2010–2019
Asas-asas dan Janji-Janji
Oktober 2016


Asas-asas dan Janji-Janji

Semoga kita menjaga badan dan fikiran kita dengan mematuhi asas-asas yang diberikan dalam Kata-kata Bijaksana, satu rancangan yang diberikan dari syurga.

Malam ini, saudara-saudara, saya berdoa untuk bimbingan Bapa Syurgawi kita semasa saya kongsi pesanan saya dengan anda.

Pada tahun 1833 Tuhan mengungkapkan kepada Nabi Joseph Smith satu rancangan untuk kehidupan yang sihat. Rancangan itu ada di Ajaran dan Perjanjian bahagian 89 dan dikenali sebagai Kata-kata Bijaksana. Ia memberi arahan khusus mengenai makanan yang kita makan, dan ia melarang penggunaan bahan-bahan yang berbahaya untuk badan kita.

Orang yang mematuhi perintah-perintah Tuhan dan yang mematuhi Kata-kata Bijaksana dengan beriman dijanjikan berkat-berkat khusus, termasuk kesihatan yang baik dan lebih stamina fizikal.1

Kebelakangan ini saya membaca laporan benar tentang pernyataan besar mengenai janji-janji ini. Seorang ahli Gereja yang beriman, John A. Larsen, berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua dalam Pengawal Pantai Amerika Syarikat di kapal USS Cambria. Semasa satu peperangan di Filipina, berita datang tentang skuadron pengebom dan kapal terbang kamikaze yang mendekat. Arahan diberikan untuk pengosongan yang segera. Oleh kerana USS Cambria sudah bertolak, John dan tiga rakan mengambil peralatan mereka dan cepat pergi ke pantai, dengan harapan untuk dihantar ke salah satu kapal yang sedang bertolak. Mujurlah, kapal pantai mengangkat mereka dan terus pergi ke kapal terakhir yang bertolak dari teluk. Orang di kapal yang bertolak itu, dalam usaha untuk mengosongkan dengan secepat mungkin, sangat sibuk di dek dan hanya ada masa untuk membaling tali kepada empat lelaki itu, supaya mereka mungkin dapat memanjat ke dek.

John, dengan radio berat dipasang di belakang dia, berjuntai di hujung tali 40 kaki (12 m), di sebelah kapal yang menuju ke laut terbuka. Dia mula tarik dirinya ke atas, tangan demi tangan, mengetahui bahawa jika dia kehilangan genggamannya, dia hampir pasti akan mati. Selepas dia memanjat satu pertiga tali itu, dia rasa lengan-lengan dia membakar dengan kesakitan. Dia telah menjadi begitu lemah sehingga dia rasa dia tidak dapat pegang tali lagi.

Dengan kekuatannya sudah habis, ketika dia memikirkan takdirnya yang sedih, John berseru dengan senyap kepada Tuhan, memberitahu Dia bahawa dia selalu mematuhi Kata-kata Bijaksana dan telah mempunyai kehidupan yang bersih—dan sekarang dia sangat memerlukan berkat-berkat yang dijanjikan.

Kemudian John berkata bahawa ketika dia habis berdoa, dia rasa pertambahan mendadak kekuatan yang besar. Dia mula memanjat lagi dan naik tali itu dengan cepat. Bila dia mencapai dek, pernafasan dia biasa—dan langsung tidak termengah-mengah. Berkat-berkat pertambahan kesihatan dan stamina yang dijanjikan dalam Kata-kata Bijaksana telah menjadi kepunyaan dia. Dia berterima kasih kepada Bapa Syurgawi dia pada masa itu, dan sepanjang hidup dia, untuk jawaban kepada doanya yang genting untuk bantuan.2

Saudara-saudara, semoga kita menjaga badan dan fikiran kita dengan mematuhi asas-asas yang diberikan dalam Kata-kata Bijaksana, satu rancangan yang diberikan dari syurga. Dengan seluruh hati dan jiwa saya, saya bersaksi akan berkat-berkat hebat yang menunggu kita semasa kita berbuat demikian. Saya berdoa agar ini berlaku dalam nama Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Ajaran dan Perjanjian 89:18–21.

  2. Lihat John A. Larsen, dalam Robert C. Freeman and Dennis A. Wright, comps., Saints at War: Experiences of Latter-day Saints in World War II (2001), 350–51; diguna dengan izin.