2010–2019
Rancangan Penebusan Yang Agung
Oktober 2016


Rancangan Penebusan Yang Agung

Saya tahu bahawa apabila kita bertaubat dengan ikhlas akan dosa-dosa kita, mereka benar-benarnya hilang—tanpa sebarang tanda!

Beberapa bulan sebelum Presiden Boyd K. Packer meninggal dunia, dia berucap kepada para pemimpin imamat umum dan badan sokongan umum. Saya tidak dapat henti fikir tentang apa yang dia katakan. Dia kata dia merenung tentang segala yang dia lakukan dalam hidupnya, mencari bukti-bukti dosa yang sudah dia buat dan bertaubat akan dengan ikhlas, dan dia tidak boleh mendapati sebarang tanda dosa-dosa itu. Kerana korban tebusan Juruselamat terkasih kita, Yesus Kristus, dan melalui pertaubatan yang ikhlas, dosa-dosanya sudah hapus, seolah-olah mereka tidak pernah berlaku. Presiden Packer mengarah kami pemimpin hari itu untuk bersaksi bahawa ini adalah benar bagi kita setiap orang yang bertaubat dengan ikhlas.

Beberapa tahun dahulu, saya tahu tentang seorang lelaki yang terlibat dalam pelanggaran moral. Buat satu masa, lelaki ini terlalu malu dan terlalu bimbang untuk berucap dengan isterinya dan pemimpin-pemimpin imamatnya. Dia hendak bertaubat tetapi dia kata dia rela untuk menyerahkan keselamatan abadi diri sendiri dan tidak ingin isteri dan anak-anaknya mengalami kesedihan, kemaluan, atau akibat lain yang akan didatangkan oleh pengakuannya.

Apabila kita berdosa, Setan cuba menyakinkan kita bahawa kita harus melindungi orang lain daripada kemusnahan yang didatangkan oleh pengetahuan tentang dosa-dosa kita, termasuk mengelak untuk mengaku kepada uskup, yang boleh memberkati hidup kita melalui kunci-kunci imamat sebagai hakim umum di Israel. Tetapi, sebenarnya, tindakan yang mulia dan seperti Kristus adalah untuk mengakui dan bertaubat. Inilah rancangan penebusan Bapa Syurgawi yang agung.

Akhirnya, lelaki itu mengakui kepada isterinya yang beriman dan pemimpin-pemimpin Gerejanya, menunjukkan kesesalan yang mendalam. Walaupun itu satu perkara yang paling sukar bagi dia, perasaan kesenangan, kedamaian, kesyukuran dan kasih sayang bagi Juruselamat kita, dan satu pengetahuan bahawa Tuhan mengangkat beban beratnya dan mengangkat dia mendatangkan kebahagiaan yang tidak dapat dihuraikan, tidak kira apa pun yang akan berlaku pada masa depannya.

Imej
Juruselamat menghiburkan

Dia pasti isteri dan anak-anaknya akan rasa sangat sedih—ya, mereka sedih; dan dia akan menghadapi disiplin dan dibebaskan dari panggilannya—ya, itu berlaku. Dia pasti isterinya akan berasa sedih, sakit, dan marah—ya, isterinya berasa semua itu. Dan dia yakin isteri dan anak-anak mereka akan tinggalkan dia—tetapi mereka tidak.

Kadangkala pelanggaran yang serius datangkan perceraian, dan bergantung pada situasi, itu mungkin perlu. Tetapi lelaki ini hairan, isterinya menerima dia dan berusaha untuk menolong dia. Akhirnya, isterinya dapat mengampunkan dia dengan sepenuhnya. Pada akhirnya, isterinya dapat mengampunkan dia. Banyak tahun kemudian, pasangan ini dan tiga orang anak mereka tetap kuat dan beriman. Suami isteri ini melayan dalam bait suci dan memiliki satu hubungan yang penuh dengan kasih sayang. Kedalaman kesaksian, kasih sayang dan kesyukurannya bagi Juruselamat jelas dinampak dalam hidupnya.

