2010–2019
Keindahan Kekudusan
April 2017


Keindahan Kekudusan

Bapa di Syurga telah menyediakan untuk kita semua yang perlu supaya kita menjadi kudus seperti Dia kudus.

Apabila saya bersedia untuk pertemuan ini, fikiran saya berpaling kepada ramai saudari beriman saya temui dekat dan jauh. Bagi saya, mereka baik digambarkan dalam satu mazmur oleh Raja Daud: “Pujilah nama Tuhan yang mulia; bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya. Bersujudlah di hadapan Tuhan apabila Dia muncul.”1

Saya melihat keindahan kekudusan dalam saudari yang hati mereka ketengahkan semua yang baik, mereka yang ingin menjadi lebih seperti Juruselamat. Mereka mempersembah semua jiwa, hati, daya, fikiran, dan kekuatan kepada Tuhan dalam cara mereka hidup setiap hari.2 Kekudusan adalah dalam usaha dan perjuangan untuk mentaati perintah dan menghormati perjanjian yang kita telah buat dengan Tuhan. Kekudusan adalah membuat pilihan yang akan mentaati Roh Kudus sebagai panduan kita.3 Kekudusan adalah mengetepikan keinginan semula jadi dan menjadi orang suci melalui Korban Tebusan Tuhan Yesus.”4 “Setiap detik hidup kita harus dikuduskan kepada Tuhan.”5

Tuhan syurga mengarahkan Israel, “Akulah Tuhan, Tuhan kamu; berhati-hatilah agar kamu tetap suci, kerana Aku suci.”6

Elder D. Todd Christofferson telah mengajar: “Bapa Syurgawi kita ialah Tuhan dengan harapan yang tinggi. … Dia mencadangkan untuk menjadikan kita kudus supaya kita dapat ‘menanggung kemuliaan selestial.’ (A&P 88:22) dan ‘berdiam di hadirat-Nya’ (Musa 6:57).”7 Lectures on Faith menerangkan, “Tidak seorang pun boleh menikmati kemuliaan-Nya tanpa memiliki kesempurnaan dan kekudusan-Nya.”8 Bapa di Syurga mengenali kita Dia menyayangi kita, dan Dia telah menyediakan untuk kita semua yang perlu supaya kita menjadi kudus seperti Dia kudus.

Kita adalah anak perempuan kepada Bapa di Syurga, dan kita semua mempunyai warisan ilahi kekudusan. Bapa di Syurga kita telah mengistiharkan, “Lihatlah, Aku adalah Tuhan; Manusia Kekudusan adalah nama-Ku.”9 Di dunia pra-fana, kita menyayangi Bapa kita dan menyembah-Nya Kita ingin menjadi seperti-Nya Daripada kasih-sayang bapa yang sempurna, Dia memberi Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi Juruselamat dan Penebus kita. Dia ialah Putera kepada Manusia Kekudusan.10 Nama Dia ialah Kudus,”11 Yang Kudus dari Israel.12

Harapan kita untuk kekudusan di tengahkan dalam Kristus, dalam belas kasihan-Nya dan rahmat-Nya. Dengan iman dalam Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya, kita boleh menjadi bersih, tanpa noda, apabila kita menafikan kejahatan13 dan bertaubat dengan ikhlas. Kita dibaptiskan dengan air untuk pengampunan dosa. Jiwa kita dikuduskan apabila kita menerima Roh Kudus dengan hati yang terbuka. Setiap minggu, kita mengambil dalam tatacara sakramen. Dalam semangat pertaubatan dengan keinginan ikhlas untuk kesolehan, kita berjanji bahawa kita sanggup mengambil ke atas kita nama Kristus, mengingati-Nya, dan mengikuti perintah-Nya supaya kita sentiasa mempunyai Roh-Nya bersama kita. Dari semasa ke semasa, apabila kita terus berusaha untuk menjadi satu dengan Bapa, Putera, dan Roh Kudus, kita menjadi pengambil sifat ilahi Mereka.14

Kekudusan Adalah Mentaati Perjanjian Kita

Kita menyedari banyak ujian, godaan dan kesengsaraan yang boleh menarik kita daripada semua yang mulia dan terpuji di hadapan Tuhan. Tetapi pengalaman fana kita memberi kita peluang untuk memilih kekudusan. Selalunya ia adalah pengorbanan yang kita lakukan untuk mentaati perjanjian yang menyucikan kita dan membuat kita kudus.

