2010–2019
Pertaubatan: Pilihan yang Menggembirakan
Oktober 2016


Pertaubatan: Pilihan yang Menggembirakan

Pertaubatan bukan sahaja boleh terjadi tetapi juga menggembirakan kerana Juruselamat kita.

Saudara dan saudari yang dikasihi, ketika saya berumur 12 tahun, keluarga saya tinggal di Göteborg, satu bandar persisiran pantai di Sweden selatan. Sebagai rujukkan, ia merupakan bandar kelahiran teman sejawat kita Elder Per G. Malm,1 yang telah meninggal dunia musim panas baru-baru ini. Kami merinduinya. Kami bersyukur dengan kemuliaannya dan pelayanan luhurnya dan teladan keluarganya yang manis. Dan kami dengan pastinya mendoakan berkat tertinggi Tuhan untuk mereka.

Lima puluh tahun yang lepas, kami menghadiri Gereja di satu rumah besar yang telah diubahsuai. Satu hari Ahad, kawan saya, Steffan,2 seorang lagi deakon cawangan itu, menyambut kedatangan saya di gereja dengan heboh. Kami pergi ke kawasan ruangan tambahan gereja, dan dia mengeluarkan satu mercun besar dan beberapa mancis dari poket seluarnya. Dengan beraninya, saya mengambil mercun itu dan menyala sumbu kelabu panjangnya. Saya berniat untuk memadamkan sumbu itu sebelum ia meletup. Tetapi apabila ia membakar jari saya ketika saya cuba memadamkannya, mercun itu terlepas dari tangan saya. Steffan dan saya memerhati dengan takut sambil sumbu itu terus terbakar.

Mercun itu meletup, dan bau sulfur mengisi seluruh ruangan tambahan dan gereja. Kami bergegas memungutkan sisa hamburan mercun dan membuka semua tingkap untuk mengeluarkan bau, dengan harapan agar tiada orang perasan. Nasib baik, tiada orang tercedera atau kerosakan berlaku.

Apabila ahli-ahli datang untuk pertemuan, mereka perasan bau yang kuat itu. Tidak susah untuk mengecamnya. Bau itu mengalih perhatian dari alam suci pertemuan itu. Oleh kerana tidak terdapat ramai pemegang Imamat Harun—dan dengan pemisahan fikiran—saya mengedar sakramen, tetapi tidak berasa layak untuk mengambilnya. Apabila dulang sakramen ditawarkan, saya tidak mengambil roti dan air. Saya berasa buruk. Saya berasa malu, dan tahu bahawa apa yang saya telah lakukan tidak menyenangkan Tuhan.

Selepas pertemuan gereja, presiden cawangan, Frank Lindberg, seorang lelaki terhormat, tua yang berambut kelabu-perak, meminta saya untuk datang ke biliknya. Setelah saya duduk, dia merenung saya dengan baik hati dan berkata bahawa dia perasan saya tidak mengambil sakramen. Dia bertanyakan kenapa. Saya mensyaki dia tahu kenapa. Saya pasti semua tahu apa yang saya telah lakukan. Setelah memberitahunya, dia bertanyakan bagaimana perasaan saya. Sambil menangis, dengan tersekat-sekat saya memberitahunya bahawa saya menyesal dan tahu saya telah mengecewakan Tuhan.

Presiden Lindberg membuka satu salinan buku Ajaran dan Perjanjian dan meminta saya untuk membaca ayat-ayat yang tergaris. Saya membaca dengan lantang:

“Lihatlah, dia yang bertaubat dari dosa-dosanya, orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi.

“Dengan ini kamu boleh mengetahui jika seseorang bertaubat dari dosa-dosanya—lihatlah, dia akan mengakuinya dan meninggalkannya.”3

Saya tidak akan melupai senyuman ihsan Presiden Lindberg apabila saya memandangnya setelah habis membaca. Dengan emosi, dia memberitahu bahawa dia berasa saya boleh mengambil sakramen semula. Sambil saya meninggalkan biliknya, saya terasa sangat gembira.

