2010–2019
Mengatasi Dunia
April 2017


Mengatasi Dunia

Mengatasi dunia bukanlah hanya satu ketika yang tertentu dalam jangka hayat, tetapi saat-saat dalam sepanjang jangka hayat yang mentakrifkan keabadian.

Bertahun dahulu, Presiden David O. McKay berkongsi satu pengalaman indah ketika dia berlayar dalam kapal ke Samoa. Setelah tertidur, dia “mendapat suatu penglihatan yang sangat agung. Nun di sana,” dia berkata, “saya nampak sebuah kota putih yang indah. … Pokok-pokok yang berbuah enak … dan bunga-bunga mekar dengan sempurna di merata tempat. … satu legaran orang yang ramai [sedang] tiba di kota itu. Setiap satu memakai jubah putih yang berjela. … Perhatian saya serta merta … tertumpu kepada pemimpin mereka, dan walaupun saya hanya dapat melihat ciri raut mukanya … , saya kenali dia dengan segera sebagai Juruselamat saya! … keserian wajah dia [amat] gemilang. … Kedamaian dia … ilahi!”

President McKay meneruskan, “Kota ini … kepunyaan dia … Kota Abadi; dan mereka yang mengikut dia akan tinggal di sana dengan kedamaian dan kegembiraan abadi.”

Presiden McKay bertanya, “Siapakah mereka? [Siapakah orang-orang ini?]”

Dia menerangkan apa yang berlaku seterusnya:

“Juruselamat bagai membaca minda saya, dia menjawab dengan menuding ke [kata-kata dalam] bulatan separuh yang … muncul di atas [orang ramai itu] … tertulis dengan emas … :

“‘Inilah Mereka yang Telah Mengatasi Dunia—

“Mereka yang Telah Dilahirkan Semula Sepenuhnya!’”1

Berdekad berlalu, saya masih mengingati kata-kata itu: “Inilah Mereka yang Telah Mengatasi Dunia.”

Berkat-berkat yang dijanjikan Tuhan kepada mereka yang mengatasi dunia amat menakjubkan. Mereka akan “berpakaian putih … dan [dinamakan dalam] Kitab Orang Hidup.” Tuhan “akan mengaku [nama mereka] di hadapan Bapa, dan malaikat-malaikat-Nya.”2 Setiap orang akan “miliki bagian dalam kebangkitan pertama,”3 menerima kehidupan abadi,4 dan “tidak akan meninggalkan”5 hadirat Tuhan.

Bolehkah kita mengatasi dunia dan menerima berkat-berkat ini? Ya, boleh.

Kasih terhadap Juruselamat

Mereka yang mengatasi dunia memperoleh suatu kasih yang menyeluruh untuk Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus.

Kelahiran ilahi-Nya, kehidupan sempurna-Nya, Korban tebusan-Nya yang tidak terhingga di Getsemani dan Golgota menjaminkan Kebangkitan untuk setiap kita. Melalui pertaubatan ikhlas kita, Dia seorang sahaja yang boleh membersihkan kita dari dosa, membenarkan kita kembali ke hadirat Tuhan. “Kita mengasihi Dia, kerana Dia mengasihi kita terlebih dahulu.”6

Yesus berfirman, “Tabahlah hati kamu; Aku sudah mengalahkan dunia.”7

Kemudian dia menambah, “Aku menghendaki bahawa kamu hendaknya mengatasi dunia.”8

Mengatasi dunia bukanlah hanya satu ketika yang tertentu dalam jangka hayat, tetapi saat-saat dalam sepanjang jangka hayat yang mentakrifkan keabadian.

Ia mungkin bermula apabila seorang kanak belajar berdoa dan bernyanyi dengan takzim, “Ku Mau Jadi Seperti Yesus.”9 Ia berterusan apabila seseorang mengkaji kehidupan Juruselamat dalam Perjanjian Baru dan merenungkan kuasa Korban tebusan Juruselamat dalam Kitab Mormon.

Berdoa, bertaubat, mengikut Juruselamat, dan menerima rahmat Dia membantu kita faham mengapa kita di sini dan siapakah kita akan menjadi.

Alma menerangkan begini: “Perubahan yang hebat juga ditempa dalam hati mereka, dan mereka [merendahkan hati] mereka dan menaruh kepercayaan mereka kepada Tuhan yang sejati dan hidup … [kekal] setia sampai akhir.”10

Mereka yang mengatasi dunia tahu bahawa mereka perlu bertanggungjawab terhadap Bapa Syurgawi mereka. Mengubah dan bertaubatkan dosa-dosa dengan ikhlas bukanlah sesuatu yang menghalang tetapi membebaskan, seperti “dosa merah marak … [menjadi] putih seperti salji.”11

Pertanggungjawaban kepada Tuhan

Dunia mengalami kesusahan untuk mempunyai pertanggungjawaban terhadap Tuhan—seperti anak yang berpesta di rumah ibu bapanya apabila mereka tiada di rumah, mengamati kehebohan, enggan memikirkan akibatnya apabila ibu bapa kembali selepas 24 jam. 

