2010–2019
Seorang Saksi Tuhan
Oktober 2016


Seorang Saksi Tuhan

Saya mencadangkan kepada anda untuk berhenti rasa bersalah tentang apa jua kekurangan yang anda fikir anda ada dengan berkongsi Injil. Sebaliknya, berdoa “untuk berdiri sebagai [seorang saksi] Tuhan.” Inilah dorongan yang lebih kuat daripada rasa bersalah.

Kebanyakan kerja penting Tuhan tidak dilihat oleh mata dunia. Enam abad sebelum Kristus terdapatnya pemikir terkenal seperti Confucius di Cina dan Buddha di India Timur, tetapi kuasa Imamat Tuhan berada dengan Daniel, nabi yang hidup di dalam penawanan semasa pemerintahan raja Babilonia Nebukadnezzar.

Sangat susah hati kerana suatu mimpi malam, Raja Nebukadnezzar menuntut penilik dan ahli sihir dia untuk memberitahu dia apa yang dia telah mimpikan dan pentafsiran mimpi itu. Sudah tentu, mereka tidak dapat memberitahu raja apa yang dia telah mimpikan, dan mereka membantah. “Tiada seorang pun di seluruh bumi ini dapat [memberitahu tuanku apa yang dikehendaki] tuanku.”1 Raja Nebukadnezzar sangat marah dengan kegagalan mereka dan mengisytiharkan dengan marah bahawa semua penasihat dia akan dibunuh.

Daniel, salah satu daripada orang berilmu raja, berdoa untuk “belas kasihan … Tuhan … mengenai rahsia mimpi ini.”2

Satu mukjizat berlaku. Rahsia mengenai mimpi raja telah diungkapkan kepada Daniel.

Daniel dibawa ke hadapan raja. “Dapatkah kamu memberitahu beta mimpi beta dan mentafsirkannya?”

Daniel menjawab:

“Tiada orang berilmu, ahli sihir, penilik atau ahli nujum yang [dapat melakukan hal itu]. …

“Tetapi Tuhan penguasa di syurga yang [dapat menyatakan segala hal ini, dan Dia] memberitahu … raja Nebukadnezzar tentang hal masa depan dalam zaman akhir. …

“Tuhan penguasa di syurga,” Daniel berkata, “[akan] mendirikan sebuah kerajaan yang kekal, [sebuah batu besar jatuh dari tebing dengan sendirinya, yang akan menjadi sebuah gunung yang memenuhi seluruh bumi,] yang tidak [dapat] dikalahkan … [lalu] kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.

“… Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya,” kata Daniel, “dan tafsirannya dapat dipercayai.”3

Dengan mimpi dia dijelaskan dan ditafsirkan, raja bercakap dengan berani, “Sesungguhnya Tuhanmu agung antara semua dewa; Dialah Tuhan semua raja.”4

Dari intervensi mengajaibkan daripada Tuhan kepada Daniel datanglah nubuat masa depan tentang Injil Yesus Kristus yang akan dipulihkan ke bumi, sebuah kerajaan yang akan memenuhi seluruh bumi, “tidak [dapat] dikalahkan … [lalu] memerintah selama-lamanya.”

Bilangan ahli Gereja dalam zaman akhir akan dikira agak sedikit, seperti Nefi menubuatkan, tetapi mereka akan tinggal di seluruh muka bumi, dan kuasa dan tatacara Imamat akan disediakan untuk semua yang inginkannya, memenuhi bumi seperti Daniel nubuatkan.5

Pada tahun 1831 Nabi Joseph Smith menerima wahyu ini: “Kunci-kunci kerajaan Tuhan [kunci-kunci pengumpulan Israel dari empat bagian bumi]6 dipercayakan kepada manusia di atas bumi, dan dari sana Injil akan bergulir ke hujung-hujung bumi, bagaikan batu yang terpenggal dari gunung tanpa perbuatan tangan akan bergulir, sampai telah memenuhi seluruh bumi. ”6

Satu Tugas yang Dikongsi Kita

Pengumpulan Israel ialah sebuah mukjizat. Pengumpulan Israel ialah seperti susun suai gambar di mana semua kepingan akan diletakkan dengan tepat sebelum peristiwa mulia Kedatangan Kedua. Sepertimana kita mungkin berasa bingung dengan satu gunung kepingan susun suai gambar, orang suci yang awal semestinya telah menganggap tugas besar untuk membawa Injil dipulihkan ke seluruh bumi sebagai satu tugas yang hampir mustahil. Namun mereka memulakannya, seorang, sekeping teka teki setiap kali, mencari kepingan yang bertepi lurus, bekerja untuk membingkaikan kerja ilahi ini dengan betul. Sedikit demi sedikit, batu besar yang jatuh dari tebing dengan sendirinya; dari beratus-ratus hingga beribu-ribu orang, dan sekarang berjuta-juta orang suci Zaman Akhir di setiap negara sedang menyusun suai semua kepingan gambar kerja yang menakjubkan dan sebuah keajaiban.