Imej
Evangeline, seorang remaja puteri di Ghana

Saya melihat kekudusan dalam wajah Evangeline, seorang perempuan 13 tahun di Ghana. Satu cara yang dia mentaati perjanjian adalah dengan mengembangkan panggilan dia sebagai presiden kelas Beehive. Dia menerangkan bahawa dia melawat rumah kawan remaja puteri yang kurang aktif, untuk meminta ibu bapa mereka kebenaran ke Gereja. Ibu bapa berkata ia susah kerana pada hari Ahad semua anak-anak melakukan kerja rumah. Jadi Evangeline pergi dan menolong mereka dengan kerja rumah, dan dengan usahanya, kawannya selalu dapat kebenaran ke Gereja.

Jika kita mentaati perjanjian yang berkaitan, tatacara itu akan menukar kita, menguduskan kita dan menyediakan kita untuk memasuki hadirat Tuhan.15 Jadi kita menanggung beban satu sama lain; kita menguatkan satu sama lain. Kita menerima pengampunan dosa apabila kita memberi pertolongan rohani dan duniawi kepada yang miskin, tidak berpakaian, dan yang sakit.16 Kita menjaga diri kita tanpa noda daripada dunia apabila kita menghormati hari Sabat dan menerima sakramen dengan layak pada hari kudus Tuhan.17

Kita memberkati keluarga kita dan membuat rumah kita tempat kudus. Kita mengekang nafsu diri supaya kita boleh dipenuhi dengan kasih-sayang yang tulen dan berpanjangan.18 Kita menjangkau kepada orang lain dalam kebaikan, rasa kasihan dan berdiri sebagai saksi Tuhan. Kita menjadi bangsa Sion, dengan satu hati dan satu fikiran, satu rakyat yang kudus yang tinggal bersama dalam perpaduan dan kesolehan.19 “Kerana Sion mesti meningkat dalam keindahan, dan dalam kekudusan.”20

Saudari, datang kepada Bait suci. Jika kita ingin menjadi bangsa kudus bersedia untuk menerima Juruselamat di kedatangan-Nya, kita harus bangun dan memakai pakaian kita yang cantik.21 Dalam kekuatan dan kehormatan, kita meninggalkan cara dunia dan mentaati perjanjian kita, supaya kita boleh “diliputi oleh kesucian, ya, bahkan jubah kesolehan.”22

Kekudusan Adalah Mengambil Roh Kudus sebagai Panduan Kita

Kekudusan Adalah satu kurnia daripada Roh. Kita menerima kurnia ini apabila kita memilih untuk melakukan perkara yang boleh meningkatkan kuasa pengudusan Roh Kudus dalam hidup kita.

Imej
Maria mendengar firman Juruselamat

Apabila Marta menerima Yesus Kristus ke dalam rumahnya, dia merasa keinginan yang besar untuk melayani Tuhan dengan semua keupayaannya yang terbaik. Adiknya, Maria, memilih untuk duduk “dekat kaki Tuhan” dan mendengar ajaran-Nya. Apabila Martha merasa beban dengan pelayanan tanpa pertolongan, dia mengadu, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri?”

