2010–2019
Bagaimana Roh Kudus Membantu Kamu?
April 2017


Bagaimana Roh Kudus Membantu Kamu?

Roh Kudus memberi amaran, menghiburkan, dan memberi kesaksian.

Pada petang hari Isnin tidak lama dahulu, isteri saya, Lesa, dan saya berhenti di rumah sebuah keluarga muda dalam kawasan kejiranan kami. Semasa kami di sana, keluarga itu menjemput kami tinggal untuk malam keluarga, anak lelaki berumur sembilan tahun telah menyediakan pelajaran. Sudah tentu kami tinggal!

Selepas lagu pembukaan, doa, dan urusan keluarga, anak sembilan tahun itu bermula dengan membaca satu soalan bermakna dari pelajarannya yang ditulis dengan tangan: “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?” Soalan ini memulakan satu perbincangan keluarga yang bermakna apabila semua orang berkongsi idea dan pandangan. Saya kagum dengan penyediaan pelajaran guru kita dan soalan baiknya, yang menyebabkan saya berfikir tentangnya berulang kali.

Imej
Pelajaran malam keluarga ditulis dengan tangan

Sejak itu, saya sering menanya diri saya, “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?”—satu soalan terutamanya berkaitan dengan kanak-kanak Sekolah Primer yang akan berumur lapan tahun dan bersedia untuk pembaptisan dan untuk kanak-kanak yang baru ini dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus. Ia juga berkaitan untuk ribuan penganut baru baru-baru ini.

Saya menjemput setiap orang, terutamanya kanak-kanak Sekolah Primer, untuk mempertimbangkan, “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?” Semasa saya merenungkan soalan ini, dengan segera saya berfikir kembali satu pengalaman semasa saya seorang remaja. Ini adalah cerita yang saya kongsi dengan Elder Robert D. Hales tidak lama selepas panggilan saya kepada Kuorum Dua Belas dan dia telah memasukkan dalam artikel majalah Gereja dalam tulisannya tentang hidup saya.1 Beberapa dari anda mungkin pernah dengar cerita ini, tetapi kebanyakan orang mungkin belum.

Semasa saya lebih kurang sebelas tahun, bapa dan saya pergi mengembara berjalan kaki ke gunung berdekatan rumah kami pada satu hari panas di musim panas. Semasa Bapa berjalan atas jejak yang curam, saya melompat dari satu batu besar ke batu besar yang lain di tepi jejak itu. Saya ingin mendaki salah satu batu besar dan mula memanjat ke atasnya. Semasa berbuat demikian, saya terkejut apabila bapa menarik saya dengan tali pinggang saya dan dengan cepat menarik saya ke bawah, dan berkata “Jangan panjat batu itu. Mari tetap dalam jejak ini.”

Beberapa minit kemudian, apabila kita memandang ke bawah dari pandangan lebih tinggi di jejak, kami terkejut apabila melihat satu ular berbisa berjemur di bawah sinar matahari di atas batu yang saya ingin panjat.

Kemudian, semasa kami memandu pulang ke rumah, saya tahu Bapa sedang tunggu saya menanya soalan, “Bagaimana kamu tahu ular berada di situ?” Jadi saya bertanya, dan soalan saya memulakan perbincangan tentang Roh Kudus dan bagaimana Roh Kudus boleh membantu kita. Saya tidak melupakan apa yang saya belajar pada hari itu.

Bolehkah anda lihat bagaimana Roh Kudus telah membantu saya? Saya selamanya bersyukur kerana bapa saya mendengar suara yang lembut, suara lembut Roh Kudus, yang mungkin telah menyelamatkan hidup saya.

Apa Kita Tahu tentang Roh Kudus

Sebelum kita mempertimbangkan lagi soalan “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?” mari fikir kembali beberapa perkara Tuhan mengungkapkan tentang Roh Kudus. Terdapat banyak kebenaran abadi yang kita boleh bincang, tetapi hari ini saya akan bercakap tentang tiga.

