2010–2019
Adakah Saya Cukup Baik? Akankah Saya Sampai?
Oktober 2016


Adakah Saya Cukup Baik? Akankah Saya Sampai?

Jika anda cuba dengan bersungguh-sungguh dan tidak merasionalkan diri atau memberontak—sering bertaubat dan meminta rahmat—anda tentu akan menjadi “cukup baik.”

Saudara dan saudari yang terkasih, kita diberkati untuk berkumpul dan diajar oleh suruhan-suruhan Tuhan. Bukankah menakjubkannya betapa banyak cara Bapa Syurgawi terkasih kita membimbing dan memberkati kita? Dia betul-betul ingin kita pulang ke syurga.

Melalui siri belas kasihan sebagai seorang doktor muda yang baru mengakhiri sekolah perubatan, saya diterima untuk latihan kewargaan pediatrik di dalam program yang berdaya tinggi serta penuh saingan. Apabila saya bertemu pelatih-pelatih lain, saya terasa seperti yang paling tidak bijak dan paling tidak bersedia. Saya berfikir bahawa saya tidak langsung dapat dinilai seperti ahli-ahli kumpulan yang lain.

Pada permulaan bulan ketiga kami, saya duduk di stesen jururawat di hospital satu lewat malam, menangis saling tertidur sambil saya cuba menulis suruhan kemasukan untuk seorang budak lelaki kecil yang mempunyai radang paru-paru. Saya tidak pernah rasa begitu kecewa di dalam hidup saya. Saya langsung tidak tahu bagaimana untuk merawat pneumonia budak yang berumur 10 tahun itu. Saya mula tertanya apa yang saya sedang lakukan di sana.

Pada ketika itu, seorang warga emas meletakkan tangannya di atas bahu saya. Dia bertanyakan khabar, dan saya berkongsikan kekecewaan dan ketakutan saya. Jawapannya mengubah kehidupan saya. Dia memberitahu saya betapa bangga dia bersama semua warga emas lain dengan saya dan mereka berasa bahawa saya akan menjadi doktor yang sangat baik. Secara ringkasnya, dia percayai saya di ketika saya tidak mempercayai diri saya sendiri.

Seperti pengalaman diri saya, ahli gereja kita selalu menanya: “Adakah saya cukup baik?” atau “Akankah saya sampai ke kerajaan selestial?” Sememangnya, “cukup baik” tidak wujud. Tidak ada sesiapa daripada kita yang dapat “memperoleh” atau “berhak mendapat” keselamatan kita, tetapi ia biasa untuk bertanya jika kita dapat diterima oleh Tuhan, inilah cara saya memahami pertanyaan-pertanyaan ini.

Kadangkala apabila kita menghadiri gereja, kita menjadi kecewa dari jemputan yang ikhlas untuk memperbaiki diri kita. Kita berfikir secara diam, “Saya tidak dapat melakukan semua hal ini” atau “Saya tidak akan menjadi sebaik semua orang di sini.” Mungkin kita berasa sama seperti saya di hospital pada malam itu.

Silakan, saudara dan saudari terkasih saya, berhenti membanding diri kita dengan orang lain. Kita menyeksa diri kita secara tidak wajar dengan bersaing dan membandingkan. Kita menghakimi nilai diri dengan salah berasaskan perkara yang kita milik atau tidak miliki dan pendapat orang lain. Jika kita mesti membandingkan, marilah kita membandingkan bagaimana kita sebelum ini dengan bagaimana kita hari ini—dan juga bagaimana kita ingin menjadi di masa hadapan. Satu-satunya pendapat yang penting adalah apa yang Bapa Syurgawi berfikir tentang kita. Silakan menanya Dia dengan bersungguh-sungguh apa yang Dia fikir tentang anda. Dia akan mengasihi dan membetulkan tetapi tidak pernah menawarkan hati kita; itu merupakan penipuan Setan.

Benarkan saya bercakap secara terus dan ikhlas. Jawapan kepada soalan “Adakah saya cukup baik?” dan “Adakah saya akan sampai?” ialah “Ya! Anda akan menjadi cukup baik” dan “Ya, anda akan sampai sekiranya anda terus bertaubat dan tidak merasionalkan atau memberontak.” Tuhan dari syurga bukan pengadil kejam yang mencari sebarang alasan untuk menghalau kita dari pertandingan. Dia ialah Bapa kita yang menyayangi secara sempurna, yang teringin lebih daripada semua hal lain agar semua anak-anak-Nya kembali ke syurga dan hidup bersama-Nya sebagai keluarga-keluarga selama-lamanya. Dia benar-benar memberikan Putera Tunggal-Nya agar kita tidak akan binasa tetapi akan memiliki kehidupan kekal.1 Percayalah, dan sila memperoleh kedamaian dan ketenangan dari kebenaran abadi ini. Bapa Syurgawi kita berniat untuk kita sampai! Inilah kerja-Nya dan kemuliaan-Nya.2

