2010–2019
Pulang dan Menerima
April 2017


Pulang dan Menerima

Untuk pulang ke hadirat Tuhan dan menerima berkat-berkat abadi yang datang dari membuat dan mentaati perjanjian adalah matlamat-matlamat yang paling penting yang kita dapat menetapkan.

Saudara dan saudari saya, tugas saya sekarang adalah untuk berucap kepada anda, dan tugas anda untuk mendengar. Matlamat saya adalah untuk menyelesaikan tugas saya sebelum anda menyelesaikan tugas anda. Saya akan melakukan sedaya upaya saya.

Saya telah memerhatikan bahawa orang yang mencapai paling banyak di dunia ini ialah mereka yang mempunyai visi untuk kehidupan mereka, dengan matlamat-matlamat untuk membuat mereka berfokus pada visi dan rancangan taktikal mereka untuk cara mencapainya. Mengetahui ke mana anda pergi dan bagaimana anda mengharapkan pergi ke sana boleh membawa makna, tujuan, dan pencapaian kepada kehidupan.

Beberapa orang mempunyai kesusahan dalam membezakan antara rancangan dan matlamat sehingga mereka belajar bahawa matlamat ialah destinasi atau penghujung, dan rancangan ialah cara dengan mana anda sampai ke sana. Contohnya, kita boleh mempunyai matlamat untuk memandu ke sesuatu tempat yang tidak dikenali, dan seperti beberapa anda saudari-saudari tahu, kami lelaki kerap kali berfikir yang kami tahu jalan ke sana—yang kerap kali mengakibatkan kami berkata, “Saya tahu pastinya ia dekat saja.” Isteri saya pasti senyum sekarang. Matlamat itu jelas, tetapi tidak ada rancangan yang baik untuk mencapai destinasi.

Pada dasarnya, pembuatan matlamat adalah bermula dengan berfikir tentang penghujung. Dan perancangan adalah merancang cara untuk mencapai penghujung. Salah satu kunci kegembiraan terdapat dalam memahami yang mana destinasi betul-betul penting—dan menggunakan masa, usaha, dan tumpuan kita untuk hal-hal yang membentuk cara yang pasti untuk sampai di sana.

Tuhan, Bapa Syurgawi kita, telah memberikan kita contoh sempurna tentang pembuatan dan perancangan matlamat. Matlamat-Nya adalah “untuk mendatangkan kebaqaan serta hidup yang abadi bagi manusia,”1 dan cara-Nya untuk mencapainya adalah rancangan keselamatan.

Rancangan Bapa Syurgawi kita yang dikasihi termasuk memberikan kita kefanaan yang berkembang, membesar, belajar, dan fizikal melalui mana kita dapat menjadi lebih seperti Dia. Memberi pakaian dalam bentuk badan jasmani kepada roh abadi kita; mematuhi ajaran-ajaran dan perintah-perintah Putera-Nya, Tuhan Yesus Kristus; dan menubuhkan keluarga-keluarga abadi membiarkan kita, melalui Korban tebusan Juruselamat, untuk memenuhi matlamat Tuhan iaitu kebaqaan dan kehidupan abadi untuk anak-anak-Nya bersama Dia di kerajaan selestial-Nya.

Pembuatan matlamat yang bijak termasuk memahami bahawa matlamat-matlamat jangka pendek hanya berkesan jika matlamat-matlamat itu membawa kepada matlamat-matlamat jangka panjang yang difahami dengan jelas. Saya percaya bahawa satu kunci yang penting untuk kegembiraan ialah untuk belajar bagaimana untuk membuat matlamat-matlamat kita sendiri dan membentuk rancangan kita sendiri di dalam rangka rancangan abadi Bapa Syurgawi kita. Jika kita memberikan tumpuan pada jalan abadi ini, kita pasti akan melayakkan diri kita untuk kembali ke hadirat-Nya.

Untuk mempunyai matlamat dan rancangan untuk kerjaya kita, pendidikan kita, dan bahkan kemahiran golf kita, ialah baik. Ia juga penting untuk mempunyai matlamat-matlamat untuk perkahwinan kita, keluarga kita, dan majlis dan panggilan Gereja kita; ini benar terutamanya untuk para penginjil. Tetapi matlamat-matlamat yang paling besar dan penting patut muat ke dalam rancangan abadi Bapa Syurgawi. Yesus mengatakan, “Carilah kamu kerajaan Tuhan dan kesolehan-Nya terlebih dahulu, dan semua hal ini akan ditambahkan kepadamu.”2

Para pakar pembuatan matlamat memberitahu kita bahawa matlamat yang lebih sederhana dan jelas akan mempunyai lebih kuasa. Bila kita dapat meringkaskan satu matlamat dengan menggunakan satu gambar yang jelas atau satu atau dua perkataan yang berkuasa dan berlambang, matlamat itu dapat menjadi sebahagian kita dan membimbing hampir-hampir semua yang kita memikirkan dan melakukan. Saya percaya bahawa ada dua perkataan yang, dalam konteks ini, melambangkan matlamat-matlamat Tuhan untuk kita dan matlamat-matlamat kita yang paling penting untuk diri kita sendiri. Dua perkataan itu adalah pulang dan terima.

