Perpustakaan
Tinggal Di Dalam Tuhan Dan Memperbaiki Celah


Tinggal Di Dalam Tuhan Dan Memperbaiki Celah

Kristus ada kuasa untuk membawa kita ke dalam perhubungan kasih dengan Bapa dan dengan satu sama lain

Kita perlu terus mendalamkan ilmu dan komitmen kita kepada Bapa Syurgawi. Perhubungan kita dengan Dia adalah abadi. Kita ialah anak-anak-Nya yang dikasihi, ini tidak akan ubah. Bagaimana kita boleh lebih bertindak ke atas jemputan-Nya untuk mendekati Dia dan menikmati berkat-berkat yang Dia ingin beri kepada kita dalam hidup ini dan dalam dunia akan?

Tuhan berfirman kepada Israel purba dan kita, “Aku selalu mengasihi kamu, dan untuk seterusnya Aku akan menunjukkan bahawa Aku selalu mengasihi kamu.”1 Bapa berfirman kepada kita, “Engkau akan tinggal di dalam Aku, dan Aku dalam dirimu; oleh kerana itu berjalanlah bersama-Ku.”2 Adakah kita cukup yakin kepada Dia untuk tinggal bersama-Nya dan berjalan bersama-Nya?

Kita datang ke bumi ini untuk berkembang dan belajar, dan perkembangan dan pelajaran yang terpenting akan datang dari hubungan perjanjian kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Dari perhubungan kita yang beriman dengan Mereka datanglah ilmu, kasih sayang, dan keupayaan untuk melayan.

“Kita bertanggungjawab untuk belajar segala yang sudah Tuhan ungkapkan tentang diri-Nya sendiri.”3 Kita mesti faham bahawa Tuhan Bapa mengarahkan Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menciptakan bumi untuk perkembangan kita, Bapa Syurgawi berikan Putera-Nya untuk membayar tuntutan keadilan demi penyelamatan kita, dan kuasa imamat Bapa dan Gereja benar Putera dengan tatacara yang diperlukan sudah dipulihkan untuk memberkati kita. Bolehkah anda rasa kasih sayang dalam persediaan Mereka demi kebahagiaan dan perkembangan kita? Kita harus tahu bahawa rancangan keselamatan Bapa Syurgawi adalah supaya kita mematuhi undang-undang dan tatacara injil dan memperolehi kehidupan abadi serta menjadi seperti Tuhan.4 Inilah kegembiraan yang benar dan yang berkekalan yang Bapa Syurgawi sedia bagi kita. Tidak ada kegembiraan lain yang benar dan berkekalan.

Cabaran kita boleh menarik kita dari jalan kegembiraan. Kita boleh hilangkan perhubungan dengan Tuhan jika kita ditarik oleh cubaan dan tidak merendahkan diri dan berdoa.

Kuplet berikut merayu kita untuk menyesuaikan keutamaan kita:

Ada perkara yang penting; ada yang tidak.

Beberapa perkara berkekalan, kebanyakan tidak.5

Para saudari, apakah perkara penting bagi anda? Apa perkara kekal bagi anda? Perkara yang penting dan kekal bagi Tuhan adalah bahawa kita belajar daripada Dia, merendahkan diri, dan berkembang dalam kepatuhan kepada Dia melalui pengalaman bumi. Dia mahu kita mengubahkan sikap kepentingan diri kita ke pelayanan, ketakutan ke iman. Perkara-perkara kekal ini memang ujian besar bagi kita.

Kini masanya, dengan had-had fana kita, Bapa mahu kita untuk mengasihi apabila ia satu hal yang susah, untuk melayan apabila pelayanan tidak senang, untuk mengampuni apabila pengampunan adalah sukar. Bagaimana? Bagaimana kita boleh melakukannya? Kita memohon bantuan Bapa Syurgawi dengan ikhlas, dalam nama Putera-Nya, dan lakukan hasrat-Nya dan bukan hasrat kita secara bersendirian dan penuh dengan keangkuhan.

