Perpustakaan
Roti Hidup yang Turun dari Syurga


Roti Hidup yang Turun dari Syurga

Jika kita ingin bersatu dengan Kristus dan Dia bersatu dengan kita, maka kekudusanlah yang kita cari.

Sehari selepas Yesus memberi makan kepada 5000 orang di Galilea dengan hanya “lima ketul roti barli, dan dua ekor ikan,”1 Dia berfirman kepada orang ramai di Kapernaum lagi. Juruselamat mendapati ramai yang tidak berminat dengan ajaran-Nya tetapi mereka lebih berminat untuk diberikan makan lagi.2 Oleh demikian, Dia cuba menyakinkan mereka nilai lebih besar yang akan diperoleh daripada “makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal, yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu.”3 Yesus mendeklarasikan:

“Akulah roti yang memberikan hidup.

“Nenek moyang kamu makan manna di padang gurun, dan mereka mati juga.

“Tetapi tidak demikian halnya dengan roti yang turun dari syurga; orang yang makan roti itu tidak akan mati.

“Akulah roti yang memberikan hidup, roti yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya. Roti yang akan Aku berikan itu tubuh-Ku, Aku berikannya supaya orang di dunia ini boleh hidup.”4

Maksud Juruselamat tidak difahami para pendengar yang hanya memahami kenyataan-Nya secara bulat. Terperanjat dengan kata-kata ini, mereka bertanya, “Bagaimanakah orang ini boleh memberikan tubuhnya kepada kita untuk dimakan?”5 Yesus menekankan maksud itu:

“Apa yang Aku katakan ini benar: Jika kamu tidak makan tubuh Anak Manusia, dan minum darah-Nya, kamu tidak akan benar-benar hidup.

“Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mempunyai hidup sejati dan kekal, lalu Aku akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat.

“Tubuh-Ku ini makanan sebenar dan darah-Ku ini minuman sebenar.”6

Kemudian dia menerangkan dengan lanjut maksud metafora-Nya:

“Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, hidup bersatu dengan Aku dan Aku dengan dia.

“Bapa yang hidup mengutus Aku; dan Aku hidup kerana Dia hidup. Begitu juga orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku.”7

Namun para pendengar masih tidak memahami kata-kata Yesus dan berkata, “ramai … , mendengar kata-kata-Nya lalu berkata, Ajaran ini terlalu sukar. Siapakah dapat menerimanya? … [Dan] sejak itu ramai pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi.”8

Untuk memakan tubuh dan meminum darah-Nya merupakan cara yang pelik untuk menunjukkan betapa kita harus betul-betul melibatkan Juruselamat dalam hidup kita—ke dalam diri kita—agar kita boleh bersatu dengan-Nya. Bagaimanakah ini berlaku?

Pertama, kita faham bahawa apabila Dia mengorbankan darah dan daging-Nya, Yesus menebus dosa-dosa kita dan mengatasi kematian, dari segi fizikal dan rohani.9 Jelasnya, kita mengambil daging dan meminum darah-Nya apabila kita menerima kuasa dan berkat daripada Korban Tebusan-Nya.

Ajaran Kristus mengajar kita apa yang harus dilakukan untuk menerima rahmat tebusan. Iaitu percaya dan beriman dalam Kristus, bertaubat dan dibaptiskan, dan menerima Roh Kudus, “dan datanglah pengampunan akan dosa-dosamu dengan api dan dengan Roh Kudus.”10 Inilah pintu pagar, untuk mencapai rahmat menebus Juruselamat dan ke lorong sempit dan kecil yang membawa kita ke kerajaan-Nya.

“Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus [di lorong itu], berjamukan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.

