2010–2019
Lihat pada Buku itu, Lihat kepada Tuhan
Oktober 2016


Lihat pada Buku itu, Lihat kepada Tuhan

Bolehkah anda melihat Kitab Mormon sebagai batu kunci anda, pusat rohani kekuatan anda?

Mary Elizabeth Rollins

Dalam minda saya, Saya bayangkan anda sebagai generasi baru yang menonton atau mendengar pada sesi persidangan ini di sesuatu tempat di dunia. Saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda, satu cerita yang boleh menjadi contoh atau sebuah pengajaran. Ia boleh menunjukkan anda bagaimana untuk mendekati Tuhan dan mendapat lebih kuasa untuk menentang godaan.

Ini adalah cerita tentang seorang gadis muda, yang tinggal di New York, yang sebelum umur tiga tahun telah kehilangan bapanya apabila bot dia tenggelam di sebuah tasik besar. Gadis itu, ibunya, abang dan adik perempuan berpindah ke bandar baru di negeri yang berlainan untuk tinggal bersama pak cik dan mak ciknya. Beberapa ketika selepas keluarga itu tiba, mubaligh dan ahli sebuah agama tersusun datang ke bandar mereka dengan berita gemilang tentang Pemulihan Injil. Mereka menceritakan satu cerita yang amat luar biasa tentang seorang malaikat yang menghantar satu catatan purba kepada seorang lelaki muda bernama Joseph Smith, satu catatan yang dia terjemahkan dengan kuasa Tuhan. Dua daripada pelawat, iaitu Oliver Cowdery dan John Whitmer, telah melihat muka surat logam yang di ukir catatan purba itu dengan mata mereka sendiri, dan Whitmer telah memegang kepingan-kepingan emas itu di tangannya sendiri. Catatan ini baru sahaja di beritakan, dan Brother Whitmer membawa buku itu bersamanya. Nama buku itu, semestinya, ialah Kitab Mormon.

Apabila Mary yang berumur 12 tahun mendengar mubaligh bercakap tentang buku itu, dia merasa satu perasaan istimewa di dalam hatinya. Walaupun Kitab Mormon tebal dengan banyak muka surat, Mary berhasrat untuk membacanya. Apabila Brother Whitmer bertolak, dia memberi satu salinan berharga buku itu kepada Brother Isaac Morley, dia merupakan kawan pak cik Mary dan pemimpin tempatan di Gereja baru itu.

Mary kemudian mencatat: “Saya pergi ke rumah [Brother Morley] ... dan meminta untuk melihat Kitab itu; [dia] meletakkannya di tangan saya, [dan] apabila saya melihatnya, saya merasa keinginan kuat untuk membacanya, sehingga saya tidak boleh menahan untuk menanya dia untuk membenarkan saya membawa buku itu pulang dan membacanya. ... Dia berkata ... dia sendiri tidak mempunyai masa untuk membaca satu bab, dan beberapa saudara belum lagi melihatnya, tetapi saya merayu bersungguh-sungguh untuk buku itu, dia akhirnya berkata, “anak, jika kamu akan membawa buku ini pulang sebelum sarapan pagi esok, kamu boleh mengambilnya.’”

Imej
Mary Elizabeth Rollins membaca

Mary lari ke rumah dan begitu tercakup dengan buku itu sehingga dia tidak tidur dan membaca buku itu sepanjang malam Pagi berikutnya apabila dia memulangkan buku itu, Saudara Morley berkata, “Saya rasa kamu tidak membaca banyak di dalamnya” dan “Saya tidak percaya kamu boleh beritahu saya satu perkataan daripadanya” Mary berdiri tegak dan mengulang daripada ingatan ayat pertama Kitab Mormon. Dia kemudiannya menceritakan cerita Nabi Nefi. Mary kemudiannya menulis, “Dia merenung saya terkejut, dan berkata, ‘anak, ambil buku ini pulang dan habiskannya, Saya boleh tunggu.’”

Tidak lama kemudian, Mary habis membaca buku itu dan menjadi orang pertama dalam bandarnya untuk membaca seluruh buku itu. Dia tahu ia benar dan ia datang daripada Bapa Syurgawi. Apabila dia melihat pada buku itu, dia melihat kepada Tuhan.

