2010–2019
Sediakan Jalan
April 2017


Sediakan Jalan

Walaupun mereka mempunyai tugas dan wewenang yang berbeza, Imamat Harun dan Imamat Melkisedek ialah teman yang tidak boleh berpisah dalam kerja penyelamatan.

Pada masa saya berumur 30 tahun, saya mula bekerja dalam satu kumpulan syarikat runcit di Perancis. Suatu hari, presiden syarikat itu, seorang yang baik yang beragama lain, panggil saya ke dalam pejabatnya. Soalannya mengejutkan saya: “Saya baru mengetahui anda seorang imam dalam gereja anda. Adakah ini betul?”

Saya balas, “Ya betul. Saya memegang imamat.”

Dia tertarik oleh balasan saya dan tanya, “Pernahkan anda belajar dalam satu seminari teologi?”

“Tentulah” saya jawab, “dari umur 14 tahun hingga 18 tahun, saya mengaji pengajaran seminari hampir setiap hari!” Dia hampir jatuh dari kerusinya.

Beberapa minggu selepas itu, saya hairan apabila dia panggil saya balik ke pejabatnya dan memberi saya satu jawatan pengarah urusan dalam salah satu syarikat kumpulan itu. Saya sangat hairan dan memberitahu dia kebimbangan saya bahawa saya terlalu muda dan kurang berpengalaman untuk memegang tanggungjawab yang begitu penting. Dengan satu senyuman yang mesra, dia kata, “Ini mungkin benar, tetapi tidak penting. Saya tahu asas-asa anda, dan saya tahu perkara yang sudah anda belajar dalam gereja anda. Saya perlu anda.”

Dia betul tentang perkara yang sudah saya belajar dalam Gereja. Tahun-tahun berikut memang mencabarkan, dan saya tidak tahu jika saya boleh berjaya tanpa pengalaman yang saya peroleh daripada pelayanan dalam Gereja semenjak masa saya seorang remaja.

Saya diberkati untuk membesar dalam satu cabang yang kecil. Kerana bilangan kami kecil, para remaja dipanggil untuk mengambil bahagian dalam semua aspek cabang itu. Saya sangat sibuk dan suka merasa berguna. Pada hari Ahad, saya menjalankan tugas-tugas pada meja sakramen, melayan dalam kuorum imamat, dan melakukan beberapa panggilan lain. Sepanjang minggu saya meneman bapa saya dan pemegang imamat dewasa lain semasa kami mengunjung ahli, menghiburkan yang sakit dan yang menderita, dan menolong yang berkeperluan. Tidak ada seorang pun yang fikir saya terlalu kecil untuk melayan atau memimpin. Bagi saya, semua ini biasa dan semula jadi.

Pelayanan yang saya berikan pada zaman remaja membantu saya untuk membina kesaksian saya dan mendasarkan hidup saya di atas Injil. Saya dikelilingi oleh lelaki yang baik dan berbelas kasihan yang bertekad untuk menggunakan imamat mereka untuk memberkat orang lain. Saya ingin menjadi seperti mereka. Pada masa itu saya tidak sedar bahawa saya belajar untuk menjadi seorang pemimpin dalam Gereja dan dalam dunia semasa saya melayan bersama mereka.

Kita ada ramai remaja Putera yang memegang Imamat Harun menghadiri, menonton dan mendengar pertemuan petang ini. Semasa saya memandang orang yang hadiri, saya nampak ramai anda duduk bersama lelaki yang lebih tua, mungkin bapa anda, datuk anda, abang anda, atau pemimpin imamat anda—semua pemegang imamat Melkisedek. Mereka menyayangi anda, dan setakat tertentu, mereka datang ke sini petang ini untuk meneman anda.

Perhimpunan bergenerasi ini mempersembahkan satu wawasan kesatuan dan persaudaraan yang wujud di antara dua imamat Tuhan. Walaupun mereka mempunyai tugas dan wewenang yang berbeza, Imamat Harun dan Imamat Melkisedek ialah teman yang tidak boleh berpisah dalam kerja penyelamatan. Mereka bekerjasama dan memerlukan satu sama lain.

Model sempurna perhubungan rapat yang wujud di antara dua imamat ini didapati dalam interaksi di antara Yesus dan Yohanes Pembaptis. Bolehkah seorang gambarkan Yohanes Pembaptis tanpa Yesus? Apa akan terjadi kepada misi Juruselamat tanpa persediaan Yohanes?

