2010–2019
Menyelamatkan: Kita Boleh Melakukannya
April 2016


Menyelamatkan: Kita Boleh Melakukannya

Tuhan telah menyediakan semua peralatan penting untuk kita pergi dan menyelamatkan kawan kita yang tidak aktif dan yang bukan ahli Gereja

Juruselamat sememangnya memahami misi-Nya untuk menyelamatkan anak-anak Bapa Syurgawi kita, kerana Dia mengisytiharkan:

“Anak Manusia datang untuk menyelamatkan orang yang sesat. …

[Demikian] juga Bapa kamu yang di syurga, tidak mahu salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini sesat.”1

Ibu saya yang penyayang, Jasmine Bennion Arnold, dengan jelas memahami peranannya dalam menolong menyelamatkan kawanan Bapa Syurgawi yang sesat atau cedera, termasuk anak dan cucu dia sendiri. Begitu menakjubkan peranan yang boleh dimainkan datuk dan nenek dalam kehidupan cucu-cucu mereka.

Ibu selalunya ditugaskan untuk mengajar berkunjung kepada mereka yang bergelut dengan iman mereka, yang kurang aktif dan keluarga bukan semua ahli gereja; tetapi, kawanan dia termasuk beberapa orang lain yang dia tidak ditugaskan untuk melawat. Selalunya lawatan dia melebihi sekali sebulan, sambil dia mendengar, melayani mereka yang sakit dan memberi galakkan dengan kasih sayang, Beberapa bulan terakhir hidup Ibu, dia terhad kepada rumahnya, jadi dia menghabiskan masanya menulis kepada mereka surat, menyatakan kasihnya, memberi kesaksiannya, dan mengangkat semangat mereka yang datang melawat.

Sambil kita pergi dan menyelamatkan, Tuhan memberi kita kuasa, galakan, dan berkat. Apabila dia mengarahkan Musa untuk menyelamatkan anak-anak Israel, Musa takut, sama seperti kebanyakan kita yang takut, Musa mengetepikan diri sendiri, dan berkata “Aku tidak pandai berucap, … aku lambat bercakap, dan tidak fasih.2

Tuhan menenteramkan Musa:

“Siapakah yang memberikan mulut kepada manusia? … bukankah Aku, Tuhan?

“Sekarang, pergilah. Aku akan menolong engkau bercakap, dan memberitahu engkau apa yang harus engkau katakan.”3

Secara berkesan, Tuhan memberitahu Musa, “Kamu boleh melakukannya!” Dan anda tahu apa, kita juga boleh!

Benarkan saya mengongsikan empat prinsip yang akan membantu usaha menyelamatkan kita.

Prinsip 1: Kita Tidak Harus Menangguhkan Untuk Pergi Menyelamatkan

Elder Alejandro Patanía, seorang bekas Ahli Kawasan Tujuh Puluh, memberitahu cerita tentang adik lelakinya, Daniel yang belayar ke lautan untuk memancing dengan anak kapalnya. Selepas beberapa ketika, Daniel menerima panggilan amaran penting bahawa satu ribut besar sedang menghampiri dengan cepat.

Imej
Belayar ke lautan

Apabila ribut semakin hebat, enjin sebuah bot memancing berdekatan mereka berhenti berfungsi, anak kapal Daniel mencangkuk dan menunda bot yang rosak itu ke arah keselamatan. Mereka menggunakan radio dan memanggil untuk pertolongan, mengetahui bahawa, dengan ribut yang semakin hebat, mereka memerlukan pertolongan segera.

Imej
Ribut semakin henat

Sambil orang yang tersayang menunggu dengan cemas, wakil daripada pengawal pantai, persatuan nelayan, dan tentera laut bermesyuarat untuk memutuskan strategi terbaik untuk penyelamatan. Ada yang ingin pergi dengan serta-merta tetapi diminta untuk menunggu untuk satu pelan. Sementara mereka yang dalam ribut berterusan meminta pertolongan, mesyuarat wakil itu terus bersambung, mereka cuba untuk bersetuju dengan pelan dan protokol yang patut.

