2010–2019
Orang yang Terbesar antara Kamu
April 2017


Orang yang Terbesar antara Kamu

Ganjaran terbesar Tuhan diberikan kepada orang yang melayani tanpa mengharapkan ganjaran.

Para saudara saya, sahabat-sahabat yang dikasihi, betapa bersyukur saya kerana berada dengan anda di dalam pertemuan imamat ini yang mengilhamkan di seluruh dunia. Presiden Monson, terima kasih untuk pesanan dan berkat. Kami akan selalu mengambil arahan, nasihat, dan kebijaksanaan kamu ke dalam hati. Kami menyayangi dan menyokong kamu, dan selalu doakan kamu. Kamu memang nabi Tuhan. Kamu Presiden kami. Kami menyokong, kami menyayangi, kamu.

Hampir dua dekad lalu, Bait Suci Madrid Sepanyol telah dibaktikan dan memulakan perkhidmatannya sebagai rumah kudus Tuhan. Harriet dan saya mengingati ia dengan baik kerana saya melayan dalam Presidensi Kawasan Eropah pada masa itu. Bersama ramai orang lain, kami menggunakan banyak masa untuk menghadiri butiran-butiran perancangan dan pengaturan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembaktian.

Semasa tarikh pembaktian hampir tiba, saya menyedari bahawa saya belum menerima jemputan. Ini sedikit tidak dijangka. Lagipun, dalam tanggungjawab saya sebagai Presiden Kawasan, saya sangat terlibat dalam projek bait suci dan berasa sedikit pemilikan terhadap ia.

Saya menanya Harriet jika dia telah melihat sebuah kad jemputan. Dia belum ada.

Hari-hari berlalu dan kebimbangan saya meningkat. Saya bertanya diri jika kad jemputan kami terhilang—mungkin ia terjatuh di antara kusyen sofa kami. Mungkin ia tercampur dengan mel sampah dan dibuang. Jiran ada kucing yang suka ambil tahu, dan saya juga bermula untuk mencurigai ia.

Akhirnya saya terpaksa menerima fakta ini: Saya tidak dijemput.

Tetapi bagaimana itu boleh berlaku? Adakah sesuatu yang saya lakukan untuk menyinggung perasaan orang? Adakah seseorang menyangka ia terlalu jauh untuk kami membuat perjalanan? Adakah saya dilupakan?

Akhirnya, saya menyedari bahawa jenis pemikiran ini menghala ke tempat yang saya tidak ingin berada.

Harriet dan saya mengingati diri bahawa pembaktian bait suci tidaklah mengenai kami. Ia tidak mengenai siapa yang berhak untuk dijemput dan siapa yang tidak. Ia tidak mengenai perasaan atau hak kami.

Ia mengenai pembaktian sebuah bangunan kudus, bait suci untuk Tuhan Yang Maha Tinggi. Ia hari untuk bergembira untuk ahli-ahli Gereja di Sepanyol.

Jika saya dijemput untuk menghadiri, saya akan pergi dengan gembira. Tetapi jika saya tidak dijemput, kegembiraan saya tidak akan kurang mendalam. Harriet dan saya akan bersukacita dengan sahabat kami, saudara dan saudari kami, dari jauh. Kami akan memuji Tuhan dengan penuh semangat untuk berkat menakjubkan ini baik dari rumah kami di Frankfurt mahupun di Madrid.

Anak Guntur

Di kalangan Dua Belas yang Yesus memanggil dan mentahbiskan adalah dua adik beradik lelaki, Yakobus dan Yohanes. Adakah anda ingat nama panggilan yang Dia beri mereka?

Anak Guntur (Boanerges).1

Anda tidak mendapati nama panggilan seperti ini tanpa kisah menarik. Malangnya, tulisan suci tidak memberi penjelasan tentang asal nama panggilan. Namun begitu, kita ada bayangan sekilas singkat ke dalam sifat Yakobus dan Yohanes. Inilah adik beradik lelaki yang cadangkan untuk menurunkan api dari syurga pada kampung di Samaria kerana tidak disambut ke dalam bandar itu.2

Yakobus dan Yohanes ialah orang nelayan—barangkali sedikit bergaya yang kasar—tetapi saya berfikir mereka mengenali banyak tentang unsur alam. Tentunya, mereka orang lelaki yang bertindak.