Yohanes Pembaptis diberikan salah satu misi yang paling mulia: “Sediakanlah jalan bagi Tuhan,”1 untuk membaptiskan Dia dengan air, dan untuk menyediakan orang untuk menerima Dia. “Orang yang baik dan kudus ini,”2 yang sudah ditahbis kepada imamat lebih rendah,” sedar tentang kepentingan dan had misi dan had wewenangnya.

Orang ramai pergi ke Yohanes untuk mendengar dia dan dibaptis oleh dia. Orang menghormati dia kerana dia melakukan kehendak Tuhan. Tetapi apabila Yesus muncul. Yohanes menyerah kepada Yesus dengan rendah hati, kata, “Aku membaptis dengan air. Tetapi Dia yang tidak kamu kenal ada di kalangan kamu, … Dia datang kemudian daripadaku, tetapi aku tidak layak mengurai tali kasut-Nya pun.”3

Yesus Kristus, Anak Tunggal Bapa, yang memegang imamat lebih tinggi, mengenali wewenang Yohanes dengan rendah hati. Mengenai Yohanes, Juruselamat kata, “Yohanes Pembaptis lebih besar daripada semua orang yang pernah hidup di dunia ini.”4

Fikirlah apa yang akan berlaku dalam kuorum imamat kita jika perhubungan di antara pemegang kedua-dua imamat diilhamkan oleh pola yang ditubuhkan oleh Yesus dan Yohanes Pembaptis. Saudara muda imamat Harun, seperti Yohanes, peranan anda adalah untuk “mempersiapkan jalan”5 bagi kerja Imamat Melkisedek. Anda melakukan ini dalam pelbagai cara. Anda melaksanakan tatacara pembaptisan dan sakramen. Anda menyediakan orang bagi Tuhan dengan mengkhutbahkan Injil, dengan “mengunjungi rumah masing-masing anggota,”6 dan dengan “mengawasi gereja.”7 Anda berikan bantuan kepada yang miskin dan yang berkeperluan dengan mengutip sumbangan puasa, dan anda mengambil bahagian dalam penjagaan bangunan Gereja dan sumber-sumber jasmani lain. Peranan anda penting, diperlukan, dan kudus.

Saudara dewasa saya, sama ada anda bapa, uskup, penasihat Remaja Putera, atau pemegang Imamat Melkisedek, anda boleh ikut teladan Juruselamat dengan memikir tentang saudara anda yang memegang imamat lebih rendah dan menjemput mereka untuk melayan bersama anda. Dalam realiti, jemputan ini datang dari Tuhan. Dia berfirman, “Oleh kerana itu, ambillah bersamamu mereka yang ditahbiskan imamat yang lebih rendah, dan utuslah mereka sebelum kamu untuk membuat janji, dan untuk mempersiapkan jalan, dan untuk memenuhi janji yang kamu sendiri tidak sanggup penuhi.”8

Semasa anda menjemput saudara yang lebih muda untuk “mempersiapkan jalan,” anda menolong mereka untuk mengenali dan menghormati wewenang kudus yang mereka pegang. Dengan membuat demikian, anda menolong mereka menyediakan jalan diri sendiri mereka semasa mereka bersedia demi hari mereka menerima dan melaksanakan imamat lebih tinggi.

Biarlah saya kongsikan satu kisah bebar tentang Alex, seorang imam muda yang diam, bertimbang rasa, dan bijak. Pada suatu hari Ahad, uskup Alex mendapati dia bersendirian dalam satu bilik, berwajah sangat sedih. Remaja ini menjelaskan bahawa adalah sangat susah bagi dia untuk menghadiri gereja tanpa ayahnya, yang bukan ahli gereja. Kemudian dia kata semasa menangis mungkin adalah lebih baik bagi dia jika dia tinggal Gereja.

Dengan kerisauan yang ikhlas terhadap remaja ini, dengan serta merta, uskup ini mengarahkan majlis bahagian untuk menolong Alex. Rancangannya mudah: untuk memastikan Alex tetap aktif dan menolong dia mengembangkan satu kesaksian yang mendalam tentang Injil, mereka perlu “mengeliling dia dengan orang yang baik dan berikan dia tugas yang penting.”

