Perpustakaan
Tuhan Memimpin Gereja-Nya


Tuhan Memimpin Gereja-Nya

Kepimpinan Tuhan dalam Gereja-Nya memerlukan iman yang besar dan yang stabil dari mereka yang melayan Dia pada bumi.

Para saudara saya yang memegang imamat Tuhan, petang ini saya ingin berucap tentang cara istimewa Tuhan memimpin kerajaan-Nya pada bumi. Anda sudah tahu dasar-dasar itu. Saya berdoa supaya Roh Kudus akan tetapkan dasar-dasar itu kepada anda.

Pertama,Yesus Kristus ialah ketua Gereja pada bumi.

Kedua, Dia memimpin Gereja-Nya hari ini dengan berucap kepada orang yang dipanggil sebagai nabi, dan Dia lakukan demikian melalui wahyu.

Ketiga, Dia berikan wahyu kepada nabi-Nya dahulu, dan masih buat demikian serta akan terus buat demikian.

Keempat, Dia berikan wahyu penetapan kepada mereka yang melayan di bawah kepimpinan nabi-Nya.

Dari dasar-dasar tersebut, kita mengenali bahawa kepimpinan Tuhan dalam Gereja-Nya memerlukan iman yang besar dan yang stabil dari mereka yang melayan Dia pada bumi.

Sebagai contoh, iman diperlukan untuk mempercayai bahawa Tuhan yang sudah bangkit mengawal perincian harian kerajaan-Nya. Iman diperlukan untuk mempercayai bahawa Dia memanggil orang yang tidak sempurna untuk memegang jawatan penting. Iman diperlukan untuk mempercayai bahawa Dia tahu secara sempurna tentang orang yang Dia panggil, tentang keupayaan dan potensi mereka, jadi Dia tidak buat kesalahan dalam panggilan-Nya.

Mungkin ada orang senyum atau berasa ragu di kalangan hadirin ini—mereka yang fikir panggilan mereka untuk melayan mungkin satu kesilapan dan juga mereka yang fikir mereka tahu seseorang yang tidak berupaya untuk melayan dalam panggilan mereka. Nasihat saya kepada kedua-dua kumpulan ini adalah untuk menangguhkan penghakiman anda sehingga anda boleh nampak apa yang Tuhan nampak. Penghakiman yang perlu anda buat adalah bahawa anda berupaya untuk menerima wahyu dan bertindak ke atas ia dengan berani.

Iman diperlukan untuk berbuat demikian. Iman yang lebih besar diperlukan untuk mempercayai bahawa Tuhan memanggil orang yang tidak sempurna untuk memimpin anda. Tujuan saya petang ini adalah untuk membina iman anda bahawa Tuhan mengarah anda dalam pelayanan anda kepada Dia. Lebih penting lagi, saya harap untuk membina iman anda bahawa Tuhan mengilhamkan orang yang tidak sempurna yang Dia panggil sebagai pemimpin anda.

Mungkin anda fikir, pada mulanya, iman ini tidak penting untuk kejayaan Gereja dan kerajaan Tuhan. Tetapi, anda akan mendapati bahawa—tidak kira apa pun panggilan anda dalam pelayanan imamat, dari nabi Tuhan ke seorang pemegang imamat baru—iman adalah mustahak.

Marilah kita mula dengan apakah erti iman kepada seorang presiden kuorum pengajar. Adalah penting bagi dia untuk beriman bahawa Tuhan panggil dia secara peribadi, dan Tuhan mengetahui kelemahan dan kekuatan pengajar itu. Dia harus beriman bahawa orang yang berikan panggilan itu menerima wahyu dari Roh Tuhan. Penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli kuorumnya perlukan iman yang sama untuk mengikut dia dengan keyakinan yang besar.

Saya pernah nampak keyakinan itu apabila seorang budak lelaki duduk bersama presidensi kuorum pengajarnya satu pagi Ahad. Dialah setiausaha yang baru dipanggil. Presidensi muda itu berbincang bersama-sama. Mereka berbincang tentang cara mereka boleh melakukan permintaan uskup untuk membawa seorang budak yang kurang aktif balik ke gereja. Selepas doa dan perbincangan, mereka menugaskan setiausaha itu pergi ke rumah seorang budak yang tidak pernah menghadiri pertemuan dan menjemput dia.

