2010–2019
“Tetap Akan Dikasihi-Nya”
Oktober 2016


“Tetap Akan Dikasihi-Nya”

Kasih sayang Tuhan adalah tidak terhingga dan ia akan bertahan selama-lamanya, tetapi maksudnya bagi setiap daripada kita bergantung kepada cara kita membalas kasih sayang Dia.

Alkitab memberitahu kita bahawa “Tuhan itu kasih.”1 Dialah contoh sempurna kasih sayang, dan kita sangat bergantung kepada ketetapan dan jangkauan universal kasih sayang itu. Seperti Presiden Thomas S. Monson telah menyatakan: “Kasih Tuhan selalu ada bagi anda sama ada anda berasa layak atau tidak. Ia sentiasa ada.”2

Terdapat banyak cara untuk menggambarkan dan bercakap tentang kasih ilahi. Salah satu ungkapan yang kita sering mendengar hari ini ialah kasih sayang Tuhan “tidak terbatas.” Walaupun itu benar dalam pengertiannya, kata sifat tidak terbatas tidak timbul di mana-mana dalam tulisan suci. Sebaliknya, kasih Dia digambarkan dalam tulisan suci sebagai,”3 “kasih sempurna,”4 “kasih yang menebuskan,”5 dan “kasih kekal.”6 Inilah ungkapan lebih baik kerana perkataan tidak terbatas boleh menyampaikan tanggapan salah tentang kasih ilahi, misalnya, Tuhan tahan dengan semua hal dan tidak menghukum kita, kerana kasih Dia tidak terbatas; atau Tuhan tidak memberi kita permintaan, kerana kasih Dia tidak terbatas; atau semua orang diselamatkan di dalam kerajaan syurga Tuhan kerana kasih-Nya tidak terbatas. Kasih sayang Tuhan adalah tidak terhingga dan ia akan bertahan selama-lamanya, tetapi maksudnya bagi setiap daripada kita bergantung kepada cara kita membalas kasih sayang Dia.

Yesus berkata:

“Aku mengasihi kamu seperti Bapa mengasihi Aku. Hendaklah kamu tetap hidup sebagai orang yang Aku kasihi.

“Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya.”7

Untuk “tetap hidup” atau “tetap akan” kasih sayang Juruselamat bermaksud untuk menerima rahmat-Nya dan disempurnakan oleh itu.8 Untuk menerima rahmat-Nya, kita mesti beriman terhadap Yesus Kristus dan mentaati perintah-Nya, termasuk bertaubat dari dosa kita, dibaptis untuk pengampunan dosa, menerima Roh Kudus, dan teruskan dalam jalan kepatuhan.9

Tuhan akan sentiasa mengasihi kita, tetapi Dia tidak dapat menyelamatkan kita dalam dosa kita.10 Ingatlah kata-kata Amulek kepada Zezrom bahawa Juruselamat tidak akan menyelamatkan rakyat Dia dalam dosa mereka tetapi dari dosa mereka,11 sebab dengan dosa, kita tidak bersih dan “tidak ada apa pun yang tidak bersih dapat masuk ke dalam kerajaan-Nya”12 atau berada di hadirat Tuhan. “Dan [Kristus] telah diberikan kuasa kepada-Nya daripada Bapa untuk menebus [rakyat-Nya] dari dosa-dosa mereka kerana pertaubatan; oleh kerana itu, Dia telah mengutus para malaikat-Nya untuk memaklumkan khabar tentang syarat-syarat pertaubatan, yang membawa kepada kuasa Penebus, sehingga kepada keselamatan jiwa mereka.”13

Dari Kitab Mormon kita belajar bahawa tujuan penderitaan Kristus—manifestasi utama kasih sayang Dia—adalah untuk “mendatangkan sanubari belas kasihan, yang mengalahkan keadilan, dan mendatangkan cara bagi manusia agar mereka boleh memiliki iman menuju pertaubatan.

“Dan demikianlah belas kasihan dapat memuaskan tuntutan keadilan, dan mengelilingi mereka dalam lengan penyelamatan, sementara dia yang tidak menjalankan iman menuju pertaubatan terdedah kepada seluruh hukum tuntutan keadilan; oleh itu hanya kepada dia yang memiliki iman menuju pertaubatan didatangkan rancangan penebusan yang agung dan abadi.”14

Pertaubatan ialah kurnia-Nya bagi kita, dibeli pada harga yang sangat tinggi.

