Perpustakaan
Kebenaran-Kebenaran Penting—Keperluan Kita untuk Bertindak


Kebenaran-Kebenaran Penting—Keperluan Kita untuk Bertindak

Penglihatan Pertama dan Nabi Joseph Smith telah membawa pengetahuan dan kebenaran yang penting untuk kegembiraan kita di kehidupan ini dan untuk permuliaan kita.

Ketika saya berumur lebih kurang tujuh tahun, saya menanyakan kepada ibu saya, “Apabila kamu dan saya meninggal dan pergi ke syurga, masihkah kamu ibu saya?” Dia tidak menjangkakan soalan sedemikian. Tetapi menjawab sebaik mungkin mengikut pengetahuan dia, dia berkata,”Tidak, dalam syurga kita akan menjadi saudara dan saudari. Saya tidak akan menjadi ibu kamu.” Itu bukanlah jawapan yang saya harapkan.

Beberapa masa selepas interaksi pendek itu, dua orang lelaki tiba di pintu pagar rumah kami. Seperti keajaiban, ayah saya membenarkan mereka untuk masuk ke rumah. Mereka berkata bahawa mereka ialah para penginjil dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Para elder ini, seperti yang kami pelajari untuk memanggil mereka, mula mengajar keluarga kami. Saya ingat dengan jelas perasaan kegembiraan kami dan keseronokan setiap kali mereka datang ke rumah kami. Mereka memberitahu kami bahawa seorang pemuda telah pergi ke sebuah hutan untuk bertanya kepada Tuhan manakah gereja yang benar dan dia telah melihat Tuhan dan Yesus Kristus.1 Para elder ini menunjukkan kami sebuah ilustrasi penglihatan tersebut, dan ketika saya melihatnya, saya tahu Joseph Smith benar-benar telah melihat Tuhan Bapa dan Yesus Kristus. Para penginjil ini mengatakan kerana penglihatan itu, Gereja Yesus Kristus yang sejati sekali lagi berada di muka bumi ini.2

Imej
Penglihatan Pertama

Para penginjil juga mengajar kami tentang rancangan kebahagiaan Tuhan dan menjawab persoalan-persoalan kami sekeluarga tentang agama. Mereka mengajar kami bahawa keluarga sememangnya dapat bersama selepas kehidupan ini sebagai ayah, ibu, dan anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Keluarga kami dibaptiskan. Perjalanan untuk mengubah tabiat lama, melepaskan tradisi, dan menjadi ahli Gereja yang aktif pada masa itu bergelora. Tetapi kerana belas kasihan dan kasih Tuhan dan dengan bantuan banyak pemimpin dan ahli-ahli, kami dapat mengharungi tahun-tahun pertama yang mencabar.

Berjuta-juta orang yang telah mengikuti Gereja, begitu juga dengan banyak yang telah bertukar hati dan dibaptis setiap minggu, telah menerima kesaksian tentang Penglihatan Pertama, Roh Kudus dapat kerap berulang kali bersaksi kepada setiap kita sekiranya kita berusaha untuk menerapkan kebenaran injil Yesus Kristus yang mudah.

Penglihatan Pertama dan Nabi Joseph Smith telah membawa pengetahuan dan kebenaran tambahan yang penting untuk kegembiraan kita di hidup ini dan permuliaan kita di hadirat Tuhan. Saya akan menyebut tiga kebenaran-kebenaran yang kita perolehi dan mesti bertindak kerana seorang pemuda berlutut dalam doa yang tulus.

Tuhan Memanggil Para Nabi untuk Memimpin dan Membimbing Kita

Satu kebenaran penting yang kita belajar dari Penglihatan Pertama dan Nabi Joseph Smith ialah Tuhan memanggil para nabi,3 pelihat, dan pewahyu untuk mengajar, membimbing, memberi amaran, dan untuk memimpin kita.4 Para lelaki ini merupakan jurucakap Tuhan di bumi,5 memiliki wewenang untuk berbicara dan bertindak dalam nama Tuhan.6 Dengan ketat mengikuti nasihat mereka, kita akan dilindungi dan menerima berkat-berkat pilihan dalam perjalanan kita di bumi ini.

Ketika masih belajar di Brigham Young Universiti sebagai pemuda, bekas penginjil sepenuh masa yang bujang, saya menghadiri sebuah sesi imamat persidangan umum di Tabernacle di Temple Square. Presiden Ezra Taft Benson, Presiden Gereja ketika itu, menggesa setiap bekas penginjil sepenuh masa untuk mengambil serius tentang perkahwinan dan menjadikan ia satu keutamaan dalam hidupnya.7 Selepas sesi itu, saya tahu saya dipanggil untuk bertaubat dan perlu bertindak mengikut nasihat nabi.