Imej
Orang tersayang menunggu dengan cemas

Apabila kumpulan penyelamat diaturkan, satu panggilan terdesak yang terakhir datang. Ribut yang mengamuk telah memutuskan kabel di antara dua bot itu, dan anak kapal Daniel cuba untuk melihat jika mereka boleh menolong para nelayan mereka. Pada akhirnya, kedua-dua bot tenggelam termasuk anak kapal, adik lelaki Elder Patania Daniel, juga hilang.

Imej
Kedua-dua bot hilang.

Elder Patanía membandingkan tragedi ini dengan ajaran Tuhan apabila Dia berkata. “Kamu tidak merawat yang lemah, … atau membawa pulang yang sesat … atau mencari yang hilang; … Aku akan mengambil domba-domba-Ku daripada kamu.”4

Elder Patanía menerangkan bahawa, walaupun kita mesti mengaturkan majlis, kuorum, badan sokongan, dan juga sebagai individu, kita tidak harus tangguh untuk pergi dan menyelamatkan. Kadangkala beberapa minggu akan berlalu apabila kita bercakap tentang bagaimana untuk menolong keluarga atau individu yang memerlukannya. Kita mempertimbangkan siapa yang akan melawat mereka dan cara terbaik yang harus dilakukan. Sementara itu, saudara dan saudari kita yang sesat memerlukan dan kadangkala memanggil dan memohon untuk penyelamatan. Janganlah kita menangguh.

Prinsip 2: Kita Tidak Harus Berputus Asa

Presiden Thomas S. Monson, yang telah membunyikan seruan untuk menyelamatkan, berkata, “Ahli kita harus di ingatkan bahawa ia tidak pernah terlambat apabila ia mengenai… ahli kurang aktif kita … yang mungkin pernah dianggap sebagai tanpa harapan.”5

Seperti ramai daripada anda, sesetengah yang saya pernah berkongsikan Injil akan dibaptiskan tidak lama lagi atau diaktifkan semula, dan yang lain—seperti kawan saya yang bukan ahli Gereja, Tim dan isterinya yang kurang aktif, Charlene—mengambil lebih masa.

Selama lebih 25 tahun, saya melibatkan Tim dalam perbincangan Injil dan membawa Tim dan Charlene ke rumah terbuka bait suci. Ramai yang menyertai penyelamatan ini: bagaimanapun Tim menolak setiap jemputan yang dibuat untuk berjumpa dengan para mubaligh.

Satu hujung minggu saya ditugaskan untuk memimpin di satu persidangan pancang. Saya telah meminta presiden pancang untuk berpuasa dan berdoa tentang siapa yang harus kita lawati. Saya terkejut apabila dia memberi saya nama kawan saya Tim. Apabila uskup, presiden pancang Tim, dan saya mengetuk pintu, Tim membukanya, melihat ke saya, melihat ke uskup, dan berkata, “Uskup, Saya ingatkan kamu beritahu saya bahawa kamu akan membawa seseorang yang istimewa!”

Kemudian Tim gelak dan berkata, “Masuklah, Merv.” Satu mukjizat berlaku pada hari itu, Tim sekarang sudah dibaptiskan, dan dia bersama Charlene telah dimeteraikan didalam bait suci. Kita tidak harus berputus-asa.

Imej
Tim dan Charlene di bait suci

Prinsip 3: Betapa Besar Akan Kegembiraan Anda Jika Anda Membawa Meskipun Satu Jiwa Kepada Krisuts.

Beberapa tahun yang lalu di dalam satu persidangan umum, saya berucap tentang bagaimana José de Souza Marques memahami perkataan Juruselamat “jika siapa pun di antara kamu kuat di dalam Roh, biarlah dia mengambil bersamanya dia yang lemah, agar … dia boleh menjadi kuat juga.”6

Brother Marques mengetahui setiap nama domba dalam kuorum imamnya dan dia sedar bahawa Fernando hilang. Dia memburu Fernando di rumahnya, kemudian di rumah seorang kawannya, dan juga ke pantai.