Sebulan selepas itu, seorang pelawat mengunjungi rumahnya. Inilah apa yang Mary tuliskan tentang pertemuan yang tidak dapat dilupakan pada hari itu: “Apabila [Joseph Smith] melihat saya dia melihat saya dengan bersungguh-sungguh. … Selepas beberapa ketika atau dua dia, ...memberi saya sebuah berkat ... lalu memberikan saya buku itu sebagai hadiah, dan dia berkata bahawa dia akan memberikan Brother Morley satu lagi [salinan]. … Kami semua rasa bahawa dia seorang utusan Tuhan, kerana dia berucap dengan kuasa, dan sebagai seseorang yang mempunyai wewenang.”

Gadis muda ini, Mary Elizabeth Rollins, telah melihat banyak lagi mukjizat dalam hidupnya dan sentiasa menyimpan kesaksiannya dalam Kitab Mormon.1 Cerita ini mempunyai erti istimewa untuk saya kerana dia ialah moyang mak cik keempat saya. Melalui contoh Mary, bersama dengan pengalaman lain dalam hidupnya, saya telah belajar bahawa seseorang tidak terlalu muda untuk mencari dan menerima kesaksian peribadi tentang Kitab Mormon.

Batu Kunci Kesaksian Anda.

Terdapat satu pengajaran peribadi untuk anda dalam cerita Mary. Setiap remaja putera, remaja puteri, dan kanak-kanak boleh mempunyai perasaan yang sama seperti dia. Apabila anda membaca Kitab Mormon dan berdoa dengan keinginan untuk mengetahui ia benar, anda juga boleh menerima tanggapan yang sama dalam hati anda seperti yang Mary terima. Anda juga boleh mendapat tahu apabila anda berdiri dan memberi kesaksian tentang Kitab Mormon, anda akan merasa roh pengesahan yang sama. Roh Kudus akan berkata kepada hati anda. Anda juga boleh merasa roh pengesahan yang sama apabila anda mendengar orang lain berkongsi kesaksian mereka tentang Kitab Mormon. Setiap saksi rohani ini boleh menyebabkan Kitab Mormon menjadi batu kunci kesaksian anda.

Biar saya jelaskan. Nabi Joseph Smith, yang menterjemahkan Kitab Mormon melalui “kurnia dan kuasa Tuhan”, menghuraikan Kitab Mormon sebagai “adalah yang paling benar dari kitab apa pun di atas bumi, dan batu kunci agama kita.”2

Sejak cetakan Kitab Mormon yang pertama pada tahun 1830, lebih daripada 174 juta salinan telah di terbitkan dalam 110 bahasa yang berlainan, menunjukkan bahawa Kitab Mormon masih batu kunci agama kita. Tetapi apa ertinya ini untuk setiap daripada anda?

Imej
Batu kunci adalah di tengah

Dalam seni bina, batu kunci adalah elemen utama dalam gerbang melengkung. Itu batu berbentuk baji di tempat paling tengah dan tertinggi pada satu gerbang melengkung. Itu batu yang paling penting kerana ia memastikan bahagian tepi lengkung di tempatnya, mencegahnya daripada runtuh. Dan ia adalah elemen struktur yang memastikan gerbang itu, atau bukaan di bawah, boleh dilalui.

Imej
Batu Kunci di dalam gerbang melengkung

Dalam segi Injil, ia satu kurnia daripada Tuhan bahawa batu kunci agama kita merupakan sesuatu yang dapat dirasa dan digenggam seperti Kitab Mormon dan anda boleh memegang dan membacanya. Bolehkah anda melihat Kitab Mormon sebagai batu kunci anda, pusat rohani kekuatan anda?

Presiden Ezra Taft Benson menjelaskan ajaran-ajaran Joseph Smith itu. Dia berkata: “Terdapat tiga cara bagaimana Kitab Mormon adalah batu kunci agama kita. Ia batu kunci kesaksian kita dalam Kristus. Ia batu kunci ajaran kita. Ia batu kunci kesaksian kita.”