Kegembiraan sedemikian ialah hasil dari pertaubatan. Kata taubat bermaksud “kesedaran selepas” dan menyiratkan “ubah.”4 Dalam bahasa Sweden, perkataan omvänd, bermaksud “pusing kembali.”5 Penulis Kristian, C. S. Lewis, telah menulis mengenai keperluan dan kaedah untuk berubah. Dia menyatakan bahawa pertaubatan melibatkan “diletak kembali atas jalan yang betul. Sesuatu yang salah boleh dibetulkan,” dia berkata, “tetapi hanya dengan mengembali sehingga kita menjumpai kesalahan itu dan berusaha dari titik itu, jangan sekali-kali meneruskan.6 Perubahan tingkah laku dan pengembalian pada “jalan yang betul” adalah sebahagian daripada pertaubatan, tetapi hanyalah sebahagian. Pertaubatan ikhlas juga termasuk membalikkan hati dan kehendak kita kepada Tuhan dan meninggalkan dosa.7 Seperti yang diterangkan dalam Yehezkiel, untuk bertaubat ialah untuk “bertaubat dari … dosa, … menurut peraturan; … memulihkan janji, … [dan] berjalan dalam undang-undang kehidupan, tanpa melakukan kederhakaan.”8

Namun ini juga huraian yang tidak lengkap. Ia tidak mengenalpasti kuasa yang membolehkan pertaubatan, pengorbanan penebusan Juruselamat kita. Pertaubatan ikhlas harus melibatkan kepercayaan kepada Tuhan Yesus Kristus, kepercayaan bahawa Dia boleh mengubah kita, kepercayaan bahawa Dia boleh mengampuni kita, dan kepercayaan bahawa Dia akan membantu kita mengelak kesalahan lebih. Kepercayaan jenis ini menjadikan Korban Tebusan-Nya berkesan dalam kehidupan kita. Apabila kita mempunyai “kesedaran selepas” and “pusing kembali” dengan bantuan Juruselamat, kita akan dapat merasai harapan dalam janji-janji-Nya dan kegembiraan dari pengampunan. Tanpa Sang Penebus, harapan dan kegembiraan yang wujud hilang, dan pertaubatan hanya menjadi perubahan tingkah laku yang menyedihkan. Tetapi dengan menggunakan keimanan terhadap Dia, kita menjadi penganut terhadap kebolehan dan keinginan-Nya untuk mengampunkan dosa.

Presiden Boyd K. Packer mengesahkan janjian pertaubatan yang berharapan di persidangan umumnya yang terakhir pada April 2015. Dia menghuraikan kuasa Korban Tebusan Juruselamat untuk memulih apa yang saya anggap penyulingan hikmah yang diperoleh dalam pelayanan kerasulan separuh abadnya. Presiden Packer berkata: “Korban Tebusan tidak meninggalkan bekas jalan, tiada kesan. Apa yang ia baiki dibaikkan. … Ia hanya menyembuh, dan apa yang disembuh kekal sembuh.”9

Dia menyambung:

“Korban Tebusan, yang boleh menuntut setiap satu daripada kita, tidak meninggalkan parut. Ini bermakna bahawa tidak kira apa yang kita telah lakukan atau ke mana kita pernah pergi atau bagaimana sesuatu berlaku, jika kita bertaubat dengan ikhlas, [Juruselamat] telah berjanji bahawa Dia akan menebus. Dan apabila Dia menebus, ia diselesaikan. …

“… “Korban tebusan … boleh membersihkan setiap kotoran tidak kira betapa susahnya atau betapa lama atau berapa kali ia diulangi.”10

Pencapaian Korban Tebusan Juruselamat adalah tidak terhingga dari segi keluasan dan kedalaman, untuk anda dan saya. Tetapi ia tidak akan sekali-kali membebankan kita. Sepertimana nabi Lehi menerangkan, setelah kita “diberi arahan yang mencukupi” untuk “tahu yang baik daripada jahat,”11 kita “bebas untuk memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi, melalui Pengantara yang agung bagi semua manusia, atau untuk memilih penawanan dan kematian.”12 Dalam kata lain, pertaubatan adalah satu pilihan.

