Perpustakaan
“Mengasihi Sesama Sendiri seperti Dia Telah Mengasihi Kita”


Mengasihi Sesama Sendiri seperti Dia Telah Mengasihi Kita

Dengan melayani dan mengampunkan yang lain dengan kasih sejati, kita boleh disembuhkan dan dikuatkan untuk mengatasi cabaran-cabaran kita sendiri.

Semasa Perjamuan Tuhan, Juruselamat memberikan satu perintah baru kepada pengikut-Nya, dengan berkata:

“Sekarang Aku memberikan perintah baru kepadamu: Hendaklah kamu saling mengasihi; sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi.

“Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”1

Para pengikut Juruselamat diberikan satu perintah baru untuk melakukan sesuatu yang lebih banyak, yang lebih besar dan yang lebih ilahi. Perintah baru dan jemputan ini dirumuskan dalam kata kunci “sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu.”

Kasih adalah Tindakan; Kasih adalah Pelayanan.

“Kasih adalah perasaan berbakti yang dalam, kekhuatiran, dan kasih sayang. Contoh terbaik kasih Tuhan terhadap anak-anak-Nya boleh dijumpai dalam Korban Tebusan Yesus Kristus yang tidak terhingga.”2 “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini,” Yohanes mencatat, “sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa, tetapi peroleh hidup sejati dan kekal.”3 “Kasih untuk Tuhan dan sesama sendiri adalah satu ciri pengikut Yesus Kristus .”4

Beberapa tahun yang lalu, apabila cucu sulung kami, Jose, berumur empat, dia bermain dengan isteri saya. Semasa mereka berketawa dan mempunyai masa yang baik bersama, cucu kami menanya dia, “Nenek, adakah kamu menyayangi saya?”

Dia menjawab kepada dia, “Ya, Jose, saya menyayangi kamu.”

Kemudian dia bertanya kepada isteri saya satu lagi soalan: “bagaimana kamu tahu yang kamu menyayangi saya?”

Dia menjelaskan kepadanya perasaan dia dan juga memberitahu perkara yang telah dia lakukan dan sanggup lakukan untuknya.

Kemudian isteri saya bertanya kepada Jose soalan yang sama, termasuk pertanyaan yang menusuk ini: “bagaimana kamu tahu yang kamu menyayangi saya?”

Dengan respon yang tulus tetapi ikhlas, dia menjawab, “saya menyayangi kamu sebab saya boleh merasainya di dalam hati saya.” Kelakuan Jose yang penyayang terhadap neneknya pada hari itu dan selalu menunjukkan bahawa kasih adalah gabungan antara tindakan dan juga perasaan yang dalam.

King Benjamin mengajar, “Dan lihatlah, aku memberitahu kamu hal-hal ini agar kamu boleh belajar kebijaksanaan; agar kamu boleh belajar bahawa apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu.”5

Di dalam dunia pada hari ini yang penuh dengan kesengsaraan kerana keadaan-keadaan yang berbeza, menghantar SMS dengan emoji yang lucu atau mengepos gambar yang cantik dengan perkataan “saya menyayangi kamu” adalah baik dan bernilai. Tetapi apa yang kebanyakan kita harus lakukan adalah meninggalkan telefon bimbit kita dan, dengan tangan dan kaki kita, menolong orang yang memerlukan. Kasih tanpa pelayanan adalah seperti iman tanpa pekerjaan; adalah mati.

Kasih Adalah Keampunan

Kasih murni, di mana adalah kasih suci Kristus,6 bukan sahaja memberi inspirasi kepada kita untuk bertindak dan memberi pelayanan tetapi juga untuk mempunyai kekuatan untuk mengampuni, tidak kira dalam apa jua keadaan. Saya ingin berkongsi dengan kamu suatu pengalaman yang telah memberi kesan dan mengubah hidup saya. Ted dan Sharon, ibu bapa Cooper yang bersama kita di sini telah memberi izin kepada saya untuk berkongsi apa yang telah berlaku kepada keluarga mereka lebih sembilan tahun yang lalu. Saya akan memberitahu pengalaman ini melalui pandangan Ted, ayah kepada Cooper:

21 Ogos 2008, adalah hari pertama persekolahan, dan tiga abang Cooper, Ivan, Garrett, dan Logan, berada di perhentian bas untuk menunggu menaiki bas. Cooper, yang berumur 4 tahun, menunggang basikalnya; isteri saya pula, Sharon, berjalan kaki.

Isteri saya berada di seberang jalan dan menyuruh Cooper untuk melintas jalan. Pada masa yang sama, sebuah kereta dengan perlahan membuat pusingan ke kiri dan melanggar Cooper.

Saya menerima panggilan telefon dari seorang jiran memberitahu saya Cooper telah dilanggar oleh sebuah kereta. Saya dengan segera memandu ke perhentian bas untuk melihat dia. Cooper terbaring di atas rumput, mengalami kesukaran untuk bernafas, tetapi tiada sebarang kecederaan luaran.