Amulek bersaksi, “Aku menghendaki agar kamu akan tampil dan tidak mengeraskan hatimu lebih lama lagi; ... jika kamu bertaubat  ... , dengan serta-merta akanlah rancangan penebusan yang agung itu dibawa ke depanmu.”1

Semasa saya melayan bersama suami saya ketika dia memimpin satu misi, kami pergi ke lapangan terbang untuk mengangkat satu kumpulan mubaligh satu pagi. Seorang mubaligh menangkap perhatian kami. Dia nampaknya sedih, berbeban, hampir tidak keruan. Kami memerhati dia dengan berhati-hati petang itu. Malam itu, lelaki muda itu buat satu pengakuan, dan pemimpin-pemimpinnya buat keputusan bahawa dia perlu pulang ke rumah. Walaupun kami sedih kerana dia tidak jujur dan tidak bertaubat sebelum datang ke misi, dalam jalan ke lapangan terbang, kami memuji dia dengan ikhlas dan berkasih sayang demi keberaniannya untuk mengakui sekarang, dan kami janji untuk terus menghubungi dia.

Pemuda ini diberkati ibu bapa yang baik, pemimpin-pemimpin imamat, dan satu bahagian yang menyokong dan mengasihi dia. Selepas satu tahun berusaha untuk bertaubat dengan sepenuhnya dan mengambil bahagian dalam Korban Tebusan Juruselamat, dia dapat pulang ke misi kami. Saya tidak dapat huraikan perasaan kebahagiaan kami apabila kami pergi mengangkat pemuda itu di lapangan terbang. Dia penuh dengan Roh, gembira, berkeyakinan di depan Tuhan, dan berhasrat untuk melengkapkan satu misi yang beriman. Dia menjadi seorang mubaligh yang unggul, dan suami saya dan saya berpeluang untuk menghadiri pemeteraian bait sucinya.

Sebalik dengan contoh ini, saya juga tahu seorang mubaligh yang sedar bahawa dosa yang dia lakukan sebelum misinya akan mengakibatkan dia dihantar balik ke rumah, dia buat rancangan diri sendiri untuk bekerja dengan lebih keras sepanjang misinya dan mengaku kepada presiden misi beberapa hari sebelum dia lengkapkan misi. Dia kekurangan kesedihan sejalan dengan kehendak Tuhan dan cuba untuk mengelakkan proses pertaubatan yang sudah disediakan oleh Juruselamat bagi kita semua.

Pada misi kami, saya pernah menemani suami saya apabila dia pergi menemu duga seorang lelaki untuk pembaptisan. Semasa suami saya melaksanakan temu duga itu, saya tunggu di luar rumah bersama saudari-saudari mubaligh yang ajar lelaki itu. Apabila temuduga itu tamat, suami saya beritahu dua orang mubaligh itu bahawa lelaki itu boleh dibaptis. Lelaki itu menangis semasa dia jelaskan bahawa dia sudah pasti dosa yang telah dia lakukan dalam hidup ini akan menghalang dia untuk dibaptis. Saya tidak selalu dapat menyaksi kebahagiaan dan kegembiraan seorang meninggalkan kegelapan dan memaju depan ke dalam cahaya yang sama seperti apa yang saya saksi hari itu.

Imej
Juruselamat berikan harapan

Elder D. Todd Christofferson bersaksi:

“Dengan beriman kepada Penebus [kita] yang berbelas kasihan, putus asa menjadi harapan. Hati dan hasrat kita berubah, dan dosa yang menarik hati lebih dibenci sekali.

“… Betapa tinggi harga pertaubatan, ia ditelan oleh keampunan.”2

Pengalaman-pengalaman ini mengingatkan saya tentang Enos dari Kitab Mormon, yang “berseru kepada [Tuhan] dalam doa yang membara,” dan kemudian dia terdengar satu suara kata, “Enos, dosa-dosamu diampuni bagimu. …

“Dan aku, Enos, tahu bahawa Tuhan tidak dapat berdusta; oleh kerana itu, rasa bersalahku disapu bersih.

