2010–2019
Jangan Sesekali Anda Lupa
Oktober 2016


Jangan Sesekali Anda Lupa

Saya menggalakkan anda untuk ingat semula, terutamanya dalam waktu krisis, semasa anda rasa Roh dan kesaksian anda kuat; ingat pada asas rohani yang telah anda bina.

Selamat petang, para saudara dan saudari yang dikasih. Betapa kita diberkati semasa persidangan ini. Tahun pertama ini sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul telah menjadi yang paling merendahkan hati. Ia telah menjadi satu tahun yang meregangkan, bertumbuh, dan bersungguh-sungguh, satu petisyen yang sentiasa wujud kepada Bapa di Syurga. Saya telah merasa doa-doa yang menyokong dari keluarga, rakan-rakan, dan para ahli Gereja seluruh dunia. Terima kasih atas timbang rasa dan doa-doa anda.

Saya juga mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang dihargai, sesetengah dari bertahun-tahun yang lalu, dan ramai yang saya jumpa baru-baru ini. Adalah selepas berjumpa dengan seorang rakan dikasihi yang telah saya kenal dan sayang untuk bertahun lamanya yang saya berasa didorong untuk menyediakan ucapan saya hari ini.

Semasa kami berjumpa, kawan saya mengadu bahawa dia sedang bergelut. Dia berasakan dia mengalami, dalam perkataan dia sendiri, satu “krisis iman” dan meminta nasihat dari saya. Saya sangat bersyukur yang dia akan berkongsi perasaan dan kebimbangan dia dengan saya.

Dia menyatakan rasa rindu yang dalam untuk apa yang dia pernah rasai secara rohani dan apa yang dia sekarang ingat dia telah hilang. Semasa dia bercakap, saya mendengar dengan teliti dan berdoa dengan tulus untuk tahu apa yang Tuhan ingin saya katakan.

David, mungkin seperti sesetengah anda, menanyakan soalan berat yang dinyatakan di lagu Sekolah Primer, “Bapa, benarkah Engkau di Syurga?”1 Kepada anda yang mungkin menanyakan soalan yang sama, saya ingin mengongsikan dengan anda nasihat yang akan saya berikan kepada kawan saya dan berharap bahawa setiap anda mendapati iman anda dikuatkan dan keazaman anda diperbaharui untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia.

Saya mula dengan mengingatkan anda bahawa anda adalah putera atau puteri Bapa di Syurga yang penyayang dan kasih sayang Dia kekal berterusan. Saya tahu bahawa perasaan kasih sayang yang menenteramkan seperti itu adalah sukar untuk ingat semula apabila anda berada di tengah-tengah pergelutan peribadi atau percubaan, kekecewaan atau impian yang berkecai.

Yesus Kristus tahu akan pergelutan dan percubaan yang tegang. Dia memberi kehidupan-Nya kepada kita. Waktu-waktu terakhir-Nya adalah sangat kejam, lebih dari apa yang kita boleh fahami, tetapi pengorbanan-Nya untuk setiap kita adalah ungkapan muktamad untuk kasih-Nya yang suci.

Tiada kesalahan, dosa, atau pilihan akan ubah kasih sayang Tuhan untuk kita. Ini tidak bermakna perbuatan yang berdosa dibiarkan, atau ianya memindahkan tanggungjawab kita untuk bertaubat apabila dosa dilakukan. Namun jangan lupa, Bapa Syurgawi mengenali dan menyayangi setiap anda, dan Dia sentiasa bersedia untuk membantu.

Sambil merenungkan situasi kawan saya, minda saya membayangkan pada kebijaksanaan yang hebat yang dijumpai dalam Kitab Mormon: “Dan sekarang, anak-anakku, ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh.”2

Saya bersaksi bahawa “jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir” adalah sebuah tempat yang tiada siapa ingin berada. Kawan saya berasa dia hampir-hampir di jurang tersebut.

Apabila saya telah menasihati individu, seperti kawan saya, saya telah menyelidiki keputusan-keputusan yang telah mereka buat dalam beberapa tahun lepas yang membawa mereka untuk lupa pengalaman-pengalaman suci, untuk dilemahkan, dan untuk meragu. Saya menggalakkan mereka, seperti saya menggalakkan anda sekarang, untuk ingat semula, terutamanya dalam waktu-waktu krisis, semasa anda rasa Roh dan kesaksian anda kuat; ingat pada asas rohani yang telah anda bina. Saya berjanji bahawa jika anda lakukan ini, mengelak perkara-perkara yang tidak membina dan menguatkan kesaksian anda atau yang mengutuk kepercayaan anda, waktu-waktu berharga tersebut ketika kesaksian anda makmur akan kembali ke ingatan melalui doa yang rendah hati dan berpuasa Saya jamin kepada anda bahawa anda akan sekali lagi merasa keselamatan dan kehangatan Injil Yesus Kristus.

