2010–2019
Kepada Siapakah Kami Akan Pergi?
Oktober 2016


Kepada Siapakah Kami Akan Pergi?

Pada akhirnya, kita setiap orang mesti membalas kepada soalan Juruselamat: “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”

Beberapa tahun dahulu, saya dan keluarga saya pergi mengunjung Tanah Suci. Salah satu peringatan yang jelas dari kunjungan itu ialah tingkat atas di Yerusalem, tempat tradisi Perjamuan Tuhan.

Ketika kami berdiri di tempat itu, saya baca kepada keluarga saya Yohanes 17, di mana Yesus merayu kepada Bapa-Nya bagi pihak pengikut-pengikut-Nya.

“Aku berdoa untuk mereka ... Supaya mereka menjadi satu, seperti engkau dan Aku juga satu.  …

“Aku berdoa bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk semua orang yang percaya kepada-Ku melalui perkhabaran mereka;

“...Supaya mereka semua menjadi satu, sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita.”1

Saya menjadi emosi semasa membaca kata-kata itu dan berdoa di tempat itu supaya saya boleh menjadi satu dengan keluarga saya, dan dengan Bapa Syurgawi serta Putera-Nya.

Perhubungan kita dengan keluarga, rakan, Tuhan, dan Gereja-Nya yang sudah dipulihkan ialah perkara yang penting dalam hidup ini. Kerana perhubungan-perhubungan ini sangat penting, mereka harus dihargai, dilindungi, dan dijaga.

Salah satu cerita yang paling sakit hati dari kitab suci berlaku apabila “banyak pengikut Yesus” tidak hendak menerima ajaran-ajaran-Nya, dan mereka “meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi.”2

Semasa pengikut-pengikut itu meninggal, Yesus menanya Dua Belas Rasul, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”3

Petrus balas:

“Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.

“Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Tuhan.”4

Pada saat itu, apabila orang lain berfokus pada perkara yang mereka tidak boleh terima, para Rasul pilih untuk berfokus pada perkara yang mereka sudahpercaya dan tahu, dan akibatnya, mereka tetap bersama Kristus.

Kemudian, pada hari Pentakosta, Dua Belas Rasul menerima kurnia Roh Kudus. Mereka menjadi berani dalam kesaksian mereka tentang Kristus dan mula lebih memahami ajaran-ajaran Yesus.

Hari ini tidak berbeza. Bagi sebahagian orang, jemputan Kristus untuk mempercayai dan tetap terus menjadi susah—atau sukar diterima. Ada pengikut-pengikut yang berjuang untuk memahami satu polisi atau ajaran Gereja. Ada orang yang bimbang tentang sejarah kita atau ketidaksempurnaan ahli dan pemimpin Gereja sekarang atau dahulu. Ada orang yang susah mengikut satu agama yang memerlukan banyak pengorbanan. Akhirnya, mereka menjadi “letih dalam melakukan yang baik.”5 Kerana alasan-alasan ini atau lain, ada ahli-ahli Gereja berbolak-balik dalam iman mereka, fikir mereka mungkin harus ikut orang yang ““meninggalkan [Yesus] dan tidak mahu mengikut Dia lagi.”

Jika anda teragak-agak dalam iman anda, saya tanya soalan yang Petrus tanya: “Kepada siapakah [anda] akan pergi?” Jika anda pilih untuk menjadi tidak aktif dalam atau meninggal Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang yang sudah dipulihkan, ke manakah akan anda pergi? Apakah yang akan anda lakukan? Keputusan untuk “tidak mahu mengikut” ahli-ahli Gereja dan para pemimpin Tuhan akan ada kesan jangka panjang yang tidak dapat dinampak sekarang. Mungkin ada ajaran, polisi, sebahagian sejarah yang tidak selaras dengan iman anda, dan anda mungkin rasa bahawa untuk mengatasi kekacauan jiwa ini sekarang, anda “tidak mahu mengikut” para Orang Suci. Tetapi jika anda hidup selama saya hidup, anda akan tahu bahawa semua ini akan dijawab secara diri sendiri. Satu pandangan atau wahyu yang berilham mungkin akan jelaskan satu isu. Ingatlah, Pemulihan bukan satu kejadian, tetapi ia terus berkembang.

Jangan tinggalkan kebenaran yang diwahyu melalui Nabi Joseph Smith. Jangan henti membaca, merenung, dan melaksanakan ajaran Kristus yang dikandungi dalam Kitab Mormon.

Jangan gagal untuk berikan masa yang sama kepada Tuhan melalui percubaan yang ikhlas untuk memahami perkara yang sudah Tuhan wahyukan. Seperti rakan rapat dan bekas rakan sekerja saya Elder Neal A. Maxwell kata, “Kita tidak harus anggap ... Bahawa jika kita tidak dapat menjelaskan sesuatu, perkara itu tidak ada penjelasan.”6

Jadi, sebelum anda buat pilihan yang membahayakan rohani untuk meninggal, saya menggalakkan anda untuk berhenti dan fikir dengan berhati-hati sebelum lepaskan perkara yang bawa anda ke Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan. Berhenti dan fikir tentang apa yang sudah anda rasa di sini dan mengapa anda ada perasaan itu. Fikir tentang masa apabila Roh Kudus bersaksi kepada anda tentang kebenaran abadi.

Ke manakah akan anda pergi untuk mencari orang yang kongsikan kepercayaan peribadi anda, Ibu Bapa Syurgawi yang berbelas kasihan, yang ajarkan kita bagaimana untuk pulang ke hadirat abadi Mereka?

Ke manakah akan anda pergi untuk diajar tentang Juruselamat yang merupakan rakan rapat anda, yang tidak hanya sudah menderita “kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis” supaya “sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka,”7 dan saya percaya ini termasuk kelemahan kehilangan iman?