Saya suka cara Presiden Gordon B. Hinckley mengajar asas ini. Beberapa kali saya telah mendengar dia berkata , “Saudara dan saudari, Tuhan hanya mengharapkan kita untuk mencuba, tetapi anda harus mencuba dengan bersungguh-sungguh!”3

“Mencuba dengan bersungguh-sungguh” maksud kita lakukan yang terbaik, mengakui apa yang kita perlu memperbaiki, dan mencuba semula. Dengan melakukannya berulang kali, kita menjadi semakin dekat kepada Tuhan, kita merasai Roh-Nya lebih,4 dan kita menerima rahmat-Nya, atau bantuan yang lebih.5

Saya kadangkala berfikir bahawa kita tidak mengenali betapa banyak Tuhan ingin membantu kita. Saya suka kata-kata Elder David A. Bednar, iaitu :

“Kebanyakan daripada kita memahami dengan jelas bahawa Korban Tebusan bertujuan untuk orang berdosa. Saya tidak pasti, walau bagaimanapun, jika kita tahu dan memahami bahawa Korban Tebusan bertujuan untuk orang suci juga. …

“… Korban Tebusan memberi bantuan kepada kita untuk mengatasi dan mengelakkan yang tidak baik dan untuk melakukan dan menjadi baik. …

“‘… Adalah … melalui rahmat Tuhan bahawa individu-individu … menerima kekuatan dan bantuan untuk melakukan kerja-kerja baik yang sebaliknya tidak dapat [lakukan]. … Rahmat ini ialah kuasa yang membolehkan …’ [Bible Dictionary, “Grace”; penekanan ditambah] … atau bantuan syurgawi yang kita sangat memerlukan untuk layak masuk kerajaan selestial.”6

Apa yang kita hanya perlu lakukan untuk menerima bantuan syurgawi ini adalah untuk memintanya dan kemudian bertindak atas bisikan soleh yang kita terima.

Berita baiknya adalah jika kita telah bertaubat dengan ikhlas, dosa dahulu kita tidak akan menghalang kita dari dimuliakan. Moroni memberitahu kita tentang orang pelanggar dalam waktu dia: “Tetapi jika mereka selalu bertaubat dan mencari pengampunan, dengan niat yang bersungguh-sungguh, mereka akan diampuni.”7

Dan Tuhan Sendiri berkata tentang orang berdosa:

“Jika dia mengakui dosa-dosanya di hadapanmu dan Aku, dan bertaubat dalam ketulusan hatinya, dia hendaknya kamu ampuni, dan Aku akan mengampuninya juga.

“Ya, dan sekerap umat-Ku bertaubat akanlah Aku ampuni mereka bagi pelanggaran mereka terhadap-Ku.”8

Jika kita bertaubat dengan ikhlas, Tuhan benar-benar akan mengampuni kita, bahkan apabila kita telah berulang kali buat dosa itu. Seperti Elder Jeffrey R. Holland berkata: “Betapa banyaknya kesempatan yang anda fikir telah dilewati, betapa pun banyaknya kesalahan yang anda rasa telah dilakukan … , Saya bersaksi bahawa anda belum berada di luar jangkauan kasih yang ilahi. Ia tidak memungkinkan anda untuk tenggelam daripada cahaya Korban Tebusan Kristus yang tidak terhad.”9

Ini tidak langsung bermaksud bahawa dosa baik-baik sahaja. Dosa selalu ada akibatnya. Dosa selalu merosakkan dan menyakitkan kedua-dua orang berdosa dan orang yang terjejas oleh dosa-dosa dia. Dan pertaubatan yang ikhlas tidak pernah senang.10 Lagipun, sila faham bahawa walaupun Tuhan mengambil kesalahan dan noda dosa kita apabila kita bertaubat dengan tulus hati, Dia mungkin tidak akan mengambil semua akibat dari dosa-dosa kita. Kadangkala mereka akan kekal bersama kita di sepanjang kehidupan kita. Dan jenis dosa yang paling teruk ialah dosa yang dirancang terlebih dahulu di mana seseorang berkata, “Saya boleh berdosa sekarang dan bertaubat nanti.” Saya percaya bahawa ini sesungguhnya penghinaan korban dan penderitaan Yesus Kristus.

