Perpustakaan
Memperoleh Kepercayaan Tuhan dan Keluarga Anda


Memperoleh Kepercayaan Tuhan dan Keluarga Anda

Lelaki yang mempunyai “ketulusan hati” adalah lelaki yang harus dipercayai—kerana kepercayaan dibina di atas kesempurnaan akhlak.

Saudara, mungkin tidak ada pujian yang lebih diterima daripada Tuhan untuk mengetahui bahawa Dia percaya kita untuk menjadi pemegang imamat yang layak serta suami dan bapa yang hebat.

Satu perkara adalah pasti: memperoleh kepercayaan Tuhan adalah berkat yang datang melalui usaha yang banyak daripada bahagian kita. Kepercayaan adalah satu berkat berdasarkan kepatuhan kepada undang-undang Tuhan. Memperoleh kepercayaan Tuhan datang kerana mentaati perjanjian yang kita buat di dalam air pembaptisan dan dalam bait suci. Apabila kita menyimpan perjanjian dengan Tuhan, kepercayaan-Nya dalam kita membesar.

Saya menyayangi ayat suci zaman moden dan lama yang menggunakan frasa “ketulusan hati” apabila menggambarkan watak seorang yang soleh.1 Kesempurnaan akhlak atau kekurangan kesempurnaan akhlak adalah unsur asas dalam watak seseorang. Lelaki yang mempunyai “ketulusan hati” adalah lelaki yang harus dipercayai—kerana kepercayaan dibina di atas kesempurnaan akhlak.

Menjadi seorang dengan kesempurnaan akhlak bererti bahawa niat anda serta tindakan anda adalah murni dan soleh dalam segala aspek kehidupan, di khalayak ramai dan secara peribadi. Dengan setiap keputusan yang kita ambil, kita sama ada mendapat lebih atau kekurangan kepercayaan dari Tuhan Asas ini mungkin lebih terang dinyatakan dalam tanggungjawab yang dilantik ilahi iaitu sebagai suami dan bapa.

Sebagai suami dan ayah, kita telah menerima amanah ilahi daripada nabi zaman moden, pelihat dan pewahyu dalam dokumen “Keluarga:Suatu Perisytiharan kepada Dunia.” Dokumen ini mengajarkan (1) “bapa patut mengetuai keluarga mereka dengan kasih sayang dan kesolehan,” (2) bapa “bertanggungjawab menafkahi keperluan kehidupan ” dan (3) bapa bertanggungjawab untuk memberi perlindungan bagi keluarga mereka.2

Untuk kita mendapat kepercayaan Tuhan, kita harus mencapai tiga tanggungjawab yang dilantik ilahi kepada keluarga kita dalam cara Tuhan. Seperti yang dinyatakan dalam perisytiharan keluarga, cara Tuhan adalah untuk memenuhi tanggungjawab ini bersama dengan isteri kita sebagai ahli pasangan yang setaraf”1 Bagi saya, ini bererti bahawa kita tidak maju ke hadapan dengan keputusan penting mengenai tiga tanggungjawab ini tanpa perpaduan penuh dengan isteri kita.

Langkah pertama dalam usaha kita untuk memperoleh kepercayaan Tuhan adalah untuk meletakkan kepercayaan kita kepada-Nya. Nabi Nefi mencontohi komitmen ini apabila dia berdoa. “Ya Tuhan, aku telah percaya kepada-Mu, dan aku akan percaya kepada-Mu selama-lamanya. Aku tidak akan menaruh kepercayaanku pada lengan daging.”4 Nefi komited untuk melakukan kehendak Tuhan. Selain berkata dia ,”“akan pergi dan melaksanakan hal-hal yang telah Tuhan perintahkan,” Nefi tidak berbelah bagi dalam komitmennya untuk melaksanakan tugasannya, seperti digambarkan dalam pernyataannya “Sebagaimana Tuhan hidup, dan sebagaimana kita hidup, kita tidak akan pergi kepada bapa kita di padang belantara sehingga kita telah menyempurnakan hal itu yang Tuhan telah perintahkan kepada kita.”5

