2010–2019
Kepada Rakan dan Penyelidik Gereja
April 2017


Kepada Rakan dan Penyelidik Gereja

Jika anda melakukan apa yang sepatutnya untuk menerima wahyu, merendahkan diri, membaca, berdoa, dan bertaubat, syurga akan terbuka dan anda akan tahu bahawa Yesus ialah Kristus.

Pada petang Jumaat, September 16, 1988, di bahagian Vicente López Ward tempat pertemuan di Buenos Aires, Argentina, saya dibaptiskan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Seorang kawan baik, Alin Spannaus, membaptiskan saya hari itu, dan saya berasa gembira, beban diangkat, tidak sabar-sabar untuk belajar lebih lanjut.

Imej
Pembaptisan Elder Costa

Hari ini, saya ingin berkongsi beberapa pengajaran saya belajar di perjalanan saya ke pembaptisan—pengajaran yang saya harap boleh membantu di antara anda yang sedang mendengar yang bukan ahli Gereja lagi. Saya berdoa bahawa hati anda mungkin disentuh oleh Roh, seperti hati saya.

Pertama, Pertemuan dengan Penginjil

Mengapa seseorang tanpa cabaran, keperluan, atau soalan yang mendesakkan akan berminat dengan berjumpa dengan penginjil dan mendengar pelajaran mereka? Dalam situasi saya ia ialah cinta—cinta terhadap seorang perempuan, perempuan bernama Renee. Saya jatuh cinta dengan dia, dan saya mahu berkahwin dengan dia. Dia berbeza dan mempunyai standard yang berbeza daripada kebanyakan wanita muda saya kenali. Tetapi saya jatuh cinta dengan dia dan meminta dia untuk berkahwin dengan saya—dan dia berkata tidak mahu!

Imej
Elder and Sister Costa

Saya menjadi keliru. Saya fikir saya merupakan calon yang baik! Saya kacak, berusia 24 tahun, dan seorang graduan kolej dengan kerja yang bagus. Dia bercakap mengenai matlamatnya—hanya berkahwin dengan seseorang yang boleh membawanya ke bait suci, mempunyai sebuah keluarga abadi—dan dia menolak lamaran saya. Saya mahu meneruskan hubungan itu, jadi saya bersetuju untuk mendengar penginjil. Adakah ini alasan yang baik untuk bertemu dengan para penginjil? Bagi saya, ini alasan yang baik.

Apabila saya bertemu dengan penginjil kali pertama, saya tidak mengerti kebanyakan dari apa yang mereka katakan, dan secara jujurnya, saya mungkin tidak banyak memberi perhatian kepada mereka. Hati saya telah tutup untuk menerima agama baru. Saya hanya mahu membuktikan mereka adalah salah dan mendapatkan masa untuk meyakinkan Renee untuk berkahwin dengan saya.

Hari ini anak-anak saya telah melayani dan sedang melayani misi, dan saya memahami pengorbanan yang lelaki dan wanita muda buat untuk mengajar Injil Yesus Kristus. Sekarang saya berharap saya telah memberi perhatian yang lebih kepada Elder Richardson, Elder Farrell, dan Elder Hyland, para penginjil mengagumkan yang telah mengajar saya.

Jadi dari pengajaran pertama, saya berkata kepada anda rakan dan penyelidik Gereja: sebaik sahaja anda menemui penginjil, sila ambil serius terhadap mereka; mereka memberikan tahun-tahun penting dalam hidup mereka hanya untuk anda.

Kedua, Pergi ke Gereja

Kali pertama saya menghadiri pertemuan Gereja, saya mendengar banyak kata-kata yang saya tidak fahami. Siapakah Beehives? Apakah Imamat Harun? Lembaga Pertolongan?

Jika ini adalah kali pertama anda telah menghadiri pertemuan Gereja dan anda berasa keliru dengan sesuatu yang anda tidak faham, jangan bimbang! Saya juga merasai begitu. Tetapi saya masih ingat tanggapan, perasaan baru kedamaian dan kegembiraan yang saya alami. Saya tidak mengetahuinya ketika itu, tetapi Roh Kudus telah berbisik ke telinga dan hati saya, “Ini adalah benar.”

Jadi biar saya letakkan pengajaran ini dalam satu ayat: jika anda keliru, jangan bimbang—ingat perasaan yang anda telah alami; mereka datang daripada Tuhan.

Ketiga, Membaca Kitab Mormon

Selepas beberapa pertemuan dengan para penginjil, saya tidak membuat banyak kemajuan. Saya merasai saya masih belum menerima pengesahan kebenaran Injil.

Satu hari, Renee bertanya kepada saya, “Adakah kamu membaca Kitab Mormon?”

Saya menjawab, “Tidak.” Saya mendengar para penginjil—bukankah itu mencukupi?

Dengan air mata dalam matanya, Renee memberi jaminan kepada saya bahawa dia tahu Kitab Mormon adalah benar dan menjelaskan bahawa jika saya ingin tahu sama ada ia adalah benar, satu-satunya cara ialah—cuba teka—untuk membacanya! Dan kemudiannya bertanya!

Membaca, merenungkan dalam hati anda, dan “bertanya kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dalam nama Kristus, … dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus” (Moroni 10:4) jika Book of Mormon adalah benar, jika ini adalah Gereja yang benar.