Setiausaha itu tidak mengenali budak itu, tetapi dia tahu salah seorang ibu bapanya adalah kurang aktif dan seorang lagi bukan ahli Gereja dan dia seorang yang tidak mesra. Setiausaha itu berasa khuatir tetapi tidak takut. Dia tahu bahawa nabi Tuhan sudah minta pemegang imamat untuk membawa balik domba yang sesat. Dan dia sudah dengar doa presidensinya. Dia dengar mereka bersetuju pada nama budak yang perlu diselamatkan dan nama dirinya.

Saya dapat lihat setiausaha itu berjalan ke arah rumah budak yang kurang aktif itu. Dia jalan dengan perlahan-lahan seperti dia jalan ke arah kebahayaan besar. Setelah setengah jam, dia kembali ke jalan itu bersama budak itu, senyum dengan gembira. Saya tidak pasti sama ada dia tahu pada masa itu, tetapi dia pergi dengan iman bahawa dia menjalankan tugas Tuhan. Iman itu tetap bersama dia dan berkembang sepanjang masa dia menjadi seorang penginjil, seorang bapa, seorang pemimpin remaja putera, dan seorang uskup.

Marilah kita berbincang tentang apakah erti iman kepada seorang uskup. Seorang uskup kadangkala dipanggil untuk melayan orang yang banyak mengetahui dia. Ahli-ahli bahagian tahu tentang kelemahan manusianya dan kekuatan rohaninya, dan mereka tahu orang lain dalam bahagian itu yang mungkin harus dipanggil—orang lain yang nampaknya lebih berpendidikan, lebih berpengalaman, lebih mesra, atau lebih kacak.

Ahli-ahli ini harus tahu bahawa panggilan untuk melayan sebagai seorang uskup datang dari Tuhan, melalui wahyu. Tanpa iman mereka, uskup yang dipanggil oleh Tuhan akan mendapati bahawa adalah lebih susah untuk menerima wahyu yang dia perlukan untuk menolong mereka. Dia tidak akan berjaya tanpa iman ahli-ahli yang menyokong dia.

Dengan iman ahli-ahli, uskup akan lebih senang menerima wahyu untuk menolong mereka. Fikir tentang hamba Tuhan Raja Benyamin, yang membimbing rakyatnya ke pertaubatan. Hati rakyatnya menjadi lembut kerana iman mereka ke atas pengetahuan bahawa dia dipanggil Tuhan, walaupun dia ada kelemahan manusia, katanya datang dari Tuhan. Anda ingat apa yang rakyatnya kata: “Ya, kami mempercayai segala kata-kata yang telah kamu ucapkan kepada kami; … kami mengetahui akan kepastian dan kebenarannya, kerana Roh Tuhan Yang Maha Kuasa, yang telah mengerjakan perubahan yang hebat dalam diri kami, atau dalam hati kami, sehingga kami tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik” (Mosia 5:2).

Supaya seorang pemimpin berjaya dalam pekerjaan Tuhan, keyakinan rakyatnya bahawa dia dipanggil Tuhan mesti mengatasi pandangan mereka tentang kelemahan fananya. Anda ingat bagaimana Raja Benyamin jelaskan peranan kepimpinannya:

“Aku tidak memerintahkanmu untuk datang ke mari agar kamu hendaknya takut kepadaku, atau agar kamu hendaknya berfikir bahawa aku sendiri lebih daripada orang fana.

“Tetapi aku sama seperti dirimu sendiri, tunduk pada segala macam kelemahan dalam tubuh dan fikiran; namun aku telah dipilih oleh rakyat ini, dan ditahbiskan oleh ayahku, dan dibiarkan oleh tangan Tuhan agar aku hendaknya menjadi pemerintah dan raja atas rakyat ini; dan telah dipelihara dan dilindungi oleh kuasa-Nya yang tiada bandinganya, untuk melayanimu dengan segala daya, fikiran dan kekuatan yang telah Tuhan berikan kepadaku” (Mosia 2:10–11).

Pemimpin anda dalam Gereja Tuhan mungkin nampaknya lemah atau kuat dan berilham dalam pandangan anda. Sebenarnya setiap orang pemimpin ialah campuran semua sifat tersebut dan sifat-sifat lain. Apabila kita memandang hamba-hamba Tuhan seperti Tuhan memandang mereka apabila Dia memanggil mereka, ini akan menolong mereka untuk memimpin kita.

