2010–2019
Pengumpulan Keluarga Tuhan
April 2017


Pengumpulan Keluarga Tuhan

Bapa Tuhan berhasrat anak-anak-Nya kembali, dalam unit keluarga dan kemuliaan.

Saudara saudari terkasih, saya bergembira demi peluang ini untuk bersama anda pada permulaan sesi persidangan umum ini. Saya mengalu-alukan anda dengan penuh kasih sayang.

Persidangan umum ialah satu masa pengumpulan Orang-orang Suci Zaman Akhir. Gereja kita berkembang begitu besar sehingga kita semua tidak boleh berhimpun pada satu tempat yang sama, tetapi Tuhan memberi kita cara untuk menikmati persidangan umum tidak kira di mana pun anda berada. Walaupun adalah sangat mengagumkan untuk melihat pengumpulan Orang-orang suci dalam Pusat Persidangan yang besar ini, kami yang berdiri di mimbar ini selalunya memikir tentang berjuta-juta orang yang berhimpun bersama kita di seluruh dunia untuk menonton dan mendengar persidangan umum. Ramai anda berkumpul bersama keluarga anda; ada yang berkumpul bersama rakan atau ahli-ahli Gereja anda.

Di mana pun anda berada, dan bagaimana anda mendengar suara saya, sila tahu bahawa walaupun anda tidak bersama kami di sini, kami dapat rasa roh anda. Kami harap anda akan rasa bersatu dengan kami—anda akan rasa kuasa rohani yang datang apabila satu kumpulan orang yang percaya berkumpul dalam nama Yesus Kristus.

Saya tertekan untuk berucap kepada anda tentang satu pengumpulan jenis lain. Pengumpulan jenis ini tidak hanya berlaku setiap enam bulan, seperti persidangan umum. Ia berlaku berterusan sejak zaman awal Pemulihan Gereja, dan menjadi lebih cepat tahun-tahun baru-baru ini. Pengumpulan ini ialah pengumpulan keluarga Tuhan.

Untuk menghuraikan pengumpulan ini, lebih baik kita bermula dengan masa sebelum kelahiran kita, yang disebut dalam Alkitab sebagai “mula” (Kejadian 1:1). Pada masa itu, kita hidup bersama Bapa Syurgawi sebagai anak roh-Nya. Ini benar bagi setiap orang yang pernah hidup di bumi.

Panggilan “saudara” dan “saudari” bukan hanya satu tegur sapa atau kata-kata sayang bagi kita. Mereka ialah satu pertunjukan satu kebenaran abadi: Tuhan ialah Bapa semua manusia yang sebenar; kita sebahagian keluarga abadi-Nya. Kerana Dia menyayangi kita dengan kasih sayang seorang Bapa yang sempurna, Dia ingin kita berkembang dan memaju serta menjadi seperti Dia. Dia tahbiskan satu rancangan di mana kita akan datang ke bumi, dalam unit keluarga, dan mengalami hidup yang akan menyediakan kita untuk kembali kepada Dia dan hidup seperti Dia hidup.

Elemen utama rancangan ini ialah janji bahawa Yesus Kristus akan mengorbankan Diri Sendiri sebagai satu korban, untuk menyelamat kita dari dosa dan kematian. Tugas kita dalam rancangan ini adalah untuk menerima korban Juruselamat dengan mematuhi undang-undang dan tatacara-tatacara Injil. Anda dan saya sudah menerima rancangan ini. Sebenarnya, kita beriang walaupun rancangan ini memerlukan kita untuk meninggalkan hadirat Bapa kita dan lupakan pengalaman kita bersama Dia di syurga.

Tetapi kita tidak dihantar ke bumi tanpa sebarang pemahaman. Kita setiap orang diberikan sebahagian cahaya Tuhan, yang dipanggil “cahaya Kristus,” untuk menolong kita membezakan kebaikan dan kejahatan, yang benar dan yang salah. Inilah sebabnya mereka yang tidak tahu tentang rancangan Bapa masih boleh merasa, dalam hati mereka, bahawa ada tindakan tertentu yang adil dan bermoral serta yang tidak.