Untuk pulang ke hadirat-Nya dan menerima berkat-berkat abadi yang datang dari membuat dan mentaati perjanjian adalah matlamat-matlamat yang paling penting yang kita dapat menetapkan.

Kita pulang dan menerima dengan mempunyai “iman yang tak tergoncang kepada [Tuhan Yesus Kristus], bersandar sepenuhnya pada” jasa Dia, “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia … , berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir.”3

Lusifer tidak menerima rancangan Bapa kita yang membiarkan kita untuk pulang ke hadirat-Nya dan menerima berkat-berkat-Nya. Sebenarnya, Lusifer memberontak dan berusaha mengubahsuai rancangan Bapa kita, ingin mengambil kemuliaan, kehormatan, dan kuasa Tuhan bagi dirinya sendiri. Sebagai akibat, dia diusir bersama dengan orang suruhannya dari hadirat Tuhan dan “menjadi Setan, iaitu iblis, bapa segala kedustaan, untuk menipu serta membutakan manusia, dan menyebabkan mereka tertawan menurut kehendaknya, iaitu sebanyak yang tidak mahu mendengar suara Tuhan.”4

Oleh kerana pilihan-pilihan pra-fana dia, Setan tidak dapat pulang atau menerima. Satu-satunya perkara tinggalan bagi dia ialah untuk menentang rancangan Bapa dengan menggunakan setiap umpan dan godaan yang ada untuk membawa kita ke bawah dan membuat kita sengsara seperti dirinya sendiri.5 Rancangan Setan untuk mencapai matlamatnya yang jahat berkaitan dengan setiap individu, generasi, kebudayaan, dan masyarakat. Dia menggunakan suara-suara yang kuat—suara-suara yang berusaha menguasai suara yang lemah lembut Roh Kudus yang dapat menunjukkan kepada kita “semua hal” yang kita patut melakukan untuk pulang dan menerima.6

Suara-suara ini milik orang yang tidak mempedulikan kebenaran Injil dan yang menggunakan internet, media sosial dan cetakan, radio, televisyen, dan wayang untuk menyampaikan dalam cara yang menarik kelakuan lucah, keganasan, bahasa yang tidak baik, dan kotoran dalam cara yang mengalihkan perhatian kita dari matlamat dan rancangan kita untuk keabadian.

Suara-suara ini mungkin juga termasuk orang yang niatnya baik yang dibutakan oleh falsafah-falsafah manusia dan yang berusaha menghancurkan iman dan mengubah haluan tumpuan abadi orang yang sedang berusaha untuk pulang ke hadirat Tuhan dan menerima “segala yang dimiliki Bapa [kita].”7

Saya mendapati bahawa untuk tetap memberikan tumpuan pada kepulangan dan penerimaan berkat-berkat yang dijanjikan, saya perlu mengambil masa secara tetap untuk menanya diri saya sendiri, “Bagaimanakah kemajuan saya?”

Ini seperti mengadakan temu duga yang peribadi dan swasta dengan diri anda sendiri. Dan kalau ini nampaknya tidak biasa, fikirkanlah: siapa di dunia ini mengenali anda lebih daripada anda mengenali diri anda? Anda tahu fikiran anda, tindakan swasta anda, keinginan anda, impian, matlamat, dan rancangan anda. Dan anda tahu lebih baik daripada sesiapa pun bagaimana kemajuan anda di jalan ke kepulangan dan penerimaan.

Sebagai panduan untuk saya semasa temu duga yang peribadi dan swasta ini, saya suka membaca dan merenungkan kata-kata muhasabah yang dijumpai di bab ke-lima dalam kitab Alma, di mana Alma bertanya: “Adakah kamu secara rohani telah dilahirkan daripada Tuhan? Adakah kamu telah menerima rupa-Nya pada air mukamu? Adakah kamu telah mengalami perubahan yang hebat ini dalam hatimu?”8 Soalan-soalan Alma adalah peringatan tentang apa yang matlamat dan rancangan kita patut masukkan untuk pulang dan menerima.

Ingatlah jemputan Juruselamat untuk “marilah kepada-Ku, hai kamu yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan memberi kelegaan kepadamu.