Beberapa orang akan membantah bahawa Tuhan memberkati semua tanpa perbezaan—memetik, misalnya, kenyataan Yesus di dalam Khutbah di atas Bukit: “[Tuhan] menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Tuhan dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.”15 Sememangnya, Tuhan mengurniakan semua berkat yang Dia dapat beri kepada setiap anak-anak-Nya—semua berkat yang kasih dan hukum dan keadilan dan belas kasihan yang akan membenarkan. Dan Dia memerintah kita demikian juga untuk bermurah hati:

“Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu;

“Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga.”16

Namun demikian, berkat Tuhan yang lebih besar bergantung kepada kepatuhan. Presiden Russell M. Nelson menjelaskan: “Jambak gemilang kasih Tuhan—termasuk kehidupan abadi—melibatkan berkat di mana kita harus layakkan diri, bukan keberhakan yang diharapkan dengan tidak layak. Orang berdosa tidak dapat mengubah kehendak-Nya dan menghendaki-Nya untuk memberkati mereka dalam dosa-dosa [lihat Alma 11:37]. Jika mereka inginkan menikmati setiap bunga di dalam jambak cantik Dia, mereka mesti bertaubat.”17

Selain orang yang bertaubat ditemui tidak bersalah dan tak bernoda dengan janji untuk “diangkat pada hari kiamat,”18 ada aspek kedua yang penting untuk tetap akan dikasihi Tuhan. Tetap akan dikasihi-Nya akan membolehkan kita mencapai potensi penuh kita, untuk menjadi seperti Dia.19 Seperti Presiden Dieter F. Uchtdorf menyatakan: “Rahmat Tuhan bukan hanya mengembalikan kita ke keadaan tak bersalah sebelum ini. … Matlamat-Nya adalah lebih tinggi: Dia inginkan putera dan puteri-Nya untuk menjadi seperti Dia.”20

Untuk tetap akan dikasihi Tuhan dengan pengertian ini bermaksud untuk menyerah diri dengan sepenuhnya kepada kehendak Dia. Ia bermaksud untuk menerima pembetulan-Nya apabila perlu, “kerana Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya ”21 Ia bermaksud untuk mengasihi dan melayan sesama seperti Yesus mengasihi dan melayan kita.22 Ia bermaksud untuk belajar “ menanggung hukum kerajaan selestial” supaya kita dapat “menanggung kemuliaan selestial.”23 Supaya Dia dapat menjadikan kita apa yang kita dapat menjadi, Bapa Syurgawi merayu kepada kita untuk menyerah “pada pujukan Roh Kudus, dan [menanggalkan] manusia alamiah dan [menjadi] orang suci melalui korban tebusan Kristus Tuhan, dan [menjadi] seperti seorang anak kecil, peserah, lembut hati, rendah hati, sabar, penuh dengan kasih, rela untuk berserah pada segalanya yang Tuhan anggap patut untuk ditimpakan ke atas dirinya, bahkan seperti anak kecil berserah kepada ayahnya.”24

Elder Dallin H. Oaks telah memerhati: “Penghakiman Terakhir bukan hanya penilaian suatu jumlah perbuatan baik dan jahat—apa yang kita telah lakukan. Ia pengakuan kesan terakhir daripada tindakan dan fikiran kita—apa yang kita telah menjadi.25

Cerita Helen Keller sedikit seperti sebuah perumpamaan yang mencadangkan bagaimana kasih ilahi boleh mengubahkan jiwa yang sanggup. Helen dilahirkan di negeri Alabama di dalam Amerika Syarikat pada tahun 1880. Apabila dia berumur hanya 19 bulan, dia dijangkiti penyakit yang tidak ditentukan dan telah meninggalkannya pekak dan buta. Dia sangat pintar dan menjadi kecewa semasa dia cuba memahami dan mengerti persekitarannya. Apabila Helen menyentuh bibir bergerak ahli-ahli keluarga dan menyedari bahawa mereka menggunakan mulut mereka untuk bercakap, “dia naik radang [kerana] dia tidak dapat menyertai perbualan itu.”26 Apabila Helen berumur enam tahun, keperluan dia untuk berkomunikasi dan kekecewaan dia meningkat begitu kuat sehingga “cetusan berlaku setiap hari, kadangkala setiap jam.”27