Pertimbangan baik dan buruk kita tajam terutamanya apabila kita membesarkan anak-anak kita. Hampir setiap orang ibu bapa memiliki hasrat untuk ajarkan anak-anak mereka hemah yang bermoral. Ini mukjizat rancangan Bapa Syurgawi. Dia hendakkan anak-anak-Nya datang ke bumi, mengikut pola keluarga yang wujud dalam syurga. Keluarga ialah unit organisasi yang dasar di syurga, jadi, Dia hendakkan keluarga juga menjadi unit dasar di bumi. Walaupun keluarga di bumi jauh daripada sempurna, mereka berikan anak-anak Tuhan peluang yang terbaik untuk disambut ke dunia dengan satu-satunya kasih sayang pada bumi yang paling dekat seperti yang sudah kita alami di syurga—kasih sayang ibu bapa. Keluarga juga cara yang paling baik untuk mengekalkan dan mengalihkan hemah moral dan asas-asas benar yang lebih mungkin bimbingkan kita balik ke hadirat Tuhan.

Hanya sebilangan kecil anak Tuhan dalam hidup ini dapat memperoleh satu pemahaman rancangan Tuhan yang lengkap, serta dapat menerima tatacara imamat dan perjanjian yang membuatkan kuasa penebusan Juruselamat berkesan dalam hidup kita. Mereka yang memiliki ibu bapa paling baik mungkin hidup mengikut cahaya yang mereka miliki dengan beriman tetapi tidak pernah dengar tentang Yesus Kristus atau dijemput untuk dibaptiskan dalam nama-Nya. Ini berlaku kepada berjuta-juta saudara saudari kita sepanjang sejarah dunia.

Ada orang yang fikir ini tidak adil. Mungkin mereka nampak ini sebagai bukti bahawa rancangan ini tidak wujud, tidak ada keperluan demi penyelamatan—mereka rasa bahawa seorang Tuhan yang adil dan penyayang tidak ciptakan satu rancangan yang hanya sedia ada bagi sebilangan kecil anak-anak-Nya sahaja. Ada orang yang buat keputusan bahawa Tuhan mesti sudah berputus lebih dahulu siapakah yang akan Dia selamat dan buat Injil sedia ada bagi mereka, dan mereka yang tidak pernah dengar tentang Injil bukan ‘orang terpilih.”

Tetapi kita tahu, melalui kebenaran yang dipulihkan oleh Nabi Joseph Smith, rancangan Tuhan adalah lebih berbelas kasihan dan lebih adil. Bapa Syurgawi kita cemas untuk mengumpulkan dan memberkat semua keluarga-Nya. Walaupun Dia tahu tidak semua akan pilih untuk dikumpul, rancangan-Nya berikan semua anak-Nya peluang untuk menerima atau menolak jemputan-Nya. Keluarga berada pada pusat rancangan ini.

Berabad-abad lalu, nabi Maleakhi kata bahawa pada suatu hari, Tuhan akan hantarkan Elia untuk “menyebakan bapa dan anak bersatu hati” (Maleakhi 4:6).

Nubuat ini begitu penting, mahupun Juruselamat memetiknya apabila Dia mengunjung benua Amerika selepas Kebangkitan-Nya (lihat 3 Nefi 25:5–6). Apabila malaikat Moroni mengunjung Nabi Joseph Smith, dia juga memetik nubuat tentang Elia dan hati, bapa, dan anak (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:36–39).

Hari ini April 1. Dua hari dari sekarang, April 3, menandakan 181 tahun sejak nubuat Maleakhi dipenuhi. Pada hari itu, Elia datang, dan berikan Joseph Smith kuasa imamat untuk memeteraikan keluarga buat keabadian (lihat A&P 110:13–16).

Sejak hari itu sampai sekarang, minat untuk mencarikan sejarah keluarga sudah kembang dengan besar. Pada satu kadar yang semakin meningkat, orang tertarik kepada keturunan mereka lebih daripada satu sifat ingin tahu yang kasual sahaja. Perpustakaan dan persatuan salasilah, serta teknologi muncul di seluruh dunia untuk menyokong minat ini. Kuasa internet memudahkan komunikasi yang membolehkan keluarga untuk bekerjasama untuk membuat penyelidikan sejarah keluarga dengan satu kepintasan dan ketelitian yang tidak pernah berlaku.

Mengapa semua ini berlaku? Kita panggil ini “roh Elia.” Kita juga boleh panggil ini kepenuhan nubuat. Saya bersaksi bahawa Elia sudah datang. Hati anak-anak—hati anda dan hati saya—sudah bersatu dengan bapa dan nenek moyang kita. Kasih sayang yang anda rasai terhadap nenek moyang anda ialah sebahagian kepenuhan nubuat itu. Ia berakar dalam anda. Tetapi ini lebih daripada DNA sahaja.

