2010–2019
Untuk Kemajuan Rohani dan Pembelajaran
Oktober 2016


Untuk Kemajuan Rohani dan Pembelajaran

Misteri-misteri Tuhan akan terbentang kepada kita hanya menurut kehendak-Nya dan melalui kuasa Roh Kudus.

Semasa saya seorang budak lelaki, ibu bapa saya menerima satu hadiah yang menjadi menarik kepada saya dan adik lelaki saya David. Hadiah itu ialah model kecil kepingan-kepingan emas yang Nabi Joseph Smith terima daripada malaikat Moroni. Saya ingat bahawa, model itu mempunyai sepuluh kepingan muka surat dengan perkataan yang ditulis di atasnya. Walau bagaimanapun, muka surat itu bukan apa yang menarik perhatian kami.

Kami dibesarkan mendengar cerita tentang Pemulihan. Kami tahu tentangnya dan telah menyanyi di Sekolah Primer tentang kepingan-kepingan emas yang tersorok dalam sebuah gunung dan diserahkan oleh malaikat Moroni kepada Joseph Smith.1 Sambil rasa ingin tahu dalam minda kami tergugah, terdapat satu perkara yang kami ingin lihat: apa yang tertulis dalam bahagian kecil model kepingan-kepingan yang ditutup dengan dua pita logam kecil.

Kepingan-kepingan itu diletakkan di atas meja untuk beberapa hari sebelum rasa ingin tahu mendapat yang terbaik dalam diri kami. Walaupun kami faham bahawa, ini bukan kepingan-kepingan asal yang diserahkan oleh Moroni, kami ingin melihat bahagian yang dimeterai. Untuk beberapa kali, adik dan saya cuba dengan menggunakan pisau mentega, sudu lama, dan apa sahaja yang kami boleh bayangkan untuk membuka bahagian yang dimeterai cukup untuk melihat apa yang terkandung—tetapi cukup kuat supaya tidak memecahkan pita logam itu Sekurang-kurangnya kami cukup bijak untuk tidak meninggalkan jejak nakal rasa ingin tahu kanak-kanak. Kami kecewa dan hampa kerana cubaan untuk “mengupas kepingan-kepingan” ini selalu gagal.

Saya masih tidak tahu apa—jika ada—yang tersorok di bawah bahagian yang dimeterai itu. Tetapi bahagian yang memalukan dalam cerita kami ialah sehingga ke hari ini, saya tidak tahu apa yang tertulis di bahagian yang sepatutnya untuk dibaca. Saya hanya boleh membayangkan bahawa muka surat ini mengandungi cerita Pemulihan dan kesaksian Joseph Smith serta Tiga dan Lapan Saksi yang melihat kepingan-kepingan sebenar yang diserahkan oleh Moroni.

Sejak Penciptaan dunia ini, Bapa kita di Syurga yang dikasihi telah menyediakan arahan, kepemimpinan dan ajaran kepada anak-anak-Nya melalui para nabi. Firman-Nya telah diturunkan melalui para nabi ini dan disimpan sebagai tulisan suci untuk kemajuan dan pembelajaran kita. Nefi menerangkannya begini:

“Kerana jiwaku suka akan tulisan-tulisan suci, dan hatiku merenungkannya, dan menuliskannya bagi pembelajaran dan keuntungan anak-anakku.

“Lihatlah, jiwaku suka akan perkara-perkara Tuhan; dan hatiku merenung secara terus-menerus berkenaan hal-hal yang telah aku lihat dan dengar.”2

Sebagai tambahan, semasa zaman keagamaan lalu dan dalam kegenapan zaman pada zaman keagamaan ini, ahli Gereja Tuhan yang layak telah diberkati dengan persahabatan berterusan Roh Kudus, yang menolong dalam kemajuan dan pembelajaran kita.

Mengetahui sifat tekun adik lelaki saya, saya bayangkan bahawa kemungkinan besar dia telah membaca semua perkataan yang tertulis di atas kepingan-kepingan model dalam rumah ibu bapa kami. Tetapi saya, mengabaikan kebenaran-kebenaran yang nyata dan berharga dan sebaliknya mengerahkan usaha saya untuk mencari perkara yang tidak sepatutnya didedahkan.