Dunia lebih berminat untuk memuaskan hati manusia alamiah dan bukanlah menewaskannya.

Mengatasi dunia bukanlah satu pencerobohan sejagat tetapi satu peperangan peribadi terhadap godaan dan kecenderungan kita sendiri.

Mengatasi dunia bermaksud menghayati perintah yang teragung: “Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.”12

Penulis Kristian C. S. Lewis menghuraikannya begini: “Kristus berfirman ‘Beri-Ku Segalanya. Aku tidak menginginkan banyak masa dari kamu dan duit kamu dan kerja kamu: Aku inginkan Kamu.’”13

Mengatasi dunia bermakna memegang janji kita dengan Tuhan—pembaptisan dan perjanjian bait suci kita dan sumpah kesetiaan kita terhadap rakan abadi kita. Mengatasi dunia membimbing kita untuk mengambil sakramen setiap minggu, meminta ampun dan berikrar untuk “mengingati-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya,” agar kita “selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].”14

Kasih kita terhadap hari Sabat tidak berakhir apabila pintu gereja tutup, tetapi sebaliknya bermula dengan hari indah untuk berehat, belajar, berdoa, dan menghubungi keluarga dan mereka yang memerlukan perhatian kita. Sebalik mengeluh lega setelah gereja tamat, dengan harapan dan bergesa untuk mencari televisyen secepat mungkin sebelum acara bola bermula, biarlah tumpuan kita kekal kepada Juruselamat pada hari kudus-Nya.

Dunia sentiasa dipenuhi pengaruh yang menarik dan menggoda.15

Mengatasi dunia ialah mempercayai suara itu yang memberi amaran, menolong, menerang, dan membawa kedamaian “bukan seperti yang diberikan oleh dunia.”16

Tidak Mementingkan Diri

Mengatasi dunia bermakna kita menumpu perhatian terhadap orang lain, mengingati perintah kedua17: “Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu.”18 Kegembiraan pasangan kita adalah lebih penting daripada keseronokan kita. Membantu anak-anak kita mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya merupakan keutamaan. Kita dengan sukarelanya berkongsi berkat-berkat jasmaniah melalui persepuluhan, sumbangan puasa, dan menderma kepada mereka yang memerlukannya. Dan apabila kita menumpukan perhatian terhadap arah rohani, Tuhan akan membimbing kita kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Dunia hanya pentingkan diri sendiri, mengisytiharkan dengan bangga: “Lihatlah saya berbanding dengan jiran saya! Lihatlah harta saya! Lihatlah betapa pentingnya saya!”

Dunia senang direngsa, tidak berminat, dan menuntut, suka sorakan orang ramai, manakala mengatasi dunia memberi kita kerendahan hati, rasa simpati, kesabaran, dan belas kasihan terhadap mereka yang berbeza daripada kita.

Keselamatan melalui Nabi-nabi

Mengatasi dunia akan bermakna kita mempunyai kepercayaan yang sentiasa dipersenda oleh mereka. Juruselamat telah berfirman:

“Jika dunia membenci kamu, ingatlah bahawa dunia sudah membenci Aku lebih dahulu.

“Jika kamu milik dunia, dunia akan mengasihi kamu seolah-olah kamu anak-anaknya sendiri.”19

Presiden Russell M. Nelson berkata pagi tadi, “Pengikut benar Yesus Kristus bersedia untuk berdiri, bersuara, dan berbeza dari orang duniawi.”20

Seorang pengikut Kristus tidak akan khuatir jika warta kepercayaan dia tidak menerima 1,000 “like” di halaman Facebooknya atau hanya beberapa emoji mesra.

Mengatasi dunia bermaksud kurang mempedulikan perhubungan online dan lebih memberi perhatian kepada perhubungan kita dengan Tuhan.

Tuhan menjaminkan keselamatan apabila kita mengikut bimbingan-Nya dari nabi-nabi dan rasul-rasul hidup-Nya.

Imej
Presiden Monson berkata

Presiden Thomas S. Monson telah berkata: “Dunia amat … mencabar. … [Apabila kita pergi ke bait suci], … kita akan dapat menanggung setiap kesusahan dan mengatasi setiap godaan dengan lebih. … Kita akan diperbaharui dan diperkukuhkan.”21

Dengan godaan, gangguan, dan pemesongan yang meningkat, dunia ingin memperdaya mereka yang beriman untuk menafikan pengalaman rohani yang lepas, mentakrifkannya sebagai penipuan yang jahil.

Mengatasi dunia bermaksud mengingati, walaupun kita patah semangat, saat-saat kita telah merasai kasih dan cahaya Juruselamat. Elder Neal A. Maxwell menerangkan salah satu daripada pengalaman ini begini: “Saya telah diberkati, dan saya tahu Tuhan tahu bahawa saya tahu saya telah diberkati.”22 Walaupun kita mungkin rasa dilupai, kita tidak lupa.

Mengatasi dunia tidak bermakna kita hidup terpisah, terlindung daripada ketidakadilan dan kesusahan kefanaan. Sebaliknya, ia memberi pandangan luas keimanan, merapati kita kepada Juruselamat dan janji-janji-Nya.