Pada satu ketika, semasa Juruselamat bersedia untuk perjalanan-Nya terakhir ke Yerusalem, Yakobus dan Yohanes menghadapi Dia dengan permintaan istimewa—yang mungkin layak untuk nama panggilan mereka.

“Ada satu perkara yang kami hendak Guru lakukan untuk kami,” mereka berkata.

Saya boleh membayangkan Yesus senyum pada mereka semasa Dia menjawab, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan?”

“Apabila Guru bertakhta dalam kemuliaan, benarkanlah kami duduk di sebelah kanan dan kiri Guru.”

Selepas itu Juruselamat mencabar mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang apa yang mereka minta dan berkata, “Aku tidak berhak menentukan orang yang akan duduk di sebelah kanan atau kiri-Ku. Tuhan yang menentukan siapa orangnya yang akan duduk di tempat itu.”3

Dalam kata-kata lain, anda tidak boleh mendapati penghormatan di dalam kerajaan syurga dengan berkempen untuk ia. Dan anda tidak dapat “memudahkan” perjalanan anda ke kemuliaan abadi.

Apabila sepuluh rasul lain mendengar tentang permintaan ini daripada Anak Guntur, mereka tidak langsung gembira. Yesus tahu masa-Nya singkat, dan melihat perselisihan di antara orang yang akan meneruskan kerja-Nya patutnya membimbangkan Dia.

Dia bercakap kepada Dua Belas tentang sifat kuasa dan bagaimana ia menjejaskan orang yang cari dan pegang ia. “Orang terbesar di dalam dunia ini,” Dia berkata, “menggunakan kedudukan kuasa mereka untuk menggunakan kuasa terhadap orang lain.”

Saya hampir dapat membayangkan Juruselamat, memandang dengan kasih sayang tidak terhingga kepada muka-muka pengikut yang setia serta beriman. Saya hampir boleh mendengar suara-Nya yang merayu: “Inilah tidak demikian halnya dengan kamu. Sebaliknya, seorang antara kamu hendak menjadi besar, dia harus melayani orang lain: Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua.”4

Di dalam kerajaan Tuhan, kebesaran dan pemimpinan bermaksud melihat orang lain sebagai diri mereka sebenar—seperti Tuhan melihat mereka—dan kemudian mendekati dan melayani mereka. Ia bermaksud bersukacita dengan orang yang gembira, menangis dengan yang bersedih, mengangkat orang yang berkesusahan, dan menyayangi jiran kita seperti Kristus menyayangi kita. Juruselamat menyayangi semua anak-anak Tuhan tanpa mengira keadaan sosioekonomi, bangsa, agama, bahasa, orientasi politik, kewarganegaraan, atau kumpulan lain. Dan demikianlah patutnya kita!

Ganjaran terbesar Tuhan diberikan kepada orang yang melayani tanpa mengharapkan ganjaran. Ia diberikan kepada orang yang melayani tanpa pujian; orang yang mencari secara diam-diam cara untuk membantu orang lain; orang yang melayani orang lain hanya kerana mereka menyayangi Tuhan dan anak-anak Tuhan.5

Jangan Membesarkan Diri

Tidak lama selepas panggilan saya sebagai Penguasa Umum baru, saya beruntung untuk menemani Presiden James E. Faust untuk penyusunan semula pancang. Semasa saya memandu kereta ke tugas kami di Utah Selatan yang indah, Presiden Faust bermurah hati untuk menggunakan masa untuk mengarah dan mengajar saya. Saya tidak akan melupai satu pelajaran. Dia berkata, “Ahli-ahli Gereja sangat bersyukur untuk Penguasa Umum. Mereka akan memperlakukan kamu dengan baik dan mengucapkan banyak perkara baik tentang kamu.” Kemudian dia berhenti sementara dan berkata, “Dieter, selalu bersyukur untuk ini, tetapi jangan kamu sekali membesarkan diri.”

