2010–2019
Tingkat Keempat, Pintu Terakhir
Oktober 2016


Tingkat Keempat, Pintu Terakhir

Tuhan “memberi ganjaran kepada mereka yang mencari Dia dengan tekun,” jadi kita perlu teruskan mengetuk. Saudari-saudari, janganlah berputus asa. Carilah Tuhan dengan seluruh hati anda.

Saudari-saudari saya, sahabat-sahabat yang dikasihi, betapa banyak kita diberkati kerana kita dapat berkumpul lagi di persidangan seluruh dunia ini di bawah arahan dan kepemimpinan nabi dan Presiden kita yang dikasihi, iaitu Thomas S. Monson. Presiden, kami mengasihi dan menyokong anda! Kita tahu anda mengasihi saudari-saudari Gereja.

Saya suka menghadiri sesi persidangan umum yang sungguh baik ini yang tumpukan untuk para saudari Gereja.

Saudari-saudari, apabila saya melihat anda, saya terus berfikir tentang perempuan-perempuan yang telah menjadi pengaruh dalam kehidupan saya: nenek dan ibu saya, yang menjadi orang pertama untuk menerima jemputan untuk datang dan melihat Gereja.1 Isteri saya yang tercinta, iaitu Harriet, yang kepadanya saya jatuh cinta kali pertama saya melihat dia. Ibu Harriet, yang menjadi ahli Gereja tidak lama selepas dia kehilangan suaminya akibat kanser. Kakak saya, anak perempuan saya, cucu saya, dan cicit saya—semua orang ini telah menjadi pengaruh-pengaruh yang memperhalus untuk saya. Mereka betul-betul membawa sinaran matahari ke dalam kehidupan saya. Mereka mengilhami saya untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan pemimpin Gereja yang lebih sensitif. Kehidupan saya akan sangat lain tanpa mereka!

Mungkin apa yang merendahkan hati saya paling banyak adalah untuk mengetahui bahawa pengaruh yang sama ditiru-tiru berjuta kali di seluruh Gereja melalui kebolehan, bakat, kecerdikan, dan kesaksian perempuan beriman seperti anda.

Sesetengah daripada anda mungkin tidak rasa layak menerima pujian yang begitu tinggi. Anda mungkin berfikir yang anda tidak cukup penting untuk memberi pengaruh yang bermakna kepada orang lain. Mungkin anda tidak menganggap diri anda sendiri seorang “perempuan beriman” kerana anda kadang-kadang mengalami keraguan atau ketakutan.

Hari ini, saya ingin berucap kepada siapa-siapa yang pernah rasa seperti ini—dan ini pasti termasuk kita semua. Saya ingin berucap tentang iman—apa itu iman, apa yang iman dapat dan tidak dapat melakukan, dan apa yang harus kita lakukan untuk menggunakan kuasa iman dalam kehidupan kita.

Apa Itu Iman

Iman adalah kepercayaan yang kuat mengenai sesuatu yang kita percaya—suatu kepercayaan yang begitu kuat sehingga ia menggerakkan kita untuk melakukan hal-hal yang kita biasanya mungkin tidak akan melakukan. “Iman bermaksud kita pasti akan apa yang kita harapkan dan pasti akan apa yang kita tidak lihat.”2

Perkara ini masuk akal bagi orang yang percaya, tetapi ia kerap kali mengelirukan bagi orang yang tidak percaya. Mereka menggelengkan kepala mereka dan bertanya, “Bagaimanakah orang dapat menjadi pasti akan apa yang mereka tidak melihat?” Bagi mereka, ini adalah bukti ketidakrasionalan agama.

Apa yang mereka tidak memahami adalah bahawa ada lebih banyak cara untuk melihat daripada dengan mata kita sahaja, ada lebih banyak cara untuk merasa daripada dengan tangan kita sahaja, ada lebih banyak cara untuk mendengar daripada dengan telinga kita sahaja.

Ini seperti pengalaman anak perempuan muda yang berjalan kaki dengan neneknya. Nyanyian burung-burung sangat indah bagi anak kecil ini, dan dia memberitahu nenek dia tentang setiap bunyi.

“Adakah nenek dengar itu?” anak kecil itu bertanya berkali-kali. Tetapi nenek dia kurang pendengaran dan tidak dapat dengar bunyi-bunyi itu.

Akhirnya, nenek dia berlutut dan berkata, “Saya minta maaf, sayang. Nenek kurang pendengaran.”

Dengan bimbang, anak kecil itu memegang muka nenek dia, melihat mata dia dengan sungguh, dan berkata, “Nenek, dengar kuat lagi!”

