2010–2019
“Seorang Pelihat Pilihan Akan Aku Bangkitkan””
Oktober 2016


“Seorang Pelihat Pilihan Akan Aku Bangkitkan””

Oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, kita punyai lebih daripada sebuah tingkap untuk masuk ke dalam syurga—bahkan pintu ke keabadian telah dibuka untuk kita.

Apabila Moroni datang kepada Joseph Smith buat kali pertama, dia memberi amaran bahawa nama Joseph “akan dikenal dengan baik dan jahat di antara segala bangsa.”1 Kita telah melihat kegenapan nubuat itu. Dalam peperangan di antara baik dan jahat, Pemulihan Injil melalui Nabi Joseph Smith telah mengilhami pengikut yang mengikuti dia dan juga menggusarkan para antagonis yang berjuang dengan kencang terhadap punca Sion dan terhadap Joseph. Perjuangan ini tidak baru. Ia bermula tidak lama selepas Joseph yang muda berjalan masuk ke Sacred Grove dan ia berterusan hari ini dengan lebih jelas di Internet.

Tuhan dengan sendiri-Nya mengisytiharkan kepada Joseph Smith:

“Hujung-hujung bumi akan bertanya tentang namamu, dan yang bodoh akan menempatkan engkau dalam ejekan, dan neraka akan mengamuk melawan engkau;

“Sementara yang murni hatinya, dan yang bijak, dan yang mulia, dan yang bajik, akan mencari nasihat, dan wewenang, dan berkat-berkat secara terus-menerus dari bawah tanganmu.”2

Hari ini saya berkongsi kesaksian saya kepada semua yang mencari pemahaman yang lebih tentang misi kudus Joseph Smith Jr., Nabi Pemulihan.

Kita tidak perlu malu untuk memberi saksi tentang misi Joseph sebagai seorang nabi, pelihat, and pewahyu, kerana Tuhan selalu bekerja melalui para nabi.3 Kerana kebenaran-kebenaran yang dipulihkan oleh Joseph Smith, kita tahu lebih banyak tentang Bapa Syurgawi kita dan Juruselamat Yesus Kristus. Kita tahu tentang sifat-sifat ilahi Mereka, hubungan Mereka bersama dan kepada kita, dan tentang rancangan penebusan besar yang membenarkan kita untuk kembali ke hadirat Mereka.

Tentang Joseph, Presiden Brigham Young mengatakan: “Ia telah diisytiharkan di dalam majlis keabadian, sebelum landasan bumi dicipta, bahawa dialah lelaki, dalam zaman terakhir bumi ini, yang membawa kembali firman Tuhan kepada rakyat dan menerima kegenapan kunci-kunci dan kuasa Imamat Putera Tuhan. Tuhan telah memandang dia … [kerana dia] ditahbiskan sebelumnya dalam keabadian untuk memimpin dalam zaman terakhir ini.”4

Dalam persediaan kerja besar ini, Joseph Smith dilahirkan dalam keluarga penyayang yang mengalami banyak beban harian dan ujian hidup. Semakin Joseph matang, perasaan dia terhadap Tuhan “sangat dalam dan sering memilukan,”5 tetapi dia sangat keliru dengan idea-idea agama bercanggah yang diajar oleh pengkhutbah zaman dia. Mujurlah, Joseph muda tidak membenarkan soalan-soalannya melumpuhkan iman dia. Dia mencari jawapan dari Alkitab dan mendapat nasihat ini: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan memberikan kebijaksanaan kepadanya.”6

Joseph teringat: “Belum pernah suatu fasal tulisan suci meresap dengan lebih kuat ke dalam hati manusia daripada ayat ini bagiku pada saat itu. Kelihatannya masuk dengan tenaga yang sangat kuat ke dalam setiap perasaan hatiku. Aku memikirkan hal itu berulang-ulang.”7

Dengan iman yang sederhana, Joseph bertindak atas perasaan rohani ini. Dia menemui tempat yang terasing, berlutut, “dan mulai menyatakan keinginan hati [dia] kepada Tuhan.”8 Terdapat kuasa yang besar dalam penggambaran Joseph tentang apa yang telah berlaku:

“Aku melihat tepat di atas kepalaku suatu tiang cahaya, yang lebih terang daripada sinar matahari, yang menurun perlahan-lahan sampai mengenai diriku.