Ibu bapa Helen mengupah seorang pengajar bagi anak perempuan mereka, seorang wanita bernama Anne Sullivan. Sepertimana Yesus Kristus memahami kelemahan kita,28 Anne Sullivan telah berjuang dengan kesusahan serius dirinya dan memahami kelemahan Helen. Pada umur lima tahun, Anne telah dijangkiti penyakit yang menyebabkan parut kornea yang menyakitkan dan menyebabkan dia hampir sepenuhnya buta. Apabila Anne berumur lapan tahun, ibunya mati; bapanya meninggalkannya dengan adik lelaki dia, Jimmie; dan mereka dihantar ke sebuah “rumah orang miskin” di mana keadaan begitu buruk, Jimmie pun mati selepas hanya tiga bulan. Dengan ketekunan yang gigih, Anne diterima masuk ke Sekolah Perkins untuk orang dengan kebutaan dan penglihatan cacat, di mana dia berjaya dengan cemerlang. Satu pembedahan telah memberi dia penglihatan yang lebih baik di mana dia dapat membaca tulisan. Apabila bapa Helen Keller menghubungi Sekolah Perkins, mencari seseorang untuk menjadi pengajar bagi anak perempuan dia, Anne Sullivan telah dipilih.29

Pada mulanya ia bukan pengalaman yang menyenangkan. Helen “memukul, mencubit, dan menyepak pengajar dia, dan mematahkan salah satu gigi dia. [Anne] akhirnya mendapat kawalan dengan berpindah bersama [Helen] ke dalam satu rumah pondok kecil kepunyaan keluarga Keller. Dengan kesabaran dan ketekalan teguh, dia akhirnya memperoleh kepercayaan budak itu.”30 Serupanya, apabila kita mempercayai Pengajar ilahi kita dan bukannya menentang, Dia boleh berkerja dengan kita untuk menerangi dan mengangkat kita ke pemahaman baru.31

Untuk membantu Helen belajar perkataan, Anne akan mengeja nama-nama objek yang biasa dengan jari dia di atas tapak tangan Helen. “[Helen] menikmati ‘permainan jari’ ini, tetapi dia tidak memahami sehinggalah ketika terkenal apabila Anne mengeja ‘a-i-r’ sambil mengepam air ke atas tangan [Helen]. [Helen] menulis kemudian:

“Tiba-tiba saya berasa kesedaran kabur tentang sesuatu yang telah dilupakan … dan entah bagaimana misteri bahasa didedahkan kepada saya. Saya tahu pada masa itu bahawa “a-i-r” maksud sesuatu sejuk dan menakjubkan yang sedang mengalir di atas tangan saya. Perkataan hidup itu membangun jiwa saya, memberinya cahaya, harapan, dan membebaskannya! … Semua perkara ada nama, dan setiap nama melahirkan fikiran baru. Semasa kami kembali ke rumah[,] setiap objek … yang saya sentuh kelihatan penuh dengan hidup.’”32

Imej
Helen Keller dan Anne Sullivan

Apabila Helen Keller dewasa, dia menjadi terkenal dengan kasih dia terhadap bahasa, kebolehan dia sebagai seorang penulis, dan kefasihannya sebagai penceramah umum.

Dalam wayang yang menggambarkan kehidupan Helen Keller, ibu bapanya digambarkan puas hati dengan kerja Anne Sullivan apabila dia telah mengawalkan anak perempuan liar mereka, sehingga Helen akan duduk dengan sopan, makan dengan biasa, dan melipat kain pengelap mulut dia pada akhir waktu makan. Tetapi Anne tahu Helen berkemampuan banyak, banyak lagi dan dia ada banyak sumbangan besar untuk dibuat.33 Walaupun begitu, kita mungkin berasa sangat berpuas hati dengan apa yang kita telah lakukan dalam kehidupan kita dan kita hanya menjadi siapa kita menjadi, sebaliknya Juruselamat kita memahami potensi mulia yang kita hanya bayangkan “melalui kabur pada cermin muka.”34 Setiap daripada kita boleh mengalami kegembiraan daripada potensi ilahi yang berlaku di dalam kita, sepertimana kegembiraan yang dirasai Helen Keller apabila kata-kata menjadi bermakna, memberi cahaya ke jiwanya dan membebaskannya. Setiap daripada kita boleh mengasihi dan melayan Tuhan dan diperbolehkan untuk memberkati jiran-jiran kita. “Tetapi seperti yang tertulis, Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi Dia.”35