Setiap kita harus dahulu menguatkan kerohanian kita dan kemudian menguatkan orang di sekeliling kita. Renungkan ayat suci sentiasa, dan ingat pemikiran dan perasaan anda alami semasa anda membacanya. Cari sumber-sumber kebenaran lain juga, tetapi beri perhatian kepada amaran ini dari kitab suci: “Tetapi menjadi terpelajar adalah baik jika mereka mendengarkan nasihat Tuhan.”3 Hadiri pertemuan-pertemuan Gereja, terutamanya pertemuan sakramen, dan memperbaharui perjanjian, termasuk janji untuk sentiasa ingat Juruselamat bahawa Roh-Nya sentiasa bersama dengan anda.

Tidak kira apa kesalahan yang telah kita lakukan atau betapa tidak sempurnanya kita rasa, kita sentiasa boleh memberkati dan mengangkat yang lain. Mencapai mereka dengan pelayanan seperti Kristus boleh membantu kita untuk merasa kasih sayang Tuhan jauh di dalam hati kita.

Adalah penting untuk ingat nasihat yang sangat berkuasa di dalam Ulangan: “Tetapi waspadalah dan berhati-hatilah, jangan sesekali lupa hal-hal yang dilihat oleh matamu sendiri itu, dan jangan sesekali ianya hilang dari hatimu seumur hidupmu: tetapi ajarkanlah kepada anak-anakmu dan cucu-cicitmu.”4

Generasi akan dipengaruhi dengan pilihan-pilihan yang kita buat. Kongsi kesaksian anda dengan keluarga anda, galakkan mereka untuk ingat bagaimana mereka rasa semasa mereka mengenal pasti Roh dalam kehidupan mereka dan untuk merekod perasaan-perasaan tersebut dalam jurnal dan sejarah-sejarah peribadi agar perkataan mereka sendiri, bila diperlukan, membawa mereka kepada ingatan betapa baiknya Tuhan terhadap mereka.

Anda akan ingat kembali, Nefi dan abang-abangnya kembali ke Yerusalem untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang yang mengandungi catatan-catatan sejarah bangsa mereka, yang mana, agar mereka tidak akan lupa waktu lampau mereka.

Juga, dalam Kitab Mormon, Helaman menamakan anak-anaknya sempena “nenek moyang pertama” mereka agar mereka tidak akan lupa kebaikan Tuhan:

“Lihatlah, anak-anakku, aku berhasrat agar kamu harus ingat untuk mentaati perintah-perintah Tuhan. … Lihatlah, aku telah memberi kepadamu nama orang tua kita yang pertama yang telah keluar dari negeri Yerusalem; dan ini telah aku lakukan agar apabila kamu mengingati nama-namamu kamu boleh mengingati mereka; dan apabila kamu mengingati mereka kamu boleh mengingati pekerjaan mereka; dan apabila kamu mengingati pekerjaan mereka kamu boleh mengetahui bagaimana ianya dikatakan, dan juga dituliskan, bahawa mereka baik.

“Oleh kerana itu, anak-anakku, aku menghendaki agar kamu harus melakukan apa yang baik, agar boleh dikatakan tentangmu, dan juga dituliskan, bahkan seperti yang telah dikatakan dan dituliskan tentang mereka.”5

Ramai pada hari ini yang mempunyai tradisi yang sama menamakan anak mereka sempena hero-hero kitab suci atau nenek moyang yang beriman sebagai cara untuk menggalakkan mereka untuk tidak lupa warisan mereka.

Semasa saya dilahirkan, saya diberi nama Ronald A. Rasband. Nama akhir saya menghormati pertalian leluhur sebelah ayah saya. Nama tengahA diberi kepada saya bagi mengingatkan saya untuk menghormati leluhur ibu saya Anderson dari Denmark.

Moyang saya Jens Anderson adalah dari Denmark. Pada 1861 Tuhan membimbing dua mubaligh Mormon kepada kediaman Jens dan Ane Cathrine Anderson, di mana mereka memperkenalkan mereka dan anak lelaki 16 tahun mereka, Andrew, Injil yang telah dipulihkan. Maka bermulalah legasi iman yang mana keluarga saya dan saya menerima manfaatnya. Keluarga Andersons membaca Kitab Mormon dan dibaptiskan tidak lama kemudian. Tahun berikutnya, keluarga Anderson menjawab panggilan nabi untuk merentas Atlantik untuk menyertai para Orang Suci di Amerika Utara.

Malangnya, Jens meninggal dunia di pelayaran lautan, tetapi isteri dan anaknya meneruskan perjalanan ke Salt Lake Valley, tiba pada September 3, 1862. Walau bersusah-payah dan sakit hati, iman mereka tidak pernah goyah, dan juga iman keturunan mereka.