Pertama, Roh Kudus adalah ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan. We learn this truth in the first article of faith: “Kami percaya kepada Tuhan, Bapa yang Abadi, dan kepada Putera-Nya, Yesus Kristus, dan kepada Roh Kudus.”2

Kedua, Roh Kudus adalah lembaga roh, seperti dijelaskan dalam kitab suci moden: “Bapa memiliki tubuh dari daging dan tulang senyata milik manusia; Putera juga; tetapi Roh Kudus tidak memiliki tubuh dari daging dan tulang, tetapi adalah lembaga dari Roh. Jika tidak demikian, Roh Kudus tidak dapat berdiam dalam diri kita.”3 This means that the Holy Ghost has a spirit body, unlike God the Father and Jesus Christ, who have physical bodies. Kebenaran ini menjelaskan nama-nama lain yang diberi kepada Roh Kudus, termasuk Roh Tuhan, Roh Kudus Perjanjian, dan Penolong.4

Ketiga, kurnia Roh Kudus datang melalui perletakan tangan. Selepas pembaptisan, tatacara injil ini, melayakkan kita untuk persahabatan berterusan Roh Kudus.5 Untuk melaksanakan tatacara Injil ini, pemegang Imamat Melkisedek yang layak meletakkan tangan di atas kepala seseorang,6 memanggil namanya, mengatakan wewenang imamat, dan dalam nama Yesus Kristus, menetapkannya sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan mengatakan frasa penting “Terimalah Roh Kudus.”

Bagaimana Roh Kudus Membantu Kamu?

Dengan tiga kebenaran yang penting ini tentang Roh Kudus, kita kembali kepada soalan pertama kita: “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?”

Roh Kudus Memberi Amaran

Seperti dijelaskan dalam pengalaman masa muda saya, Roh Kudus boleh membantu anda dengan memberi amaran terlebih dahulu tentang perkara fizikal dan rohani yang membahayakan. Saya belajar sekali lagi kepentingan peranan memberi amaran Roh Kudus ketika melayani dalam Presidensi Kawasan di Jepun.

Pada masa ini, saya bekerja rapat dengan Presiden Reid Tateoka dari Misi Sendai Jepun. Sebagai rutin misi biasanya, Presiden Tateoka merancangkan satu mesyuarat untuk pemimpin penginjil di bahagian selatan misinya. Beberapa hari sebelum mesyuarat itu, Presiden Tateoka mempunyai tanggapan, satu perasan dalam hatinya, untuk menjemput semua penginjil dari kawasan itu ke mesyuarat pemimpin, bukannya hanya beberapa pemimpin elder dan sister yang ditugaskan.

Apabila dia mengumumkan niatnya, dia diingatkan bahawa mesyuarat ini tidak dirancang untuk semua penginjil, tetapi hanya untuk pemimpin misi. Bagaimanapun, dia mengetepikan rancangan biasanya dan mengikuti dorongan yang diterima, kemudian menjemput semua penginjil yang melayan di beberapa bandar-bandar pantai, termasuk bandar Fukushima, ke mesyuarat itu. Pada hari itu, 11 March , 2011, para penginjil berkumpul bersama untuk mesyuarat misi yang dikembangkan itu di bandar pedalaman Koriyama.

Ketika mesyuarat satu gempa bumi dengan magnitud 9.0 dan tsunami melanda rantau Jepun di mana Misi Sendai Jepun bertempat. Malangnya, banyak bandar-bandar pantai—termasuk tempat di mana para penginjil berada sebelum mesyuarat—telah dimusnahkan dan mengalami jumlah kematian yang tinggi. Dan bandar Fukushima mengalami peristiwa nuklear berikutnya.

Walaupun rumah pertemuan di mana para penginjil bertemu pada hari itu telah dirosak oleh gempa bumi, kerana mengikuti dorongan Roh Kudus, Presiden dan Sister Tateoka dan semua penginjil berkumpul dengan selamat. Mereka jauh dari bahaya dan kehancuran disebabkan tsunami dan pencemaran nuklear.

Apabila anda mendengar dorongan Roh Kudus—tanggapan sering kali senyap dan tenang—anda mungkin akan dikeluarkan, tanpa pernah tahu, dari bahaya rohani dan fizikal.