Sebagai contoh, semasa anda mengikut tekanan untuk belajar tentang sejarah keluarga anda, mungkin anda akan mendapati seorang saudara jauh anda ada wajah yang serupa atau minat pembacaan atau bakat nyanyian seperti anda. Ini memang menarik dan bererti. Tetapi jika anda henti di situ, anda akan rasa satu kehilangan. Kerana untuk mengumpul dan menyatukan keluarga Tuhan memerlukan lebih daripada perasaan kasih sayang sahaja. Ia perlukan perjanjian kudus yang berkait dengan tatacara-tatacara imamat.

Banyak nenek moyang anda tidak menerima tatacara-tatacara itu. Tetapi Tuhan sudah sediakan satu jalan supaya anda dapat menerima tatacara itu. Dan Tuhan tahu bahawa anda akan berasa tertarik oleh nenek moyang anda dan anda akan memiliki teknologi yang diperlukan untuk mencari mereka. Dia juga tahu bahawa anda akan hidup dalam satu zaman di mana bait suci, di mana tatacara-tatacara itu boleh dilaksanakan lebih sedia ada berbanding dengan zaman dahulu. Dan Dia juga tahu Dia boleh mempercayai anda untuk melengkapkan kerja ini bagi pihak nenek moyang anda.

Kita semua ada banyak tanggungjawab yang cemas dan penting yang perlukan perhatian dan masa kita. Kita semua menemui perkara yang Tuhan hendak kita lakukan yang kita fikir adalah tidak munasabah. Syukurlah, Tuhan sediakan satu cara bagi kita untuk memperoleh keyakinan dan kepuasan hati dalam pelayanan kita, termasuk, pelayanan sejarah keluarga. Kita memperoleh kekuatan untuk melakukan apa yang Dia minta melalui iman bahawa Tuhan tidak berikan perintah “kecuali dia menyediakan suatu jalan untuk [kita] supaya [kita] dapat menyempurnakan hal itu yang Dia perintahkan kepada mereka” (1 Nefi 3:7).

Saya tahu ini adalah benar dari pengalaman. Banyak tahun lalu, masa saya seorang pelajar universiti, saya bertemu seorang jurujual dari satu syarikat komputer besar di dunia. Masa itu zaman awal komputer, dan kebetulan syarikatnya hantarkan dia untuk menjualkan komputer kepada Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Berdasar daripada apa yang saya tahu, jurujual ini tidak beragama. Tetapi dia kata dengan kekaguman dan kejengkelan, “Dalam gereja ini mereka lakukan ‘kerja salasilah,’ mencarikan nama orang yang sudah mati, cuba mencarikan nenek moyang mereka. Mereka, kebanyakan wanita, berlari di antara kabinet-kabinet fail, membaca kad-kad kecil untuk mencarikan matlumat. Jika ingatan saya betul, dia kata para wanita itu memakai kasut tenis supaya mereka boleh lari dengan lebih cepat. Dia terus kata, “Apabila saya nampak usaha mereka, saya sedar bahawa saya mendapati tujuan ciptaan komputer.”

Dia betul separa. Komputer sebahagian penting masa depan kerja sejarah keluarga—tetapi bukan komputer yang dia jual. Seorang pemimpin Gereja yang berilham tidak beli komputernya. Gereja menunggukan teknologi yang masih belum wujud dalam imaginasi manusia. Tetapi saya sudah belajar banyak tahun sejak itu, mahupun teknologi yang paling baik tidak boleh gantikan wahyu dari syurga, wahyu yang diterima oleh Pemimpin Gereja. Ini kerja rohani, dan Tuhan mengarah kerja ini melalui Roh Kudus-Nya.

Hanya beberapa minggu lalu, saya lakukan kerja sejarah keluarga dengan bantuan seorang perunding duduk di sebelah saya dan seorang penolong melalui telefon. Pada skrin komputer di depan saya ialah satu masalah yang tidak dapat saya atasi. Saya nampak dua nama yang mungkin menunggukan tatacara bait suci, hantar kepada saya melalui keajaiban teknologi. Nama-nama itu berbeza, tetapi mereka mungkin orang yang sama. Tugas saya adalah untuk memutuskan kebenaran.

