2010–2019
Dipanggil Pada Pekerjaan Tuhan
April 2017


Dipanggil Pada Pekerjaan Tuhan

Satu tugas untuk bekerja dalam satu tempat tertentu adalah penting tetapi tidak berapa penting berbanding dengan panggilan untuk melayan.

Presiden Monson, kami sangat gembira untuk mendengar suara anda dan untuk menerima arahan anda. Kami menyayangi anda, menyokong anda, dan berdoa untuk anda.

Saya berdoa demi bantuan dari Roh Kudus semasa kita merenung tentang asas-asas mengenai kerja mengkhutbahkan Injil kepada setiap negara, kaum, bahasa, dan bangsa.1

Dipanggil untuk Melayan dan Ditugas untuk Bekerja

Setiap tahun beribu-ribu pemuda-pemudi, dan ramai pasangan tua, rela menerima satu surat khas dari Salt Lake City. Kandungan surat ini mengubahkan orang yang menerimanya selama-lamanya, dan juga ahli-ahli keluarga dan banyak orang lain. Apabila ia sampai, sampul surat itu mungkin dibuka dengan kemas dan sabar atau secara teruja dan cepat. Membaca surat khas ini ialah satu pengalaman yang tidak dapat dilupai.

Surat ini ditandatangani oleh Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan dua ayat pertama adalah seperti berikut: “Anda dipanggil untuk melayan sebagai seorang penginjil Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Anda dipanggil untuk bekerja dalam Misi ______.”

Sila beri perhatian bahawa ayat pertama adalah untuk melayan sebagai seorang penginjil sepenuh masa dalam Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan. Ayat kedua menunjukkan satu tugas untuk bekerja pada satu tempat dan misi tertentu. Adalah penting bagi kita untuk memahami perbezaan dalam dua ayat ini.

Dalam kebudayaan Gereja, kita biasanya kata kita dipanggil untuk melayan dalam satu negara seperti Argentina, Poland, Korea, atau Amerika Syarikat. Tetapi seorang penginjil tidak dipanggil kepada satu tempat; dia dipanggil untuk melayan. Seperti Tuhan mengisytiharkan kepada Nabi Joseph Smith pada tahun 1829, “Jika kamu memiliki hasrat untuk melayani Tuhan kamu dipanggil pada pekerjaan itu.”2

Setiap panggilan dan tugas misi, atau kemudiannya penugasan semula, ialah hasil wahyu melalui hamba-hamba Tuhan. Satu panggilan pada pekerjaan itu datang dari Tuhan melalui Presiden Gereja. Satu tugas ke salah satu daripada 400 misi di seluruh dunia datang dari Tuhan melalui seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul, dengan keizinan dari nabi hidup Tuhan. Kurnia-kurnia nubuat dan wahyu menyertai semua panggilan dan penugasan misi.

Bahagian 80 dalam Ajaran dan Perjanjian ialah satu rekod panggilan misi kepada Stephen Burnett yang diberikan oleh Nabi Joseph Smith pada tahun 1832. Mengaji panggilan ini kepada Saudara Burnett boleh menolong kita (1)lebih memahami perbezaan di antara “dipanggil pada pekerjaan” sebagai seorang penginjil dan “ditugas untuk bekerja” di satu tempat tertentu dan (2) lebih menghargai tanggungjawab ilahi individu kita untuk mengkhutbahkan Injil.