Tuhan mengisytiharkan, “Kerana Aku Tuhan tidak dapat memandang dosa dengan tingkat perkenanan yang paling kecil;”11

Dan Alma menyatakan, “Lihatlah, aku berkata kepadamu, kejahatan tidak pernah merupakan kebahagiaan.”12

Salah satu dari sebab bahawa kenyataan Alma terutamanya benar dengan dosa berulang , kita menjauhi diri kita dari Roh, menjadi kecewa, dan kemudian berhenti bertaubat. Tetapi saya mengulangi, disebabkan Korban Tebusan, kita boleh bertaubat dan diampuni dengan sepenuhnya, apabila pertaubatan kita ikhlas.

Apa yang kita tidak dapat melakukan ialah merasionalkan dan bukan bertaubat. Ia tidak berkesan untuk merasionalkan dosa kita dengan berkata, “Tuhan tahu ia terlalu sukar bagi saya, jadi Dia menerima saya sedia ada.” “Cuba dengan bersungguh-sungguh” bermaksud kita teruskan sehingga kita mencapai sepenuhnya standard Tuhan, yang ditakrifkan dengan jelas dalam soalan-soalan yang ditanya untuk mendapat rekomen bait suci.

Perkara lain yang tentu akan menghalang kita dari syurga dan memisahkan kita dari bantuan yang diperlukan ialah pemberontakan. Dari Kitab Musa, kita belajar bahawa Setan telah diusir dari syurga disebabkan pemberontakan.13 Kita memberontak bila-bila kita berkata di dalam hati, “Saya tidak perlu Tuhan, dan saya tidak harus bertaubat.”

Sebagai pakar pediatrik rawatan rapi, saya tahu jika seseorang menolak rawatan yang dapat menyelamatkan dengan tidak wajar, ia boleh menyebabkan kematian jasmani yang tidak wajar. Serupanya, apabila kita memberontak terhadap Tuhan, kita menolak satu-satunya bantuan dan harapan kita, iaitu Yesus Kristus, yang menerajui kematian rohani. Tidak ada siapa-siapa dari kita yang boleh lakukan ini dengan kuasa diri kita sendiri. Tidak ada sesiapa pun yang akan menjadi “cukup baik,” kecuali melalui jasa dan belas kasihan Yesus Kristus,14 tetapi kerana Tuhan menghormati hak pilihan kita, kita juga tidak dapat diselamatkan tanpa usaha kita. Itulah bagaimana imbangan antara rahmat dan kerja-kerja berfungsi. Kita boleh berharapan dalam Kristus kerana Dia ingin membantu dan mengubahkan kita. Sebenarnya, Dia tengah membantu anda. Berhentilah seketika dan merenung dan mengenali bantuan-Nya di dalam hidup anda.

Saya bersaksi kepada anda bahawa jika anda akan benar-benar cuba dan tidak merasionalkan atau memberontak—sering bertaubat dan meminta rahmat, atau bantuan, daripada Kristus—anda tentu akan menjadi “cukup baik”, iaitu, dapat diterima oleh Tuhan; anda akan sampai ke kerajaan selestial, disempurnakan dalam Kristus; dan anda akan menerima berkat-berkat dan kemuliaan dan kegembiraan yang Tuhan inginkan bagi setiap daripada anak-anak-Nya yang berharga—termasuklah khususnya anda dan saya. Saya bersaksi bahawa Tuhan hidup dan ingin kita kembali ke syurga. Saya bersaksi bahwa Yesus hidup. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Yohanes 3:16.

  2. Lihat Musa 1:39.

  3. Ungkapan tepat dari Presiden Hinckley ini tidak terdapat dalam cetakan, tetapi berikutnya dilaporkan: “Hanya melakukan terbaik anda, tetapi pastikan ia tentu terbaik anda” (“A Challenging Time—a Wonderful Time,” Teaching Seminary: Preservice Readings [Church Educational System manual, 2004], 18). Dia juga berkata: “Sila jangan meleteri diri anda dengan fikiran kegagalan. Jangan menetapkan matlamat di luar keupayaan anda untuk mencapainya. Hanya melakukan apa yang anda dapat lakukan, dalam cara terbaik yang anda tahu, dan Tuhan akan menerima usaha anda” (“Rise to the Stature of the Divine within You,” Ensign, Nov. 1989, 96).

  4. Lihat Ajaran dan Perjanjian 50:24.

  5. Lihat Eter 12:27.

  6. David A. Bednar, “The Atonement and the Journey of Mortality,” Liahona, Apr. 2012, 14.

  7. Moroni 6:8.

  8. Mosia 26:29–30.

  9. Jeffrey R. Holland, “Pekerja Di Ladang Anggur,” Liahona, Mei 2012, 33.

  10. Lihat Ajaran dan Perjanjian 19:15–19.

  11. Ajaran dan Perjanjian 1:31.

  12. Alma 41:10.

  13. Lihat Musa 4:3.

  14. Lihat 2 Nefi 2:6–8.