2010–2019
Di Mana Kunci-kunci dan Wewenang Imamat?
April 2016


Di Mana Kunci-kunci dan Wewenang Imamat?

Wewenang imamat dan kunci-kunci imamat membekalkan kuasa, membuka pintu-pintu syurga, membolehkan penggunaan kuasa syurgawi dan menyediakan perjanjian yang diperlukan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi.

Suatu petang di musim sejuk semasa matahari sedang terbenam di belakang bukit ski yang luas diliputi salji, angin gunung yang dingin menusuk pipi dan hidung kami, seolah-olah menggesa kami untuk mencari kereta dan trak kami di tempat letak kenderaan pusat peranginan ski tersebut. Dalam kereta kami yang selesa, pemanas akan tidak lama memanaskan jari tangan dan kaki yang kesejukan. Bunyi hancur salji yang telah beku dengan setiap langkah yang kami ambil mengesahkan bahawa ini adalah kesejukan yang melampau.

Keluarga kami telah menikmati hari yang penuh keseronokan di cerun ski, di mana sekarang telah mencecah suhu yang amat sejuk. Tiba di kereta, saya mencapai poket kot saya untuk kunci dan poket yang satu lagi dan yang satu lagi. “Di mana kunci itu?” Semua orang berasa cemas menunggu saya mencari kunci tersebut. Bateri sudah diisi semula, dan semua sistem—termasuk pemanas—sudah bersedia untuk dipasang, tetapi tanpa kunci tersebut, kami tidak dapat masuk ke dalam kereta; tanpa kunci enjin tidak akan dapat membekalkan kuasa untuk kenderaan itu.

Pada waktu itu, fokus utama kami adalah bagaimana kami untuk masuk ke dalam kereta dan dihangatkan, tetapi saya terfikir—pada waktu itu juga—bahawa situasi ini boleh mengajar sesuatu. Tanpa kunci, mukjizat kejuruteraan yang mengagumkan ini adalah lebih dari hanya sekadar seni hiasan. Walaupun kereta tersebut mempunyai potensi yang hebat, tanpa kunci, ia tidak boleh melaksanakan fungsinya yang telah ditetapkan.

Semakin saya merenungkan pengalaman ini, analogi ini menjadi semakin mendalam bagi saya. Saya kagum dengan kasih sayang Bapa di Syurga terhadap anak-anak-Nya. Saya amat tertarik dengan kunjungan syurgawi dan penglihatan ilahi mengenai perkara-perkara abadi yang Tuhan tunjukkan kepada Joseph Smith. Dan khususnya, hati saya dipenuhi dengan rasa berterima kasih untuk pemulihan wewenang imamat dan kunci-kunci imamat. Tanpa pemulihan ini, kita akan terkunci dari kenderaan yang diperlukan untuk membawa kita dalam perjalanan pulang kita kepada ibu bapa syurgawi yang penyayang. Pelaksanaan setiap tatacara Injil penyelamatan terdiri daripada perjanjian kita yang membolehkan kita kembali kepada Bapa Di Syurga memerlukan pengurusan yang sesuai melalui kunci-kunci imamat

Pada Mei 1829, Yohanes Pembaptis muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery, menganugerahkan kepada mereka Imamat Harun dan mengurniakan mereka kunci-kunci yang berkaitan dengan imamat tersebut. Sejurus selepas itu, Petrus, Yakobus, dan Yohanes menganugerahkan kepada mereka Imamat Melkisedek dan kunci-kunci yang berkaitan.1

Hampir tujuh tahun kemudian pada hari Ahad di Bait Suci Kirtland, seminggu selepas dibaktikan, “Tuhan Yehovah menampakkan diri dalam kemuliaan’’ kepada Joseph dan Oliver, diikuti dengan kemunculan Musa, Elias, dan Elia yang memberikan “kunci-kunci dan zaman keagamaan mereka.’’ 2 Wewenang imamat yang dipulihkan ini dan kunci-kunci ini telah hilang berabad lamanya. Dalam cara yang sama keluarga kami terkunci dari luar kereta akibat dari kehilangan kunci kereta, begitu juga dengan anak-anak Bapa di Syurga telah terkunci daripada tatacara-tatacara Injil penyelamatan Injil Yesus Kristus—sehingga pemulihan ilahi dilaksanakan oleh utusan syurgawi ini. Tidak, sesekali lagi kita akan menyoal, “Di mana kunci-kunci itu?’’

