2010–2019
Laporan Jabatan Pengauditan Gereja, 2017
April 2018


Laporan Jabatan Audit Gereja, 2017

Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Saudara yang terkasih: Macam diarahkan oleh wahyu dalam bahagian 120 Ajaran dan Perjanjian, majlis untuk penggunaan persepuluhan—yang terdiri dari Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Lembaga Uskup Utama—mengizinkan penggunaan dana Gereja. Entiti Gereja mengagihkan mengikut belanjawan, polisi dan prosedur yang diluluskan.

Pengauditan Gereja, yang terdiri dari profesional dengan bukti kelayakan dan adalah bebas dari semua jabatan Gereja yang lain, ada tugas untuk membuat audit untuk memberikan jaminan yang munasabah tentang sumbangan yang diterima, wang yang digunakan, dan perlindungan harta Gereja.

Berdasarkan audit yang dilakukan, Pengauditan Gereja berpendapat bahawa, dalam setiap aspek bahan, sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat, dan aset Gereja bagi tahun 2017 telah direkodkan dan ditadbir mengikut belanjawan, polisi dan amalan perakaunan yang diluluskan. Gereja mengikut ajaran yang diajarkan kepada ahlinya iaitu hidup dalam belanjawan, menjauhi hutang, dan menjimat duit bagi masa yang memerlukannya.

Dikemukakan dengan hormat,

Jabatan Pengauditan Gereja

Kevin R. Jergensen

Pengarah Urusan