Ayat 1 bahagian ini ialah satu panggilan untuk melayan: “Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu hamba-Ku Stephen Burnett: Pergilah kamu, pergilah kamu ke dunia dan khutbahkanlah Injil kepada setiap makhluk yang datang di bawah bunyi suaramu .”3

Ayat 2 memberitahu Brother Burnett tentang teman penginjil yang ditugaskan kepada dia: “Dan sejauh kamu menghasratkan seorang rakan, Aku akan memberi kepadamu hamba-Ku Eden Smith.”4

Ayat 3 menunjukkan di mana dua orang penginjil ini akan bekerja: “Kerananya, pergilah kamu dan khutbahkanlah Injil-Ku, apakah ke utara atau ke selatan, ke timur atau ke barat, tidaklah masalah, kerana kamu tidak dapat pergi dengan keliru.”5

Saya tidak percaya bahawa frasa “tidaklah masalah” yang digunakan oleh Tuhan dalam ayat suci ini cadangkan bahawa Dia tidak ambil berat tentang ke mana hamba-hamba-Nya bekerja. Sebenarnya, Dia sangat mengambil berat tentang hal ini. Tetapi sebab kerja mengkhutbahkan Injil ialah kerja Tuhan, Dia mengilham, membimbing, dan mengarah hamba-hamba-Nya yang Dia beri kuasa. Apabila para penginjil berusaha untuk menjadi alat dalam tangan-Nya yang lebih layak dan berupaya serta bekerja sedaya upaya untuk menjalankan tugas mereka dengan beriman, dengan bantuan-Nya mereka “tidak dapat pergi dengan keliru.” Mungkin salah satu pengajaran Juruselamat mengajar kita dalam wahyu ini adalah bahawa satu tugas untuk bekerja dalam satu tempat tertentu adalah penting tetapi tidak berapa penting berbanding dengan panggilan untuk melayan.

Ayat selepas itu menandakan kelayakan penting bagi semua penginjil: “Oleh kerana itu, maklumkanlah apa yang telah kamu dengar, dan sungguh percayai, dan tahu adalah benar.6

Ayat terakhir mengingatkan Brother Burnett dan kita semua siapakah yang berikan panggilan untuk melayan: “Lihatlah, inilah kehendak dari Dia yang telah memanggilmu, Penebusmu, bahkan Yesus Kristus. Amin.”7

Mengatasi Salah Faham

Mungkin anda tanya diri sendiri mengapa saya pilih untuk berbincang dalam satu sesi imamat Persidangan umum tentang perbezaan yang memangnya jelas sekali di antara dipanggil pada pekerjaan Tuhan dan ditugas untuk bekerja. Jawapan saya kepada anda adalah terus terang: pengalaman saya sudah ajar saya bahawa banyak ahli Gereja tidak benar-benarnya faham asas-asas ini.

Satu sebab terbesar untuk mengucap tentang perkara ini adalah bahawa saya sudah belajar tentang kebimbangan, kerisauan dan bahkan perasaan bersalah yang dirasai oleh ramai penginjil yang ditugas semula ke misi lain semasa masa pelayanan mereka. Kadang-kala penugasan semula diperlukan kerana kejadian dan keadaan seperti kemalangan dan kecederaan jasmani, kelewatan dan cabaran untuk memperolehi visa, ketidakstabilan politik, pembukaan dan pengambilan kakitangan misi baru, atau keperluan yang selalu berubah-ubah di seluruh dunia dalam kerja mengkhutbahkan Injil.8

Apabila seorang penginjil ditugas semula ke satu misi baru, proses itu tepat sama seperti tugas pertama. Ahli-ahli Kuorum Dua Belas mencarikan ilham dan bimbingan untuk membuat penugasan semula.

Baru-baru ini saya berucap dengan seorang saudara yang beriman yang kongsikan bersama saya perasaannya. Dalam satu mesyuarat, saya jelaskan perbezaan di antara dipanggil pada pekerjaan Tuhan dan ditugas untuk bekerja. Saudara ini berjabat tangan dengan saya dengan air mata dalam matanya dan kata, “Perkara yang anda bantu saya belajar hari ini mengangkatkan beban dari bahu saya yang sudah saya pikul lebih dari 30 tahun. Semasa saya seorang penginjil muda, tugas misi pertama saya adalah untuk bekerja di Amerika Selatan. Tetapi saya tidak dapat memperoleh visa, jadi tugas saya diubah ke Amerika Syarikat. Sepanjang masa ini saya tertanya-tanya mengapa saya tidak dapat melayan di tempat di mana saya dipanggil. Sekarang saya tahu saya dipanggil pada pekerjaan Tuhan dan bukan ke satu tempat. Pemahaman ini sudah menolong saya lebih dari yang dapat saya ucapkan.”

