2010–2019
Kesyukuran pada Hari Sabat
Oktober 2016


Kesyukuran pada Hari Sabat

Bagi Orang-orang Suci Zaman Akhir, hari Sabat ialah satu hari kesyukuran dan kasih sayang.

Saudara saudari terkasihku dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang berada di seluruh dunia, saya bersyukur bahawa Presiden Thomas S. Monson menanya saya untuk berucap dalam persidangan ini pada hari Sabat ini. Saya berdoa supaya Roh Kudus akan bawakan kata-kata saya ke dalam hati anda.

Hari ini saya ingin berucap tentang perasaan hati. Saya akan fokus pada kesyukuran—terutama pada hari Sabat.

Kita bersyukur demi banyak hal: seorang yang baik hati, makanan apabila kita lapar, satu bumbung di atas kepala kita pada masa ribut, satu tulang patah menyembuh, satu tangisan kuat seorang bayi yang baru lahir. Kebanyakan kita akan ingat berasa syukur pada saat-saat tersebut.

Bagi Orang-orang Suci Zaman Akhir, hari Sabat ialah satu hari kesyukuran dan kasih sayang. Tuhan memberi arahan kepada Orang-orang suci di Jackson County, Missouri, pada 1831 bahawa doa dan kesyukuran mereka harus diarahkan kepada Tuhan. Orang-orang suci awal diberi wahyu tentang bagaimana untuk mentaati hari Sabat dan bagaimana untuk berpuasa dan berdoa.1

Mereka, dan kita, diberitahu oleh Tuhan cara untuk menyembah dan bersyukur pada hari Sabat. Yang paling penting adalah bagaimana kita rasa terhadap pemberi kurnia. Berikut ialah firman Tuhan tentang bagaimana untuk memberi kesyukuran dan untuk menyayangi pada hari Sabat:

“Aku memberikan kepada mereka satu perintah, memfirmankan demikian: Engkau hendaknya mengasihi Tuhan dengan segenap hatimu, dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatanmu; dan dalam nama Yesus Kristus engkau hendaknya melayani-Nya. ...

“Engkau hendaknya berterima kasih kepada Tuhan dalam segala sesuatu.

““Engkau hendaknya mempersembahkan korban kepada Tuhan dalam kesolehan, bahkan yang berupa hati yang hancur dan roh yang menyesal.”2

Kemudian, Tuhan terus memberi amaran tentang gagal untuk mengasihi dan menghargai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sebagai pemberi kurnia: “Dan tidak dalam apapun manusia bersalah terhadap Tuhan, atau tidak terhadap siapa pun kemurkaan-Nya tersulut, kecuali mereka yang tidak mengakui tangan-Nya dalam segala sesuatu, dan tidak mematuhi perintah-perintah-Nya.”3

Ramai anda yang mendengar hari ini sudah menikmati hari Sabat sebagai satu hari untuk mengingat dan memberi kesyukuran kepada Tuhan demi berkat-berkat. Anda ingat lagu ini:

Bila dalam hidup ombak menderu,

Sampai putus asa engkau mengeluh,

Hitung satu-satu berkat Tuhanmu,

Pasti kau’kan heran kasih-Nya penuh.

Hitung satu-satu

Berkatmu.

Kau’kan heran

Kasih-Nya penuh. ...

Beratkah kau rasakan kesusahanmu?

Beratkah salibmu yang di atas bahu?

Hitung berkatmu hilangkan bimbangmu,

Hatimu gembira selama hidupmu.4

Saya menerima surat dan kunjungan dari Orang-orang Suci Zaman Akhir beriman yang berbeban berat. Ada yang hampir rasa tidak berharap lagi. Saya harap dan berdoa bahawa apa yang saya ucapkan tentang bersyukur pada hari Sabat akan hilangkan bimbang dan meriangkan hati.

Satu berkat yang boleh kita bersyukur adalah bahawa kita dapat menghadiri pertemuan sakramen, berhimpun dengan penganut-penganut lain-Nya dalam nama-Nya. Ada orang yang berada di rumah yang tidak berupaya untuk bangun dari katil. Ada orang yang ingin datang tetapi mereka bekerja di hospital dan memberi perkhidmatan awam atau meletakkan nyawa dalam risiko dalam satu gurun atau hutan untuk mempertahankan anda. Kerana anda berupaya untuk berhimpun bersama mahupun seorang Orang Suci dan mengambil sakramen akan menolong mula berasa syukur dan kasih demi kebaikan hati Tuhan.

Kerana Nabi Joseph Smith dan Injil yang dipulihkan, satu lagi berkat yang boleh kita hitung adalah bahawa kita berpeluang untuk mengambil sakramen setiap minggu—disediakan, diberkati, dan diedarkan oleh hamba-hamba Tuhan yang berwewenang. Kita boleh bersyukur apabila Roh Kudus menetap kepada kita bahawa kata-kata doa sakramen, yang diucapkan oleh pemegang imamat yang diberi wewenang, dihormati oleh Bapa Syurgawi kita.