Presiden Benson mengajar dengan selanjutnya: “Kitab Mormon mengajar kita kebenaran [dan] memberi kesaksian tentang Kristus. … Tetapi terdapat lebih lagi. Terdapat kuasa dalam buku ini yang mula mengalir ke dalam hidup kita apabila kita mula belajar buku ini secara bersungguh-sungguh. Kamu akan mendapat kuasa yang lebih besar untuk menentang godaan. … Kamu akan mencari kuasa untuk berada di lorong sempit dan kecil.”3

Kesaksian Peribadi Saya

Dalam kes saya, Kitab Mormon menjadi batu kunci dalam kesaksian saya melalui beberapa tahun dan melalui beberapa pengalaman. Satu pengalaman yang amat kuat dalam membentuk kesaksian saya berlaku semasa saya seorang mubaligh muda melayani di kawasan saya yang pertama: Kumamoto, Jepun. Rakan saya dan saya sedang mendakwah dari pintu ke pintu. Saya menemui seorang nenek yang telah menjemput kami dengan ramah ke dalam rumahnya, yang dipanggil genkan dalam bahasa Jepun. Dia menawarkan kami minuman sejuk pada hari yang panas. Saya masih belum lama berada di Jepun, dan saya baru sahaja selesai membaca Kitab Mormon dan sedang berdoa untuk mengetahui dengan kepastian bahawa ia benar.

Sebab saya masih baru di Jepun, Saya tidak boleh bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik. Sebenarnya, saya fikir wanita ini tidak faham banyak daripada apa yang saya katakan. Saya mula mengajar dia tentang Kitab Mormon, menerangkan bagaimana Joseph Smith menerima daripada seorang malaikat satu catatan purba yang diukir di atas kepingan-kepingan dan bagaimana dia menterjemahkan dengan kuasa Tuhan.

Apabila saya memberi kesaksian saya kepada dia bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan dan satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus, saya menerima tekanan yang amat kuat, diikuti dengan perasaan panas selesa dan ketenangan di dalam dada saya, yang dihuraikan dalam tulisan suci sebagai “dadamu akan [membakar] di dalam dirimu.”4 Perasaan ini mengesahkan kepada saya dalam cara yang sangat berkuasa bahawa Kitab Mormon ialah firman Tuhan. Pada masa itu, perasaan saya amat kuat sehingga air mata saya mengalir sambil saya bercakap dengan nenek berbangsa Jepun ini. Saya tidak pernah melupakan perasaan istimewa pada hari itu.

Kesaksian Peribadi Anda.

Setiap daripada anda juga boleh menerima kesaksian peribadi tentang buku ini! Sedarkah anda bahawa Kitab Mormon ditulis untuk anda—dan untuk zaman anda? Kitab ini ialah satu berkat untuk hidup dalam apa yang kami panggil zaman keagamaan kegenapan zaman. Walaupun Kitab Mormon ditulis oleh penulis yang diilhamkan, penulis purba—kebanyakannya para nabi—mereka serta orang ramai pada zaman mereka tidak mempunyai manfaat untuk memiliki keseluruhan buku ini. Anda sekarang mempunyai dalam jangkauan anda dengan mudah catatan kudus yang para nabi, imam, dan raja-raja hargai, mengamal dan memeliharanya! Anda mempunyai manfaat untuk memegang dalam tangan anda Kitab Mormon yang lengkap. Apa yang menarik ialah salah seorang nabi dalam Kitab Mormon, Moroni, dapat melihat zaman kita—zaman anda. Dia juga melihat anda, dalam penglihatan, beratus tahun dahulu! Moroni menulis:

“Lihatlah, Tuhan telah memperlihatkan kepadaku hal-hal yang besar dan menakjubkan tentang. ... pada hari itu apabila hal-hal ini ,” ertinya Kitab Mormon, “akan datang di kalangan kamu”

“Lihatlah, aku berbicara kepadamu seolah-olah kamu sudah ada, namun kamu belum ada lagi. Tetapi lihatlah, Yesus Kristus telah memperlihatkanmu kepadaku, dan aku mengetahui perbuatanmu.”5

Untuk menolong Kitab Mormon menjadi batu kunci dalam kesaksian anda, saya menawarkan anda satu cabaran. Saya baru mendapat tahu bahawa banyak orang muda menggunakan purata 7 jam sehari menonton TV, komputer, dan skrin telefon pintar.6 Dengan ini dalam fikiran, bolehkah anda membuat satu pembaikan diri yang kecil? Bolehkah anda menggantikan sesetengah masa skrin harian itu—terutamanya yang dikhususkan untuk media sosial, Internet, bermain permainan—dengan membaca Kitab Mormon? Jika kajian yang saya rujuk itu tepat, anda boleh mencari masa untuk mengkaji Kitab Mormon dengan mudah walaupun untuk 10 minit setiap sehari. Dan anda boleh mengkaji dalam cara yang anda suka dan memahaminya—sama ada dengan alat atau buku anda. Presiden Russel M. Nelson memberi amaran, “Kita tidak patut membuat membaca Kitab Mormon sebagai sebuah tugas yang membebankan, seperti menelan ubat yang pahit untuk ditelan dengan cepat dan diselesaikan dengan cepat.”7

