Perpustakaan
Adakah Kita Mempercayai Dia? Susah Adalah Baik


Adakah Kita Mempercayai Dia? Susah Adalah Baik

Tanpa mengira isu, kesusahan boleh baik bagi mereka yang akan maju ke hadapan dengan iman dan percayai Tuhan dan rancangan-Nya.

Sebelum saya bermula, sebagai seorang yang mewakili semua kita yang terpengaruh oleh kehancuran dari taufan dan gempa bumi baru-baru ini, saya mengucapkan penghargaan tulus kepada Helping Hands dan pengurus mereka, yang memberi bantuan dan harapan.

Pada Oktober 2007, saya memberi ucapan pertama di persidangan umum. Saya berasa pesanan penting bagi Gereja seluruh dunia termasuk kenyataan “Tuhan mempercayai kita!”

Dia benar-benar mempercayai kita dalam pelbagai cara. Dia telah memberikan kepada kita injil Yesus Kristus, dan kegenapannya dalam zaman keagamaan ini. Dia mempercayai kita dengan hak kuasa imamat-Nya yang lengkap dengan kunci-kunci untuk penggunaan yang betul. Dengan kuasa itu kita memberkati, melayani, menerima tatacara, dan membuat perjanjian. Dia mempercayai kita dengan Gereja-Nya yang dipulihkan, termasuk bait suci. Dia mempercayai orang suruhan-Nya dengan kuasa pemeteraian—untuk mengikat di dunia dan ia akan diikat di syurga! Dia mempercayai kita untuk menjadi ibu bapa, pengajar, dan penjaga di dunia bagi kanak-kanak-Nya.

Selepas bertahun-tahun pelayanan Penguasa Umum di pelbagai bahagian dunia, saya mengisytiharkan dengan lebih banyak keyakinan: Dia mempercayai kita.

Soalan masa kini untuk persidangan ini adalah “Adakah kita mempercayai Dia?”

Adakah Kita Mempercayai Dia?

Presiden Thomas S. Monson sering memperingati kita untuk “Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.

“Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

“Jangan anggap dirimu lebih bijaksana” (Amsal 3:5–7).

Adakah kita mempercayai perintah-perintah-Nya untuk kebaikan kita? Pemimpin-Nya, walaupun tidak sempurna, untuk memimpin kita dengan baik? Perjanjian-Nya adalah pasti? Adakah kita mempercayai bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus kenal kita dan ingin menolong kita? Bahkan di tengah-tengah percubaan, cabaran, dan masa susah, masihkah kita mempercayai Dia?

Melihat kembali, saya belajar beberapa daripada pelajaran terbaik daripada masa yang susah—semasa saya remaja, di misi, mula kerjaya baru, berusaha mengembangkan panggilan, menyara keluarga besar, atau berjuang untuk berdikari. Ia jelas bahawa susah adalah baik!

Susah Adalah Baik

Kesusahan membuat kita semakin kuat, merendahkan hati kita, dan memberi peluang untuk membuktikan diri kita. Perintis kereta tolak kita yang terkasih mengenali Tuhan dalam keadaan mereka yang susah. Kenapa ia mengambil dua bab untuk Nefi dan saudaranya mendapati kepingan-kepingan loyang dan hanya tiga ayat suci untuk pujuk keluarga Ismael menyertai mereka di padang belantara? (lihat 1 Nefi 34; 7:3–5). Kelihatannya Tuhan ingin memperkuatkan Nefi melalui kesusahan mendapati kepingan-kepingan itu.

Hal-hal yang susah dalam kehidupan tidak patut menghairankan kita. Salah satu daripada perjanjian terawal yang kita buat dengan Tuhan adalah untuk menjalani hukum korban. Korban, dengan takrifnya, melibatkan perlepasan sesuatu yang diinginkan. Kita menyedari dengan pengalaman bahawa ia harga kecil dibandingkan dengan berkat-berkat yang akan datang. Di bawah arahan Joseph Smith, ia dikatakan “sebuah agama yang tidak menuntut pengorbanan segala hal tidak pernah memiliki kekuatan yang cukup untuk menghasilkan iman yang diperlukan bagi kehidupan dan keselamatan.”1

Ahli-ahli Kesatuan Ketuhanan sangat mengenali hal-hal yang susah. Tuhan Bapa mengorbankan Putera Tunggal-Nya kepada penderitaan dahsyat iaitu Korban Tebusan, termasuk kematian melalui penyaliban. Tulisan suci berkata Yesus Kristus belajar “menjadi taat melalui penderitaan-Nya.” (Ibrani 5:8). Dia menderita kesakitan Korban Tebusan dengan sukarela. Roh Kudus mesti panjang sabar untuk mendorong, memberi amaran, dan membimbing kita, hanya kadang-kadang diabaikan, salah difahami, atau dilupa.

Bahagian Rancangan

Kesusahan ialah sebahagian rancangan injil. Salah satu daripada tujuan kehidupan ini adalah untuk diuji (lihat Abraham 3:25). Hanya beberapa orang telah menderita lebih daripada rakyat Alma. Mereka melarikan diri daripada Raja Nuh, hanya untuk menjadi hamba kepada orang Laman! Melalui cubaan itu Tuhan mengajar bahawa Dia mendera umat-Nya dan menguji “kesabaran dan iman mereka” (Mosia 23:21).