Marilah kita mempertimbangkan harga kasih sayang Tuhan. Yesus mengungkapkan bahawa untuk menebus dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita daripada kematian, kedua-dua jasmani dan rohani, penderitaan-Nya menyebabkan diri-Nya, “bahkan Tuhan, yang terbesar dari semuanya, gementar kerana rasa sakit, dan berdarah pada setiap liang roma, dan menderita baik tubuh mahupun roh—dan menghendaki bahawa [Dia] boleh tidak meminum cawan yang pahit, dan menciut.”36 Kesakitan-Nya di Getsemani dan di atas salib lebih besar daripada apa yang manusia dapat tahan.37 Walau bagaimanapun, disebabkan kasih sayang Dia terhadap Bapa-Nya dan bagi kita, Dia bertahan dan, sebagai akibatnya, Dia dapat menawarkan kepada kita kebaqaan dan kehidupan abadi.

Imej
Pemeras Minyak

Ia simbolik bahawa “darah [keluar] dari setiap liang”38 semasa Yesus menderita di Getsemani, tempat untuk membuat minyak zaitun. Untuk membuat minyak dalam waktu Juruselamat, zaitun dihancurkan dahulu dengan menekan batu besar di atasnya. “Hancuran” yang terhasil diletakkan di dalam bakul yang dianyam secara longgar, dan disusun di atas satu sama lain. Berat mereka menghasilkan minyak pertama dan terbaik. Kemudian tekanan ditambah dengan meletakkan rasuk atau kayu yang besar di atas bakul tersusun itu, menghasilkan lebih banyak minyak. Akhirnya, untuk mengeluarkan titisan terakhir, rasuk itu diberatkan dengan batu-batu pada satu hujungnya untuk mencapai tekanan menghancurkan yang maksimum.39 Dan ya, minyak itu berwarna merah darah apabila titisan pertama mengalir keluar.

Imej
Pemeras minyak dengan minyak zaitun

Saya fikirkan laporan Matius tentang Juruselamat semasa Dia masuk Getsemani pada malam ditakdirkan—bahawa Dia “ sangat sedih dan gelisah. …

“Dan dia pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”40

Kemudian, saya membayangkan kesusahan menjadi makin teruk, Dia merayu kali kedua untuk kelegaan dan, akhirnya, mungkin di puncak penderitaan-Nya, kali ketiga. Dia bertahan kesakitan sehingga keadilan dipuaskan sampai titisan terakhir.41 Inilah yang Dia lakukan untuk menebus anda dan saya.

Betapa berharganya kurnia kasih ilahi! Penuh dengan kasih sayang itu, Yesus bertanya, “tidakkah kamu akan kembali kepada-Ku sekarang, dan bertaubat dari dosa-dosamu, dan bertukar hati, agar Aku boleh menyembuhkanmu?”42 Dia meyakinkan kita dengan lembut, “Lihatlah, tangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang … akan Aku terima; dan diberkatilah mereka yang datang kepada-Ku.”43

Mahukah anda mengasihi Dia yang mengasihi anda dahulu?44 Jadi patuhilah perintah-Nya.45 Mahukah anda berkawan dengan Dia yang menyerahkan hidup-Nya bagi kawan-kawan-Nya?46 Patuhilah perintah-Nya.47 Tidak akan anda tetap akan dikasihi-Nya dan menerima segala yang Dia menawarkan dengan kemurahan hati kepada anda? Patuhilah perintah-Nya.48 Saya berdoakan kita boleh tetap akan dikasihi-Nya dengan sepenuhnya, dalam nama Yesus Kristus, amin.