Ada pelajaran-pelajaran dalam cerita baik untuk orang yang tidak percaya mahupun untuk orang yang percaya. Kalau kita tidak dapat dengar sesuatu, ia tidak bermakna bahawa tidak ada apa-apa untuk dengar. Dua orang boleh mendengar pesanan yang sama atau membaca ayat suci yang sama, dan satu orang mungkin merasa kesaksian Roh sedangkan orang yang lain itu tidak merasanya.

Sebaliknya, dalam usaha kita untuk membantu orang yang kita sayangi untuk mengalami suara Roh dan keindahan Injil Yesus Kristus yang luas, abadi, dan dalam, menyuruh mereka untuk “dengar lebih kuat” tidak berapa merupakan cara berkomunikasi yang berguna.

Mungkin nasihat yang lebih baik—untuk siapa-siapa yang ingin meningkatkan iman mereka—ialah untuk mendengar dengan cara yang lain. Rasul Paulus menggalakkan kita untuk mencari suara yang bercakap kepada roh kita, bukan sahaja kepada telinga kita. Dia telah mengajar, “Seseorang tanpa Roh tidak menerima perkara-perkara yang datang dari Roh Tuhan tetapi menganggap perkara-perkara itu kebodohan, dan tidak dapat memahaminya kerana perkara-perkara itu dapat dibezakan hanya melalui Roh.”3 Atau mungkin kita patut memikirkan kata-kata Saint-Exupéry’s Little Prince, yang mengatakan: “Seseorang melihat dengan jelas hanya dengan hati. Apa sahaja yang penting tidak terlihat kepada mata.”4

Kuasa dan Had-had Iman

Kadang-kadang ia bukan mudah untuk mengembangkan iman kepada hal-hal rohani semasa hidup di dunia jasmani. Tetapi usaha ini berbaloi kerana kuasa iman dalam kehidupan kita boleh menjadi besar. Tulisan suci mengajar kita bahawa melalui iman dunia-dunia dirangka, perairan terbelah, orang mati dibangkitkan, dan sungai-sungai dan gunung-gunung digerakkan dari laluannya.5

Tapi ada beberapa orang yang mungkin bertanya, “Kalau iman itu begitu berkuasa, kenapa saya tidak dapat terima jawaban kepada doa yang sungguh? Saya tidak perlu laut terbelah atau gunung bergerak. Saya perlu untuk kesakitan saya keluar atau untuk ibu bapa saya saling memaafkan atau untuk seorang pasang abadi muncul di pintu saya dengan sejambak bunga dalam satu tangan dan cincin bertunang dalam tangan yang lain. Mengapakah iman saya tidak dapat mencapai itu?”

Iman ialah berkuasa, dan ia kerap kali menghasilkan mukjizat-mukjizat. Tetapi tidak kira betapa banyak iman kita, ada dua perkara yang iman tidak dapat lakukan. Yang pertama, iman tidak dapat melanggar hak pilihan seseorang lain.

Seorang perempuan berdoa bertahun-tahun lamanya supaya anak perempuannya yang sesat akan kembali ke Gereja Kristus dan berasa kecewa kerana nampaknya doa-doanya tidak dijawab. Ini menjadi pedih sekali bila dia dengar cerita-cerita anak sesat yang telah bertaubat akan dosa-dosanya.

Masalahnya bukan kekurangan doa atau kekurangan iman. Dia hanya perlu faham bahawa, betapa pedihnya ini untuk Bapa di Syurga, Dia tidak akan paksa siapa-siapa untuk memilih jalan kesolehan. Tuhan tidak paksa anak-anak-Nya sendiri untuk ikut Dia di dunia prafana. Berapa kurang Dia akan memaksa kita sekarang semasa kita berjalan melalui kehidupan fana ini?

Tuhan akan menjemput, memujuk. Tuhan akan menolong tanpa menjadi penat dengan kasih dan ilham dan penggalakan. Tetapi Tuhan tidak akan pernah memaksa—paksaan akan melemahkan rancangan-Nya yang besar untuk perkembangan abadi kita.

Perkara kedua yang iman tidak dapat melakukan ialah memaksa kehendak kita kepada Tuhan. Kita tidak dapat paksa Tuhan untuk mengikut keinginan kita—walaupun kita fikir kita betul atau kita berdoa dengan sungguh. Fikirkanlah pengalaman Paulus, yang merayu kepada Tuhan banyak kali untuk pertolongan dari cabaran peribadi—apa yang dia panggil “suatu duri di dalam daging.” Tetapi itu bukan kehendak Tuhan. Akhirnya, Paulus sedar bahawa cabarannya merupakan suatu berkat, dan dia berterima kasih kepada Tuhan kerana Tuhan tidak menjawab doa-doanya dengan cara yang dia harapkan.6

Kepercayaan dan Iman

Tidak, tujuan iman bukanlah untuk mengubah kehendak Tuhan tetapi untuk menguasakan kita untuk bertindak menurut kehendak Tuhan. Iman ialah kepercayaan—kepercayaan bahawa Tuhan melihat apa yang kita tidak dapat melihat dan bahawa Dia tahu apa yang kita tidak tahu.7 Kadang-kadang, mempercayai visi dan pertimbangan kita sendiri tidaklah cukup.