“… Dan sekarang, lihatlah, inilah ajaran Kristus, dan ajaran satu-satunya dan sejati daripada Bapa, dan daripada Putera, dan daripada Roh Kudus, yang adalah satu Tuhan, tanpa akhir.”11

Lambang sakramen dari Jamuan Tuhan amatlah indah untuk direnungkan. Roti dan air mewakili daging dan darah Dia yang merupakan Roti Kehidupan dan Air Hidup,12 mengingatkan kita harga yang Dia telah bayar untuk menebuskan kita. Apabila roti dibahagikan, kita mengingati daging Juruselamat yang dilukai. Elder Dallin H. Oaks telah perhatikan bahawa “kerana ianya dibahagikan, setiap kepingan kecil roti unik, sepertimana individu yang memakannya juga unik. Kita semua mempunyai dosa yang berlainan untuk ditaubatkan. Kita semua mempunyai keperluan berbeza yang perlu dikukuhkan melalui Korban Tebusan Tuhan Yesus Kristus, Dia yang kita ingati dalam tatacara injil ini.”13 Apabila kita meminum air itu, kita ingati darah yang dititiskan di Getsemani dan di atas salib dan kuasa yang mengkuduskan.14 Dengan pengetahuan bahawa “tidak ada apapun yang tidak bersih dapat masuk ke dalam kerajaan-Nya,” kita memutuskan untuk menjadi “mereka yang telah mencucikan pakaian mereka dalam darah [Juruselamat], kerana iman mereka, dan pertaubatan di atas segala dosa mereka, dan kesetiaan mereka sehingga akhir.”15

Saya telah bercakap tentang menerima rahmat menebus Juruselamat untuk menghapuskan dosa dan kotoran dosa dalam diri kita. Tetapi secara kiasan, memakan daging dan meminum darah-Nya mempunyai maksud dan kepentingan yang lebih, iaitu untuk mendalami nilai dan ciri Kristus, menanggalkan manusia alamiah dan menjadi Orang Suci “melalui korban tebusan Kristus Tuhan.”16 Apabila kita mengambil sakramen roti dan air setiap minggu, kita haruslah pertimbangkan bagaimana untuk mengikut corak dan teladan hidup-Nya yang sempurna secara seluruh dan sepenuhnya dalam kehidupan kita. Yesus tidak akan dapat menebus dosa orang kecualilah Dia sendiri tidak berdosa. Oleh kerana keadilan tidak dapat menuntut-Nya, Dia dapat mempersembahkan diri Dia bagi kita untuk memenuhi keadilan dan kemudiannya memberi kita belas kasihan. Ketika kita mengingat dan menghormati korban penebusan-Nya, kita juga patut merenungkan kehidupan-Nya yang sempurna.

Ini mencadangkan bahawa kita harus berusaha dengan bersungguh. Kita tidak patut berpuas hati untuk kekal sedia kala tetapi sentiasa maju ke depan untuk “menjadi matang dan sempurna seperti Kristus.”17 Seperti bapa Raja Lamoni di dalam Kitab Mormon, kita harus bersedia untuk melepaskan segala dosa kita18 dan tumpukan kepada harapan Tuhan bagi kita, secara individu dan bersama.

Tidak lama dahulu, seorang kawan mengisahkan kembali satu pengalaman ketika dia melayan sebagai presiden Misi. Dia telah menjalankan satu pembedahan yang memerlukan beberapa minggu pemulihan. Ketika pemulihannya, dia menumpukan masa untuk mengkaji tulisan suci. Satu petang ketika merenungkan firman Juruselamat dari bab 27 dalam 3 Nefi, dia terlena. Dia seterusnya memberitahu:

“Saya bermimpi di mana saya diberi satu pandangan kehidupan saya yang seluruh dan nyata. Saya ditunjukkan dosa-dosa saya, pilihan buruk, ketika … saya tidak melayan orang dengan sabar, dan perkara baik yang saya telah elak lakukan atau katakan. … [Satu] [kajian semula] … kehidupan saya ditunjukkan kepada saya dalam beberapa minit, tetapi bagaikan lebih lama. Saya bangun, terkejut dan … serta merta melutut di sisi katil dan mula berdoa, untuk diampunkan, meluahkan segala perasaan dalam hati yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini.