Tuhan memandang hamba-hamba-Nya dengan sempurna. Dia menampak potensi dan masa depan mereka. Dan Dia tahu bagaimana sifat alamiah mereka boleh diubah. Dia juga tahu bagaimana mereka boleh diubah oleh pengalaman mereka dengan orang yang mereka akan pimpin.

Mungkin anda pernah ada pengalaman di mana anda diperkukuhkan oleh orang yang anda layan. Saya pernah dipanggil sebagai seorang uskup bagi pemuda pemudi. Saya tidak pasti jika tujuan Tuhan adalah demi perubahan yang boleh saya tolong Dia buat ke atas mereka atau perubahan yang Dia tahu mereka akan buat ke atas saya.

Saya tidak faham bagaimana kebanyakan pemuda pemudi dalam bahagian itu bertindak seolah-olah saya dipanggil oleh Tuhan terutamanya untuk mereka. Mereka nampak kelemahan saya tetapi mereka tidak kira.

Saya ingat seorang pemuda yang meminta nasihat tentang pilihan pendidikan. Dia seorang mahasiswa di satu universiti yang bagus. Satu minggu selepas saya berikan dia nasihat, dia jadualkan satu janji temu dengan saya.

Apabila dia datang ke pejabat saya, dia mengejutkan saya dengan menanya, “Bolehkah kita berdoa sebelum kita mula berbual-bual? Dan bolehkah kita melutut? Dan bolehkah saya ucapkan doa itu?

Permintaannya menghairankan saya. Tetapi doanya lebih mengejutkan. Doa itu semacam ini: “Bapa Syurgawi, Engkau tahu Uskup Eyring berikan saya nasihat minggu lalu, dan nasihat itu gagal. Sila mengilhami dia untuk mengetahui apa yang harus saya lakukan sekarang.”

Mungkin anda senyum ke atas kejadian itu, tetapi saya tidak. Dia sudah tahu apa yang Tuhan hendak dia lakukan. Tetapi dia menghormati jawatan uskup dalam Gereja Tuhan dan mungkin mahu saya ada satu peluang untuk memperolehi satu keyakinan yang lebih besar untuk menerima wahyu dalam panggilan itu.

Itu berjaya. Secepat kami berdiri dan kemudian duduk, wahyu itu datang kepada saya. Saya beritahu dia apa yang saya rasa Tuhan hendak dia lakukan. Dia hanya 18 tahun masa itu, tetapi dia matang secara rohani.

Dia sudah tahu dia tidak perlu pergi ke seorang uskup demi masalahnya. Tetapi dia belajar untuk menyokong hamba Tuhan mahupun dalam kelemahan fananya. Dia menjadi seorang presiden pancang kemudian. Dia ingat dan gunakan pelajaran yang kami belajar bersama-sama: jika anda beriman bahawa Tuhan memimpin Gereja-Nya melalui wahyu kepada hamba-hamba yang tidak sempurna yang Dia panggil, Tuhan akan buka tingkap syurga kepada dia, seperti Dia akan lakukan untuk anda.

Dari pengalaman itu, saya belajar bahawa iman orang yang kita layani, kadangkala lebih daripada iman kita diri sendiri, bawakan wahyu kepada kita dalam pelayanan.

Ada satu lagi pelajaran bagi saya dari pengalaman ini. Jika pemuda itu menghakimi saya kerana kegagalan saya untuk memberikan dia nasihat yang baik kali pertama, dia tidak akan kembali meminta lagi. Dengan tidak menghakimi saya, dia menerima penetapan yang dia carikan.

Satu lagi pelajaran dari pengalaman itu sangat berfaedah kepada saya. Saya tahu bahawa dia tidak pernah beritahu sesiapa pun dalam bahagian itu bahawa saya tidak berikan nasihat yang baik kali pertama. Jika dia buat demikian, ini mungkin akan kurangkan iman ahli-ahli lain dalam bahagian itu untuk mempercayai ilham uskup.