“… Ketika cahaya itu berhenti di atas diriku aku melihat dua Orang, yang terang dan kemuliaan-Nya tidak dapat dilukiskan, yang berdiri di atasku di udara. Salah seorang dari Mereka berkata kepadaku, dengan memanggil namaku dan mengatakan sambil, menunjuk kepada yang lain—Inilah Putera-Ku yang Kukasihi. Dengarkanlah Dia!9

Joseph Smith melihat Tuhan, Bapa yang Abadi, dan Yesus Kristus, Juruselamat dan Penebus dunia. Inilah PenglihatanPertama Joseph Smith. Dalam tahun-tahun yang berikutnya, Joseph menterjemah Kitab Mormon dengan kurnia dan kuasa Tuhan. Ramai malaikat lain telah melawat dia, memulihkan kebenaran-kebenaran dan hak kuasa yang telah hilang selama berabad-abad. Perbualan ilahi bersama Joseph Smith ini telah membuka tingkap syurga dan kemulian abadi kepada kita. Kehidupan Joseph berdiri sebagai kesaksian bahawa jika sesiapa kurang bijaksana, kita boleh menanya Tuhan dengan iman dan menerima jawapan—kadangkala dari orang syurgawi tetapi lebih sering oleh kuasa Roh Kudus, yang bercakap kepada kita melalui fikiran dan perasaan diilhami.10 Melalui Roh Kuduslah kita boleh tahu “kebenaran tentang segala hal.”11

Kebanyakan daripada kita, kesaksian mengenai Nabi Joseph Smith bermula apabila kita membaca Kitab Mormon. Pertama kali saya membaca Kitab Mormon dari mula hingga akhir adalah ketika sebagai pelajar Seminari awal pagi. Dengan imaginasi berseri, saya memutuskan untuk membaca bagaikan saya Joseph Smith, menemui kebenaran dalam Kitab Mormon buat kali pertama. Ia memberikan kesan mendalam kepada kehidupan saya jadi saya meneruskan pembacaan Kitab Mormon dengan cara itu. Saya sering mendapati bahawa dengan melakukannya sedemikian, penghargaan saya untuk Nabi Joseph Smith dan untuk kebenaran yang dipulihkan dalam kitab berharga ini mendalam.

Misalnya, bayangkan perasaan Joseph semasa dia menterjemah ayat-ayat tentang pembaptisan untuk pengampunan dosa. Joseph, yang telah dilarang untuk menyertai mana-mana gereja, secara semula jadi mempunyai pertanyaan tentang tatacara penyelamatan ini. Pertanyaan dia telah mengarah dia, sekali lagi, untuk berdoa, dan doa itu menerajui lawatan daripada Yohanes Pembaptis, yang memulihkan Imamat Harun dan hak kuasa untuk membaptiskan.12

Atau pertimbangkan bagaimana perasaan Joseph apabila dia belajar kali pertama Yesus Kristus mengunjung orang di Hemisfera Barat—bahawa Dia telah mengajar mereka, doakan mereka, menyembuh yang sakit, memberkati anak-anak mereka, menganugerahkan hak kuasa imamat, dan memberi sakramen kepada mereka.13 Joseph mungkin tidak menyedarinya pada masa itu, tetapi apa yang dia belajar tentang tatacara-tatacara dan organisasi gereja Kristus purbakala telah menyediakan dia untuk kemudian menolong Tuhan memulihkan Gereja yang sama itu ke bumi.

Semasa penterjemahan Kitab Mormon, Joseph dan isterinya Emma meratapi kematian bayi anak lelaki mereka. Ketika itu, pengkhutbah biasanya mengajar bahawa anak yang mati tanpa pembaptisan akan dikutuk selama-lamanya. Dengan ini, bayangkan bagaimana perasaan Joseph apabila dia menterjemahkan kata-kata berikut daripada nabi Mormon: “Anak-anak kecil mereka tidak memerlukan pertaubatan, dan juga pembaptisan. … [Tetapi] anak-anak kecil hidup di dalam Kristus, bahkan sejak dari pengasasan dunia lagi.”14