Ke manakah akan anda pergi untuk belajar tentang rancangan Bapa Syurgawi untuk kegembiraan dan kedamaian abadi kita, satu rancangan yang penuh dengan kemungkinan, ajaran, dan bimbingan yang kagum bagi hidup fana dan hidup abadi kita? Ingatlah, rancangan keselamatan berikan maksud, tujuan, dan arah kepada hidup fana.

Ke manakah akan anda pergi untuk mencari satu struktur organisasi Gereja yang perinci dan berilham di mana anda diajar dan disokong oleh lelaki dan wanita yang bertekad untuk melayan Tuhan dengan melayan anda dan keluarga anda?

Ke manakah akan anda pergi untuk mencari nabi dan rasul hidup, yang dipanggil oleh Tuhan untuk memberi anda satu lagi sumber nasihat, pemahaman, penghiburan, dan ilham untuk menghadapi cabaran hari ini?

Ke manakah akan anda pergi untuk mencari orang yang mematuhi satu set nilai dan standard yang anda kongsi dan anda ingin berikan kepada anak-anak dan cucu-cucu anda?

Dan ke manakah akan anda pergi untuk mengalami kebahagiaan yang datang dari tatacara Injil penyelamatan dan perjanjian bait suci?

Saudara-saudari, menerima dan mematuhi Injil Kristus boleh mencabarkan. Ia selalu begini, dan akan tetap begini. Hidup ini seperti pendaki gunung mendaki satu jalan yang curam dan yang memenatkan. Adalah biasa untuk berhenti sekejap untuk melepaskan lelah, mengira semula bearing kita, dan menimbang semula kelajuan kita. Bukan semua orang perlu berhenti pada jalan itu, tetapi berhenti bukan satu kesalahan apabila keadaan anda perlukan. Sebenarnya, ini satu perkara yang positif bagi mereka yang mengambil peluang ini untuk menyegarkan diri sendiri dengan air hidup Injil Kristus

Kebahayaan datang apabila seseorang pilih untuk meninggalkan jalan itu yang menuju ke pokok kehidupan.8 Kadang-kala kita boleh belajar, kaji dan tahu, dan kadang-kala kita harus percaya, yakin, dan harap.

Pada akhirnya, kita setiap orang mesti membalas kepada soalan Juruselamat: “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”9 Kita semua mesti carikan jawapan kepada soalan itu diri sendiri. Bagi sebahagian orang, jawapan itu mudah; bagi orang lain, ia susah. Saya tidak berpura-pura untuk mengetahui mengapa iman untuk percaya adalah mudah bagi sebahagian orang. Saya bersyukur untuk mengetahui bahawa jawapan sentiasa sedia ada, dan jika kita mencarikan jawapan—dengan niat yang benar dan maksud hati yang sepenuh bersama doa—kita akan memperoleh jawapan kepada soalan kita semasa terus berjalan pada jalan Injil. Dalam pelayanan saya, saya tahu mereka yang meninggal dan pulang selepas cubaan iman mereka.

Saya harap kita akan menjemput lebih ramai anak-anak Tuhan untuk mencari dan berjalan pada jalan Injil supaya mereka juga boleh “makan buah itu, yang dihasrati melebihi segala buah lain.”10

Saya merayu kita akan menggalak, menerima, memahami, dan menyayangi mereka yang berjuang dengan iman. Kita tidak harus mengabaikan saudara saudari kita. Kita semua berada pada titik yang berlainan pada jalan itu, dan kita perlu melayan sesama sendiri menurut keperluan.

Seperti kita harus mengalu-alukan dan menyokong penganut baru, kita juga harus menyokong mereka yang ada soalan dan teragak-agak dalam iman mereka.

Dengan menggunakan satu metafora yang sudah biasa, saya berdoa bahawa sesiapa yang fikir tentang meninggalkan “Kapal Sion” yang dipimpin oleh Tuhan dan Kristus, akan henti dan fikir dengan berhati-hati sebelum tinggal.

Sila tahu bahawa walaupun ribut dan gelombang kuat memukul kapal itu, Juruselamat berada pada kapal itu dan Dia mampu meneduhkan angin ribut dengan perintah-Nya, “Diam! Tenanglah.” Sehingga masa itu, kita mesti tidak takut, dan kita mesti ada iman yang tidak goyah dan tahu bahawa “angin dan ombak pun taat kepadanya.”11

Saudara saudari, saya janji anda dalam nama Tuhan bahawa Dia tidak akan meninggalkan Gereja-Nya dan Dia tidak akan meninggalkan kita. Ingatlah balasan Petrus kepada soalan Juruselamat:

“Kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.

“Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Tuhan.”12

Saya bersaksi bahawa “tidak akan ada nama lain diberikan atau jalan lain atau cara lain apa pun yang melaluinya keselamatan dapat datang kepada anak-anak manusia, hanya dalam dan melalui nama Kristus.”13

Saya juga bersaksi bahawa Yesus Kristus sudah panggil rasul dan nabi pada zaman kita dan memulihkan Gereja-Nya dengan ajaran dan perintah sebagai satu “perlindungan dari badai, dan dari kemurkaan” yang akan datang kecuali orang dunia ini bertaubat dan pulang kepada-Nya.14

Saya juga bersaksi bahawa Tuhan “menjemput mereka semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada Dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; ... Dan semua adalah sama bagi Tuhan.”15

Yesus ialah Juruselamat dan Penebus kita, dan Injil-Nya yang sudah dipulihkan akan memimpin kita balik ke hadirat Ibu Bapa Syurgawi kita dengan selamat jika kita tetap pada jalan Injil dan mengikut langkah-Nya. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.