Daripada semua berkat yang boleh kita hitung, salah satu yang terbesar ialah perasaan pengampunan yang datang apabila kita mengambil sakramen. Kita akan rasa kasih sayang dan penghargaan yang lebih besar terhadap Juruselamat, korban tebusan-Nya yang tak terbatas membolehkan kita dibersihkan daripada dosa. Semasa kita mengambil roti dan air, kita ingat bahawa Dia menderita bagi kita. Dan apabila kita rasa kesyukuran kepada apa yang sudah Dia lakukan bagi kita, kita akan rasa kasih sayang-Nya bagi kita dan kasih sayang kita bagi Dia.

Berkat kasih sayang yang kita terima akan memudahkan kita untuk mematuhi perintah untuk “selalu mengingati Dia.”5 Mungkin anda dapat rasa kasih sayang dan kesyukuran terhadap Roh Kudus, yang telah dijanjikan oleh Bapa Syurgawi yang akan selalu bersama anda jika anda tetap beriman kepada janjian-janjian yang sudah anda buat. Kita boleh hitung semua berkat-berkat itu setiap hari Ahad dan bersyukur.

Hari Sabat ialah masa yang paling baik untuk mengingati perjanjian yang sudah kita buat pada air pembaptisan untuk mengasihi dan melayani anak-anak Bapa Syurgawi. Untuk melaksanakan janjian itu pada hari Sabat termasuk mengambil bahagian dalam satu kelas atau kuorum dengan maksud hati yang sepenuhnya untuk membina iman dan kasih sayang di kalangan saudara saudari anda. Janjian itu juga termasuk melaksanakan panggilan kita dengan gembira.

Saya bersyukur kepada banyak hari Ahad masa saya mengajar satu kuorum deakon di Bountiful, Utah, dan juga satu Sekolah Hari Ahad di Idaho. Saya ingat masa saya melayan sebagai penolong kepada isteri saya di nurseri, di mana tugas utama saya adalah untuk mengedarkan dan mengemaskan alat-alat permainan.

Saya tahu melalui Roh bahawa pelayanan saya penting dalam hidup anak-anak Bapa Syurgawi. Saya hairan selepas banyak tahun ada orang masih ingat dan berterima kasih kepada saya demi percubaan yang tak sempurna saya untuk melayan mereka bagi Guru.

Seperti kita biasanya tidak dapat nampak kesan pelayanan hari Sabat kita, kita mungkin tidak dapat lihat kesan-kesan kumulatif hamba-hamba Tuhan lain. Tetapi Tuhan membina kerajaan-Nya ke arah masa depan secara senyap dan tidak bergembar-gembur melalui gembala-gembala-Nya yang rendah hati. Kita perlukan Roh Kudus untuk melihat keagungan itu.

Semasa kecil, saya menghadiri pertemuan Sakramen di satu cabang New Jersey yang hanya ada beberapa orang ahli dan satu keluarga, iaitu keluarga saya, Tujuh puluh lima tahu dahulu, saya dibaptiskan dalam satu-satu bangunan yang dibina oleh Gereja di Pennsylvania dan New Jersey. Hanya ada satu cabang yang kecil di Princeton, New Jersey pada masa itu. Sekarang ada dua bahagian yang besar. Dan hanya beberapa tahun dahulu, beribu-ribu remaja mempersembah dalam satu perayaan sebelum dedikasi Bait Suci Philadelphia Pennsylvania.

Semasa seorang remaja putera, saya dipanggil sebagai seorang mubaligh daerah di mana kami menyembah pada hari Sabat dalam satu-satu bangunan gereja di Albuquerque, New Mexico. Hari ini ada satu bait suci dan banyak pancang di situ.

Saya tinggalkan Albuquerque dan pergi ke Cambridge, Massachusetts untuk menghadiri sekolah. Di situ ada satu bangunan gereja dan satu daerah yang melingkungi Massachusetts dan Rhode Island. Saya memandu kereta melalui gunung-gunung desa yang indah itu ke pertemuan Sakramen di cabang-cabang kecil di sana, yang diadakan dalam bangunan sewa atau rumah kecil yang dibentuk semula. Sekarang ada satu bait suci Tuhan di Belmont, Massachusetts, dan banyak pancang di desa itu.