“Sebelum mimpi tersebut, saya tidak tahu bahawa saya amat [perlu] untuk bertaubat. Kesalahan dan kelemahan saya mula menjadi sangat ketara di mana jarak di antara saya dan kebaikan Tuhan [bagaikan] berjuta batu jauhnya. Di dalam doa saya lewat petang itu, saya mengungkapkan kesyukuran mendalam kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat dengan sepenuh hati untuk segala berkat saya dan untuk perhubungan yang dikasihi bersama isteri dan anak-anak. Ketika berdoa saya juga merasai kasih dan belas kasihan Tuhan yang sangat jelas, walaupun berasa tidak layak. …

“Sejak hari itu saya berubah. … Hati saya berubah. Sejak itu saya menjadi lebih berempati terhadap orang lain, kebolehan untuk mengasihi dengan lebih, bersama perasaan terdesak untuk mengkhutbahkan injil. … Saya dapat faham pesanan keimanan, harapan, dan kurniaan pertaubatan yang didapati dalam Kitab Mormon dengan lebih [kini].”19

Ingatlah bahawa wahyu nyata yang menayangkan dosa dan kelemahan lelaki baik ini tidak menawarkan hati atau menyebabkan dia putus harapan. Ya, dia berasa terkejut dan menyesal. Dia merasai keperluan untuk bertaubat. Dia menjadi rendah hati, namun berasa bersyukur, damai, dan berharapan—harapan benar—kerana Jesus Christ, “roti hidup yang turun dari Syurga.”20

Kawan saya bercakap tentang jarak yang dirasakan dalam mimpi di antara kehidupan dia dan kekudusan Tuhan. Kekudusan ialah kata yang tepat. Untuk makan daging dan minum darah Kristus bermakna untuk mengejar kesucian. Tuhan memerintah, “Hendaklah kamu suci; kerana Aku suci.”21

Henokh menasihati kita, “Ajarkanlah kepada anak-anakmu, bahwa semua orang, di mana pun, mesti bertaubat, atau mereka sekali-kali tidak dapat mewarisi kerajaan Tuhan, kerana tidak ada sesuatu yang tidak bersih dapat berdiam di sana, atau berdiam di hadirat-Nya; kerana, dalam bahasa Adam, Manusia Kekudusan adalah nama-Nya, dan nama Anak Tunggal-Nya adalah Putera Manusia, bahkan Yesus Kristus.”22 Ketika kecil, saya bertanya kenapa Yesus di dalam Perjanjian Baru sering dirujuk (dan juga dikenali) sebagai Putera Manusia sedangkan Dia sebenarnya Putera Tuhan, tetapi kenyataan Henokh memberi penjelasan bahawa rujukkan-rujukkan ini merupakan pengenalan ketuhanan dan kekudusan-Nya—Dia adalah Putera Manusia yang Suci, Tuhan Bapa.

Jika kita ingin bersatu dengan Kristus dan biarkan Dia bersatu dengan kita,23 jadi kekudusanlah yang dicari, secara rohani dan fizikal.24 Kita mencarinya di bait suci, oleh itu terukirnya “Kekudusan bagi Tuhan.” Kita mencarinya dalam perkahwinan, keluarga, dan rumah kita. Kita mencarinya setiap minggu kerana kita suka hari mulia Tuhan.25 Kita mencarinya dalam butiran kehidupan seharian: kata-kata, pakaian, fikiran kita. Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Thomas S. Monson, “Kita merupakan hasil daripada apa yang kita baca, lihat, dengar dan segala yang difikirkan.”26 Kita mencari kekudusan apabila kita memikul salib setiap hari.27

Sister Carol F. McConkie berkata: “Kita kenali pelbagai ujian, godaan, dan kesengsaraan yang akan menjauhkan kita dari segala yang baik atau layak dipuji oleh Tuhan. Namun pengalaman fana memberi kita peluang untuk memilih kesucian. Sering kali pengorbanan yang kita lakukan untuk mentaati perjanjianlah yang mempersucikan kita dan menjadikan kita kudus.”28 Dan selain “pengorbanan yang kita lakukan” saya ingin menambahkan layanan yang kita beri.

