2010–2019
Laporan Jabatan Pengauditan Gereja 2016
April 2017


Laporan Jabatan Pengauditan Gereja 2016

Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Para Saudara: Seperti diarahkan melalui wahyu dalam bahagian 120 Ajaran dan Perjanjian, Majlis Pelupusan Persepuluhan—yang terdiri daripada Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul dan Uskup Utama—memberi kuasa perbelanjaan dana Gereja. Entiti Gereja mengagihkan mengikut belanjawan, polisi dan prosedur yang diluluskan.

Jabatan Pengauditan Gereja, yang terdiri daripada profesional yang bertauliah dan bebas daripada semua jabatan Gereja yang lain, mempunyai tanggungjawab untuk melakukan audit bagi tujuan memberi jaminan yang munasabah mengenai sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat dan melindungi aset Gereja.

Berdasarkan audit yang dilakukan, Jabatan Pengauditan Gereja berpendapat bahawa, dalam setiap aspek bahan, sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat, dan aset Gereja bagi tahun 2016 telah direkodkan dan ditadbir mengikut belanjawan, polisi dan amalan perakaunan yang diluluskan. Gereja mengikut ajaran yang diajarkan kepada ahlinya iaitu hidup dalam belanjawan, menjauhi hutang, dan menjimat duit bagi masa yang memerlukannya.

Diberikan dengan hormat,

Jabatan Pengauditan Gereja

Kevin R. Jergensen

Pengarah Urusan