Saudara dan saudari, Roh Kudus akan membantu anda dengan memberi amaran, seperti dibuat-Nya dengan Bapa saya dan Presiden Tateoka.

Roh Kudus Memberi Hiburan

Untuk terus menjawab soalan “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?” mari sekarang berbincang tentang peranan-Nya sebagai Penolong. Kejadian yang tidak diduga dalam hidup kita menyebabkan kesedihan, kesakitan, dan kekecewaan. Namun, dalam masa percubaan ini, Roh Kudus melayan kita dalam peranan penting-Nya—sebagai Penolong, yang adalah salah satu nama-Nya. Kata-kata yang menenangkan dan damai ini dari Yesus Kristus menjelaskan peranan kudus ini: “Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya.”7

Untuk menggambarkan ini dengan lebih lanjut, saya berkongsi cerita benar sebuah keluarga dengan lima anak lelaki yang berpindah dari Los Angeles, California, USA, ke komuniti kecil beberapa tahun lalu. Kedua-dua anak tertua mula bermain sukan sekolah menengah dan berkenalan dengan kawan, pemimpin, dan jurulatih—kebanyakan mereka adalah ahli beriman Gereja. Hubungan mereka membawa kepada pembaptisan Fernando, yang sulung, dan adik lelakinya.

Fernando kemudian pindah dari rumah, di mana di meneruskan pendidikannya dan bermain bola sepak amerika kolej. Dia berkahwin dengan kekasih sekolah menengahnya, Bayley, di bait suci. Apabila Fernando dan Bayley selesai dengan persekolahan, mereka menantikan kelahiran anak pertama mereka—bayi perempuan. Tetapi dalam proses keluarga membantu Fernando dan Bayley berpindah balik ke rumah, Bayley dan kakaknya memandu kereta di lebuh raya dan terlibat dalam kemalangan tragis dengan beberapa kenderaan. Bayley dan bayi belum dilahirkannya kehilangan nyawa mereka.

Imej
Fernando dan Bayley

Walaupun kesakitan Fernando, ibu bapa dan adik beradik Bayley begitu mendalam, begitu juga kedalaman perasaan damai yang berada bersama mereka dengan serta merta. Roh Kudus dalam peranan-Nya sebagai Penolong benar-benar menyokong Fernando melalui kesukaran yang tidak dapat difahami ini. Roh menyampaikan kedamaian yang mendorong Fernando mengampuni dan menunjukkan kasih kepada semua yang terlibat dalam kemalangan tragis itu.

Ibu bapa Bayley menelefon adiknya yang sedang melayani misi pada masa kemalangan itu. Dia menjelaskan perasaannya dalam surat selepas mendengar berita buruk ini tentang kakaknya yang dikasihi: “Ia menakjubkan untuk mendengar suara-suara tenang kamu pada masa kesukaran ini. Saya tidak tahu harus berkata apa. … Yang saya boleh fikir adalah kakak saya tidak akan berada di situ apabila saya pulang. … Saya dihiburkan dengan kesaksian kamu dalam Juruselamat dan rancangan-Nya. Roh manis yang sama yang membawa tangisan kepada saya apabila saya mengkaji dan mengajar memenuhi hati saya. Saya kemudiannya dihiburkan dan diingatkan tentang perkara-perkara yang saya tahu.”8

Roh Kudus akan membantu anda dengan menghiburkan anda, seperti dibuat-Nya dengan Fernando dan keluarga Bayley.

Roh Kudus Memberi Kesaksian

Roh Kudus juga bersaksi dan memberi kesaksian tentang Bapa dan Putera-Nya dan semua kebenaran.9 Tuhan bercakap dengan pengikut-Nya, “Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu, … dia akan memberikan kesaksian tentang Aku.”10

Untuk menjelaskan peranan penting Roh Kudus sebagai saksi, saya akan sambung cerita tentang Fernando dan Bayley. Jika anda ingat, saya berkongsi bahawa Fernando dan adiknya telah dibaptiskan, tetapi ibu bapa dan tiga adik lelakinya tidak berbuat demikian. Walaupun mereka menerima banyak jemputan untuk bertemu dengan para penginjil selama ini, keluarganya menolak setiap jemputan.