Pelajaran penting ini tentang pelayanan Gereja berkaitan dengan setiap pemegang Imamat di dalam setiap kuorum Gereja. Ia berkaitan dengan kita semua di dalam Gereja.

Apabila Presiden J. Reuben Clark Jr. menasihati orang yang dipanggil ke tempat berhak kuasa di dalam Gereja, dia akan menyuruh mereka janganlah melupai peraturan nombor enam.

Pastinya, orang itu akan menanya, “Apakah peraturan nombor enam?”

“Jangan mengambil diri kamu sangat serius,” dia berkata.

Tentunya, ini membawa kepada pertanyaan lain: “Apakah peraturan lima yang lain?”

Dengan kilauan di dalam matanya, Presiden Clark akan berkata, “Tidak ada lagi.”6

Untuk menjadi pemimpin Gereja yang berkesan, kita mesti belajar pelajaran penting ini: pemimpinan di dalam Gereja tidak begitu banyak tentang mengarahkan orang lain tetapi ia tentang kerelaan kita untuk diarahkan oleh Tuhan.

Panggilan sebagai Peluang untuk Pelayanan

Sebagai Orang Suci Tuhan Yang Maha Tinggi, kita “ingatlah dalam segala hal yang miskin dan yang memerlukan, yang sakit dan yang sengsara, kerana dia yang tidak melakukan hal-hal ini, orang yang sama bukanlah pengikut-Ku”7 Peluang untuk pergi berbuat baik dan melayani orang lain adalah tidak terhad. Kita boleh mencari mereka di dalam masyarakat kita, bahagian dan cabang kita, dan tentunya di dalam rumah kita.

Tambahan pula, setiap ahli Gereja diberi peluang formal yang tertentu untuk melayan. Kita merujuk kepada peluang ini sebagai “panggilan”—sebuah istilah yang harusnya mengingatkan kita tentang siapa yang memanggil kita untuk melayan. Jika kita menganggap panggilan kita sebagai peluang untuk melayani Tuhan dan orang lain dengan iman dan kerendahan hati, setiap tindakan pelayanan akan menjadi satu langkah pada jalan penganutan. Dalam cara ini, Tuhan tidak hanya membina Gereja-Nya tetapi juga membina orang suruhan-Nya. Gereja bertujuan untuk menolong kita menjadi pengikut-pengikut Kristus yang setia serta beriman, anak lelaki dan perempuan Tuhan yang baik serta mulia. Ini berlaku bukan sahaja apabila kita pergi ke pertemuan dan mendengar ucapan tetapi juga apabila kita tidak mementingkan diri kita dan melayan. Inilah bagaimana kita menjadi “besar” di dalam kerajaan Tuhan.

Kita menerima panggilan dengan rahmat, kerendahan hati, dan kesyukuran. Apabila kita dilepaskan dari panggilan ini, kita menerima perubahan dengan rahmat, kerendahan hati, dan kesyukuran yang sama.

Dalam pandangan Tuhan, tidak ada panggilan di dalam kerajaan yang lebih penting daripada yang lain. Pelayanan kita—baik besar mahupun kecil—memperhalus jiwa kita, membuka tingkap syurga, dan mengeluarkan berkat Tuhan bukan sahaja pada orang yang kita layan tetapi pada diri kita juga. Apabila kita mendekati orang lain, kita boleh tahu dengan keyakinan yang rendah hati bahawa Tuhan mengakui pelayanan kita dengan kelulusan dan penerimaan. Dia senyum pada kita semasa kita menawar tindakan rasa kasihan ini, terutamanya tindakan yang tidak dilihat dan disedari orang lain.8

 Setiap kali kita memberikan diri kita kepada orang lain, kita mengambil satu langkah lebih dekat untuk menjadi pengikut yang baik dan sebenar kepada Dia yang berikan semua-Nya untuk kita: Juruselamat kita.

Dari Pemimpinan Ke Perarakan

Semasa sambutan ulang tahun ke-150 ketibaan perintis-perintis di Lembah Salt Lake, Brother Myron Richins sedang melayan sebagai presiden pancang di Henefer, Utah. Sambutan ini termasuk sebuah lakonan semula tentang perjalanan perintis melalui bandar ini.