Saya berlutut di sebelah Cooper dan mengatakan kata-kata yang menggalakkan seperti “semuanya akan OK. Bertahan.” Pada waktu itu ketua kumpulan imam tinggi saya, Nathan, muncul dengan isterinya. Isterinya mencadangkan kami memberikan Cooper berkat imamat. Kami meletakkan tangan kami di atas kepala Cooper. Saya tidak ingat apa yang saya katakan dalam pemberkatan tersebut, tetapi saya ingat dengan jelas kehadiran yang lain di sekeliling kami, dan pada waktu itu saya tahu yang Cooper akan meninggal dunia.

Cooper diterbangkan dengan helikopter ke hospital tetapi, sebenarnya, telah meninggal dunia. Saya merasakan Bapa di Syurga memberitahu saya bahawa pengawasan duniawi saya telah berakhir dan Cooper kini berada di bawah jagaan-Nya.

Kami sempat meluangkan sedikit masa bersama dengan Cooper di hospital. Para pekerja di sana menyiapkan dia agar kami boleh memegang dia dan mengucapkan selamat tinggal dan membenarkan kami untuk meluangkan masa memegangnya, seberapa lama yang kami inginkan dengannya.

Dalam perjalanan balik ke rumah, isteri saya yang dalam kehibaan dan saya melihat sesama sendiri dan mula bercakap tentang budak lelaki yang memandu kereta itu. Kami tidak mengenalinya, walaupun kami tinggal berdekatan dan berada di dalam kawasan bahagian kami.

Keesokan hari adalah sangat sukar untuk kami kerana kami dipenuhi dengan kehibaan. Saya berlutut dan mengucap doa yang terikhlas yang pernah saya berikan. Saya meminta Bapa di Syurga di dalam nama Juruselamat saya untuk mengambil kehibaan yang melampau ini. Dia mengambil kehibaan tersebut.

Kemudian pada hari itu juga salah seorang penasihat presidensi pancang mengatur untuk kami bertemu dengan pemuda itu—pemandu kereta tersebut—dan ibu bapanya di rumah penasihat tersebut. Sharon dan saya menunggu budak lelaki dan ibu bapanya untuk sampai. Apabila pintu tersebut dibuka, kami bertemu dengan mereka buat kali pertama. Uskup saya berbisik di telinga saya, “Pergi kepada dia.” Sharon dan saya memeluk dia dalam pelukan berkumpulan yang besar. Kami menangis bersama untuk beberapa ketika. Kami memberitahu dia kami tahu bahawa apa yang telah berlaku adalah definisi untuk suatu kemalangan.

Adalah suatu keajaiban untuk Sharon dan saya, kedua-dua kami merasakannya dan kami masih merasakannya. Dengan rahmat Tuhan, kami mampu mengambil jalan besar ini, jalan yang jelas, satu-satunya jalan, dan menyayangi pemuda yang baik ini.

Kami menjadi sangat rapat dengan dia dan keluarganya selepas beberapa tahun. Dia telah berkongsi detik-detik paling berharganya dengan kami. Kami juga pergi ke bait suci dengan dia dalam dia mempersiapkan diri untuk misinya.7

Saudara dan saudari Ted tahu dengan tanpa sebarang keraguan bahawa Bapa di Syurga menyayangi kita. Dia tahu bahawa dengan kemampuan untuk memaafkan, dan untuk tidak membebankan diri dengan cara tersebut, adalah sebaik seperti diampuni. Kebaikan ini datang dari mengikuti contoh daripada Teladan agung kita. Dalam Kitab Mormon, Alma memberitahu tentang Juruselamat “Dan Dia akan pergi, menderita kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis; dan ini agar firman boleh digenapi yang mengatakan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya.”8

Para saudara dan saudari, kisah ini adalah kisah yang hebat tentang kasih sejati dan keampunan. Kita, seperti juga, boleh memperoleh kegembiraan dalam kita melayan dan mengampuni yang lain. Georgy, seorang lagi cucu kami, selalu berkata, “Apakah jenis keluarga kita?” Dan dia menjawab, “Kita adalah keluarga yang gembira!”

Presiden Thomas S. Monson telah menasihati kita, dengan berkata: “Mari kita memeriksa kehidupan kita dan menentukan untuk mengikut contoh Juruselamat dengan menjadi baik, penyayang, dan beramal.”9

Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, menyayangi kita dan sanggup untuk menolong kita untuk bertindak dalam kita menyayangi antara satu sama lain seperti Mereka telah menyayangi kita. Dan saya tahu bahawa dengan melayani dan mengampunkan orang lain dengan kasih sejati, kita boleh disembuhkan dan dikuatkan untuk mengatasi cabaran-cabaran kita sendiri. Dan saya berkata ini dalam nama Yesus Kristus, amin.