Imej
Teka-teki yang sangat besar

Setiap kita ialah kepingan kepada teka-teki ini, dan setiap daripada kita menolong menyusun kepingan penting lain. Anda penting kepada perjuangan besar ini. Pandangan kita di hadapan sangat jelas sekarang. Kita boleh melihat mukjizat sedang berterusan, dan tangan Tuhan membimbing kita semasa kita mengisi jurang yang masih tertinggal. Kemudian, “Yehovah yang Agung akan mengatakan kerja telah berakhir,”7 dan Dia akan kembali dalam keagungan dan kemuliaan.

Imej
Setiap kita ialah sekeping teka-teki

Presiden Thomas S. Monson telah berkata: “Sekaranglah masa bagi para anggota dan para mubaligh untuk datang bersama, untuk bekerjasama … untuk membawa jiwa-jiwa kepada-Nya. … Dia akan membantu usaha kita jikalau kita akan bertindak dengan iman untuk menggenapi pekerjaan-Nya.”8

Tanggungjawab ilahi terlantik ini yang dahulu dipikul oleh mubaligh sepenuh masa kini dipikul oleh kita semua. Kita semua ingin berkongsi Injil dipulihkan, dan syukurnya, beribu-ribu orang dibaptiskan setiap minggu. Tetapi dengan berkat menakjubkan ini, kebimbangan kita terhadap saudara dan saudari kita dan keinginan kita untuk menyenangkan Tuhan memerlukan tindakan segera yang menarik untuk berkongsi dan memperkuatkan kerajaan Tuhan di seluruh dunia.

Batas Rasa Bersalah

Dengan keinginan yang kuat untuk berkongsi Injil, anda mungkin kurang gembira dengan kejayaan usaha anda dari masa dahulu. Anda mungkin berasa seperti kawan yang berkata, “Saya pernah bercakap dengan keluarga dan kawan kami tentang Gereja, tetapi, mereka tidak menunjukkan minat, dan dengan setiap penolakan, saya semakin teragak-agak. Saya tahu saya harus melakukan lebih, tetapi saya takut, dan saya hanya berasa sangat bersalah.”

Benarkan saya untuk membantu.

Rasa bersalah berperanan penting kerana ia membangkitkan kita membuat perubahan yang perlu, tetapi ada batas bagaimana perasaan bersalah akan membantu kita.

Rasa bersalah adalah seperti bateri dalam kereta petrol. Ia boleh menyala kereta, menghidupkan enjin, dan menyala lampu besar, tetapi ia tidak akan memberi tenaga untuk perjalanan panjang di hadapan. Bateri, dengan sendirinya, tidak cukup. Dan rasa bersalah juga.

Saya mencadangkan kepada anda untuk berhenti rasa bersalah tentang apa jua kekurangan yang anda fikir anda ada dengan berkongsi Injil. Sebaliknya, berdoalah, seperti diajarkan Alma, peluang untuk “berdiri sebagai [seorang saksi] bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat … agar [orang lain] boleh ditebus oleh Tuhan, dan terbilang dengan mereka dalam kebangkitan pertama, [dan] memperolehi kehidupan abadi.”9 Inilah dorongan yang lebih kuat daripada rasa bersalah.

Untuk menjadi seorang saksi Tuhan di segala waktu dan di segala tempat mencerminkan cara kita hidup dan cara kita bercakap.

Buka mulut tentang iman anda dalam Kristus. Apabila kesempatan tampil, bercakap tentang hidup-Nya, ajaran-Nya, dan kurnia-Nya yang tidak ada tandingan dengan seluruh umat manusia. Kongsikan kebenaran-Nya yang kuat dari Kitab Mormon. Dia telah memberi kita perjanjian ini: “Sesiapa … mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.”10 Saya berjanji bahawa apabila anda berdoa selalu dan dengan bersungguh-sungguh untuk kesempatan “berdiri sebagai seorang saksi Tuhan,” kesempatan itu akan datang, dan orang yang mencari cahaya dan kebenaran lebih akan ditampil di depan anda. Apabila anda bertindak terhadap bisikan rohani, Roh Kudus akan membawa kata-kata anda ke dalam hati orang lain, dan suatu hari nanti Juruselamat akan mengaku anda di hadapan Bapa-Nya.