Semasa hari-hari yang teruk di Liberty Jail, Tuhan mengajar Joseph Smith untuk “bertahan dengan baik” (A&P 121:8) dan berjanji jika dia melakukannya, “segala hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akanlah demi kebaikanmu” (A&P 122:7).

Presiden Thomas S. Monson telah merayu, “Semoga kita pilih perkara yang betul dan susah dan bukan perkara yang salah dan mudah.”2 Berkaitan dengan bait suci, dia berkata “tidak ada pengorbanan yang terlalu besar, tidak ada harga yang terlalu berat, tidak ada perjuangan yang terlalu sulit agar dapat menerima berkat-berkat [bait suci].”3

Dalam alam semula jadi, kesusahan ialah sebahagian lingkaran kehidupan. Adalah susah bagi anak ayam menetas dari kulit telur itu. Tetapi apabila seseorang cuba memudahkan ia, anak ayam tidak mengembangkan kekuatan yang perlu untuk hidup. Dalam cara yang serupa, kesusahan rama-rama keluar dari kepompong menguatkannya untuk menjalani kehidupan.

Dengan contoh-contoh ini, kita melihat bahawa kesusahan ialah kebiasaan! Kita semua ada cabaran. Apa yang berubah adalah tindak balas kepada yang susah.

Pada suatu ketika, orang dalam Kitab Mormon menderita “penganiayaan yang besar” dan “banyak kesengsaraan” (Helaman 3:34). Bagaimana mereka bertindak? “Mereka sering berpuasa dan berdoa, dan menjadi semakin kuat dan kuat dalam kerendahan hati mereka, dan semakin teguh dan teguh dalam iman kepada Kristus, sehingga memenuhkan jiwa mereka dengan kebahagiaan dan kesenangan hati” (Helaman 3:35). Satu contoh lagi berlaku selepas bertahun-tahun peperangan: “Kerana amat sangat lamanya peperangan antara bangsa Nefi dan bangsa Laman banyak yang telah menjadi keras, … dan banyak yang dilunakkan kerana kesengsaraan mereka, sedemikian rupa sehingga mereka merendahkan hati mereka di hadapan Tuhan” (Alma 62:41).

Setiap kita pilih balasan kepada kesusahan.

Berhati-hati dengan Kesenangan

Sebelum panggilan ini saya seorang perunding kewangan di Houston, Texas. Kebanyakan kerja saya berurusan dengan jutawan yang memiliki perniagaan diri mereka. Hampir semua daripada mereka telah menciptakan perniagaan yang berjaya dari tidak apa-apa pun melalui banyak kerja keras. Perkara yang paling sedih adalah mereka berkata bahawa mereka ingin memudahkan hidup bagi anak-anak mereka. Mereka tidak ingin anak-anak menderita seperti mereka. Dalam kata-kata lain, mereka akan menghalangkan hal yang membuat mereka berjaya daripada anak-anak.

Sebaliknya, kita mengenali keluarga yang mengambil pendekatan berbeza. Ibu bapa diilhami oleh pengalaman J. C. Penney di mana bapanya memberitahu dia apabila dia berumur lapan tahun dia bergantung pada diri sendiri dari segi kewangan. Mereka mewujudkan versi diri mereka: semasa anak mereka lulus sekolah menengah, mereka harus bergantung pada diri sendiri dari segi kewangan—untuk pendidikan lanjutan (kolej, sekolah graduan) dan untuk pengurusan wang (benar-benar berdikari) (lihat A&P 83:4). Dengan gembira, anak mereka bertindak balas dengan bijaksana. Mereka semua graduan kolej, dan beberapa mengakhiri sekolah siswazah—semuanya berseorangan. Ia tidak senang, tetapi mereka melakukannya. Mereka melakukannya dengan kerja keras dan iman.

Iman untuk Mempercayai Dia

Soalan “Adakah kita mempercayai Dia?” boleh ditanya dengan lebih baik, “Adakah kita beriman untuk percayai Dia?”

Adakah kita beriman untuk mempercayai perjanjian-Nya mengenai persepuluhan bahawa dengan 90 peratus daripada pendapatan kita serta bantuan Tuhan, adalah lebih baik daripada 100 peratus berseorangan?

Adakah kita cukup iman untuk mempercayai bahawa Dia akan mengunjungi kita dalam kesengsaraan (lihat Mosia 24:14), bahawa Dia akan melawan orang yang melawan kita (lihat Yesaya 49:25; 2 Nefi 6:17), dan Dia akan membaktikan kesengsaraan demi keuntungan kita? (lihat 2 Nefi 2:2).

Mahukah kita cukup beriman yang perlu untuk mentaati perintah-perintah-Nya supaya Dia boleh memberkati kita secara duniawi serta rohani? Dan mahukah kita terus beriman sampai akhir supaya Dia boleh terima kita ke dalam hadirat-Nya? (Lihat Mosia 2:41).