Kita boleh—dan kadangkala akan—membuat pilihan yang berlainan. Pilihan-pilihan sedemikian mungkin tidak salah, tetapi ia menghindari kita dari merasa sesalan yang benar dan seterusnya menghindari kita dari keinginan untuk pertaubatan yang ikhlas. Contohnya, kita mungkin memilih untuk menyalahkan orang lain. Ketika berumur 12 tahun di Göteborg, saya boleh menyalahkan Steffan. Dia yang membawa mercun besar dan mancis ke gereja terdahulu. Tetapi menyalahi orang lain, walaupun wajar, membenarkan kita untuk memberi alasan terhadap tingkah laku kita. Dengan berlaku sedemikian, kita mengalihkan tanggungjawab tingkah laku kita kepada orang lain. Apabila tanggungjawab dialihkan, kita mengurangkan keperluan dan kebolehan kita untuk bertindak. Kita bertukar menjadi mangsa malang dan bukannya wakil yang berkebolehan untuk bertindak secara bebas.13

Satu lagi pilihan yang menghalang pertaubatan ialah mengurangkan kesilapan kita. Semasa kejadian mercun di Göteborg, tiada yang tercedera, tiada kerosakan kekal berlaku, dan pertemuan masih diadakan. Ia mungkin senang untuk berkata bahawa tiada sebab untuk bertaubat. Tetapi mengurangkan kesilapan kita, walaupun jika tiada akibat yang ketara, menghilangkan motivasi untuk berubah. Fikiran sebegini mengelak kita dari melihat bahawa kesilapan dan dosa mempunyai akibat yang abadi.

Namun satu lagi cara adalah untuk memikirkan bahawa dosa-dosa kita tidak penting kerana Tuhan mengasihi kita tidak kira apa yang kita lakukan. Adalah sangat menggoda untuk percaya bahawa apa yang diajar oleh pendusta Nehor kepada rakyat Zarahemna: “Bahawa semua manusia akan diselamatkan … dan, pada akhirnya, semua manusia akan memperoleh kehidupan abadi.”14 Namun idea yang menggiurkan ini adalah palsu. Tuhan memang mengasihi kita. Walau bagaimanapun, apa yang kita lakukan penting bagi Dia dan kepada kita. Dia telah memberi arahan yang jelas bagaimana kita patut berkelakuan. Kita memanggil semua ini perintah. Penerimaan Dia dan kehidupan abadi kita bergantung kepada kelakuan kita, termasuklah keinginan kita untuk memperoleh pertaubatan ikhlas secara rendah hati.15

Tambahannya, kita meninggalkan pertaubatan ikhlas apabila kita memilih untuk memisahkan Tuhan dari perintah-perintah-Nya. Akhirnya, jika sakramen tidak kudus, tidak pentinglah jika bau mercun mengganggu pertemuan sakramen di Göteborg. Kita patut berwaspada terhadap pengabaian kelakuan yang berdosa dengan melemahkan atau menafikan pengarangan Tuhan berkenaan perintah-perintah-Nya. Pertaubatan yang ikhlas memerlukan pengiktirafan ketuhanan Juruselamat dan kebenaran usaha zaman akhir-Nya.

Sebalik membuat alasan, marilah kita memilih pertaubatan. Melalui pertaubatan, kita boleh menjadikan diri, seperti perumpamaan anak yang sesat,16 Dan mengimbas kembali kepentingan abadi tingkah laku kita. Apabila kita memahami bagaimana dosa menjejaskan kegembiraan abadi, kita bukan sahaja betul-betul menyesal tetapi kita juga berusaha untuk menjadi lebih baik. Apabila berhadapan dengan godaan, kita kemungkinan besar akan bertanyakan diri, dalam kata-kata William Shakespeare:

Apakah yang dimenangi saya, jika saya peroleh apa yang saya cari?

Satu mimpi, satu keluasan, satu buih kegembiraan yang seketika.

Siapa yang akan mendagang seminggu kehiburan dengan seminggu kesengsaraan,

Atau menjual keabadian hanya untuk mendapat satu alat permainan?17

Jika kita hilang wawasan keabadian kerana suatu alat permainan, kita boleh memilih untuk bertaubat. Kerana Korban Tebusan Yesus Kristuslah, kita mempunyai satu lagi peluang. Secara metaforanya, kita dapat bertukar alat permainan yang telah dibeli dengan tidak bijak sejak awalnya dan menerima harapan abadi semula. Seperti diterangkan oleh Juruselamat, “Kerana, lihatlah, Tuhan Penebusmu menderita kematian dalam daging; kerananya Dia menderita rasa sakit semua orang, agar semua orang boleh bertaubat dan datang kepada-Nya.”18

Yesus Kristus boleh mengampun kerana Dia telah membayar dosa-dosa kita. .19

Penebus kita memilih untuk mengampun kerana belas kasihan, rahmat dan kasih-Nya yang tidak terbanding.