Imej
Remaja membaca Kitab Mormon
Imej
Kanak-kanak membaca Kitab Mormon

Bagi sesetengah daripada anda yang masih kanak-kanak muda, anda boleh mengaji dengan seorang ibu bapa, nenek atau orang tersayang. Jika satu bab, ayat, atau bahagian menjadi cukup susah untuk melemahkan anda daripada mengkaji, teruskan ke bahagian seterusnya dan ke bahagian seterusnya. Saya bayangkan anda mengikut contoh Mary. Saya bayangkan anda mencari masa dengan teruja dan di tempat yang sunyi untuk membaca Kitab Mormon. Saya melihat anda menemui jawapan, merasa bimbingan, dan mendapat kesaksian anda tentang Kitab Mormon dan satu kesaksian dalam Yesus Kristus. Sambil anda melihat pada buku itu, anda melihat kepada Tuhan,

Imej
Melihat pada buku itu

Anda akan membaca dengan rajin petikan dalam buku yang berharga ini dan menemui Juruselamat yang disayangi, Tuhan Yesus Kristus, hampir dalam setiap muka surat. Ia dianggarkan bahawa beberapa bentuk nama-Nya digunakan secara purata sekali dalam setiap 1.7 ayat.8 Kristus sendiri bersaksi tentang kebenarannya dalam zaman akhir ini, menyatakan, “sebagaimana Tuhanmu hidup itu adalah benar.”9

Saya amat bersyukur dengan jemputan dan janji yang Tuhan telah tawarkan melalui nabi Moroni kepada setiap daripada anda—dan kepada semua yang membaca Kitab Mormon. Saya tutup dengan membaca jemputan dan janji dan menambah kesaksian saya: “Dan apabila kamu akan menerima hal-hal ini [Kitab Mormon], aku hendak mendorongmu agar kamu akan bertanya kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dalam nama [Yesus] Kristus, jikalau hal-hal ini tidak benar; dan jika kamu akan bertanya dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus, Dia akan menyatakan kebenarannya kepadamu, melalui kuasa Roh Kudus.”10

Saya memberi kesaksian tentang Pemulihan Injil pada zaman akhir ini dan tentang Kitab Mormon sebagai bukti yang nyata mengenai Pemulihan. Seperti perkataan dalam buku ini mengilhami seorang gadis 12 tahun untuk memeluk Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan hampir 200 tahun dahulu, kebenaran yang kamu akan temui di sana akan mengangkat dan mengilhami anda dalam cara yang sama. Ia akan menguatkan iman anda, memenuhi jiwa anda dengan cahaya, dan menyediakan anda untuk masa depan yang anda hampir tidak mempunyai keupayaan untuk fahami.

Dalam muka surat buku ini, anda akan menemui kasih sayang tak terhingga dan rahmat Tuhan yang tidak dapat difahami. Apabila anda berusaha untuk mengikut ajaran-ajaran yang anda temui di sana, pemahaman anda akan meningkat, dan jawapan yang anda cari kepada banyak cabaran yang kefanaan berikan akan dibuka kepada anda. Sambil anda melihat pada buku itu, anda melihat kepada Tuhan, Kitab Mormon adalah firman Tuhan yang didedahkan. Tentang ini saya bersaksi, dengan segala hati dan jiwa saya, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat “Mary Elizabeth Rollins Lightner,” Utah Genealogical and Historical Magazine, Julai 1926, 193–95.

  2. Pengenalan kepada Kitab Mormon

  3. Ezra Taft Benson, “The Book of Mormon—Keystone of Our Religion,” Ensign, Nov. 1986, 5, 7.

  4. Ajaran dan Perjanjian 9:8.

  5. Mormon 8:34–35.

  6. Lihat American Academy of Pediatrics, “Media and Children,” aap.org.

  7. Russell M. Nelson, “Strengthen the Shepherds” (ucapan diberikan di persidangan umum pertemuan pemimpin, Sept. 28, 2016).

  8. Lihat Susan Easton Black, Finding Christ through the Book of Mormon (1987), 16–18.

  9. Ajaran dan Perjanjian 17:6.

  10. Moroni 10:4; lihat juga ayat 3, 5.