Amat menyedihkan, kemajuan dan pembelajaran kita kadang-kadang boleh menjadi lambat atau terhenti kerana keinginan yang tidak bijak untuk mengupas ”kepingan-kepingan itu” Tindakan ini boleh menyebabkan kita untuk mencari perkara yang tidak semestinya difahami ketika ini, sambil mengabaikan kebenaran yang indah yang sepatutnya untuk kita dan dan keadaan kita—kebenaran yang diterangkan Nefi seperti yang ditulis untuk pembelajaran dan keuntungan kita.

Yakub adik Nefi mengajar: “Lihatlah, besar dan menakjubkannya pekerjaan Tuhan. Betapa tak terselidikinya kedalaman misteri-misteri tentang Dia; dan tidak mungkin bahawa manusia akan mengetahui semua jalan-Nya.”3

Perkataan Yakub mengajar kita bahawa kita tidak boleh dengan berjaya “mengupas kepingan-kepingan” atau memaksa misteri-misteri Tuhan untuk didedahkan kepada kita. Sebaliknya, misteri-misteri Tuhan akan terbentang kepada kita hanya menurut kehendak-Nya dan melalui kuasa Roh Kudus.4

Yakub menyambung:

“Dan tak seorang pun tahu tentang jalan-Nya kecuali hal itu diungkapkan kepadanya; oleh kerana itu, saudara-saudara, janganlah meremehkan wahyu-wahyu daripada Tuhan.

“Kerana lihatlah, melalui kuasa firman-Nya manusia datang ke atas muka bumi. ...ya maka, mengapa tidak sanggup memerintahkan bumi, atau hasil karya tangan-Nya di atas permukaannya, menurut kehendak dan kesenangan-Nya?

“Oleh kerana itu, saudara-saudara, janganlah berupaya untuk menasihati Tuhan, tetapi untuk menerima nasihat dari tangan-Nya.”5

Untuk memahami misteri-misteri Tuhan, atau perkara yang hanya boleh difahami melalui wahyu, kita mesti mengikuti teladan Nefi, yang berkata, “Amatlah muda, walaupun besar dari segi ukuran badan dan juga memiliki hasrat yang besar untuk tahu tentang misteri Tuhan, oleh kerana itu, aku berseru kepada Tuhan; dan lihatlah Dia mengunjungiku, dan melunakkan hatiku sehingga aku mempercayai segala perkataan yang telah diucapkan oleh bapaku.”6 Tuhan menjelaskan lagi bahawa Nefi telah menjalankan iman, mencari dengan tekun dengan kerendahan hati, dan mentaati perintah-Nya.7

Teladan Nefi dalam mencari pengetahuan termasuk (1) keinginan yang ikhlas, (2) kerendahan hati, (3) doa, (4) kepercayaan dalam nabi, dan menjalankan (5) iman, (6) ketekunan, dan (7) kepatuhan. Kaedah mencari ini amat berbeza dengan cara saya yang “mengupas kepingan-kepingan” atau cuba memaksa suatu pemahaman yang sepatutnya didedahkan mengikut jadual Tuhan dan melalui kuasa Roh Kudus.

Pada zaman moden ini, kita mengharapkan pengetahuan boleh dan seharusnya didapati dengan segera; apabila informasi tidakdapat diketahui atau diperoleh dengan mudah, ia sering kali ditolak atau tidak dipercayai. Oleh kerana banyak informasi, beberapa orang secara tidak sengaja memberi lebih kredibiliti kepada sumber yang sedia ada dengan sumber asal yang tidak diketahui daripada bergantung kepada corak Tuhan yang sedia ada dalam mendapat wahyu peribadi. Yakub mungkin sedang menjelaskan zaman kita apabila dia berkata: “Tetapi lihatlah, [mereka] adalah bangsa yang tegar leher; dan mereka meremehkan firman kejelasan ... dan mencari apa yang tidak dapat mereka faham. Oleh kerana itu, akibat kebutaan mereka, yang kebutaan itu datang melalui memandang melampaui sasaran, mereka mestilah perlu jatuh; kerana Tuhan telah mengambil kejelasan-Nya daripada mereka, dan menyampaikan kepada mereka banyak hal yang tidak dapat mereka faham, kerana mereka menghasratkannya.”8

Secara kontras adalah nasihat Presiden Dieter F. Uchtdorf. Dia bercakap tentang mubaligh, tetapi perkataannya sama juga ditujukan kepada semua pencari kebenaran rohani. “Apabila ... mubaligh mempunyai iman dalam Yesus Kristus,” dia berkata, “mereka akan mempercayai dalam Tuhan dengan secukup untuk mengikuti perintah-Nya—walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya sebab untuk perintah itu. Iman mereka akan dinyatakan melalui ketekunan dan melalui pekerjaan.”9