Kerana Nefi mempercayai Tuhan dulu, Tuhan meletakkan kepercayaan yang besar kepada Nefi. Tuhan memberkati dia dengan curahan hebat Roh yang memberkati hidupnya, hidup keluarganya dan kehidupan orangnya. Kerana Nefi memimpin dengan kasih sayang,kesolehan,menjaga dan melindungi keluarganya dan orang ramai, dia mencatat, “Dan terjadilah bahawa kami hidup menurut cara kegembiraan.”6

Untuk mewakilkan perspektif seorang wanita dalam perkara ini, Saya meminta dua anak perempuan saya yang sudah berkahwin untuk menolong saya. Saya menanya jika mereka boleh menyediakan satu ayat tentang bagaimana mereka melihat kepentingan kepercayaan kerana ia memberi kesan dalam perkahwinan dan keluarga mereka. Ini adalah pandangan Lara Harris dan Christina Hansen.

Pertama, Lara: “Salah satu perkara yang paling penting bagi saya adalah mengetahui apabila suami saya keluar sepanjang hari, dia membuat pilihan yang menunjukkan hormat dan kasih sayang terhadap saya. Apabila kami boleh mempercayai satu sama lain dalam cara ini, ia membawa kedamaian dalam rumah kami, di mana kami boleh menikmatinya untuk membesarkan keluarga kami bersama.

Sekarang pemikiran Christina: “Mempunyai kepercayaan dalam seseorang serupa dengan mempunyai iman dalam seseorang. Tanpa kepercayaan dan iman, terdapat ketakutan dan keraguan. Bagi saya, salah satu berkat yang paling hebat yang datang daripada dapat mempercayai dengan sepenuhnya suami saya adalah kedamaian—kedamaian minda yang mengetahui bahawa dia sebenarnya melakukan apa yang dia kata dia akan lakukan. Kepercayaan membawa kedamaian, kasih sayang dan persekitaran di mana kasih sayang boleh membesar.”

Lara dan Christina tidak nampak apa yang ditulis oleh yang lain. Ia amat menarik bagi saya bahawa kedua-dua daripada mereka secara bebas memikirkan berkat kedamaian dalam rumah sebagai akibat langsung kerana mempunyai suami yang mereka boleh percaya. Seperti yang digambarkan dalam contoh anak perempuan saya, asas kepercayaan mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan sebuah rumah yang mementingkan Kristus.

Saya juga dapat menikmati budaya yang mementingkan Kristus dalam rumah saya di mana bapa saya menghormati imamatnya dan memperoleh kepercayaan seluruh keluarga kami kerana “ketulusan hatinya”7 Benarkan saya berkongsi dengan anda satu pengalaman waktu remaja saya yang menggambarkan kesan positif seorang bapa yang memahami dan menghidupi asas kepercayaan yang dibina di atas kesempurnaan akhlak yang boleh memberi kesan ke atas keluarganya.

Bila saya muda, bapa saya membuka satu syarikat yang kepakarannya adalah dalam automasi kilang. Perniagaan ini membina, merekabentuk dan memasang garis pengeluaran automatik di serata dunia.

Apabila saya di sekolah menengah, bapa saya mahu saya tahu bagaimana untuk bekerja. Dia juga mahu saya untuk belajar perniagaan itu dari bawah ke atas. Pekerjaan pertama saya termasuk menjaga persekitaran syarikat dan mengecat kawasan yang tidak dapat dilihat oleh orang awam.

Apabila saya lebih tua, saya dinaikkan pangkat untuk bekerja di dalam kilang. Saya mula belajar untuk membaca pelan induk dan menggunakan jentera fabrikasi yang berat. Selepas lulus sekolah menengah, saya menghadiri universiti dan kemudian ke misi. Selepas pulang dari misi, saya terus kembali bekerja. Saya perlu mendapatkan wang untuk perbelanjaan pendidikan tahun hadapan.

Satu hari selepas misi saya, saya sedang bekerja di kilang apabila bapa saya memanggil saya ke pejabat dan menanya sama ada saya ingin mengikuti dia ke satu lawatan perniagaan ke Los Angeles. Ini adalah kali pertama bapa saya menjemput saya untuk menemani dia dalam lawatan perniagaan. Dia sebenarnya membenarkan saya keluar dan mewakili syarikat secara awam.