Walaupun kesempurnaan tidak akan dilengkapi dalam hayat ini, mengatasi dunia dapat memberi kita harapan bahawa satu hari nanti kita “akan berdiri di hadapan [Penebus kita]; [dan] melihat muka-Nya dengan kegembiraan,”23 dan mendengar suara-Nya: “Hai, kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Tuhan yang telah disediakan oleh Tuhan.”24

Teladan Elder Bruce D. Porter

Pada Disember 28 tahun yang lepas, kawan dan Penguasa Umum terkasih kita Elder Bruce D. Porter melengkapkan kefanaannya. Dia berumur 64 tahun.

Pertama kali saya bertemu dengan Bruce ketika kami pelajar di Universiti Brigham Young. Dia salah seorang pelajar yang terbaik dan cerdik. Setelah dia menerima ijazah kedoktorannya dari Universiti Harvard, dengan penekanan dalam hal ehwal Negeri Rusia, pemikiran dan penulisan Bruce dapat menggugatnya, tetapi kekayaan dan pujian dunia tidak mengeruhkan pandangannya.25 Kesetiaannya adalah terhadap Juruselamatnya, Yesus Kristus; teman abadinya, Susan; anak-anak dan cucu-cucunya.

Imej
Elder Porter bersama keluarga mudanya

Bruce telah dilahirkan dengan buah pinggang yang cacat. Dia telah melalui pembedahan, namun fungsi buah pinggangnya masih merosot.

Tidak lama selepas Bruce dipanggil sebagai Penguasa Umum pada tahun 1995, kami melayan bersama keluarga kami di Frankfurt, Jerman, di mana kerjanya tertumpu di Rusia dan Eropah Timur.

Kehidupan Elder Porter berubah secara dramatik pada tahun 1997 apabila fungsi buah pinggang dan kesihatan semakin merosot. Keluarga Porter kembali ke Salt Lake City.

Selama 22 tahun layanannya dalam Tujuh Puluh, Bruce dimasukkan ke hospital banyak kali dan telah melalui 10 pembedahan. Terdapat dua peristiwa di mana doktor-doktor telah memberitahu Susan bahawa Bruce tidak akan bertahan hidup, tetapi dia hidup.

Lebih daripada 12 tahun layanan dia sebagai Penguasa Umum, Bruce menjalani rawatan dialisis untuk membersihkan darahnya. Kebanyakan masanya, rawatan dialisis mengambil lima malam seminggu dan empat jam di setiap rawatan supaya dia dapat melayan dalam panggilannya pada siang hari dan menerima tugas persidangan pada hujung minggu. Apabila kesihatannya tidak bertambah baik selepas beberapa berkat imamat, Bruce hairan, tetapi dia ketahui siapa yang patut dipercayai.26

Pada tahun 2010, Bruce menerima dermaan buah pinggang dari anaknya, David. Kini, badannya tidak menolak transplan itu. Ia suatu mukjizat, memberinya kesihatan yang baru, kemudiannya membenarkan dia dan Susan untuk kembali ke Negeri Rusia kesayangannya, dengan melayan sebagai Presidensi Kawasan.

Imej
Elder dan Sister Porter di Rusia

Pada Disember 26 tahun lepas, selepas berjuang dengan jangkitan yang berterusan di satu hospital di Salt Lake City, dia meminta doktor-doktor untuk meninggalkan bilik. Bruce memberitahu Susan “yang dia tahu melalui Roh bahawa para doktor tidak dapat melakukan apa lagi untuk menyelamatkannya. Dia tahu … bahawa Bapa Syurgawi akan membawa dia pulang. Dia dipenuhi dengan kedamaian.”27

Pada 28 Disember, Bruce pulang ke rumah keluarganya. Beberapa jam kemudian, dikelilingi oleh orang tersayang, dia kembali ke rumah syurgawinya dengan aman.

Imej
Portret Elder Bruce D. Porter

Bertahun dahulu, Bruce Porter telah menuliskan kata-kata berikut kepada anak-anaknya:

“Kesaksian saya peroleh dari realiti dan kasih Yesus Kristus telah menjadi petunjuk dalam kehidupan saya. … Ia [ialah] satu kesaksian Roh yang suci dan membara bahawa Dia hidup, bahawa Dia Penebus dan Sahabat saya di masa saya memerlukannya.”28

“Cabaran kita … adalah untuk mengenali [Juruselamat] … dan melalui kepercayaan kita terhadap Dia, untuk mengatasi kesusahan dan godaan dunia ini.”29

Marilah kita beriman dan jujur, percayalah Dia.”30

Bruce Douglas Porter telah mengatasi dunia.

Semoga kita cuba dengan usaha yang lebih untuk mengatasi dunia, tidak memberi alasan terhadap kesalahan serius tetapi masih bersabar dengan kesalahan kecil, beria untuk mempercepatkan kelajuan kita dan membantu orang dengan murah hati. Apabila anda mempercayai Juruselamat dengan lebih, saya janjikan anda berkat-berkat kedamaian yang lebih dalam kehidupan ini dan jaminan takdir abadi anda, dalam nama Yesus Kristus, amin.