Pada masa itu, saya tidak dapat nampak dengan jelas Tuhan mencurahkan Roh-Nya ke atas orang-orang dalam pertemuan Sakramen kecil itu. Saya dapat rasakan ia, saya tetapi tidak dapat nampak takat dan pengaturan masa tujuan Tuhan untuk membina dan memuliakan kerajaan-Nya. Seorang nabi, melalui wahyu, nampak memerhati dan rasa sekarang. Nefi kata bahawa jumlah nombor ahli kita tidak akan menjadi banyak, tetapi cahaya kumulatif kita akan menjadi impresif:

“Dan terjadilah bahawa aku nampak gereja Anak Domba Tuhan, dan bilangannya kecil. ...

“Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, nampak kuasa Anak Domba Tuhan, bahawa ia turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjian Tuhan, yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”6

Pada zaman keagamaan ini, satu deskripsi ilahi yang serupa tentang keadaan dan peluang masa depan dicatatkan dalam Ajaran dan Perjanjian:

“Kamu masih belum mengerti sejauh ini betapa berkat-berkat besar Bapa miliki dalam tangan-Nya sendiri dan persiapkan bagimu;

“Dan kamu tidak dapat menanggung segala sesuatu sekarang; walaupun demikian, jadilah riang, kerana Aku akan menuntunmu terus. “Kerajaan adalah milikmu dan berkat-berkat darinya adalah milikmu, dan kekayaan kekekalan adalah milikmu.

“Dan dia yang menerima segala sesuatu dengan rasa terima kasih akan dijadikan mulia; dan apa yang dari bumi ini akan ditambahkan kepadanya, bahkan seratus kali lipat, ya, lebih.”7

Saya dapat rasa satu transformasi penambahan kesyukuran demi berkat dan kasih sayang Tuhan di seluruh Gereja. Nampak ia memecut di kalangan ahli Gereja pada masa dan di tempat wujudnya cubaan iman, di mana mereka perlu merayu kepada Tuhan demi bantuan untuk terus hidup.

Hidup kita ada cubaan seperti umat Alma di bawah Amulon yang kejam, yang meletakkan beban yang terlalu berat di atas bahu mereka:

“Dan terjadilah bahawa suara Tuhan datang kepada mereka dalam kesengsaraan mereka, memfirmankan: Angkatlah kepalamu dan terhiburlah, kerana Aku tahu tentang perjanjian yang telah kamu buat kepada-Ku; dan Aku akan membuat perjanjian dengan umat-Ku dan membebaskan mereka daripada perhambaan.

“Dan Aku akan juga meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu, bahkan sewaktu kamu berada dalam perhambaan; dan ini akan Aku lakukan agar kamu boleh tahu dengan suatu kepastian bahawa Aku, Tuhan Raja, mengunjungi umat-Ku dalam kesengsaraan mereka.

“Dan sekarang, terjadilah bahawa beban yang diletakkan ke atas diri Alma dan saudara-saudaranya dijadikan ringan; ya, Tuhan menguatkan mereka agar mereka dapat menanggung beban mereka dengan mudah, dan mereka tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan.”8

Kita ialah saksi bahawa apabila kita mematuhi perjanjian Tuhan, terutamanya pada masa kesukaran, Dia dengar doa kesyukuran kita demi apa yang sudah Dia lakukan untuk kita dan sudah menjawab doa kita demi kekuatan untuk menahan dengan beriman. Lebih daripada satu kali sudah Dia meriangkan dan memperkuatkan anda.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan untuk mematuhi dan menyembah pada hari Sabat ini untuk menunjukkan kesyukuran anda dan untuk memperkuatkan diri sendiri dan orang lain demi cabaran yang akan datang.

Anda boleh mula hari ini dengan satu doa kesyukuran peribadi dan doa kesyukuran keluarga demi segala yang sudah Tuhan lakukan untuk anda. Anda boleh berdoa untuk mengetahui apakah yang Tuhan ingin anda lakukan untuk melayani Dia dan orang lain. Terutama sekali, anda boleh berdoa untuk Roh Kudus memberitahu anda tentang seseorang yang sunyi atau yang berkeperluan yang Tuhan ingin anda layani.

Saya janji anda doa anda akan dijawab, dan apabila anda bertindak ke atas jawapan yang akan anda terima, anda akan mendapat kebahagiaan pada hari Sabat dan hati anda akan penuh dengan kesyukuran.

Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa mengetahui dan mengasihi anda. Juruselamat, Tuhan Yesus Kristus menebuskan dosa-dosa anda kerana Dia menyayangi anda. Mereka, Bapa dan Putera tahu nama anda seperti Mereka tahu nama Nabi Joseph Smith apabila Mereka muncul kepada dia. Saya bersaksi bahawa ini Gereja Yesus Kristus dan Dia akan menjaga perjanjian yang anda buat dan membaharui dengan Tuhan. Sifat anda akan diubah untuk menjadi lebih seperti Juruselamat. Anda akan diperkukuhkan untuk menentang godaan dan perasaan keraguan tentang kebenaran. Anda akan mendapat kebahagiaan pada hari Sabat. Saya janji anda dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.