Usaha Berkumpulan

Kerja rohani untuk membantu orang lain datang ke kerajaan Tuhan merupakan usaha berkumpulan. Sertakan para mubaligh secepat mungkin, dan berdoalah untuk bantuan syurgawi. Tetapi ingatlah, masa penukaran hati orang lain tidak bergantung sepenuhnya kepada anda.11

Kamla Persand berasal dari Pulau Mauritius, menghadiri sekolah perubatan di Bordeaux, France, ketika kami bertemu dia di Ferbruari 1991. Kami sekeluarga telah berdoa untuk berkongsikan Injil bersama seseorang yang sedang mencari kebenaran, dan kami mengajar dia di rumah kami. Saya mendapat hak istimewa untuk melaksanakan pembaptisannya, tetapi kami bukan pengaruh terpenting untuk Kamla menyertai Gereja. Kawan-kawan, para mubaligh, dan bahkan ahli keluarga telah menjadi “saksi-saksi Tuhan” di negara dia, dan suatu hari di Perancis, apabila masa sesuai untuk Kamla, dia memutuskan untuk dibaptis. Sekarang, 25 tahun kemudian, berkat-berkat dari keputusan itu mengelilingi dia, dan anak lelaki dia seorang mubaligh di Madagaskar.

Imej
Kamla Persand dan keluarga

Janganlah melihat usaha anda untuk berkongsi kasih Juruselamat sebagai ujian lulus/gagal dengan gred anda ditentukan oleh balasan positif kawan anda terhadap perasaan atau jemputan anda untuk bertemu para mubaligh.12 Dengan mata fana, kita tidak boleh menilai kesan usaha kita, dan kita tidak dapat menentukan jadual waktu. Apabila anda berkongsikan kasih Juruselamat dengan seorang lain, gred anda selalunya A+.

Terdapat kerajaan yang menghadkan kerja mubaligh, menerajui ahli-ahli mulia kita untuk menunjukkan keberanian lebih besar dengan menjadi “saksi-saksi Tuhan di semua masa dan di semua … tempat.”

Nadezhda dari Moscow sering memberi orang lain salinan Kitab Mormon di dalam kotak hadiah bersama banyak bungkusan gula-gula di sekitarnya. “Saya memberitahu mereka,” dia berkata, “itulah hadiah yang paling manis saya dapat memberi mereka.”

Tidak lama selepas dibaptiskan di Ukraine, Svetlana mendapat tanggapan untuk berkongsi Injil dengan seorang lelaki yang dia sering lihat di dalam bas. Apabila lelaki itu turun di perhentian dia, Svetlanadia bertanya, “Mahukah kamu tahu lebih tentang Tuhan?” Lelaki berkata, “Mahu.” Para mubaligh mengajar Viktor, dan dia dibaptiskan. Dia dan Svetlana kemudian dimeteraikan di dalam Bait Suci Freiberg Jerman.

Berhati-hati; berkat anda mungkin akan datang dalam cara yang tidak dijangka.

Tujuh tahun lalu, Kathy dan saya bertemu Diego Gomez dan keluarga cantik dia di Salt Lake City. Mereka menghadiri rumah terbuka dengan kita tetapi mereka menolak dengan lembut jemputan kami untuk belajar lebih banyak tentang Gereja. Pada Mei lalu ini, saya menerima panggilan telefon yang mengejutkan daripada Diego. Kejadian-kejadian dari kehidupan dia telah menunjukkan dia untuk berlutut. Dia telah menemui para mubaligh untuk dirinya, mengambil pelajarannya, dan bersedia untuk pembaptisan. Pada 11 Jun yang lalu, saya masuk air pembaptisan dengan kawan dan murid sesama saya Diego Gomez. Penukaran hati dia mempunyai jadual dirinya dan datang dengan bantuan dan sokongan banyak orang yang menjangkau kepada dia sebagai “saksi-saksi Tuhan.”