Saya belajar ini sebagai juruterbang syarikat penerbangan pada hari-hari bila saya terbang ke dalam kabut tebal atau awan dan hanya dapat melihat beberapa kaki di depan. Saya perlu bergantung pada peralatan-peralatan yang memberitahu saya di mana saya berada dan ke mana saya pergi. Saya perlu mendengar suara kawalan lalu lintas udara. Saya perlu mempercayai bimbingan sumber-sumber dengan maklumat yang lebih tepat daripada maklumat yang saya ada. Seseorang yang saya tidak dapat melihat tetapi yang saya telah belajar untuk mempercayai. Seseorang yang dapat melihat apa yang saya tidak dapat melihat. Saya perlu percaya dan bertindak menurut bimbingan untuk tiba dengan selamat di destinasi saya.

Iman bermaksud bahawa kita mempercayai bukan saja kebijaksanaan Tuhan tetapi juga bahawa kita mempercayai kasih-Nya. Iman bermaksud mempercayai bahawa Tuhan mengasihi kita dengan sempurna, bahawa semua yang Dia lakukan—setiap berkat yang Dia berikan dan setiap berkat yang Dia, untuk sementara waktu, sembunyikan—ialah untuk kegembiraan abadi kita.8

Dengan iman begini, walaupun kita mungkin tidak faham kenapa perkara-perkara tertentu berlaku atau kenapa doa-doa tertentu tidak dijawab, kita dapat mengetahui bahawa akhirnya  segala-galanya akan masuk akal. “Semua hal [akan] turut bekerja untuk kebaikan bagi mereka yang mengasihi Tuhan.”9

Semuanya akan dibuat adil. Semuanya akan baik.

Kita boleh pasti bahawa jawaban-jawaban akan datang, dan kita boleh yakin bahawa kita bukan saja puas hati dengan jawaban itu, tapi kita juga akan amat terharu oleh rahmat, belas kasihan, kemurahan hati, dan kasih yang Bapa Syurgawi kita ada pada kita, anak-anak-Nya.

Teruskanlah Mengetuk

Sebelum itu, kita berjalan oleh apa saja iman yang kita ada,10 sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman kita. Kadang-kadang ini bukan usaha yang mudah. Mereka yang tidak sabar, yang tidak bertekad, atau yang cuai mungkin menganggap iman sukar dicari. Mereka yang semangatnya mudah  dilemahkan atau terganggu mungkin tidak beberapa mengalaminya. Iman datang kepada orang yang rendah hati, tekun, dan yang bertahan.

Ia datang kepada mereka yang membayar harga keimanan.

Kebenaran ini digambarkan dalam pengalaman dua mubaligh muda yang melayani di Eropah, di satu kawasan di mana tidak banyak pembaptisan penganut baru berlaku. Saya rasa saya faham kalau mereka berfikir bahawa apa yang mereka lakukan tidak beberapa berkesan.

Tetapi dua mubaligh ini mempunyai iman, dan mereka bertekad. Mereka mempunyai sikap bahawa jika tidak ada orang mendengar pesanan mereka, ia bukanlah kerana mereka tidak memberi usaha sebaik mereka.

Pada satu hari mereka rasa didorong untuk cuba berjumpa dengan penduduk-penduduk di sebuah bangunan rumah pangsa empat tingkat yang dijaga dengan baik. Mereka bermula di tingkat pertama dan mengetuk setiap pintu, mempersembahkan pesanan penyelamatan mereka tentang Yesus Kristus dan Pemulihan Gereja-Nya.

Imej
Bangunan rumah pangsa zaman kanak-kanak Sister Uchtdorf

Tidak ada orang di tingkat pertama yang ingin mendengar mereka.

Betapa mudahnya kalau mereka berkata, “Kita sudah cuba. Kita berhenti di sini saja. Mari kita pergi dan cuba bangunan yang lain.”

Tetapi dua mubaligh ini mempunyai iman dan mereka rela bekerja, dan mereka mengetuk setiap pintu di tingkat kedua.

Sekali lagi, tidak ada orang yang ingin dengar.