“Pikullah kuk yang Kupasang dan belajarlah pada-Ku; kerana Aku ini lembut hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.”9

Bila kita meningkatkan iman kita kepada kuasa Tuhan Yesus Kristus untuk memberi kelegaan kepada jiwa kita dengan mengampuni dosa, menebus hubungan-hubungan yang tidak sempurna, menyembuhkan luka-luka rohani yang memperlahankan perkembangan, dan memperkukuh dan membolehkan kita untuk mengembangkan sifat-sifat Kristus, kita akan menghargai kebesaran Korban tebusan Tuhan Yesus Kristus.10

Semasa minggu-minggu yang akan datang, carilah masa untuk mengkaji semula matlamat dan rancangan kehidupan anda, dan pastikanlah matlamat dan rancangan anda bersepakat dengan rancangan besar Bapa Syurgawi kita untuk kegembiraan kita. Jika anda perlu bertaubat dan berubah, pertimbangkanlah berbuat demikian sekarang. Ambillah masa untuk berfikir dengan doa tentang pelarasan-pelarasan yang diperlukan untuk membantu anda terus mempunyai “pandangan yang hanya tertuju kepada kemuliaan Tuhan.”11

Kita mesti mengekalkan ajaran dan Injil Yesus Kristus di pusat matlamat dan rancangan kita. Tanpa Dia, tidak ada matlamat abadi yang mungkin, dan rancangan kita untuk mencapai matlamat-matlamat abadi kita akan pasti gagal.

Imej
Dokumen “Kristus yang Hidup”

Satu lagi bantuan ialah “Kristus yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,”12 yang disampaikan kepada Gereja pada 1 Januari 2000. Letakkanlah satu salinan di mana anda dapat melihatnya, dan mengambil masa untuk mengkaji semula setiap pernyataan di kesaksian yang diilhami ini mengenai Kristus oleh saksi-saksi-Nya yang istimewa yang menandatanganinya.

Imej
“Kristus yang Hidup dan perisytiharan keluarga

Saya menggesa anda untuk mengkajinya bersama dengan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.” Kita kerap kali bercakap tentang perisytiharan keluarga, tetapi ingatlah untuk membacanya dalam cahaya kuasa penyelamatan Kristus yang hidup. Tanpa Kristus yang hidup, harapan-harapan kita yang paling bermakna tidak akan dipenuhi. Seperti perisytiharan keluarga mengatakan: “Rancangan kegembiraan yang ilahi membolehkan hubungan keluarga untuk dikekalkan setelah kematian. Tatacara dan perjanjian kudus yang ada di dalam bait suci kudus memungkinkan orang untuk kembali ke hadirat Tuhan dan untuk keluarga-keluarga disatukan secara abadi.”13

Ini dapat berlaku hanya kerana Kristus yang hidup adalah Juruselamat dan Penebus dunia.

Anda juga mungkin ingin mencari dalam tulisan suci untuk meluaskan kefahaman anda mengenai kebenaran-kebenaran tertentu dalam “Kristus yang Hidup.”

Membaca “Kristus yang Hidup” dengan penuh doa ialah seperti membaca kesaksian Matius, Markus, Lukas, Yohanes, dan nabi-nabi Kitab Mormon. Ia akan meningkatkan iman anda kepada Juruselamat dan membantu anda tetap memberikan tumpuan pada-Nya semasa anda mengikut rancangan anda untuk mencapai matlamat-matlamat abadi anda.

Walaupun kesalahan, kegagalan, penyimpangan, dan dosa kita, Korban tebusan Yesus Kristus membiarkan kita untuk bertaubat, bersedia untuk pulang dan menerima berkat-berkat yang sungguh hebat yang Tuhan telah menjanjikan—untuk hidup selamanya dengan Bapa dan Putera di taraf tertinggi kerajaan selestial.14

Seperti anda semua tahu, tidak seorang pun akan mengelakkan kematian; kerana itu, matlamat dan rancangan jangka panjang kita sepatutnya termasuk bahawa bila kita pulang ke Bapa Syurgawi kita, kita akan menerima semua yang Dia merancang untuk setiap kita.15

Saya bersaksi bahawa tidak ada matlamat dalam kefanaan yang lebih baik daripada hidup secara abadi dengan Ibu Bapa Syurgawi kita dan Juruselamat kita yang dikasihi, Tuhan Yesus Kristus. Tetapi ia lebih daripada matlamat kita—ia juga matlamat Mereka. Mereka mempunyai kasih yang sempurna untuk kita, yang lebih berkuasa daripada yang kita dapat memahami. Mereka bersepakat dengan kita secara lengkap dan abadi. Kita adalah pekerjaan mereka. Kemuliaan kita adalah kemuliaan Mereka. Mereka ingin agar kita pulang ke rumah lebih dari apa pun—untuk pulang dan menerima kegembiraan abadi di hadirat Mereka.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, dalam satu minggu, kita akan menyambut Hari Ahad Palm—yang memperingati kemasukan Kristus yang hebat ke Yerusalem. Dalam dua minggu, kita akan menyambut Hari Paskah—yang memperingati kemenangan Juruselamat atas kematian.

Ketika kita memberikan tumpuan pada Juruselamat semasa dua Hari Ahad yang istimewa ini, mari kita ingat Dia dan memperbaharui tekad sepanjang hidup kita untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Mari kita melihat secara mendalam ke dalam kehidupan kita sendiri, membuat matlamat-matlamat kita sendiri dan menumpukan rancangan kita untuk bersepakat dengan rancangan Tuhan dalam cara yang akhirnya akan membawa kepada hak istimewa kita untuk pulang dan menerima—yang merupakan doa saya yang rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.