Imej
Lukisan di dalam pejabat Elder Rasband

Ada sebuah lukisan di dalam pejabat saya6 dengan indahnya mengingatkan sebuah peringatan bersimbolik tentang pertemuan pertama antara leluhur saya and para mubaligh awal yang sangat berdedikasi. Saya bertekad untuk tidak melupai warisan saya dan kerana saya akan mengingati legasi mereka yang penuh dengan pengorbanan dan kesetiaan

Jangan lupa, soal, atau tidak mengendahkan pengalaman-pengalaman peribadi, rohani yang kudus. Pelan musuh adalah untuk mengganggu kita dari kesaksian-kesaksian rohani, manakala keinginan Tuhan adalah untuk menerangi dan menghubungkan kita dalam pekerjaan-Nya.

Biar saya kongsikan contoh peribadi tentang kebenaran ini. Saya dengan jelas mengingat kembali apabila saya menerima bisikan jawapan untuk doa yang membara. Jawapan tersebut sangat jelas dan sangat berkuasa. Namun, saya gagal untuk bertindak serta-merta terhadap bisikan tersebut, dan selepas beberapa ketika, saya mula berfikir jika apa yang saya rasakan adalah benar. Sesetengah anda mungkin telah jatuh dengan penipuan musuh juga.

Beberapa hari kemudian, saya bangun dengan ayat suci yang sangat berkuasa di dalam minda saya:

“Sesungguhnya, sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, jika kamu menghasratkan suatu kesaksian lebih lanjut, arahkanlah fikiranmu pada malam hari ketika kamu berseru kepada-Ku dalam hatimu. …

“Apakah Aku tidak memfirmankan kedamaian pada fikiranmu mengenai masalah ini? Kesaksian yang lebih besar apakah yang dapat kamu peroleh daripada dari Tuhan?”7

Ianya seperti Tuhan berkata, “Sekarang, Ronald. Aku telah memberitahu kamu apa yang perlu kamu lakukan. Sekarang lakukannya!” Betapa bersyukurnya saya untuk pembetulan dan arahan yang penuh kasih sayang itu. Saya dengan segera dihiburkan dengan bisikan dan mampu untuk bergerak ke hadapan, mengetahui dalam hati saya bahawa doa saya telah dijawab.

Saya kongsikan pengalaman ini, saudara dan saudari yang dikasihi, untuk menunjukkan betapa cepatnya minda kita boleh lupa dan bagaimana pengalaman rohani membimbing kita. Saya telah belajar untuk menghargai saat-saat seperti itu, “jangan sesekali saya lupa”.

Kepada kawan, dan kepada semua yang ingin meningkatkan iman mereka, saya memberikan anda janji ini: dalam anda dengan penuh iman hidup dengan Injil Yesus Kristus dan mematuhi ajaran-ajarannya, kesaksian anda akan dilindungi, dan ia akan berkembang. Patuhi perjanjian yang telah anda buat, tidak kira apa tingkah laku orang di sekeliling anda. Jadilah ibu bapa yang tekun, para abang dan kakak, datuk dan nenek, para mak cik, para pak cik, dan rakan-rakan yang menguatkan orang yang tersayang dengan kesaksian peribadi dan yang mengongsikan pengalaman-pengalaman rohani. Kekal beriman dan tabah, walaupun jika ribut keraguan menceroboh kehidupan anda melalui tingkah laku orang lain. Carilah yang akan memperbaiki akhlak dan mengukuhkan anda secara rohani. Elakkan tawaran palsu yang dikenali sebagai “kebenaran” yang berleluasa, dan ingat untuk mencatatkan perasaan anda tentang “kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kelembutan, kebaikan, iman, kelembutan hati, [dan] kesederhanaan.”8

Di tengah-tengah ribut kehidupan yang terhebat, jangan lupa warisan ilahi anda sebagai putera atau puteri Tuhan atau destinasi abadi untuk suatu hari kembali untuk tinggal bersama-Nya, yang mana akan melepasi apa-apa yang dunia boleh tawarkan. Ingat kata-kata Alma yang lembut dan manis: “Dan sekarang, lihatlah, aku berkata kepadamu, saudara-saudaraku, jika kamu telah mengalami suatu perubahan hati, dan jika kamu telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, dapatkah kamu merasakan demikian sekarang?”9

Kepada semua yang merasai keperluan untuk mempunyai iman mereka diperkaya, saya merayu dengan anda, jangan lupa! Tolonglah jangan lupa.

Saya bersaksi Joseph Smith ialah nabi Tuhan. Saya tahu dia telah lihat dan berbicara dengan Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, seperti yang dia rekodkan dalam perkataannya sendiri. Betapa saya bersyukur saya adalah dia yang tidak lupa untuk menulis pengalaman, agar kita akan tahu segala kesaksiannya.

Saya berikan kesaksian khusyuk saya akan Tuhan Yesus Kristus. Dia hidup; Saya tahu Dia hidup dan berdiri di atas kepala Gereja ini. Perkara-perkara ini saya tahu untuk diri saya, bebas dari segala suara atau saksi lain, dan saya berdoa yang anda dan saya tidak akan lupa kebenaran suci yang abadi—pertama sekali bahawa kita adalah para putera dan puteri Ibu Bapa Syurgawai yang hidup, yang inginkan hanya kegembiraan abadi kita. Atas kebenaran ini saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.