Saya berasa sakit hati untuk saudara yang baik ini. Apabila saya mengajar asas-asas dasar ini di seluruh dunia, ramai memberitahu saya perasaan yang sama seperti saudara yang baru saya huraikan. Saya berucap tentang subjek ini hari ini kerana tidak seorang ahli Gereja ini pun harus memikul beban kesalahan faham, ketidakpastian, keseksaan jiwa, atau perasaan bersalah tentang tugas untuk bekerja.

“Kerananya, pergilah kamu dan khutbahkanlah Injil-Ku, apakah ke utara atau ke selatan, ke timur atau ke barat, tidaklah masalah, kerana kamu tidak dapat pergi dengan keliru.”9 Semasa anda merenungkan kata-kata ayat suci ini dan bukakan hati anda, saya harap dan doa anda akan menjemput Roh Kudus untuk membawakan pemahaman, penyembuhan, dan pemulilhan yang anda perlukan ke dalam jiwa anda.

Satu sebab tambahan saya tertekan untuk membincang tentang topik ini ialah pengalaman peribadi saya untuk menugaskan penginjil buat banyak tahun. Bagi Dua Belas Rasul, tidak ada perkara lain yang paling menegaskan realiti wahyu zaman akhir yang berterusan daripada mencari untuk mentafsirkan kehendak Tuhan semasa kami melaksanakan tanggungjawab kami untuk menugaskan para penginjil ke misi tempat misi mereka. Saya bersaksi bahawa Juruselamat tahu dan sedar tentang kita setiap orang “satu demi satu” dan nama demi nama.

Bersedia bagi satu Panggilan pada Pekerjaan Tuhan

Sekarang saya hendak berbincang secara ringkas tentang satu aspek persediaan bagi satu panggilan pada pekerjaan Tuhan yang dasar tetapi biasanya tidak diendahkan.

Tiga perkataan yang saling berkaitan mentakrifkan satu pola persediaan dan perkembangan bagi anak-anak Tuhan: imamat, bait suci, misi. Kadangkala kita ibu bapa, rakan, dan ahli Gereja berfokus banyak ke atas persediaan penginjil bagi putera lelaki kita sehingga kita mungkin mengabaikan langkah-langkah penting lain di sepanjang jalan perjanjian yang harus berlaku sebelum seorang mula melayan misi sepenuh masa. Melayan sebagai seorang penginjil ialah satu bahagian penting proses untuk menciptakan satu dasar yang kukuh bagi perkembangan rohani dan pelayanan sepanjang hidup. Tetapi ia bukan satu-satunya langkah. Berkat imamat dan bait suci, yang datang sebelum sampai ke satu misi, juga diperlukan untuk mengukuhkan dan memperkuatkan kita secara rohani sepanjang hidup kita.

Remaja putera, apabila anda melaksanakan tugas Imamat Harun atau imamat yang lebih rendah, anda bersedia untuk menerima dan mengembangkan sumpah dan perjanjian Imamat Melkisedek atau imamat yang lebih tinggi.10 Kelayakan peribadi ialah keperluan yang paling penting untuk menerima imamat yang lebih tinggi. Pelayanan imamat sepanjang hidup yang tidak mementingkan diri berada pada masa depan anda. Sedia sekarang dengan selalu berikan pelayanan yang bererti. Sila belajar untuk menghargai kelayakan dan tetap menjadi layak. Menjadi layak. Tetap layak.