Selepas kematian Bayley dan bayi perempuannya, keluarga Fernando tidak dapat dihiburkan. Tidak seperti Fernando dan keluarga Bayley, mereka tidak mendapat cari hiburan atau kedamaian. Mereka tidak memahami bagaimana anak lelaki mereka, bersama dengan keluarga Bayley boleh menanggung beban berat mereka.

Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa apa yang anak lelaki mereka miliki dan mereka tidak adalah Injil dipulihkan Yesus Kristus dan ini mestilah sumber kedamaian dan penghiburannya. Berikutan kesedaran ini, mereka menjemput para penginjil untuk mengajar keluarga mereka tentang Injil. Sebagai hasilnya, mereka menerima kesaksian sendiri tentang rancangan kebahagiaan, yang membawa kedamaian yang manis dan penghiburan yang mereka telah cari selama ini.

Imej
Pembaptisan keluarga Fernando

Dua bulan selepas kematian Bayley dan cucu perempuan yang belum dilahirkan, ibu bapa Fernando dan dua adik lelakinya dibaptiskan dan ditetapkan, dan menerima kurnia Roh Kudus. Adik bongsu Fernando ingin dibaptiskan apabila dia berumur lapan tahun. Mereka masing-masing bersaksi bahawa Roh Kudus, memberi kesaksian tentang kebenaran Injil, membawa mereka kepada keinginan untuk dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus.

Saudara dan saudari, Roh Kudus akan membantu anda dengan bersaksi kepada anda seperti dengan keluarga Fernando.

Ringkasan

Mari meringkaskan. Kita telah mengenal pasti tiga kebenaran diwahyukan yang memberi kita pengetahuan tentang Roh Kudus. Roh Kudus adalah ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan, Roh Kudus adalah lembaga roh, dan kurnia Roh Kudus datang melalui perletakkan tangan. Kita juga mengenal pasti tiga jawapan kepada soalan “Bagaimana Roh Kudus membantu kamu?” Roh Kudus memberi amaran, menghiburkan, dan memberi kesaksian.

Kelayakan Menyimpan Kurnia

Kepada anda yang bersedia untuk dibaptis dan ditetapkan, anda yang baru-baru ini telah berbuat demikian, atau anda yang telah berbuat demikian suatu masa dahulu, ia penting untuk keselamatan fizikal dan rohani apabila kita menyimpan kurnia Roh Kudus. Kita bermula berbuat demikian dengan berusaha mentaati perintah, berdoa secara individu dan dengan keluarga, mengkaji kitab suci, dan mencari hubungan kasih dan pengampunan dengan keluarga dan orang kesayangan. Fikiran, tingkah laku, dan bahasa kita mesti berhemah tinggi. Kita mesti menyembah Bapa Syurgawi kita di rumah, gereja, dan bila memungkinkan, di bait suci. Mendekati Roh, dan Roh akan mendekati anda.

Kesaksian

Sekarang saya tutup dengan jemputan dan kesaksian pasti saya. Saya menjemput anda untuk hidup kata-kata yang seringkali dinyanyikan oleh kanak-kanak Sekolah Primer kita, kata-kata yang saya pasti mereka kenal: “Dengar, dengar. Roh Kudus yang berbisik. Dengar, dengar, suara yang lembut.”11

Saudara dan saudari, tua dan muda, saya memberi kesaksian saya tentang kewujudan agung makhluk-makhluk ilahi yang membentuk Kesatuan Ketuhanan: Tuhan Bapa, Yesus Kristus, dan Roh Kudus. Saya bersaksi bahawa satu keistimewaan yang kita ada sebagai Orang Suci Zaman Akhir yang hidup dalam kegenapan zaman adalah kurnia Roh Kudus. Saya tahu bahawa Roh Kudus boleh dan akan membantu anda. Saya juga menambahkan kesaksian saya tentang Yesus Kristus dan peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus kita dan Tuhan sebagai Bapa Syurgawi kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.