Imej
Tapak pemulihan imamat
Imej
Sungai Susquehanna

Pada suatu hari yang indah di musim luruh tahun lepas, saya melawat hutan yang aman terletak di timur laut Pennsylvania, dikenali di kitab suci sebagai Harmony, di mana Yohanes Pembaptis muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery dan memulihkan Imamat Harun. Saya juga berdiri di tebing Sungai Susquehanna di mana Joseph dan Oliver, dianugerahkan dengan wewenang dan kunci, di mana mereka juga membaptis satu sama lain. Berdekatan dengan sungai yang sama ini, Petrus, Yakobus, dan Yohanes muncul dan menganugerahkan Imamat Melkisedek dan kunci-kunci yang berkaitan.3

Imej
Rumah Joseph and Emma Smith
Imej
Bahagian dalam pusat pelawat tapak pemulihan imamat
Imej
Bahagian luar pusat pelawat tapak pemulihan imamat

Tapak ini, juga rumah pertama Joseph dan Emma yang telah dibina semula, di mana hampir keseluruhan Kitab Mormon diterjemahkan; rumah ibu bapa Emma yang berdekatan; dan pusat pelawat, digabungkan menjadi rumah pertemuan yang baru; terdiri daripada Tapak Pemulihan Imamat yang baru, dibaktikan oleh Presiden Russell M. Nelson pada bulan September tahun lepas. Di sana, saya merasakan kuasa dan realiti peristiwa syurgawi tersebut yang mengambil tempat di tanah yang kudus itu. Pengalaman itu membawa saya untuk merenung, mengkaji, dan berdoa tentang wewenang imamat dan kunci-kunci imamat, yang mengagumkan saya dengan keinginan untuk berkongsi dengan remaja putera dan remaja puteri Gereja dalam bagaimana wewenang imamat dan kunci-kunci yang telah dipulihkan boleh memberkati mereka.

Pertama, pemahaman terhadap terma-terma ini boleh membantu. Imamat atau wewenang imamat telah ditakrifkan sebagai “kuasa dan hak kuasa Tuhan’’4 dan “kuasa yang tertinggi di bumi ini.”5 Kunci-kunci Imamat ditakrifkan untuk kefahaman kita juga: “Kunci-kunci Imamat adalah wewenang yang Tuhan telah berikan kepada pemimpin-pemimpin imamat untuk mengarah, mengawal, dan mengurus pengunaan imamat-Nya di bumi.”6 Kunci-kunci imamat mengawal penggunaan wewenang imamat. Tatacara-tatacara yang mencipta rekod di Gereja memerlukan kunci-kunci dan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran. Elder Oaks mengajar bahawa “yang paling penting, kesemua kunci-kunci imamat adalah dipegang oleh Tuhan Yesus Krisus, yang dipunyai oleh-Nya. Dia yang menentukan kunci-kunci apakah yang diagihkan kepada yang fana dan bagaimana kunci-kunci akan digunakan.’’7

Sekarang untuk anda remaja putera dan remaja puteri, saya telah menganggap tiga cara yang anda boleh “cari kunci-kunci’’ atau menggunakan kunci-kunci imamat dan wewenang untuk memberkati kehidupan anda dan kehidupan orang lain.

Yang Pertama Adalah Bersedia untuk Pelayanan Mubaligh

Para saudara dan saudari mudaku, anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi kunci-kunci untuk pengumpulan Israel yang telah dipulihkan oleh Musa membolehkan pelayanan mubaligh di zaman kita.Pertimbangkan lebih kurang 75,000 angkatan mubaligh sepenuh masa bekerja di medan di bawah arahan kunci-kunci tersebut. Dengan ini di fikiran, ingat bahawa tidak pernah terlalu awal untuk anda bersedia untuk pelayanan mubaligh. Dalam Untuk Kekuatan Remaja, kita baca, “Imamat Harun bagi Remaja Putera, … bekerjalah bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri kamu mewakili Tuhan sebagai mubaligh.”8 Remaja Puteri juga boleh bersedia tetapi anda “tidak berada di bawah mandat yang sama.”9 Kesemua persediaan anda, walau bagaimanapun, sama ada anda melayani sebagai mubaligh sepenuh masa atau tidak, akan memberi manfaat sepanjang hidup kepada anda sebagai ahli gereja bertindak sebagai mubaligh.