Dengan cepat, saudara-saudara imamat dan semua ahli bahagian bersatu menolong Alex dan menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka. Pemimpin kumpulan imam tinggi mereka, seorang lelaki yang beriman dan berbelas kasihan, dipilih untuk menjadi teman pengunjung keluarganya. Ahli-ahli lembaga uskup menyokong dia dan buatkan dia rakan rapat mereka.

Uskup itu kata: “Kami pastikan Alex sibuk. Dia menunjuk tempat duduk dalam upacara perkahwinan dan pengebumian, menolong saya pada pembaktian kubur, membaptis ahli-ahli baru, mentahbis remaja Putera ke jawatan imamat Harun, mengajar pengajaran remaja, mengajar bersama para penginjil, membuka kunci bangunan untuk persidangan, dan kuncikan bangunan lewat malam selepas persidangan. Dia lakukan projek pelayanan, meneman saya untuk mengunjung ahli-ahli tua dalam jagaan hospis, memberi ucapan dalam pertemuan sakramen, melayani sakramen kepada orang yang sakit dalam hospital atau dalam rumah mereka, dan menjadi salah satu orang yang boleh saya harapkan dalam peranan saya sebagai uskup.

Imej
Alex dan uskupnya

Sedikit demi sedikit, Alex berubah. Imannya kepada Tuhan bertambah. Dia memperoleh keyakinan dalam diri sendiri dan dalam kuasa imamat yang dia pegang. Uskup itu kata: “Alex memang dan akan tetap jadi salah satu berkat terbesar pada masa saya seorang uskup. Memanglah peluang istimewa untuk bercampur dengan dia. Saya benar-benarnya percaya tidak ada seorang remaja Putera lain lebih bersedia pergi melayan misi kerana pelayanan imamatnya.”9

Uskup-uskup terkasihku, termasuk dalam pentahbisan dan penetapan sebagai uskup bahagian anda, anda mempunyai panggilan kudus untuk melayan sebagai presiden Imamat Harun dan kuorum imam. Saya sedar tentang tanggungjawab berat anda, tetapi anda harus buatkan tugas anda ke atas remaja Putera salah satu keutamaan anda. Anda tidak boleh mengabaikan ia atau menugaskan tanggungjawab ini kepada orang lain.

Saya menjemput anda untuk merenung tentang setiap pemegang Imamat Harun dalam bahagian anda. Tidak seorang daripada mereka harus rasa bersendirian atau tidak berguna. Adakah remaja Putera yang boleh anda atau saudara imamat lain tolong? Jemputkan dia melayan bersama anda. Sering kali kita cuba menghiburkan remaja Putera kita dan melayan mereka sebagai penonton sahaja, tetapi iman dan kasih sayang mereka terhadap Injil lebih baik dikembang oleh mengembangkan imamat mereka. Dengan aktif mengambil bahagian dalam kerja penyelamatan, mereka akan berkait dengan syurga dan akan memperoleh kesedaran tentang potensi ilahi mereka.

Imamat Harun bukan hanya satu kumpulan, satu program pengajaran atau aktiviti, satu istilah untuk menamakan remaja Putera Gereja sahaja. Ia ialah satu kuasa dan wewenang untuk mengambil bahagian dalam kerja menyelamatkan jiwa—jiwa remaja Putera yang memegang imamat itu dan jiwa orang yang mereka layan. Marilah kita menubuhkan peranan betul Imamat Harun, satu peranan yang istimewa, dan satu peranan pelayanan, persediaan dan pencapaian bagi semua remaja Putera Gereja.

Saudara-saudara Imamat Melkisedek terkasihku, saya menjemput anda untuk memperkuatkan perhubungan yang menyatukan kedua-dua imamat Tuhan. Memperkuasakan remaja Imamat Harun untuk bersedia sebelum anda. Beritahu mereka dengan penuh keyakinan, “Saya perlu anda.” Kepada pemegang Imamat Harun muda, saya berdoa semoga masa anda melayan bersama saudara lebih tua anda, anda akan dengar suara Tuhan berfirman kepada anda: “Engkau diberkati, kerana engkau akan melakukan hal-hal yang besar. Lihatlah engkau diutus, bahkan seperti Yohanes, untuk mempersiapkan jalan sebelum Aku.”10 Dalam nama Yesus Kristus, amin.