Imej
Jag Air

Saya mengenali keangkuhan saya apabila Presiden Ezra Taft Benson berucap tentang pembersihan jiwa kita.6 Saya gambarkan saya satu jag air. Bagaimana saya boleh bersihkan baki kekotoran dalam jag saya? Memaksa diri secara bersendirian untuk merendahkan hati dan mengasihi orang lain adalah tidak ikhlas, kosong, dan akan gagal. Dosa dan keangkuhan kita menciptakan satu celah di antara kita dan sumber semua kasih sayang, iaitu Bapa Syurgawi kita.

Hanya Korban tebusan Juruselamat boleh menyucikan kita dari dosa kita dan menutup celah itu.

Kita hendak dikelilingi oleh kasih sayang dan bimbingan Bapa Syurgawi kita, jadi kita mengutamakan hasrat-Nya dan dengan hati yang hancur merayu supaya Kristus akan tuangkan air suci ke dalam jag kita. Pada mulanya, ia datang setitik demi setitik, tetapi semasa kita mencari, memohon, dan mematuhi, ia akan datang dengan berlimpah-limpah. Air hidup akan mula mengisi kita, dan dengan kasih sayang-Nya, kita boleh kongsikan kandungan jag itu dengan orang lain yang carikan penyembuhan, harapan, dan persahabatan. Apabila jiwa kita menjadi suci, perhubungan bumi kita mula sembuh.

Kita harus mengorbankan agenda peribadi untuk menerima rancangan abadi Tuhan. Juruselamat, yang berfirman bagi pihak Bapa, merayu kita untuk “Mendekatlah kepada-Ku dan Aku akan mendekat kepadamu.”7 Mendekati Bapa boleh bererti belajar tentang kebenaran-Nya melalui kitab suci, mengikut nasihat nabi, dan berusaha untuk melakukan hasrat-Nya dengan lebih sempurna.

Adakah kita faham bahawa Kristus ada kuasa untuk membawa kita ke dalam perhubungan kasih dengan Bapa dan dengan satu sama lain? Dia, melalui kuasa Roh Kudus, boleh berikan kita pandangan penting tentang perhubungan.

Seorang pengajar Sekolah Primer memberitahukan satu pengalamannya dalam satu kelas bagi budak lelaki yang berumur 11 tahun. Salah seorang budak-budak itu ialah Jimmy, seorang penyendiri yang tidak mahu bekerjasama. Suatu hari Ahad, pengajar itu diilham untuk henti mengajar pelajarannya dan memberitahu kelasnya mengapa dia mengasihi Jimmy. Dia ucapkan kesyukurannya dan keyakinannya ke atas budak itu. Kemudian pengajar itu menanya setiap ahli kelas untuk memberitahu Jimmy sesuatu yang mereka suka tentang dia. Semasa ahli-ahli kelas, seorang demi seorang, memberitahu Jimmy mengapa dia sangat istimewa bagi mereka, Jimmy rendahkan kepala dan mula menangis. Pengajar itu dan kelasnya hapuskan jarak emosi di antara mereka dan Jimmy. Kasih sayang, yang ditunjuk dengan jujur, berikan harapan dan nilai kepada orang lain. Saya panggil ini “memperbaiki celah.”

Hidup kita di dunia pra-fana, mungkin sudah tubuhkan keinginan kita untuk mencarikan kasih sayang yang benar dan kekal pada bumi. Kita dicipta untuk memberi kasih sayang dan dikasihi, dan kasih sayang yang paling mendalam datang apabila kita bersatu dengan Tuhan. Kitab Mormon menjemput kita untuk “diperdamaikan dengan [Tuhan] melalui korban tebusan Kristus.”8

Yesaya berucap tentang mereka yang mematuhi hukum puasa dengan beriman dan menjadi pembaik celah untuk keturunan mereka. Merekalah orang yang Yesaya janji, akan “membina semula apa yang sudah lama runtuh.”9 Dalam cara yang serupa, Juruselamat memperbaiki celah atau jarak di antara kita dan Bapa Syurgawi. Dia, melalui korban tebusan-Nya, membuka jalan bagi kita untuk menikmati kuasa kasih sayang Tuhan dan kemudian kita boleh memperbaiki “semula yang sudah lama runtuh” dalam hidup kita. Penyembuhan jarak emosi di antara satu sama lain akan perlukan kasih sayang Tuhan serta pengorbanan kecenderungan sikap kepentingan diri dan ketakutan kita.