Cara Kedua untuk “Mencari Kunci-kunci’’ adalah dengan Menghadiri Bait Suci

Kunci-kunci pemeteraian dipulihkan oleh nabi Perjanjian Lama Elia membolehkan tatacara-tatacara Injil mengambil tempat di bait-bait suci yang kudus. Tatacara-tatacara dilaksanakan di bait-bait suci ini membolehkan para individu dan keluarga untuk kembali kepada hadirat ibu bapa syurgawi kita.

Kami menggalakkan anda remaja putera dan remaja puteri untuk menyelidik dan mencari nama-nama leluhur anda dan melaksanakan pembaptisan secara wakil untuk mereka di bait suci. Kami mendapati bahawa ini berlaku lebih banyak dari sebelum ini di seluruh dunia! Kolam-kolam pembaptisan di kebanyakan bait suci dipenuhi dengan remaja putera dan remaja puteri di awal pagi dan hingga ke malam. Kunci-kunci yang digunakan untuk membenarkan keluarga diikat bersama sebagai tatacara-tatacara Injil kudus dilaksanakan di bait-bait suci.

Bolehkah anda memahami hubungan antara pemulihan kunci-kunci imamat dan berkat-berkat? Dalam anda melibatkan diri dalam pekerjaan ini, saya berfikir anda akan mendapati bahawa Tuhan terlibat dalam butiran-butiran berkenaan pekerjaan ini. Satu pengalaman menunjukkannya. Saya baru-baru ini mengetahui tentang seorang ibu yang kerap mengiring anak-anaknya ke bait suci untuk melaksanakan pembaptisan secara wakil. Pada suatu hari, semasa keluarga ini menghabiskan pembaptisan mereka dan mula meninggalkan bait suci, seorang lelaki memasuki kawasan kolam pembaptisan dengan sekumpulan besar nama-nama keluarganya sendiri. Menyedari bahawa tiada seorang pun yang tinggal di kolam pembaptisan untuk membantu dengan nama-nama ini, seorang pekerja bait suci menahan keluarga yang mula bertolak itu dan menanyakan kepada kanak-kanak jika mereka akan mempertimbangkan untuk masuk semula dan bersalin pakaian sekali lagi untuk membantu dengan pembaptisan-pembaptisan ini. Mereka bersetuju dengan rela hati dan masuk semula. Semasa kanak-kanak melaksanakan pembaptisan tersebut, ibu mereka, yang mendengar, mula mengenali nama-nama dan kemudian, dengan kekaguman semua, menyedari kumpulan nama-nama keluarga lelaki tersebut adalah juga leluhurnya yang telah meninggal dunia. Belas kasihan yang penuh rahmat dan manis.

Dua minggu yang lalu Bait Suci Provo City Center dibaktikan yang juga bait suci beroperasi Gereja yang ke-150 di seluruh dunia. Kami mendapati bahawa apabila Presiden Monson disokong sebagai seorang Rasul pada 1963, terdapat 12 bait suci yang beroperasi dalam Gereja. Bait suci menjadi semakin hampir dengan anda. Namun, kepada anda yang tinggal di mana jarak atau keadaan tidak membenarkan kehadiran secara kerap ke bait suci, anda harus sentiasa menjaga diri agar layak untuk menghadiri. Kamu boleh melakukan pekerjaan penting di luar bait suci dengan menyelidik dan menghantar nama-nama keluarga anda.

Akhir sekali, yang Ketiga: Maju dengan Iman

Nabi Perjanjian Lama Abraham menerima berkat besar dari Tuhan pada zamannya, kadang kala dirujuk sebagai perjanjian Abraham. Beribu tahun kemudian, berkat-berkat zamannya injil yang telah diberikan kepada Abraham telah dipulihkan. Ini berlaku apabila nabi Elias muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland.

Melalui pemulihan ini, setiap anda mempunyai akses kepada berkat besar yang dijanjikan kepada Abraham. Berkat-berkat ini boleh menjadi kepunyaan anda jika anda kekal beriman dan hidup dengan layak. Di risalah Untuk Kekuatan Remaja, anda diberi arahan yang amat praktikal tentang bagaimana untuk “maju dengan iman.’’ Saya meringkaskan sebahagian dari nasihat tersebut: “Untuk membantu kamu menjadi kesemua yang Tuhan ingin kamu jadi, berlutut setiap pagi dan malam dalam doa kepada Bapa Syurgawi kamu. … Kaji kitab suci setiap hari dan mengaplikasikan apa yang kamu baca dalam kehidupan kamu. … Berusaha setiap hari untuk menjadi patuh. … Dalam semua keadaan, ikut ajaran-ajaran para nabi. …Rendahkan hati dan rela untuk mendengar kepada Roh Kudus.”