Saya suka perkataan yang amat lembut tegurannya yang saya boleh bayangi. Dengan kasih-sayang sempurna dan rasa kasihan yang tak terhingga, Juruselamat menegur:

“Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara:

“Tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.”23

Saudari, jika kita ingin menjadi kudus, kita mesti belajar untuk duduk dekat kaki Yang Kudus dari Israel dan memberi masa kepada kekudusannya. Adakah kita ketepikan telefon, senarai kerja panjang, dan urusan dunia? Berdoa, belajar dan mengikuti firman Tuhan menjemput kasih-sayang Nya yang membersih dan menyembuh ke dalam jiwa kita. Mari kita mengambil masa untuk menjadi kudus, supaya kita boleh dipenuhi dengan Roh pengudusan-Nya yang suci. Dengan Roh Kudus sebagai panduan kita, kita akan disediakan untuk menerima Juruselamat dalam keindahan kekudusan.24

Kekudusan Adalah Menjadi Orang Suci melalui Korban Tebusan Yesus Kristus

Menurut perkataan yang diilhami Raja Benyamin, mereka yang menjadi orang suci melalui Korban tebusan Yesus Kristus adalah mereka yang peserah, lembut hati, rendah hati, sabar dan penuh kasih-sayang seperti Juruselamat.25 Dia bernubuat bahawa Yesus Kristus, “Yang Maha Kuasa yang memerintah, yang dahulu wujud, dan wujud dari segala keabadian ke segala keabadian, akan turun dari syurga ke kalangan anak-anak manusia, dan akan berdiam dalam fana.” Dia datang untuk memberkati yang sakit, yang lumpuh, pekak dan buta, dan menghidupkan mereka yang sudah mati. Dan Dia menderita “bahkan lebih daripada yang dapat manusia derita, kecuali kematian.”26 Dan walaupun melalui Dia sahaja datangnya penyelamatan, Dia dihina, disengsara dan disalibkan. Tetapi Putera Tuhan bangkit dari kubur, supaya kita semua boleh mengatasi kematian. Dialah yang akan menghakimi dunia dalam kesolehan. Dialah yang akan menebus kita semua. Dialah Yang Kudus dari Israel. Yesus Kristus adalah keindahan kekudusan.

Apabila rakyat Raja Benyamin mendengar ajarannya, mereka jatuh ke tanah, amat tinggi kerendahan hati mereka dan ketakziman mereka kepada rahmat dan kemuliaan Tuhan kita. Mereka menyedari keadaan badaniah mereka. Adakah kita melihat penggantungan sepenuhnya kita terhadap rahmat dan belas kasihan Kristus, Tuhan kita? Adakah kita mengenali yang setiap kurnia yang baik, duniawi dan rohani, datang melalui Kristus? Adakah kita mengingati yang menurut rancangan Bapa yang abadi, kedamaian dalam dunia ini dan kemuliaan keabadian adalah milik kita hanya melalui Putera-Nya yang kudus?

Semoga kita dapat menyertai rakyat Raja Benyamin apabila mereka berdoa dengan kuat dengan satu suara, “Ya berbelas kasihanlah, dan kenakanlah darah korban tebusan Kristus agar kami boleh menerima pengampunan akan dosa-dosa kami, dan hati kami boleh dimurnikan; kerana kami percaya kepada Yesus Kristus, Putera Tuhan, yang menciptakan langit dan bumi, dan segala sesuatu.”27

Saya bersaksi apabila kita datang kepada Yang Kudus dari Israel, Roh-Nya akan datang kepada kita supaya kita dipenuhi kegembiraan, menerima pengampunan dosa dan kedamaian hati nurani.

Bapa di Syurga telah memberi kita semua keupayaan untuk menjadi kudus. Mari kita membuat yang terbaik untuk mentaati perjanjian kita dan menjadikan Roh Kudus sebagai panduan kita. Dengan iman dalam Yesus Kristus, kita menjadi orang suci melalui Korban tebusan-Nya, supaya kita boleh menerima keabadian dan kehidupan abadi dan memberi Tuhan Bapa kita kemuliaan nama-Nya. Semoga hidup kita adalah pemberian kudus, supaya kita boleh berdiri di hadapan Tuhan dalam keindahan kekudusan. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.