Presiden Richins terlibat sangat dalam rancangan untuk sambutan ini, dan dia menghadiri banyak mesyuarat dengan Penguasa Umum dan orang lain untuk membincangkan peristiwa ini. Dia terlibat sepenuhnya.

Sebelum sambutan sebenar, pancang Presiden Richins telah disusun semula, dan dia dilepaskan sebagai presiden. Pada satu hari Ahad selepas itu, dia menghadiri mesyuarat Imamat bahagian dia apabila pemimpin mencari sukarelawan untuk membantu dengan sambutan. Presiden Richins, antara ramai orang lain, mengangkat tangannya dan diberi arahan untuk berpakaian kerja dan membawa lori dia dan penyodok.

Akhirnya, pagi peristiwa besar sampai, dan Presiden Richins tiba untuk tugasan sebagai sukarelawan.

Hanya beberapa minggu sebelum itu, dia seorang yang menyumbang sangat dalam perancangan dan pengawasan peristiwa besar ini. Pada hari itu, walau bagaimanapun, tugas dia adalah untuk mengikut kuda-kuda dalam perarakan dan menjaga kebersihan mereka.

Presiden Richins melakukannya dengan gembira dan riang.

Dia memahami bahawa sejenis pelayanan tidak lebih penting daripada yang lain.

Dia tahu dan mengamalkan kata-kata Juruselamat: “Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu.”9

Melakukan Penganutan Dengan Betul

Kadangkala, seperti Anak Guntur, kita mengingini peranan-peranan yang utama. Kita mengingini pengiktirafan. Kita mencari untuk memimpin dan memberi sumbangan yang tidak dapat dilupakan.

Tidak ada kesalahan dengan keinginan untuk melayani Tuhan, tetapi apabila kita mencari untuk mendapatkan pengaruh dalam Gereja untuk kepentingan diri kita—untuk menerima pujian dan kekaguman daripada manusia—kita ada ganjaran kita. Apabila kita “mementingkan” pujian orang lain, pujian itu akan menjadi pampasan kita.

Apakah panggilan terpenting di dalam Gereja? Ia panggilan yang anda sedang punyai. Tanpa mengira betapa rendah mahupun utama kelihatannya, panggilan yang anda punyai sekarang ialah panggilan yang benarkan anda untuk tidak hanya mengangkat orang lain tetapi juga untuk menjadi lelaki Tuhan yang anda diciptakan untuk menjadi.

Kawan-kawan dan para saudara dalam Imamat yang dikasihi, berusaha di mana-mana anda berdiri!

Paulus mengajar orang Filipi, “Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.”10

Melayan dengan Penghormatan

Mencari penghormatan dan kemasyhuran di dalam Gereja dengan mengorbankan pelayanan sebenar dan rendah hati terhadap orang lain adalah seperti penyerahan hak Esau.11 Kita mungkin menerima ganjaran duniawi, tetapi ia diterima dengan harga tinggi—kehilangan penerimaan syurgawi.

Marilah kita mengikuti teladan Juruselamat kita, dia yang lemah lembut dan rendah hati, tidak mencari pujian manusia tetapi melakukan kehendak Bapa-Nya.12

Marilah kita melayani orang lain dengan rendah hati—dengan semangat, kesyukuran, dan penghormatan. Walaupun tindakan pelayanan kita kelihatan rendah hati, sederhana, ataupun tidak sangat berharga, orang yang menjangkau kepada orang lain dengan kebaikan hati dan rasa kasihan akan satu hari nanti tahu nilai pelayanan mereka oleh rahmat abadi serta menakjubkan Tuhan Yang Maha Kuasa.13

Para saudara yang dikasihi, semoga kita merenungkan, memahami, dan menghidupkan pelajaran agung ini tentang kepimpinan Gereja dan pemerintahan Imamat: “Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu.” Ini doa dan berkat saya dalam nama kudus Tuan kita, Penebus kita, dalam nama Yesus Kristus, amin.