Mungkin petikan yang paling menakjubkan dalam Kitab Mormon kepada Joseph muda terkandung dalam bab ketiga dari 2 Nefi. Bab ini mengandungi nubuat purbakala tentang seorang “pelihat pilihan” yang Tuhan akan membangkit dalam zaman akhir—seorang pelihat bernama Joseph, dinamakan sempena bapanya. Bakal nabi ini akan “dihormati sangat” dan akan melakukan sebuah kerja “yang sangat berharga” bagi rakyat dia. Dia akan “menjadi besar seperti Musa” dan akan diberi kuasa untuk menjadikan firman [Tuhan].15 Pertimbangkan bagaimana perasaan Joseph Smith apabila dia menyedari bahawa nubuat ini berkaitan dengan dia! Dia bukan sahaja menterjemah sejarah; dia menterjemah wawasan zaman akhir, tentang Pemulihan Injil Yesus Kristus yang mengajaibkan —dan Joseph sendiri akan tolong menggenapkannya!

Hari ini, hampir dua ratus tahun kemudian, ia mudah untuk melihat cara nubuat ini telah digenapkan. Kita tahu tentang perkara besar yang Joseph telah capai sebagai nabi Tuhan. Tetapi ingatlah bahawa ketika Joseph menterjemah nubuat ini, dia hanya melakukan beberapa perkara yang dinubuat oleh para nabi. Dia lelaki muda yang berumur awal dua puluhan. Gereja belum ditubuhkan. Tiada bahagian atau cawangan, tiada mubaligh, dan tiada bait suci. Hampir tiada orang yang pernah mendengar tentang Joseph Smith, dan beberapa orang yang mengenalinya menentang dia dengan aktifnya. Sekarang lihatlah kerja besar Tuhan yang telah dikerjakan oleh tangan suruhan-Nya Joseph, tanpa mengambil kira tentang penentangan terhadap dia. Bukankah kegenapan nubuat ini bukti nyata tentang panggilan kenabian Joseph Smith?

Kepada sesiapa yang mungkin mempersoalkan kesaksian mereka tentang Joseph Smith, atau berjuang dengan maklumat kehidupan dan pelayanannya yang salah, mengelirukan, atau cetek, saya menjemput anda untuk mempertimbangkan buah—banyak berkat yang telah datang kepada kita melalui misi mengajaibkan Joseph Smith, Nabi Pemulihan.

Oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, wahyu dan para nabi bukanlah perkara-perkara yang tidak wujud lagi. “Zaman mukjizat”—tentang penglihatan, penyembuhan, dan pelayanan para malaikat—tidak berhenti.16

Oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, setiap kita mempunyai akses kepada kuasa dan berkat Imamat suci, termasuk pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan sakramen.

Oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, kita memiliki berkat-berkat dan tatacara-tatacara bait suci yang mengikat kita kepada Tuhan, menjadikan kita sebagai rakyat-Nya, dan menampakkan kepada kita “kuasa ketuhanan,” yang membolehkan untuk “melihat muka Tuhan, bahkan Bapa, dan hidup” suatu hari nanti.17

Oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, kita tahu bahawa perkahwinan dan keluarga merupakan bahagian penting rancangan Tuhan bagi kegembiraan kita. Kita tahu melalui tatacara-tatacara bait suci dan perjanjian, hubungan keluarga kita yang dihargai boleh bertahan secara abadi.

Oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, kita punyai lebih daripada sebuah tingkap untuk masuk ke dalam syurga—bahkan pintu ke keabadian telah dibuka untuk kita. Kita boleh mengenali “satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah [Dia] utus.”18 Kehidupan abadi boleh menjadi milik kita.

Paling penting sekali, oleh kerana Joseph ialah seorang nabi, kita ada saksi demi saksi, kesaksian demi kesaksian, bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan dan Juruselamat dunia. Kita mempunyai rantaian saksi-saksi khas Yesus Kristus yang tidak terputus , termasuk nabi kita hari ini, Presiden Thomas S. Monson; penasihat-penasihat Presidensi Utama; dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul. Bersama kesaksian mereka, saya menokok kesaksian saya yang rendah hati tetapi yakin: Yesus Kristus hidup dan memimpin Gereja-Nya. Joseph Smith ialah Nabi Pemulihan. Imamat dan hak kuasa Tuhan ada di atas bumi sekali lagi. Semoga kita mengisytiharkan kesaksian kita dengan berani dan kesyukuran terhadap nabi, pelihat, dan pewahyu Tuhan yang menakjubkan ini, ialah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.