Semasa Persidangan umum April lalu, Elder Dallin H. Oaks menerangkan: “Gereja membuat usaha yang banyak untuk telus dengan rekod yang kita ada, tetapi selepas apa yang kita boleh terbitkan, ahli kita kadangkala tertinggal dengan soalan mudah yang tidak boleh diselesaikan dengan kajian. ... Beberapa perkara hanya boleh dipelajari melalui iman.”10

Nabi zaman dahulu mengajar prinsip yang sama ini, menunjukkan bahawa masa ke masa manusia tidak berubah dan corak Tuhan untuk pembelajaran tidak mempunyai masa. Pertimbangkan peribahasa Perjanjian Lama ini: “Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.”11

Yesaya menerangkan, berucap untuk Tuhan “Setinggi langit dari bumi,setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.”12

Nefi menambah satu lagi kesaksian apabila dia mengisytiharkan. “Ya Tuhan, aku telah percaya kepada-Mu, dan aku akan percaya kepada-Mu selama-lamanya.”13

Iman dan kepercayaan dalam Tuhan memerlukan kita untuk mengiktirafkan bahawa kebijaksanaan-Nya adalah lebih unggul daripada kita. Kita mesti mengakui bahawa rancangan-Nya menyediakan potensi paling tinggi untuk kemajuan rohani dan pembelajaran.

Kita tidak pernah dijangka untuk, “memiliki suatu [pengetahuan] yang sempurna” semasa kehidupan fana ini. Sebaliknya, kita dijangka untuk “berharap untuk hal-hal yang tidak terlihat, yang adalah benar.”14

Walaupun dengan iman hebat Nefi, dia mengakui pemahamannya terhad apabila dia menjawab kepada malaikat yang menanya soalan kepada dia, “Tahukah engkau perendahan diri Tuhan?” Nefi menjawab, “Aku tahu bahawa Dia mengasihi anak-anak-Nya; walaubagaimanapun, aku tidak tahu maksud segala hal.15

Alma juga menyatakan perkara yang sama kepada anak lelakinya Helaman, “Sekarang, rahsia-rahsia ini belumlah sepenuhnya disingkapkan kepadaku; oleh itu aku akan menahan diri.”16

Saya menyatakan kesaksian saya bahawa Bapa di Syurga menyayangi anak-anak-Nya, tetapi, seperti Nefi dan Alma, saya tidak tahu erti semua perkara. Juga saya tidak perlu tahu semua perkara; Saya juga akan menahan diri dan menunggu dengan sabar untuk Tuhan, mengetahui bahawa “Aku memiliki segala sesuatu sebagai kesaksian bahawa hal-hal ini benar; dan kamu juga memiliki segala sesuatu sebagai kesaksian bagimu bahawa ianya benar. …

“… Tulisan suci terbentang di hadapanmu, ya, dan segala sesuatu menunjukkan adanya seorang Tuhan; ya, bahkan bumi, dan segala sesuatu yang berada di atas permukaannya, ya, dan pergerakannya, ya, dan juga semua cakerawala yang bergerak dalam laluannya yang biasa menyaksikan bahawa ada seorang Pencipta Yang Maha Agung.”17

Seperti yang kita mengakui bahawa kita adalah ciptaan seorang Bapa di Syurga yang bijaksana dan setia, “Ya maka,” kenapa kita tidak benarkan Dia untuk membimbing kemajuan rohani dan pembelajaran kita “menurut kehendak dan kesenangan-Nya” daripada diri kita sendiri?18

Dia hidup. Yesus Kristus ialah Putera Tunggal-Nya dan Sang Penebus manusia. Oleh kerana Korban Tebusan Kristus yang abadi, Dia mempunyai kebijaksanaan dan pandangan jauh untuk membimbing kita di zaman akhir ini. Joseph Smith ialah nabi-Nya, dipilih untuk memulihkan kerajaan-Nya di dunia kepada kepenuhannya. Thomas S. Monson ialah nabi-Nya yang hidup dan jurucakap-Nya sekarang. Tentang perkara ini, saya bersaksi dengan ikhlas dalam nama Yesus Kristus, amin.