Jadi pengajaran ketiga, dalam satu ayat: Apabila anda menerima perkara-perkara ini—Kitab Mormon—dan anda digesa untuk membaca dan memohon kepada Tuhan jika mereka adalah benar, tolong lakukannya!

Akhirnya, Bertaubat

Pengalaman terakhir yang saya ingin berkongsi ialah mengenai pertaubatan. Selepas saya selesai mengambil semua pelajaran penginjil, saya masih tidak yakin saya perlu mengubah apa-apa dalam hidup saya. Elder Cutler, seorang yang muda, penginjil yang yakin dengan Bahasa Sepanyol yang terhad, pada satu hari berkata, “Joaquin, mari kita bersama-sama membaca Alma 42, dan kita akan masukkan nama kamu apabila kita membacanya”

Saya fikir ia ialah mengarut, tetapi saya melakukan seperti yang Elder Cutler minta dan membaca dalam ayat 1: “Dan sekarang, anakku [Joaquin], aku merasa ada sedikit lagi yang mencemaskan fikiranmu, yang tidak dapat kamu fahami.” Oh! Kitab ini sedang bercakap kepada saya.

Dan kami membaca dalam ayat 2: “Sekarang, lihatlah, anakku [Joaquin], aku akan menjelaskan hal ini kepadamu,” dan kemudian Penciptaan dan Kejatuhan Adam diterangkan.

Dan kemudian dalam ayat 4: “Dan demikianlah kita lihat, bahawa ada suatu masa diberikan kepada [Joaquin] untuk bertaubat.”

Kami terus membaca perlahan-lahan, ayat demi ayat, sehingga kami sampai ke tiga ayat terakhir. Kemudian saya merasai kuasa yang kuat. Kitab ini bercakap secara langsung kepada saya, dan saya mula menangis apabila saya membaca, “Dan sekarang, [Joaquin,] anakku, aku berhasrat agar kamu hendaknya tidak membiarkan hal-hal ini menyusahkanmu lagi, dan hanya biarlah dosa-dosamu menyusahkanmu, dengan kesusahan itu yang akan merendahkanmu sampai … pada pertaubatan” (ayat 29).

Sekarang saya menyedari yang saya telah menjangka untuk menerima wahyu tanpa membayar harganya. Sehingga ketika itu saya tidak pernah benar-benar bercakap dengan Tuhan, dan idea bercakap dengan seseorang yang tidak hadir seolah-olah bodoh. Saya terpaksa merendahkan hati saya dan melakukan apa yang saya telah diminta untuk lakukan walaupun, dalam fikiran duniawi saya, ia kelihatan bodoh.

Hari itu saya membuka hati saya kepada Roh, ingin untuk bertaubat, dan mahu dibaptiskan! Sebelum masa itu, saya memikir pertaubatan sebagai sesuatu yang negatif, dikaitkan hanya dengan dosa dan salah laku, tetapi tiba-tiba saya memahaminya dalam perspektif yang berbeza—sebagai sesuatu yang positif yang membersihkan jalan untuk pertumbuhan dan kebahagiaan.

Elder Cutler berada di sini hari ini, dan saya mahu berterima kasih kepada dia untuk membuka mata saya. Setiap keputusan yang saya lakukan dalam hidup saya sejak itu telah dipengaruhi oleh masa itu apabila saya merendahkan hati saya dan berdoa untuk keampunan, dan Korban tebusan Yesus Kristus bagi pihak saya menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Jadi pengajaran terakhir, dalam satu kenyataan: mengalami pertaubatan; tiada apa-apa yang akan membawa anda lebih dekat kepada Tuhan Yesus Kristus daripada keinginan untuk berubah.

Penyelidik, rakan Gereja yang saya kasihi, jika anda sedang mendengar hari ini, anda sangat dekat untuk mencapai kegembiraan yang paling besar. Anda dekat!

Biarlah saya menjemput anda, dengan sekuat tenaga hati saya dan dari kedalaman jiwa saya: pergi dan dibaptiskan! Ia ialah perkara yang terbaik yang pernah anda lakukan. Ia akan mengubah bukan sahaja kehidupan anda, tetapi juga kehidupan anak-anak dan cucu-cucu anda.

Imej
Hari perkahwinan Elder dan Sister Costa

Tuhan telah memberkati saya dengan keluarga. Saya berkahwin dengan Renee, dan kami mempunyai empat orang orang anak yang cantik. Dan kerana pembaptisan saya, saya boleh, seperti nabi Lehi yang lama, menjemput mereka untuk makan buah dari pohon kehidupan, yang merupakan kasih Tuhan (lihat 1 Nefi 8:15; 11:25). Saya boleh membantu mereka datang kepada Kristus.

Sila mempertimbangkan pengalaman saya, dan (1) mengambil serius terhadap para penginjil, (2) menghadiri gereja dan mengingati perasaan rohani, (3) membaca Kitab Mormon dan bertanya kepada Tuhan jika ia adalah benar, dan (4) mengalami pertaubatan dan dibaptiskan.

Saya bersaksi kepada anda bahawa jika anda membayar harga wahyu, merendahkan hati, membaca, berdoa, dan bertaubat, syurga akan terbuka dan anda akan tahu, seperti saya tahu, bahawa Yesus ialah Kristus, bahawa Dia ialah Juruselamat saya, dan Dia ialah Juruselamat anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.