Imej
Diego Gomez dengan kumpulan

Jemputan kepada Pemuda-Pemudi

Kepada remaja dan pemuda-pemudi yang hebat kita di seluruh dunia, saya memberi satu jemputan istimewa dan mencabarkan anda untuk menjadi “saksi-saksi Tuhan.” Orang yang di sekeliling anda sangat buka hati kepada pertanyaan rohani. Ingat teka-teki itu? Anda tidak datang ke meja tanpa tangan kosong tetapi dengan teknologi dan media sosial dalam kawalan anda. Kami perlukan anda, Tuhan perlukan anda untuk makin terlibat di dalam perjuangan besar ini.

Imej
Teka-teki pada telefon mudah alih

Juruselamat berkata, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan.”13

Ia bukan kemungkinan bahawa anda hidup di Afrika; Asia; Eropah; Amerika Udara, Tengah, atau Selatan; Pasifik; atau di tempat lain di dunia Tuhan, kerana Injil semestinya pergi ke “setiap negara, kaum, bahasa, dan bangsa.”14

“Tuhan penguasa di syurga [telah] mendirikan sebuah kerajaan, [sebuah batu besar jatuh dari tebing dengan sendirinya, yang telah menjadi sebuah gunung yang memenuhi seluruh bumi,] yang tidak [dapat] dikalahkan … [lalu] kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.

“… Itulah mimpi yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai.”15

Saya menutup dengan kata-kata dari Ajaran dan Perjanjian. “Mintalah kepada Tuhan, agar kerajaan-Nya boleh menyebar luas di atas bumi, agar penghuninya boleh menerimanya, dan dipersiapkan untuk masa yang akan datang, di mana Putera Manusia akan turun [dari] syurga, berpakaian dalam kecemerlangan kemuliaan-Nya, untuk menemui kerajaan Tuhan … di atas bumi.”16 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Daniel 2:10.

  2. Daniel 2:18.

  3. Daniel 2:26–28, 44–45; lihat juga ayat 34–35.

  4. Daniel 2:47.

  5. Lihat 1 Nefi 14:12–14.

  6. Ajaran dan Perjanjian 65:2; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 110:11.

  7. Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Joseph Smith (2007), 444; lihat juga Boyd K. Packer, “The Standard of Truth Has Been Erected,” Liahona, Nov. 2003, 27.

  8. Thomas S. Monson, “Selamat Datang ke Persidangan, Liahona, Nov. 2013, 4.

  9. Mosia 18:9.

  10. Matius 10:32.

  11. Sebulan lalu, saya ada di Santa Maria, Brasil. Brother João Grahl memberitahu saya bahawa, sebagai lelaki muda, dia menghadiri gereja selama dua tahun, ingin dibaptiskan, tetapi bapanya tidak membenarkannya. Suatu hari dia memberitahu adik perempuan dia, yang ada keinginan sama, bahawa mereka perlu berlutut kaki dan berdoa kepada Tuhan untuk melembutkan hati bapa mereka. Mereka berlutut dalam doa dan pergi ke sekolah.

    Apabila mereka kembali ke rumah pada hari itu, mengejutkannya, seorang pak cik, abang bapa mereka, telah datang dari kota yang jauh. Dia ada di dalam rumah mereka, bercakap dengan bapa mereka. Dengan pak cik mereka di dalam bilik, anak-anak menanya sekali lagi bapa mereka jika mereka dapat dibaptiskan. Pak cik mereka melangkah ke hadapan dan meletakkan tangan dia di atas bahu adik lelaki dia, “Reinaldo, ia benar. Biarkan mereka dibaptiskan.” Tidak diketahui kepada sesiapa daripada mereka, pak cik telah dibaptiskan beberapa bulan lalu.

    Pak cik terdorong untuk melawat rumah adik lelaki dia, dan kerana dia “berdiri sebagai saksi Tuhan” pada hari itu, anak saudara perempuan dan lelaki dia dibenarkan untuk dibaptiskan. Beberapa minggu kemudian, Reinaldo dan isterinya dibaptiskan. Tuhan menjawab doa anak-anak itu dengan cara mengajaibkan melalui seseorang yang sanggup untuk menjadi “seorang saksi Tuhan.”

  12. “Anda berjaya apabila anda menjemput, tidak mengambil kira bagaimana kesimpulannya” (Clayton M. Christensen, The Power of Everyday Missionaries [2012], 23; lihat juga everydaymissionaries.org).

  13. Matius 28:19.

  14. Mosia 15:28.

  15. Daniel 2:44–45; lihat juga ayat 34–35.

  16. Ajaran dan Perjanjian 65:5.