawa kuasa yang berkekalan. Adakah anda sudi berdoa untuk tahu bagaimana berdoa untuk lebih banyak kuasa? Tuhan akan mengajar anda.

Adakah anda sudi mengkaji tulisan suci dan menjamui firman Kristus13—mengkaji dengan bersungguh-sungguh supaya mempunyai lebih banyak kuasa? Jika anda ingin menyentuh hati isteri anda, biarkan dia menemui anda mengkaji ajaran-ajaran Kristus di Internet14 atau membaca tulisan suci!

Adakah anda sudi untuk menyembah di bait suci dengan tetap? Tuhan gemar melakukan pengajaran-Nya di dalam rumah-Nya yang kudus. Bayangkan betapa gembira Dia jika anda meminta Dia mengajar anda tentang kunci-kunci imamat, wewenang, dan kuasa semasa anda mengalami tatacara-tatacara Imamat Melkisedek di bait suci.15 Bayangkan peningkatan kuasa imamat boleh menjadi kepunyaan anda.

Adakah anda sudi untuk mengikuti teladan Presiden Thomas S. Monson dengan melayan orang lain? Selama berdekad-dekad dia telah mengambil jalan yang panjang untuk kembali ke rumah, mengikuti bisikan daripada Roh untuk sampai di depan rumah seseorang dan mendengar kata-kata seperti, “Bagaimana kamu tahu hari ini ialah ulang tahun kematian anak perempuan saya?” atau “Bagaimana kamu tahu ia harijadi saya?” Dan, jika anda sebenarnya inginkan lebih kuasa imamat, anda akan menghargai dan menjaga isteri anda, menghayati kedua-dua dia dan nasihat dia.

Sekarang, jika ini berbunyi keterlaluan, sila pertimbangkan betapa berbezanya hubungan kita dengan isteri kita, anak-anak, dan rakan sekerja akan menjadi jika kita bimbang tentang memperolehi imamat kuasa serupa dengan kita bimbang dengan kemajuan di kerja atau meningkatkan baki di akaun bank kita. Jika kita akan menampilkan diri kita dengan rendah hati di hadapan Tuhan dan meminta-Nya untuk mengajari kita, Dia akan menunjukkan kepada kita bagaimana meningkatkan akses kita kepada kuasa Dia.

Dalam zaman akhir ini, kita tahu akan ada gempa bumi di tempat-tempat berbeza.16 Mungkin salah satu tempat berbeza itu akan berlaku di rumah kita, di mana “gempa bumi” emosi, kewangan, dan rohani akan berlaku. Kuasa imamat boleh menenangkan laut dan menyembuh patahan di bumi. Kuasa imamat juga boleh menenangkan fikiran dan menyembuh hati-hati orang yang kita sayangi yang telah patah

Adakah kita sudi berdoa, berpuasa, mengkaji, mencari, menyembah, dan melayan sebagai lelaki Tuhan supaya kita boleh mempunyai jenis kuasa imamat itu? Kerana dua budak perempuan kecil yang sangat ingin untuk dimeterai kepada keluarga mereka, bapa dan abang mereka sudi membayar harga untuk memegang Imamat Melkisedek kudus.

Saudara-saudaraku yang terkasih, kita telah diberi kepercayaan kudus—wewenang Tuhan untuk memberkati orang lain. Semoga setiap kita berdiri sebagai lelaki Tuhan seperti yang telah pratahbiskan —bersedia untuk memegang imamat Tuhan dengan berani, ingin membayar harga yang diperlukan untuk meningkatkan kuasa dia dalam imamat. Dengan kuasa itu, kita dapat tolong menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat kita, Yesus Kristus. Ini Gereja-Nya, dipimpin hari ini oleh nabi-Nya, Presiden Thomas S. Monson, yang saya kasihi dan sokong. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.