2010–2019
“Berada Bersama dan Menguatkan Mereka”
April 2018


“Berada Bersama dan Menguatkan Mereka”

Kami doakan agar setiap saudara dan saudari akan meninggalkan persidangan umum ini dengan perasaan yang lebih terikat untuk menjaga satu sama lain.

Untuk menguraikan kata Ralph Waldo Emerson, saat yang amat sukar dilupai dalam kehidupan merupakan saat di mana kita merasai getaran hati dari wahyu.1 Presiden Nelson, saya tidak tahu berapa banyak lagi “getaran hati” yang boleh kita tahani hujung minggu ini. Ada yang di antara kita punyai jantung yang lemah. Tetapi apabila saya fikirkannya, anda mungkin dapat menguruskan itu juga Betapa hebatnya nabi ini!

Berikutan kesaksian-kesaksian Presiden Nelson yang mengagumkan semalam dan pagi tadi, saya memberi saksi sendiri bahawa perubahan-perubahan ini merupakan contoh-contoh wahyu yang telah membimbing Gereja ini sejak awal lagi. Terdapatnya banyak lagi bukti bahawa Tuhan akan mempercepatkan pekerjaan-Nya pada waktunya.2

Kepada semua yang ingin belajar dengan lebih terperinci berkenaan hal-hal ini, ketahuilah bahawa sebaik tamatnya sesi persidangan ini, satu turutan akan bermula yang termasuk, namun tidak semestinya dalam aturan berikut, menghantarkan sebuah surat daripada Presidensi Utama ke setiap ahli Gereja yang mempunyai alamat e-mel. Satu dokumen berhalaman tujuh muka surat yang mengandungi soal jawab akan disertakan kepada semua pemimpin-pemimpin imamat dan badan sokongan. Akhir sekali, bahan-bahan tersebut akan dipamerkan serta merta pada laman ministering.lds.org. “Mintalah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan menerimanya; carilah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan mendapatnya.”3

Kini kita menumpu kepada tugasan yang Presiden Nelson telah berikan kepada saya dan Sister Jean B. Bingham. Saudara dan saudari, apabila usaha kuorum dan badan sokongan matang, maka kita juga matang secara peribadi—setiap individu bangkit daripada segala rutin tindakan berulang yang tidak bermakna ke penganutan yang dinyatakan oleh Juruselamat di pengakhiran layanan-Nya di bumi. Ketika Dia bersedia untuk meninggalkan pengikut-pengikut-Nya yang masih murni dan sedikit keliru, Dia tidak memberi senarai langkah pentadbiran bagi mereka atau memberi mereka satu gengaman penuh laporan yang perlu diisi dan disalinkan tiga kali. Tidak, Dia merumuskan tugas mereka ke dalam satu perintah asas: “Hendaklah kamu saling mengasihi; sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu. …  Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”4

Dalam usaha untuk mencapai matlamat unggul injil itu, pengumuman baru berkenaan pelayanan imamat dan Lembaga Pertolongan akan melibatkan, bersertakan hal-hal lain, unsur-unsur berikut, ada yang telah dilakukan oleh Lembaga Pertolongan dengan berjaya sebelum ini.5

  • Kita tidak lagi akan menggunakan istilah pengajar keluarga dan pengajar berkunjung. Ini kerana kebanyakan usaha pelayanan kita akan berlaku di luar rumah dan kerana hubungan kita bukan hanya didefinisikan melalui ajaran yang disediakan, walaupun satu pelajaran mungkin dikongsi jika perlu. Tujuan utama idea pelayanan ini adalah, seperti yang dikatakan berkenaan mereka di zaman Alma, untuk “mengawasi orang mereka, dan … memelihara mereka dengan apa yang berkaitan dengan kebenaran.”6