Imej
Menyelamatkan Fernando

Akhirnya dia mendapati Fernando meluncur di laut. Dia tidak teragak-agak sehingga bot tenggelam seperti cerita Daniel. Dia serta-merta masuk ke dalam air untuk menyelamatkan domba yang hilang, dan membawanya pulang dengan bergembira.7

Imej
Memastikan Fernando tidak meninggalkan kawanan itu

Dia kemudian memastikan melalui pelayanan berterusan supaya Fernando tidak lagi akan meninggalkan kawanan itu8

Benarkan saya memberi anda maklumat terkini tentang apa yang terjadi pada Fernando sejak dia diselamatkan dan untuk kongsi kegembiraan yang datang daripada menyelamatkan hanya satu domba. Fernando mengahwini kekasihnya, Maria, didalam bait suci. Mereka sekarang mempunyai 5 anak dan 13 cucu, semua aktif dalam Gereja. Ramai lagi sanak-saudara dan keluarganya telah menyertai Gereja. Bersama-sama mereka telah menyerahkan beribu nama nenek-moyang mereka untuk menerima tatacara bait suci, dan berkat terus-menerus datang.

Imej
Fernando’s family

Fernando sekarang melayani sebagai uskup untuk kali ketiga, dan dia masih terus menyelamatkan, sama seperti dia diselamatkan. Dia baru berkongsi, “Di dalam bahagian kami, terdapat 32 remaja putera yang aktif dari Imamat Harun, 21 daripadanya diselamatkan dalam 18 bulan ini.” Sebagai individu, keluarga, kuorum, badan sokongan, kelas, dan guru pengajaran berkunjung dan keluarga, kita boleh melakukan itu!

Imej
Remaja Putera Fernando

Prinsip 4: Tidak Kira Umur Kita, Kita Semua Dipanggil untuk pergi Menyelamatkan

Presiden Henry B. Eyring mengisytiharkan “Apa-apa sahaja umur kita, kapasiti, panggilan Gereja atau lokasi, kita sebagai satu dipanggil ke kerja menolong [Juruselamat] dalam penuaian jiwa sehingga Dia datang kembali.”9

Setiap hari lagi dan lagi diantara anak-anak kita, remaja kita, pemuda-pemudi bujang kita dan ahli dewasa kita daripada semua peringkat umur mendengar seruan Juruselamat untuk pergi dan menyelamatkan.Terima kasih atas usaha anda! Benarkan saya mengongsikan beberapa contoh:

Amy, berumur 7, menjemput kawan baiknya Arianna dan keluarga untuk ke program pertemuan sakramen sekolah Primer. Beberapa bulan kemudian, Arianna dan keluarganya dibaptiskan.

Allan, seorang pemuda-pemudi bujang, berasa diilhamkan untuk kongsi video Gereja, Mormon Messages, dan ayat suci dengan semua kawannya yang menggunakan media social.

Sister Reeves mula mengongsikan Injil dengan setiap telemarketer yang menelefon.

James menjemput kawannya yang bukan ahli Gereja ke pembaptisan anak perempuannya.

Spencer menghantar adik perempuannya yang tidak aktif satu pautan kepada ucapan persidangan umum Presiden Russell M. Nelson’s dan melaporkan, “Dia membaca ucapan itu, dan sebuah tingkap dibuka.”

Tuhan telah menyediakan semua peralatan penting untuk kita pergi dan menyelamatkan kawan kita yang tidak aktif dan yang bukan ahli Gereja. Kita semua boleh melakukannya!

Saya menjemput anda untuk mengambil perhatian panggilan Juruselamat untuk pergi dan menyelamatkan. Kita boleh melakukannya!

Saya memberi kesaksian bahawa sesungguhnya saya tahu Yesus ialah Gembala Baik, yang Dia mengasihi kita, dan bahawa Dia akan memberkati kita apabila kita pergi dan menyelamat. Saya tahu Dia hidup; Saya mengetahuinya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.