Juruselamat kita ingin mengampun kerana ini ialah sifat keilahian-Nya.

Dan, sebagai Pengembala yang Baik, Dia gembira apabila kita memilih untuk bertaubat.20

Walaupun kita merasai kesedihan ilahi untuk tindakan kita,21 apabila kita memilih untuk bertaubat, kita serta merta menjemput Juruselamat ke dalam kehidupan kita. Sepertimana Amulek mengajar, “Tampil dan tidak mengeraskan hatimu lebih lama lagi; kerana lihatlah, sekaranglah waktu dan masa penyelamatanmu; dan oleh itu, jika kamu bertaubat dan tidak mengeraskan hatimu, serta-merta akanlah rancangan penebusan yang agung itu dibawa kepadamu.”22 Kita dapat merasai kesedihan ketuhanan untuk tindakan kita dan, pada masa yang sama merasai kegembiraan kerana memperoleh bantuan Juruselamat.

Hakikatnya bahawa kita boleh bertaubat ialah berita baik Injil!23 Rasa bersalah boleh “disapu pergi.”24 Kita boleh dipenuhi kegembiraan, menerima pengampunan dosa-dosa kita, dan memperoleh “kedamaian hati nurani.”25 Kita boleh menjadi bebas daripada perasaan patah hati dan penghambaan dosa. Kita boleh dipenuhi dengan cahaya hebat Tuhan dan “tidak disakiti lagi.”26 Pertaubatan bukan sahaja boleh terjadi tetapi juga menggembirakan kerana Juruselamat kita. Saya masih mengingati perasaan yang melingkupi saya di bilik presiden cabang selepas peristiwa mercun itu. Saya tahu saya telah dimaafkan. Perasaan bersalah saya lesap, suasana suram saya terangkat, dan hati saya terasa ringan.

Saudara dan saudari, dengan penutupan persidangan ini, saya mengundang kamu semua untuk merasa kegembiraan dalam kehidupan kamu: kegembiraan dalam pengetahuan bahawa Korban tebusan Yesus Kristus adalah benar; kegembiraan dalam kebolehan, kesanggupan, dan keinginan Juruselamat untuk mengampun; dan kegembiraan dengan memilih untuk bertaubat . Marilah kita mengikut arahan “untuk kegembiraan … keluarkan air dari perigi penyelamatan.”27 Semoga kita memilih untuk bertaubat, untuk meninggalkan dosa kita, dan menukarkan hati dan kehendak kita kembali untuk mengikut Juruselamat kita. Saya bersaksi akan realiti kehidupan-Nya. Saya adalah saksi dan penerima berulang belas kasihan, rahmat dan kasih-Nya yang tidak terbanding. Saya doakan agar berkat-berkat menebus Korban Tebusan-Nya menjadi kepunyaan anda sekarang—dan semula dan semula dan semula sepanjang kehidupan anda,28 sepertimana dalam kehidupan saya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Elder Per Gösta Malm (1948–2016) telah melayan sebagai Pegawai Umum Tujuh Puluh dari tahun 2010 sehinggalah kematiannya. Walaupn telah dilahirkan di Jönköping, Sweden, dia dan isterinya, Agneta, tinggal di Göteborg, Sweden. Ketika ucapan persidangan umum hebatnya pada October 2010, Elder Malm juga telah berkongsikan kisah dari Göteborg (lihat “Rest Unto Your Souls,” Liahona, Nov. 2010, 101–2;

  2. Walaupun Steffan bukanlah nama sebenar kawan saya, kisah ini dikongsi dengan kebenarannya.

  3. Ajaran dan Perjanjian 58:42–43.

  4. Perkataan Yunani metanoeo secara literal bermaksud “‘untuk menyedari selepasnya’ (meta, , ‘selepas,’ menyiratkan ‘tukar,’ noeo, ‘untuk menyedari’; nous, ‘pemikiran, tempat duduk untuk pemgimbasan moral’)” (lihat James Strong, The New Strong’s Expanded Exhaustive Concordance of the Bible [2010], Greek dictionary section, 162).