Saya minta perunding saya untuk memilih. Mereka kata, “Tidak, anda yang harus pilih.” Dan mereka pasti saya akan mendapati kebenaran. Komputer itu, mempunyai kuasa dan maklumat, biarkan saya merenungkan nama-nama pada skrin itu, menilaikan maklumat yang sedia ada, mencari penyelidikan lain, berdoa secara diam-diam, dan mencarikan kebenaran. Semasa saya berdoa, saya tahu dengan pastinya apa yang harus saya lakukan—seperti dalam situasi lain apabila saya perlu bergantung kepada bantuan syurgawi untuk mengatasi satu masalah.

Kita tidak tahu ciptaan apa Tuhan akan mengilhamkan orang untuk mencipta untuk menolong kerja pengumpulan keluarga-Nya. Ciptaan apa pun yang akan datang, penggunaan mereka akan perlukan Roh bekerja ke atas orang macam kita. Ini tidak harus menjadi satu perkara yang hairan bagi kita. Nama-nama nenek moyang kita ialah putera dan puteri terkasih Tuhan. Dia akan hantarkan ilham yang diperlukan untuk memberikan mereka peluang untuk kembali kepada Dia.

Tahun-tahun baru-baru ini, remaja Gereja membalas kepada Roh Elia dalam satu cara yang mengilhamkan. Banyak mereka memegang kad rekomen bait suci terhad dan selalu gunakan ia. Kolam pembaptisan bait suci sekarang sangat sibuk, ada bait suci menyesuaikan jadual mereka untuk memuatkan bilangan remaja menghadiri bait suci yang semakin bertambah.

Dulu, remaja jarang membawakan nama-nama nenek moyang ke bait suci. Sekarang ini satu kebiasaan, dan sering kali remaja sendiri yang mencarikan nenek moyang mereka.

Selain itu, ramai remaja sudah mendapati bahawa dengan menyumbangkan masa mereka untuk membuat penyelidikan sejarah keluarga dan kerja bait suci, kesaksian mereka tentang rancangan keselamatan menjadi lebih dalam. Ini meningkatkan pengaruh Roh dalam hidup mereka dan mengurangkan pengaruh musuh. Ini menolong mereka berasa lebih dekat dengan keluarga mereka dan Tuhan Yesus Kristus. Mereka belajar bahawa kerja ini tidak hanya menyelamatkan orang yang sudah mati; ia menyelamatkan kita semua (lihat A&P 128:18).

Remaja kita faham wawasan ini; sekarang ibu bapa mereka perlu lakukan yang sama. Sekarang ramai orang sudah menerima pembaptisan dalam dunia Roh, kerana kerja yang dilaksanakan oleh remaja kita, dan mereka menantikan tatacara lain yang hanya boleh dilaksanakan oleh orang dewasa dalam bait suci. Kerja pengumpulan keluarga Bapa Syurgawi bukan hanya untuk remaja sahaja, atau datuk nenek mereka. Ini kerja untuk semua. Kita semua pengumpul.

Ini kerja generasi kita, Rasul Paulus panggil ini “masa yang ditentukan,” apabila Tuhan akan “menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala” (Efesus 1:10). Ini boleh terjadi melalui kerja penebusan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus. Kerana Dia, ahli-ahli keluarga kita, “yang dahulunya jauh daripada Tuhan, telah didekatkan kepada Tuhan oleh kematian Kristus. Hal itu demikian kerana Kristus sendiri telah membawa kedamaian untuk kita dengan menjadikan orang Yahudi dan orang bukan Yahudi satu umat. Dengan kematian-Nya di kayu salib Kristus telah merobohkan tembok permusuhan yang memisahkan mereka” (Efesus 2:13–14). Anda pernah rasa ini, seperti saya, apabila anda mengalami satu tambahan kasih sayang semasa anda merenung foto seorang nenek moyang. Anda pernah rasa ini dalam bait suci, apabila nama pada kad nampaknya lebih daripada satu nama sahaja, dan anda rasa bahawa orang ini sedar tentang anda dan merasai kasih sayang anda.

Saya bersaksi bahawa Bapa Tuhan berhasrat anak-anak-Nya kembali, dalam unit keluarga dan kemuliaan. Juruselamat hidup. Dia mengarah dan memberkati kerja ini, dan Dia menjaga dan membimbing kita. Dia berterima kasih kepada anda demi pelayanan anda yang beriman untuk mengumpulkan keluarga Bapa-Nya, dan saya janji anda akan terima bantuan yang anda cari dan perlu. Dalam nama Yesus Kristus, amin.