“Dan aku berkata: Tuhan, bagaimana itu terjadi?

“Dan Dia berfirman kepadaku: Kerana imanmu kepada Kristus. … Pergilah, imanmu telah menjadikan engkau suci.”3

Dalam persediaan ucapan ini, saya hendak tahu bagaimana cucu-cucu kami tahu tentang pertaubatan dan bagaimana mereka rasa tentang Juruselamat, jadi, saya tanya anak-anak kami untuk menanya cucu-cucu kami soalan-soalan berikut: Saya terharu oleh balasan mereka.

Apakah itu pertaubatan? “Apabila anda memukul seorang, anda boleh ‘minta maaf’ dan menolong mereka.”

Bagaimana anda rasa apabila anda bertaubat? “Anda boleh rasa Dia; anda boleh rasa kemesraan-Nya, dan perasaan buruk hilang.”

Bagaimana anda rasa tentang Yesus dan Bapa Syurgawi apabila anda bertaubat? “Saya rasa Yesus fikir bahawa Korban Tebusan-Nya bernilai, dan Dia, gembira bahawa kita boleh hidup bersama Dia lagi.”

Mengapa Yesus dan Bapa Syurgawi hendak kita bertaubat? Cucu remaja saya kata: “Kerana Mereka menyayangi saya! Untuk berkembang dan menjadi lebih seperti Mereka, saya perlu bertaubat. Saya juga inginkan Roh bersama saya, jadi saya perlu bertaubat setiap hari untuk memperoleh penemanan-Nya. Saya tidak dapat bersyukur kepada Mereka dengan secukupnya.”

Apabila Brynlee yang berumur empat tahun dengar soalan-soalan ini, dia kata, “Saya tidak tahu, Ayah. “Kamu ajarlah saya.”

Imej
Brynlee dan bapanya

Dalam persidangan umum lepas, Elder Jeffrey R. Holland kata: “Betapa lewat anda fikir bagi anda, berapa banyak peluang anda fikir anda sudah buang, berapa banyak kesalahan anda fikir anda sudah buat, ... atau betapa jauh dari rumah, dan dari keluarga, serta dari Tuhan anda fikir anda sudah meninggal, saya bersaksi bahawa anda belum sampai ke luar capaian kasih sayang ilahi. Adalah mustahil bagi anda untuk jatuh begitu rendah di mana cahaya Korban Tebusan Kristus tidak boleh mencapai anda.”4

Oh, betapa saya hendak anak-anak, cucu-cucu saya, dan anda semua, saudara saudari saya, untuk merasa kebahagiaan dan kedekatan kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita semasa kita bertaubat akan dosa-dosa dan kelemahan kita setiap hari. Setiap anak Bapa Syurgawi yang bertanggungjawab perlukan pertaubatan. Pertimbangkan tentang dosa-dosa apakah yang perlu kita bertaubat akan. Apakah yang menghalang kita untuk bertaubat? Dalam cara apakah perlu kita memperbaiki?

Saya tahu, seperti Presiden Packer mengalami dan bersaksi, bahawa apabila kita bertaubat dengan ikhlas, dosa-dosa kita akan hilang—tanpa sebarang tanda pun! Saya pernah rasa kasih sayang, kebahagiaan, kesenangan, dan keyakinan di depan Tuhan apabila saya bertaubat.

Bagi saya, mukjizat yang paling besar dalam hidup bukan membelah Laut Merah, menggerakkan gunung, atau menyembuhkan badan. Mukjizat yang paling besar berlaku apabila kita berdoa kepada Bapa kita di Syurga dengan rendah hati, merayu kepada Dia supaya kita diampunkan dan kemudian dibersihkan daripada dosa-dosa itu melalui korban tebusan Juruselamat kita. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.