Saudara dan saudari, kita boleh beriman untuk mempercayai Dia. Dia inginkan apa yang terbaik bagi kita (lihat Musa 1:39). Dia akan menjawab doa kita (lihat A&P 112:10). Dia akan mentaati perjanjian-Nya (lihat A&P 1:38). Dia berkuasa untuk mentaati perjanjian itu (lihat Alma 37:16). Dia tahu semua hal! Dan yang paling penting, Dia ketahui apa yang terbaik (lihat Yesaya 55:8–9).

Dunia Berbahaya

Dunia kita hari ini susah. Kita ada kejahatan menular, rasuah di setiap negara, keganasan mencapai tempat yang paling selamat, kejatuhan ekonomi, pengangguran, penyakit, bencana alam, perang saudara, dan sebagainya. Apakah yang harus kita lakukan? Kita melarikan diri atau melawan? Yang mana betul? Kedua-dua pilihan boleh bahaya. Ia bahaya bagi George Washington dan tenteranya untuk melawan tetapi juga bagi nenek moyang perintis kita untuk melarikan diri. Ia bahaya bagi Nelson Mandela semasa berjuang untuk kebebasan. Ia dikatakan bahawa kejahatan hanya perlu orang baik untuk tidak melakukan apa-apa untuk menang.4

Jangan Takut!

Dalam apa-apa yang kita lakukan, kita tidak patut memutuskan atau bertindak kerana menjadi takut. Benar-benarnya, “Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut” (2 Timotius 1:7). (Anda sedarkah idea “jangan takut” ditekankan dalam kitab suci?) Tuhan telah mengajar saya bahawa kekecewaan dan ketakutan ialah alat-alat musuh. Jawapan Tuhan kepada masa yang susah adalah untuk maju ke hadapan dengan iman.

Apa Yang Susah?

Setiap daripada kita boleh berpendapat berbeza tentang apa yang susah. Beberapa mungkin berfikir ia susah membayar persepuluhan apabila tiada cukup duit. Pemimpin-pemimpin kadang-kadang susah mengharapkan pembayaran persepuluhan daripada yang miskin. Ia mungkin susah bagi beberapa kita untuk maju ke hadapan dengan iman untuk berkahwin atau berkeluarga. Ada mereka yang susah “puas hati dengan [apa yang] telah Tuhan peruntukkan bagi [mereka]” (Alma 29:3). Ia mungkin susah berpuas hati dengan panggilan masa kini (lihat Alma 29:6). Disiplin Gereja boleh kelihatan susah, tetapi bagi beberapa ia tandakan permulaan proses pertaubatan yang ikhlas.

Tanpa mengira isu, kesusahan boleh baik bagi mereka yang akan maju ke hadapan dengan iman dan percayai Tuhan dan rancangan-Nya.

Saksi Saya

Saudara dan saudari, saya bersaksi bahawa pemimpin yang duduk di belakang saya dipanggil Tuhan. Keinginan mereka adalah untuk melayani Tuhan dengan baik dan menolong kita mengukuhkan injil ke dalam hati. Saya sayang dan sokong mereka.

Saya sayang Juruselamat, Yesus Kristus. Saya kagum bahawa Dia mengasihi Bapa dan kita sehingga menjadi Juruselamat dan Penebus kita: bahawa dengan berbuat demikian, Dia harus menderita sehingga menyebabkan Dia “gementar kerana rasa sakit, dan berdarah pada setiap liang, dan menderita baik tubuh mahupun roh” (D&C 19:18). Namun berhadapan dengan prospek yang dahsyat dan keperluannya, Dia menegaskan kepada Bapa, “Janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah” (Lukas 22:42). Saya bergembira dengan kata-kata malaikat: “Dia tidak ada di sini: dia sudah bangkit” (Matius 28:6).

Teladan-Nya benar-benar ialah “jalan, kebenaran, dan hidup” (Yohanes 14:6). Hanya melalui mengikuti teladan itu boleh kita temui “kedamaian di dunia ini dan kehidupan kekal di dunia yang akan datang” (A&P 59:23). Semasa saya telah mengikuti teladan-Nya dan mengamalkan ajaran-Nya, saya telah belajar bahawa “berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan-Nya” (2 Petrus 1:4) adalah benar.

Keinginan terbesar saya adalah untuk berdiri dengan Mormon sebagai pengikut Yesus Kristus yang ikhlas (lihat 3 Nefi 5:13) dan suatu hari mendengar dari bibir-Nya, “Syabas, kamu hamba yang baik dan setia” (Matius 25:21). Dalam nama Yesus Kristus, amin

Nota

  1. Lectures on Faith (1985), 69.

  2. Thomas S. Monson, “Pilihan-Pilihan,” Liahona, Mei 2016, 86.

  3. Thomas S. Monson, “The Holy Temple—a Beacon to the World,” Liahona, Mei 2011, 92.

  4. Lihat John Stuart Mill, Inaugural Address: Delivered to the University of St. Andrews, Feb. 1, 1867 (1867), 36.