Sebelum kami berlepas, dia menyediakan saya dengan beberapa maklumat tentang pelanggannya yang berpotensi. Pertama, pelanggan itu adalah sebuah perbadanan multinasional. Kedua, mereka sedang menaik taraf barisan pengeluaran mereka di serata dunia dengan teknologi automasi. Ketiga, syarikat kami tidak pernah membekalkan mereka dengan perkhidmatan kejuruteraan atau teknologi. Dan akhirnya, pegawai korporat pembelian tertinggi mereka telah memanggil mesyuarat ini untuk mengkaji semula sebut harga kami untuk projek baru. Mesyuarat ini mewakili sebuah peluang yang baru untuk syarikat kami.

Selepas tiba di Los Angeles, bapa dan saya pergi ke hotel pegawai itu untuk mesyuarat. Perkara pertama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan dan menganalisis reka bentuk kejuruteraan dan spesifikasi projek tersebut. Perbincangan seterusnya berkenaan butiran operasi, termasuk logistik dan tarikh penghantaran. Agenda terakhir termasuk harga, terma dan syarat. Di sini adalah bila perkara menjadi menarik.

Pegawai korporat ini menerangkan kepada kami bahawa harga cadangan kami adalah paling rendah di antara mereka yang menghantar bidaan untuk projek ini Dia kemudian, memberitahu kamu harga bidaan kedua terendah. Dia kemudian menanya sama ada kami sanggup membawa balik cadangan kami dan menghantarnya semula. Dia berkata bahawa harga tawaran baru kami harus di bawah sedikit dengan bidaan kedua terendah. Dia menerangkan bahawa kita kemudian akan berkongsi dengan dia 50–50 keuntungan dengan harga yang baru itu. Dia merasionalisasikan dengan berkata semua orang akan menang. Syarikat kami akan menang dan kami akan membuat lebih banyak lagi duit daripada bidaan awal kami. Syarikatnya akan menang kerana mereka masih akan membuat perniagaan dengan pembida terendah. Dan sememangnya dia akan menang kerana dia yang membuat tawaran hebat ini.

Dia kemudian memberi kami nombor kotak pejabat pos di mana kami boleh menghantar wang yang diminta. Selepas semua ini, dia melihat bapa saya dan menanya, “Jadi, adakah kita setuju dengan tawaran ini?” Saya terkejut, apabila bapa saya berdiri dan berkata bahawa kami akan menghubunginya semula.

Selepas kami meninggalkan mesyuarat itu, kami masuk ke dalam kereta sewa, dan bapa saya berpaling ke arah saya dan berkata, “Jadi apa yang anda fikir harus kita lakukan?”

Saya menjawab bahawa saya rasa kita tidak patut mengambil tawaran itu.

Bapa saya kemudian menanya, “Tidakkah kamu rasa kita mempunyai tanggungjawab kepada pekerja kita untuk mempunyai tunggakan kerja yang baik?”

Semasa saya sedang berfikir soalannya dan sebelum saya boleh menjawab, dia menjawab soalannya sendiri. Dia berkata, “Dengar, Rick, apabila kamu mengambil rasuah atau menjejaskan kejujuran anda, ia amat susah untuk mendapatkannya semula. Jangan sesekali melakukannya, walaupun sekali.”

Hakikat yang saya berkongsi pengalaman ini dengan anda bererti saya tidak pernah lupa apa yang bapa saya ajarkan kepada saya dalam lawatan perniagaan pertama bersamanya. Saya berkongsi pengalaman ini untuk menggambarkan pengaruh berpanjangan yang kita ada sebagai seorang bapa. Kamu boleh bayangkan kepercayaan yang saya ada terhadap bapa saya kerana ketulusan hatinya. Dia mengamalkan asas ini dalam hidup peribadinya dengan ibu saya, anaknya dan dengan semua yang dia kenal.

Saudara, adalah doa saya petang ini bahawa kita meletakkan kepercayaan kita dalam Tuhan, seperti contoh Nefi, dan melalui ketulusan hati, kita memperoleh kepercayaan Tuhan, serta kepercayaan isteri dan anak-anak kita. Sambil kita memahami dan menerapkan asas kudus kepercayaan yang dibina di atas kesempurnaan akhlak, kita akan teguh dengan perjanjian kudus kita. Kita juga akan berjaya dalam mempengerusikan keluarga kita dengan kasih sayang dan kesolehan, menyediakan keperluan hidup dan melindungi keluarga kita daripada kejahatan dunia. Atas kebenaran ini saya bersaksi dengan rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.