Nasihat Presidensi Utama diikuti dengan janji yang membawa kepada janji-janji yang datang melalui berkat-berkat Abraham. “Dalam kamu melakukan perkara-perkara ini, Tuhan akan melakukan banyak perkara dalam kehidupan kamu dari kamu boleh lakukan dengan sendiri. Dia akan meningkatkan peluang-peluang kamu, memperluaskan penglihatan kamu, dan menguatkan kamu. Dia akan memberikan pertolongan yang kamu perlukan untuk menghadapi percubaan dan cabaran kamu. Kamu akan memperoleh kesaksian yang lebih kuat dan mencari kegembiraan sebenar dengan kamu datang mengenali Bapa Syurgawi kamu dan Putera-Nya, Yesus Kristus, dan merasakan kasih sayang Mereka untuk kamu.’’10

Untuk ringkasan: bersedia untuk pelayanan mubaligh, pergi ke bait suci, dan maju dengan iman

Kesimpulan

Mari kita tamatkan di mana kita bermula, terkandas di tempat letak kenderaan yang dingin sekali bertanyakan diri, “Di mana kunci-kunci itu?’ Kemudian pada petang itu dengan keajaiban saya menjumpai kunci-kunci tersebut yang telah tercicir dari poket saya di gunung. Tuhan telah menunjukkan kepada kita bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita bersendirian tanpa kunci-kunci atau wewenang untuk membawa kita selamat kembali kepada Dia.

Jika anda seperti saya, anda mungkin mendapati diri anda bertanya saban hari, “Di mana kunci-kunci itu?’’ untuk kereta, pejabat, rumah atau pangsapuri. Apabila ini berlaku kepada saya, saya tidak mampu menahan untuk terasa terhibur, kerana dalam saya mencari kunci-kunci tersebut, saya mendapati diri saya membayangkan pemulihan kunci-kunci imamat dan saya juga memikirkan Presiden Thomas S. Monson, yang kita semua sokong sebagai “nabi, pelihat, dan pewahyu’’11 dan sebagai satu-satunya orang di dunia yang memiliki dan diberi hak kuasa untuk menggunakan kesemua kunci-kunci imamat. Ya, kunci-kunci tersebut selamat dimiliki oleh para nabi, pelihat, dan pewahyu. Ianya dianugerahkan, diagih, dan ditugaskan kepada yang lain, mengikut keinginan Tuhan, di bawah arahan Presiden Gereja.

Saya bersaksi bahawa wewenang imamat dan kunci-kunci imamat membekalkan kuasa, membuka pintu-pintu syurga, membolehkan penggunaan kuasa syurgawi dan menyediakan perjanjian yang kita perlukan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi yang penyayang.

Saya berdoa agar anda, generasi remaja putera dan remaja puteri yang sedang meningkat, akan “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus,’’12 yang anda akan faham bahawa adalah keistimewaan kudus anda untuk bertindak di bawah arahan sesiapa yang memegang kunci-kunci imamat yang akan membuka untuk anda berkat-berkat, kurnia-kurnia dan kuasa-kuasa syurga.

Saya bersaksi akan Tuhan Bapa, Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus, Roh Kudus, dan Pemulihan Injil pada zaman ini, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Joseph Smith—Sejarah 1:68–72.

  2. Ajaran dan Perjanjian 110 bahagian ringkasan.

  3. Lihat Ajaran dan Perjanjian 128:20.

  4. Buku Pegangan 2: Mengelola Gereja (2010), muka surat 8.

  5. Boyd K. Packer, “Priesthood Power in the Home” (worldwide leadership training meeting, Feb. 2012), lds.org/broadcasts; lihat juga James E. Faust, “Power of the Priesthood,” Ensign, Mei 1997, 41–43.

  6. Buku Pegangan 2, 2.1.1.

  7. Dallin H. Oaks, “The Keys and Authority of the Priesthood,” Liahona, Mei 2014, 50.

  8. Untuk Kekuatan Remaja (Risalah, 2011), 43.

  9. Thomas S. Monson, “Welcome to Conference,” Liahona, Jun 2012, 5.

  10. Untuk Kekuatan Remaja, 42–43.

  11. Lihat borang Penyokongan Pegawai dibaca pada persidangan tahunan bahagian dan pancang.

  12. 2 Nefi 31:20.