  • Kita akan cuba mengunjung di rumah jika boleh, tetapi contoh seperti keadaan tempatan, bilangan yang besar, jarak yang jauh, keselamatan diri, dan keadaan yang mencabar mungkin menghindar lawatan ke setiap rumah tiap-tiap bulan. Seperti nasihat Presidensi Utama bertahun yang lalu, lakukan dengan sebaik mungkin.7 Selain daripada jadual yang anda tetapkan untuk kunjungan, kalendar anda boleh termasuk panggilan telefon, tulisan nota kecil, sms, e-mel, perbualan video, perbualan di pertemuan Gereja, projek layanan bersama, aktiviti sosial, dan kemungkinan yang pelbagai dari dunia media sosial. Namun, saya harus tekankan bahawa pandangan yang luas ini tidak termasuk penyataan memalukan yang saya lihat pada pelekat bampar kereta baru-baru ini. Ia berbaca, “Jika saya membunyikan pon, anda telah menerima pengajaran keluarga.” Tolonglah, tolonglah, para saudara (para saudari tidak akan melakukan itu—saya berucap kepada para saudara Gereja ini), dengan perubahan ini kami inginkan penjagaan dan keprihatinan lebih, bukannya sedikit.

  • Berikutan pelayanan baru yang lebih berasaskan injil ini, saya dapat merasa anda mulai rasa hairan dengan apa yang dikira dalam laporan. Bertenanglah, kerana tiada sebarang laporan—sekurang-kurangnya bukan laporan pada hujung bulan, seperti laporan yang perlu disiapkan pada saat-saat akhir. Di sini juga kita menjadi lebih matang. Laporan yang akan dilakukan hanyalah bilangan temu duga yang pembimbing adakan bersama teman-teman pelayanan bahagian dalam suku tahunan. Walaupun ia nampak mudah, rakan-rakanku, temu ramah tersebut adalah amat penting. Tanpa informasi tersebut uskup tidak akan dapat menerima informasi yang dia perlukan berkenaan keadaan rohani dan duniawi jemaahnya. Ingat: pelayan saudara mewakili lembaga uskup dan presidensi kuorum elders; mereka tidak menggantikan. Kunci-kunci seorang uskup dan presiden kuorum mencapai lebih daripada konsep pelayanan ini.

  • Oleh kerana laporan ini berbeza daripada segala yang anda pernah hantarkan sebelum ini, biarlah saya tekankan bahawa kita di ibu pejabat Gereja tidak perlu tahu bagaimana atau di mana atau bila anda menghubungi orang anda; kami hanya perlu tahu bahawa anda lakukannya dan memberkat mereka dalam apa jua cara yang boleh.

Saudara dan saudari, kita telah diberi peluang syurgawi sebagai seluruh Gereja untuk menunjukkan “ibadat yang murni … dan sejati bagi Tuhan”8—“untuk menanggung beban satu sama lain agar ia menjadi ringan” dan untuk “menghibur mereka yang memerlukan penghibur,”9 untuk melayani balu dan anak yatim piatu, yang sudah berkahwin dan yang bujang, yang kuat dan yang bingung, yang ditindas dan yang teguh, yang gembira dan yang sedih—kesimpulannya, kita semua, setiap kita, kerana kita semua memerlukan persahabatan erat dan mendengar deklarasi keimanan yang kukuh. Namun demikian, saya memberi amaran, satu nama baru, kefleksibelan baru, dan laporan yang kini berkurangan tidak akan memberi beza dalam layanan kecualilah jika kita melihat ini sebagai undangan untuk menjaga satu sama lain dengan cara baru yang berani dan kudus, sepertimana dikata oleh Presiden Nelson tadi. Apabila kita melihat dengan mata rohani untuk memenuhi perintah kasih sayang secara sejagat, kita menghormati generasi sebelumnya yang telah melayan sedemikian sebelum ini. Biarkan saya kongsi satu contoh kesetiaan sedemikian dengan harapan ramai lagi yang akan fahami perintah Tuhan untuk “berada bersama dan menguatkan”10 saudara dan saudari kita.

Pada Januari 14 lepas, satu hari Ahad, sedikit selepas 5:00 petang, rakan muda saya Brett and Kristin Hamblin sedang berbual di rumah mereka di Tempe, Arizona, selepas sehari Brett melayan dalam lembaga uskup dan kesibukan Kristin menjaga lima anak mereka.

Tiba-tiba Kristin, yang sebelum ini seorang yang baru selamat berjuang dengan barah payu dara, menjadi tidak responsif. Satu panggilan ke 911 membawa pasukan kecemasan tiba untuk menghidupkan dia. Ketika Brett berdoa dan merayu, dia dengan pantas membuat dua panggilan lain: satu kepada ibunya untuk membantu menjaga anak-anak mereka, dan yang kedua kepada Edwin Potter, pengajar keluarganya. Keseluruhan perbualan tersebut dengan Edwin adalah berikut:

Edwin, melihat panggilan ID, berkata, “Hai, Brett, apa khabar?”