Pada suatu petang, seorang saudari dan saya tidak bersetuju tentang satu isu politik. Dia mengkritik komen saya, membuktikan bahawa saya salah di depan ahli-ahli keluarga lain. Saya rasa bodoh dan jahil—mungkin saya memang jahil. Apabila saya berdoa malam itu, dengan cepatnya saya menjelas kepada Bapa Syurgawi bahawa saudari itu seorang yang susah! Saya terus berdoa. Mungkin saya henti sekejap rungutan saya, dan Roh Kudus berpeluang untuk menarik perhatian saya, kerana, dengan hairannya, saya dengar saya kata, “Engkau ingin saya mengasihi dia.” Mengasihi dia? Saya terus berdoa, dan kata, “Macam mana saya boleh mengasihi dia? Saya tidak suka dia. Hati saya keras, saya terluka. Saya tidak boleh lakukan demikian.”

Kemudian, pastinya dengan bantuan Roh, saya ada satu fikiran baru semasa saya kata, “Tetapi Engkau mengasihi dia. Bolehkah Engkau berikan saya sebahagian kasih-Mu terhadap dia—supaya saya juga oleh mengasihi dia?” Hati saya menjadi lembut, hati saya berubah, dan saya mula merasa nilai dan kebaikan benar saudari itu. Saya mula merasai nilai benar saudari ini yang Bapa Syurgawi nampak. Yesaya tulis, “Tuhan membalut dan menyembuhkan luka-luka umat-Nya yang telah didera-Nya.”10

Perlahan-lahan, celah di antara kami diperbaiki. Tetapi walaupun jika dia tidak menerima perubahan hati saya, saya telah belajar bahawa Bapa Syurgawi akan menolong kita untuk mengasihi orang yang kita fikir tidak boleh dikasihi jika kita memohon bantuan-Nya. Korban tebusan Juruselamat ialah satu konduit kasih ihsan daripada Bapa di Syurga kita. Kita mesti pilih untuk menerima dan tinggal dalam kasih sayang ini supaya kita boleh memperoleh kasih ihsan terhadap semua orang.

Apabila kita berikan hati kita kepada Bapa dan Putera, kita ubah dunia kita—walaupun jika keadaan di keliling kita tidak ubah. Kita lebih mendekati Bapa Syurgawi dan rasa Dia menerima usaha kita untuk menjadi pengikut benar Kristus. Kearifan, keyakinan dan iman kita meningkat.

Mormon beritahu kita untuk berdoa dengan segala hati demi kasih sayang ini dan ia akan dianugerahi ke atas kita dari sumbernya—iaitu Bapa Syurgawi.2 Hanyalah dengan itu kita boleh menjadi pembaik celah dalam perhubungan duniawi.

Kasih sayang Bapa kita yang tak terhad menghulur kepada kita, untuk membawa kita balik ke kemuliaan dan kebahagiaan-Nya. Dia korbankan Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk memperbaiki celah yang besar di antara kita dan Dia. Pertemuan semula dengan Bapa di Syurga ialah dasar kasih dan tujuan abadi. Kita mesti berhubung dengan Dia sekarang untuk belajar tentang perkara yang penting, untuk mengasihi seperti Dia mengasihi, dan berkembang untuk menjadi seperti Dia. Saya bersaksi bahawa perhubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Juruselamat adalah penting bagi Mereka dan kita selama-lamanya. Dalam nama Yesus Kristus, amin