  5. Penterjemahan saya mengenai omvänd. Om Boleh diterjemah sebagai “kembali.” Vänd Boleh diterjemahkan sebagai “untuk pusing.”

  6. C. S. Lewis, The Great Divorce: (1946), 6. Di permulaan buku, Lewis telah menulis bahawa ada yang cuba menyatukan syurga dan neraka dan bukan memilih satu atau yang lain. Dia berkata bahawa ada yang di antara kita fikir “perkembangan atau pelarasan atau perbaikan akan menukarkan kejahatan kepada kebaikan. … Saya percaya ini kesilapan yang membinasakan. … Kita tidak hidup dalam dunia di mana semua jalan berpusat dari tengah dan di mana, jika diikuti secukup lama, akan secara beransur dan akhirnya bertemu kembali ke pusat. …

    “Saya tidak percaya bahawa semua yang memilih jalan salah akan binasa; tetapi penyelamatan mereka merangkumi perletakkan kembali pada jalan yang betul. … Kejahatan boleh dibaiki, tetapi ia tidak boleh ‘dikembangkan’ kepada sesuatu yang baik. Masa tidak memulihkannya. Jampian itu harus dihentikan, sedikit demi sedikit, … atau tidak” (5–6).

  7. Lihat Bible Dictionary, “Repentance.”

  8. Yehezkiel 33:14–15.

  9. Kesaksian Presiden Boyd K. Packer di pertemuan pemimpin yang berkaitan dengan persidangan umum April 2015 tidak diterbitkan. Kata-kata ini adalah dari nota peribadi saya, yang ditulis pada masa itu.

  10. Boyd K. Packer, “Rancangan Kegembiraan,” Liahona, Mei 2015, 28.

  11. 2 Nefi 2:5.

  12. 2 Nefi 2:27.

  13. Lihat 2 Nefi 2:26.

  14. Alma 1:4. Nehor and his followers did not believe in repentance (see Alma 15:15).

  15. Lihat Russell M. Nelson, “Kasih Ilahi,” Liahona, Yehezkiel 2003,12–17

  16. Lihat Lukas 15:17; lihat juga ayat-ayat 11–24.

  17. William Shakespeare, The Rape of Lucrece, garisan 211–14.

  18. Ajaran dan Perjanjian 18:11.

  19. Lihat Yesaya 53:5.

  20. Lihat Lukas 15:4–7; Ajaran dan Perjanjian 18:10–13.

  21. Pertaubatan yang ikhlas merangkumi “dukacita ketuhanan” (2 Korintus 7:10). Elder M. Russell Ballard telah mengajar: “Kepada mereka yang telah sesat, Juruselamat telah menyediakan jalan untuk kembali. Tetapi ia bukanlah tanpa kesakitan. Pertaubatan bukanlah senang; ia mengambil masa—masa yang menyakitkan!” (“Mentaati Perjanjian,”Ensign, Mei 1993, 7). Elder Richard G. Scott juga telah mengajar, “Kadang kala langkah-langkah pertaubatan pada mulanya susah dan menyakitkan” (“Mencari Keampunan,”Ensign, Mei 1995, 77). Walaupun kedukaan ketuhanan dan kesakitan terlibat dalam proses pertaubatan, hasil kesudahan menggembirakan apabila keampunan dosa dirasai.

  22. Alma 34:31; penekanan ditambah.

  23. Lihat Bible Dictionary, “Gospels.”

  24. Enos 1:6.

  25. Mosia 4:3.

  26. Mosia 27:29.

  27. Yesaya 12:3.

  28. LihatMosia 26:29–30. Walaupun Tuhan berjanji untuk mengampuni semua secara bebas, berdosa dengan niat dan kebergantungan terhadap rahmat Juruselamat supaya pertaubatan menjadi senang ialah terhina terhadap Tuhan (lihat Ibrani 6:4–6; 10:26–27). Elder Richard G. Scott berkata: “Berita gembira bagi sesiapa ang ingin menghapuskan akibat pilihan yang salah adalah bahawa Tuhan melihat kelemahan dan pemberontakan dengan berbeza. Namun Tuhan memberi amaran bahawa mereka yang memberontak dengan tidak bertaubat akan dihukumi, apabila Tuhan merujuk, kepada kelemahan, ia sentiasanya dirujuk dengan belas kasihan” (“Kekuatan Peribadi Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus,”Liahona, Nov 2013, 83).