Brett menjawab dengan hampir berteriak “Saya perlukan kamu—sekarang!”

Dalam beberapa minit, rakan imamatnya berada di sisi, membantu anak-anaknya dan kemudian memandu Brother Hamblin ke hospital sambil mengikuti belakang ambulans yang sedang membawa isterinya. Di sana, lebih kurang 40 minit selepas dia menutup matanya, doktor mengumumkan kematian Kristin.

Sambil Brett menangis, Edwin memeluknya dan menangis bersamanya—buat masa yang lama. Kemudian, meninggalkan Brett untuk berdukacita bersama ahli keluarga lain yang telah datang berkumpul, Edwin memandu ke rumah uskup untuk memberitahu apa yang telah berlaku. Uskup hebat itu dengan serta merta pergi ke hospital dan Edwin memandu ke rumah keluarga Hamblin. Dia dan isterinya, Charlotte, yang juga telah datang, bermain dengan lima anak yatim Hamblin, yang berumur di antara 12 hingga 3 tahun. Mereka memberi anak-anak Brett makan malam, mengadakan satu persembahan muzik yang tidak terancang, dan membantu menyiapkan mereka untuk tidur malam.

Brett berkata kepada saya kemudian, “Bahagian yang menakjubkan dalam kisah ini bukanlah Edwin yang datang apabila saya menelefon. Dalam kecemasan, sentiasa ada orang yang akan membantu. Tidak, bahagian yang menakjubkan dari kisah ini ialah dialah orang yang saya terfikir. Ada orang lain di sekitar saya. Kristin punyai seorang abang dan kakak yang tinggal kurang daripada tiga batu dari kami. Kami punyai seorang uskup yang hebat, yang terbaik. Tetapi perhubungan di antara saya dan Edwin sedemikian di mana saya secara naluri menghubunginya apabila saya memerlukan bantuan. Gereja telah menyediakan satu cara yang teratur untuk menghidupi perintah kedua dengan lebih baik—untuk mengasihi, melayan, dan mengembangkan perhubungan dengan saudara dan saudari kita yang akan membantu kita mendekati Tuhan.”11

Edwin berkata berkenaan pengalaman itu, “Elder Holland, secara ironinya dalam segala ini ialah Brett telah menjadi pengajar keluarga saya lebih lama daripada saya menjadi pengajar keluarga dia. Sepanjang masa itu, dia telah mengunjung kami lebih secara kawan dan bukannya kerana tugas. Dia teladan yang baik, contoh unggul maksud pemegang imamat yang aktif dan prihatin. Isteri saya, anak-anak lelaki kami—kami tidak memandang dia sebagai seorang yang telah diwajibkan untuk memberi kami pesanan setiap hujung bulan; kami menganggap dia sebagai kawan yang tinggal di hujung jalan kejiranan, yang akan melakukan apa jua untuk memberkati kami. Saya gembira dapat membalas budi baiknya walaupun sedikit.”12

Saudara dan saudari, saya menyertai anda dengan memberi penghormatan kepada setiap blok pengajar dan pengajar bahagian dan pengajar keluarga dan pengajar berkunjung yang telah mengasihi dan melayan dengan setia sepanjang sejarah kita. Doa kami hari ini agar setiap saudara dan saudari—dan remaja putera dan remaja puteri matang kita—akan meninggalkan persidangan umum ini dengan perasaan yang lebih terikat untuk menjaga satu sama lain, didorongi hanya dengan kasih suci Kristus. Walaupun kita mungkin berasa terhad dan serba kekurangan—dan kita semua punyai cabaran masing-masing—namun demikian, semoga kita berusaha bersama Tuan ladang anggur,13 memberi bantuan kepada Tuhan dan Bapa kita dalam tugas besar-Nya dalam menjawab doa-doa, memberi hiburan, mengeringkan air mata, dan menguatkan mereka yang lemah.14 Apabila kita berlaku sedemikian, kita akan lebih menjadi pengikut Kristus sejati yang sepatutnya. Pada hari Ahad Easter ini, semoga kita mengasihi sesama sebagaimana dia mengasihi kita,15 saya doakan dalam nama Yesus Kristus, amin.