Jadi, saya membuat keputusan untuk balik ke negara saya, Brazil untuk mencari isteri. Sebelum bertolak ke Brazil untuk dua bulan latihan, saya menelefon ibu saya dan beberapa kawan di telefon dan mencipta satu senarai dengan 10 wanita muda—setiap daripada mereka ialah isteri berpotensi.

Ketika berada di Brazil, setelah merenung dan doa yang banyak, saya berjumpa, bertemu janji, bertunang dan menetapkan satu tarikh untuk berkahwin dengan salah satu wanita muda dalam senarai tersebut. Ia bukanlah rekod yang mengejutkan bagi pelajar-pelajar di Provo, Utah, untuk bertemu janji dan bertunang, tetapi mengikut standard Brazil adalah cepat.

Beberapa bulan kemudian, saya mengahwini dengan Elaine. Dia ialah cinta hati saya, dan satu berkat pilihan.

Saya tidak mencadangkan setiap orang harus membuat senarai yang sama, tetapi saya mencadangkan—mungkin lebih dari mencadangkan—bahawa kita harus sentiasa bertindak ketika para nabi hidup berbicara.

Imej
Potret Presiden Thomas S. Monson

Nabi Tuhan pada hari ini ialah Presiden Thomas S. Monson, dan kita akan diberkati dengan mengikuti nasihatnya dengan teliti.

Pengetahuan tentang Sifat Sebenar Tuhan

Kebenaran lain yang kita pelajari kerana Penglihatan Pertama dan Nabi Joseph Smith ialah sifat sebenar Tuhan. Cuba bayangkan betapa kita diberkati untuk mengetahui bahwa Tuhan merupakan seorang bertubuh daging dan tulang serupa seperti kita,8 bahawa kita boleh menyembah seorang Tuhan yang benar, yang boleh memahami kita, yang telah menunjukkan dan mengungkapkan diri-Nya dan Putera-Nya kepada para nabi-Nya—nabi pada zaman dahulu dan nabi di zaman akhir ini.9 Dia merupakan Tuhan yang mendengar dan menjawab doa-doa kita;10 Tuhan yang mengawasi kita dari atas syurga11 dan secara konsisten bimbang akan kesejahteraan rohani dan duniawi kita; Tuhan yang memberi kita hak pilihan untuk memilih bagi diri kita untuk mengikuti Dia dan mematuhi perintah-perintah-Nya tanpa paksaan;12 Tuhan yang memberi kita berkat-berkat dan membenarkan kita untuk menghadapi rintangan-rintangan supaya kita boleh bertumbuh dan menjadi seperti Dia.

Dia ialah Tuhan yang penyayang yang menyediakan sebuah rancangan menurutnya kita dapat menikmati kebahagiaan di dalam kehidupan ini dan di keabadian.

Yesus Kristus Ialah Juruselamat Kita

Dari Penglihatan Pertama dan Nabi Joseph Smith, kita menerima pengetahuan tentang realiti dan misi kudus Tuhan Yesus Kristus, yang merupakan batu penjuru bagi agama kita.

Kerana kematian telah diperkenalkan ke dalam dunia, seperti kita hidup sekarang, kita semua akan mati satu hari nanti. Salah satu kesan kematian ialah kehilangan secara kekal badan jasmani kita; kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk menuntutnya. Sebagai tambahan, disebabkan kita semua berdosa dalam perjalanan di dunia ini, kita tidak mungkin akan dapat balik ke hadirat Bapa Syurgawi.

Dapatkah kamu membayangkan kesan-kesan akibat diusir dari hadirat Tuhan dan tidak akan pernah memiliki badan lagi?

Seorang Juruselamat dan Penebus diperlukan untuk membebaskan kita dari kematian dan dosa. Di bawah arahan Bapa di Syurga, Yesus Kristus telah datang ke bumi, menderita, mati di atas kayu salib, dan telah bangkit agar kita juga boleh dibangkitkan dan, dengan pertaubatan yang ikhlas dan melakukan serta memegang perjanjian-perjanjian kudus, dapat sekali lagi berada di hadirat Tuhan.

Yakub menjelaskan, “Ya, betapa agungnya kebaikan Tuhan kita, yang telah menyediakan suatu jalan bagi pelolosan kita dari genggaman makhluk dahsyat ini; ya, makhluk itu, kematian dan neraka, yang aku panggil kematian tubuh, dan juga kematian roh.”13

Imej
Yesus dan Maria di Kubur

Yesus ialah Mesias yang dijanjikan, Pemberi Hukum, Yang Kudus dari Israel, Tuhan kita, Juruselamat kita, Penebus kita, Raja kita, Kesemua kita.

Semoga kita terus bertindak atas kebenaran-kebenaran dan pengetahuan penting ini, menawarkan kepatuhan kita kepada Tuhan dan Putera-Nya yang Dikasihi. Dalam nama Yesus Kristus, amin