Kita tahu bahawa “apabila [kita] berada dalam pelayanan sesama, [kita] semata-mata dalam pelayanan Tuhan [kita].”29 Dan Tuhan mengingatkan kita bahawa layanan sedemikan merupakan pusat kehidupan dan teladan Dia. “Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”30 Presiden Marion G. Romney telah menerangkan: “Pelayanan bukanlah sesuatu yang kita tahani di dunia ini supaya kita mendapatkan hak untuk hidup dalam kerajaan selestial. Pelayanan adalah serat yang terpenting di mana kehidupan mulia di kerajaan selestial terjadi.”31

Zakharia menubuatkan bahawa pada hari penjajahan zaman seribu tahun Tuhan, termasuklah loceng kuda-kuda akan diukir dengan kata-kata, “Kekudusan bagi Tuhan.”32 Dengan pengetahuan tersebut, perintis Orang suci di lembah tersebut meletakkan peringatan, “Kekudusan bagi Tuhan,” pada benda yang biasa dan sederhana termasuklah benda yang berkaitan dengan adat agama. Ia telah diukir pada cawan dan pinggan sakramen, dituliskan pada sijil pentahbisan Tujuh Puluh dan pada panji Lembaga Pertolongan. “Kekudusan bagi Tuhan” juga muncul di tingkap pameran Institusi Zion Cooperative Mercantile, kedai besar ZCMI. Ia didapati di kepala sebuah tukul dan di atas satu dram. “Kekudusan bagi Tuhan” telah dicetak pada tombol pintu besi rumah Presiden Brigham Young. Rujukkan kekudusan tersebut yang ditempatkan di lokasi yang pelik dan tidak disangka mungkin tidak sesuai, tetapi ia mencadangkan betapa merebak dan malar fokus kekudusan kita.

Imej
Cawan Sakramen
Imej
Pinggan Sakramen
Imej
Tingkap pameran ZCMI
Imej
Tukul
Imej
Dram
Imej
Tombol pintu

Memakan daging dan meminum darah Juruselamat bermaksud kita menghapuskan apa sahaja perkara yang tidak konsisten dengan ciri-ciri Kristus dan menjadikan sifat-Nya sama dengan kita. Inilah maksud sebenar pertaubatan: bukan sahaja menghindari dosa lepas tetapi juga memusatkan hati dan kehendak kepada Tuhan”33 untuk maju. Sepertimana berlaku kepada rakan saya bersama mimpi pewahyu dia itu, Tuhan akan menunjukkan kelemahan dan kegagalan kita, tetapi Dia juga akan membantu kita mengubahkan hal-hal yang lemah menjadi kuat.34 Jika kita bertanya dengan ikhlas, “Adakah lagi yang harus saya lakukan?”35 Dia tidak akan membiarkan kita meneka, tetapi dia akan menjawab dengan kasih demi kegembiraan kita. Dan Dia akan memberi kita harapan.

Ia satu usaha yang susah, dan akan menjadi sangat menakutkan jika usaha untuk memperoleh kesucian dilakukan keseorangan. Jawapan yang mulia ini adalah bahawa kita tidak keseorangan. Kita mempunyai kasih Tuhan, rahmat Kristus dan bimbingan Roh Kudus, dan persahabatan dan galakan Orang suci dalam badan Kristus. Janganlah berpuas hati di mana pun anda berada, dan juga janganlah menjadi patah hati. Seperti satu lagu rohani menggalakkan:

Ambil masa untuk menjadi suci, dunia lalu dengan cepat;

Luangkan masa rahsia bersama Yesus sendiri.

Dengan berpaling kepada Yesus, seperti Dia anda menjadi;

Rakan anda akan lihat persamaan dengan-Nya melalui kelakuan anda.36

Saya bersaksikan Yesus Kristus, “roti hidupan yang turun dari syurga,”37 dan bahawa “sesiapa yang makan tubuh [Dia], dan meminum darah [Dia] memperoleh kehidupan abadi,”38 dalam nama Yesus Kristus, amin.