Saya cuba tidak menghakimi hamba-hamba Tuhan atau bercakap tentang kelemahan mereka. Dan saya cuba ajarkan ini kepada anak-anak saya melalui teladan. Presiden James E. Faust kongsikan satu kepercayaan yang saya cuba gunakan dalam hidup saya. Saya kongsikan dengan anda:

“Kita … perlu menyokong dan mendukung para pemimpin tempatan kita, kerana mereka … sudah ‘dipanggil dan dipilih.’ Setiap ahli Gereja ini mungkin menerima nasihat dari seorang uskup atau presiden cabang, seorang presiden pancang atau presiden misi, dan Presiden Gereja dan rakan-rakannya. Tidak seorang daripada saudara-saudara ini meminta panggilannya. Tidak ada seorang pun yang sempurna. Tetapi mereka ialah hamba-hamba Tuhan, dipanggil oleh Dia melalui mereka yang berhak menerima ilham. Mereka yang dipanggil, disokong, dan yang ditetapkan berhak untuk menerima sokongan kita.

“… Ketidakhormatan terhadap para pemimpin pengkhutbah akan menyebabkan ramai menderita kelemahan dan kejatuhan rohani. Kita harus mengampuni sebarang ketidaksempurnaan, kesalahan, atau kelemahan mereka yang dipanggil untuk memimpin kita, dan mendukung jawatan yang mereka pegang” (“Called and Chosen,” Liahona, Nov. 2005, 54–55).

Nasihat itu memberkati hamba-hamba Tuhan di bawah semua keadaan.

Pada zaman awal Gereja Tuhan, pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Nabi Joseph Smith mula berucap tentang kesalahannya. Walaupun mereka sudah lihat dan tahu tentang perhubungannya dengan Tuhan, kritikan dan kecemburuan menyebar seperti wabak. Salah seorang dari Dua Belas Rasul tetapkan standard iman dan kesetiaan yang harus kita ada jika kita hendak melayan dalam kerajaan Tuhan.

Inilah laporan dari masa itu: “Beberapa orang elder memanggil satu mesyuarat dalam bait suci bagi mereka yang fikir Joseph Smith seorang Nabi yang sudah Jatuh. Mereka berniat untuk melantik David Whitmer sebagai pemimpin Gereja baru. … Selepas mendengar pertengkaran bertentangan Nabi, Brigham [Young] bangun dan bersaksi, ‘Joseph seorang Nabi, dan saya tahu, dan mereka boleh mencela dia sebanyak mereka suka; mereka tidak boleh memusnahkan pelantikan Nabi Tuhan, mereka hanya memusnahkan wewenang mereka, memutuskan benang yang ikatkan mereka kepada Nabi dan Tuhan, dan turun ke neraka’” (Church History in the Fulness of Times Student Manual [Church Educational System manual, 2003], 2nd ed., 174; lihat juga Teachings of Presidents of the Church: Brigham Young [1997], 79).

Dalam pelayanan kita, ada satu benang yang mengikatkan kita kepada Tuhan. Ia bermula dari panggilan kita untuk melayan dalam kerajaan, kepada mereka yang dipanggil untuk memimpin kita dalam imamat, dan kepada nabi, yang terikat dengan Tuhan. Iman dan kerendahan hati diperlukan untuk melayan di mana kita dipanggil, untuk mempercayai bahawa Tuhan memanggil kita dan mereka yang memimpin kita, dan untuk menyokong mereka dengan iman yang penuh.

Akan ada masanya, seperti pada zaman Kirtland, apabila kita perlukan iman dan ketulusan hati Brigham Young untuk berdiri pada tempat yang Tuhan panggil kita, bertaat setia kepada nabi-Nya dan kepada pemimpin yang Dia lantikkan.

Saya bersaksi dengan penuh takzim dan kegembiraan bahawa Tuhan Yesus Kristus mengawal segalanya. Dia memimpin Gereja dan hamba-hamba-Nya. Saya bersaksi bahawa Thomas S. Monson ialah satu-satunya orang yang memegang dan menggunakan semua kunci imamat kudus pada bumi pada saat ini. Dan saya berdoa demi berkat ke atas semua hamba-hamba yang rendah hati yang melayan dengan rela dalam Gereja Yesus Kristus yang sudah dipulihkan, yang dipimpin oleh Dia secara peribadi. Saya bersaksi bahawa Joseph Smith nampak Bapa Tuhan dan Yesus Kristus. Mereka berucap kepada dia. Kunci-kunci imamat dipulihkan untuk memberkat semua anak-anak Bapa Syurgawi. Misi dan keyakinan kita adalah untuk melayan pada tempat kita dalam tujuan Tuhan. Dalam nama Yesus Kristus, amin