Selepas menerima Imamat Melkisedek dan satu panggilan untuk melayan, seorang remaja putera disenjatai kuasa11 melalui perjanjian dan tatacara bait suci. Pergi ke bait suci dan memperolehi roh bait suci mendahului pelayanan anda sebagai seorang penginjil sepenuh masa. Kelayakan bait suci peribadi ialah keperluan yang terpenting untuk menerima berkat bait suci bagi anda remaja putera dan semua ahli Gereja. Apabila anda mematuhi standard-standard Injil, anda boleh masuk ke rumah Tuhan dan mengambil bahagian dalam tatacara-tatacara kudus sepanjang zaman remaja anda. Penghargaan dan pemahaman tatacara bait suci anda akan memperkukuhkan dan memberkati anda sepanjang hidup anda. Sila belajar untuk menghargai kelayakan dan tetap menjadi layak. Menjadi layak. Tetap layak.

Banyak remaja putera dan puteri sudah memegang satu kad rekomen bait suci yang terhad. Sebagai pemegang Imamat Harun anda mencarikan nama keluarga anda dan melaksanakan pembaptisan dan penetapan bagi ahli-ahli keluarga anda dalam bait suci. Mengekalkan kad rekomen bait suci anda menunjukkan kelayakan anda, dan melayan orang lain dalam bait suci ialah sebahagian yang penting dalam persediaan untuk menerima Imamat Melkisedek.

Remaja putera, sekarang anda setiap orang ialah seorang penginjil. Di sekeliling anda, setiap hari, ada rakan dan jiran “yang hanya ditahan dari kebenaran kerana mereka tidak tahu di mana menemukannya.”12 Apabila anda diarah oleh Roh, anda boleh kongsikan satu fikiran, satu jemputan, satu SMS atau tweet yang akan memperkenalkan rakan-rakan anda kepada kebenaran Injil yang sudah dipulihkan. Anda tidak perlu tunggukan panggilan rasmi anda untuk melibatkan diri dalam kerja penginjil.

Kerana berkat imamat, bait suci dan misi disatukan dalam Kristus13 dan saling bertindak dalam hati, minda, dan jiwa seorang penginjil muda, dia boleh menjadi layak untuk pekerjaan Tuhan.14 Keupayaannya diangkat untuk memenuh tanggungjawab untuk mewakili Tuhan Yesus Kristus. Gabungan kuasa rohani dari mentaati perjanjian imamat dan bait suci, menerima “kuasa ketuhanan”15 melalui tatacara imamat,16 melayan secara tidak mementingkan diri, dan mengkhutbahkan Injil kekal kepada anak-anak Tuhan membolehkan seorang remaja putera menjadi “teguh dan tabah dalam iman”17 dan “berakar umbi dalam [Kristus].”18

Dalam rumah kita dan dalam gereja, kita harus berikan tekanan yang seimbang ke atas ketiga-tiga elemen pola Tuhan bagi persediaan dan perkembangan anak-anak Tuhan yang beriman: imamat, bait suci, misi. Ketiga-tiga ini memerlukan kita untuk menghargai kelayakan dan tetap menjadi layak. Menjadi layak. Tetap layak.

Janjian dan Kesaksian

Saudara-saudara terkasih, saya janji bahawa kurnia wahyu akan meneman pekerjaan anda untuk mengkhutbahkan Injil dan tugas anda ke satu misi yang tertentu. Semasa anda bersedia dengan tekun sekarang melalui pelayanan imamat dan pelayanan bait suci yang tidak mementingkan diri, kesaksian anda tentang realiti hidup Tuhan akan diperkukuhkan. Kasih sayang terhadap Dia dan pekerjaan-Nya akan memenuhkan hati anda. Semasa anda belajar untuk menghargai kelayakan, anda akan menjadi satu alat yang hebat dalam tangan Tuhan untuk memberkati dan melayan ramai orang.

Dengan gembira, saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, hidup. Untuk melibatkan diri dalam pelayanan Mereka adalah salah satu berkat yang terbesar yang boleh kita terima. Saya bersaksi dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.