Tingkat ketiga sama. Begitu juga dengan tingkat keempat—sehingga mereka mengetuk pintu terakhir di tingkat keempat.

Bila pintu itu dibuka, seorang anak perempuan muda senyum dan minta mereka tunggu semasa dia bercakap dengan ibu dia.

Ibu dia, yang hanya berumur 36, telah kehilangan suaminya kebelakangan ini. Dia tidak hati untuk bercakap dengan para mubaligh Mormon. Dia suruh anak dia untuk menolak mereka.

Tapi anak dia meminta kepada dia dengan sungguh-sungguh. Dua remaja ini sangat baik, dia berkata. Dan ini akan mengambil beberapa minit saja.

Jadi, dengan keberatan, ibu setuju. Para mubaligh menyampaikan pesanan mereka dan memberi sebuah buku kepada ibu itu untuk membaca—iaitu Kitab Mormon.

Selepas mereka berjalan, ibu itu memutuskan untuk membaca sekurang-kurangnya beberapa muka surat.

Dia baca habis buku itu dalam beberapa hari.

Imej
Keluarga Sister Uchtdorf dengan para mubaligh

Tidak lama selepas itu, keluarga ibu tunggal yang sungguh baik ini masuk air pembaptisan.

Bila keluarga kecil itu menghadiri cawangan tempatan mereka di Frankfurt, Jerman, seorang deakon muda nampak kecantikan salah satu anak perempuan dan berfikir kepada dirinya sendiri, “Mubaligh-mubaligh ini melakukan kerja yang hebat!”

Nama deakon yang muda itu ialah Dieter F. Uchtdorf. Dan remaja yang menawan itu—yang meminta ibu dia untuk mendengar para mubaligh—mempunyai nama cantik Harriet. Dia disayangi oleh semua yang jumpa dia semasa dia menemai saya dalam perjalanan saya. Dia telah memberkati kehidupan ramai orang melalui kasih dia terhadap Injil dan keperibadian dia yang terang. Dia betul-betul merupakan sinaran matahari kehidupan saya.

Imej
Sister Uchtdorf sedang berucap di Norway

Saya kerap kali mengangkat hati saya dalam kesyukuran untuk dua mubaligh itu yang tidak berhenti di tingkat pertama! Hati saya kerap kali memberi penghargaan untuk iman dan kerja mereka. Saya kerap kali berterima kasih kerana mereka terus mencari—bahkan sampai tingkat keempat, pintu terakhir.

Ia Akan Dibukakan bagi Kamu

Dalam pencarian kita untuk iman yang bertahan, dalam usaha kita untuk berhubung dengan Tuhan dan tujuan-Nya, mari kita ingat janji Tuhan: “Ketuklah, maka ia akan dibukakan kepadamu.”11

Adakah kita akan berputus asa selepas mengetuk satu atau dua pintu? Satu atau dua tingkat?

Atau adakah kita akan terus mencari sehingga kita sampai di tingkat keempat, pintu terakhir?

Tuhan “memberi ganjaran kepada mereka yang mencari Dia dengan tekun,”12 tapi gajaran itu biasanya bukan di belakang pintu pertama. Jadi kita perlu teruskan mengetuk. Saudari-saudari, janganlah berputus asa. Carilah Tuhan dengan seluruh hati anda. Beriman. Jalanlah dalam kesolehan.

Saya berjanji bahawa jika anda akan melakukan ini—bahkan sampai tingkat keempat, pintu terakhir—anda akan menerima jawaban-jawaban yang anda mencari. Anda akan menjumpai iman. Dan pada satu hari nanti anda akan dipenuhi dengan cahaya yang menjadi “semakin terang sampai kepada hari yang sempurna.”13

Saudari-saudari saya yang dikasihi di dalam Kristus, Tuhan wujud.

Dia hidup.

Dia mengasihi anda.

Dia mengenal anda.

Dia memahami anda.

Dia tahu permohonan-permohonan senyap dari hati anda.

Dia tidak meninggalkan anda.

Dia tidak akan meninggalkan anda.

Kesaksian saya dan berkat kerasulan saya kepada setiap anda ialah bahawa anda akan rasa dalam hati dan fikiran anda kebenaran berkuasa ini bagi diri anda sendiri. Hidup dalam iman, sahabat-sahabat, saudari-saudari yang dikasihi, dan “Tuhan [kita] [akan] mempertingkatkan anda seribu kali dan memberkati anda seperti yang Dia janji!”14

Saya memberikan anda iman saya, keyakinan saya, dan kesaksian saya yang pasti dan tidak tergoncang bahawa ini adalah pekerjaan Tuhan. Dalam nama suci Juruselamat kita yang Dikasihi, Yesus Kristus, amin.