2010–2019
Sesiapa Yang Bertahan Sehingga Akhir Akan Diselamatkan.
April 2018


Sesiapa Yang Bertahan Sehingga Akhir Akan Diselamatkan

Mari kita beriman kepada apa yang kita percaya dan ketahui.

Para saudara dan saudari, saya bersyukur dengan peluang untuk menyatakan beberapa perasaan saya kepada anda.

Beberapa tahun dahulu, saya bersama isteri menghadiri majlis sulung pameran kanak-kanak interaktif di Muzium Sejarah Gereja di Salt Lake City. Pada penghujung majlis tersebut Presiden Monson berjalan ke arah kami dan sambil berjabat tangan, dia berkata, “Bertahan, dan anda akan menang”—satu pengajaran yang mendalam dan kebenarannya kita semua boleh sahkan.

Yesus Kristus memberi jaminan kepada kita bahawa “sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.”1

Untuk bertahan bererti “untuk tetap teguh dalam komitmen dan benar kepada perintah Tuhan walaupun berdepan dengan godaan, pertentangan, dan musuh.”2

Mereka yang menerima pengalaman rohani kuat dan telah memberi pelayanan dengan penuh iman juga boleh pada satu hari jatuh dan tidak aktif jika mereka tidak bertahan sampai akhir. Semoga kita sentiasa tegas untuk mengingatkan minda dan hati kita frasa “Ini tidak akan terjadi pada saya.”

Apabila Yesus Kristus mengajar di Kapernaum, “banyak pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi.”

Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”3

Saya percaya bahawa hari ini, Yesus Kristus menanya pada kita semua yang telah mengambil perjanjian kudus dengan-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”

Saya berdoa bahawa kita semua, merenung dengan mendalam tentang apa yang tersimpan untuk kita di keabadian, boleh menjawab seperti Simon Petrus: “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.”4

Mari kita beriman kepada apa yang kita percaya dan ketahui. Jika kita tidak hidup mengikut pengetahuan kita, mari kita berubah. Orang yang berdosa dan berterusan dalam dosa mereka, dan tidak bertaubat, akan tenggelam dengan lebih mendalam ke kekotoran, sehingga Setan menuntut mereka untuk dirinya dan ini dengan ketara menjejaskan peluang mereka untuk bertaubat, untuk diampuni, dan untuk diberkati dengan semua berkat keabadian.

Saya telah mendengar banyak alasan daripada mereka yang telah berhenti mengambil bahagian dalam Gereja dan telah hilang kanta penglihatan tentang tujuan pengembaraan kita di dunia ini. Saya menggesa mereka untuk merenungkan perkara ini dan pulang, kerana saya percaya tidak ada siapa yang boleh membuat alasan di hadapan Tuhan, Yesus Kristus.

Apabila kita dibaptis, kita membuat perjanjian—bukan dengan manusia tetapi dengan Juruselamat, kita bersetuju untuk “mengambil ke atas diri [kita] nama Yesus Kristus, menunjukkan suatu kebulatan tekad untuk melayani-Nya sampai akhir.”5

Kehadiran di pertemuan sakramen adalah satu cara utama kita boleh menilai keazaman kita untuk melayani-Nya, ketabahan rohani kita, dan perkembangan iman kita dalam Yesus Kristus.

Mengambil sakramen adalah perkara paling penting yang kita lakukan pada hari Sabat. Tuhan menerangkan tatacara ini kepada Rasul-Nya sebelum Dia meninggal. Dia lakukan perkara yang sama di benua Amerika. Dia mengajar kepada kita bahawa jika kita menyertai dalam tatacara ini, ia akan menjadi kesaksian kepada Bapa di Syurga yang kita sentiasa mengingati-Nya, dan Dia berjanji bahawa, dengan sewajarnya, kita akan mempunyai Roh-Nya bersama kita.6

Dalam ajaran Alma kepada anak lelakinya Siblon, kita mendapat nasihat arif dan amaran yang menolong kita untuk tetap setia kepada perjanjian kita.

“Pastikanlah bahawa kamu tidak terangkat-angkat pada keangkuhan; ya, pastikanlah bahawa kamu tidak bercakap besar dalam kebijaksanaanmu sendiri, tidak juga dalam kekuatanmu yang besar.

“Gunakanlah keberanian, tetapi bukan dengan keterlaluan; dan juga pastikanlah bahawa kamu mengekang segala nafsumu, agar kamu boleh dipenuhi dengan kasih; pastikanlah bahawa kamu menjauhkan diri daripada kemalasan.”7

Beberapa tahun dahulu, semasa satu percutian, saya hendak pergi berkayak untuk kali pertama. Saya menyewa satu kayak, dan dengan penuh semangat, saya masuk ke laut.

Selepas beberapa minit, satu ombak terbalikkan kayak saya. Dengan banyak tenaga, memegang pendayung dengan satu tangan dan memegang kayak dengan tangan yang satu lagi, saya dapat menstabilkan diri.

Saya cuba lagi untuk mendayung kayak saya, tetapi beberapa minit kemudian, kayak itu terbalik lagi. Saya berdegil untuk cuba semula, tetapi tidak berjaya, sehingga seseorang yang memahami kayak beritahu saya bahawa mungkin terdapat keretakan pada kayak itu dan air telah masuk dan memenuhi kayak itu, yang menyebabkan ia tidak stabil dan mustahil untuk di kawal. Saya menarik kayak itu ke tepi laut dan mengeluarkan palam, dan sememangnya, banyak air keluar.

Saya rasa kadangkala kita melalui hidup dengan dosa seperti itu, seperti kebocoran dalam kayak saya, ia menghalang kemajuan rohani.

Jika kita berterusan dalam dosa kita, kita lupa perjanjian yang kita buat dengan Tuhan, walaupun kita terus terbalik disebabkan ketidakseimbangan yang disebabkan oleh dosa dalam hidup kita.

Seperti keretakan dalam kayak saya, keretakan dalam hidup kita harus ditangani. Beberapa dosa memerlukan lebih banyak usaha berbanding yang lain untuk bertaubat.

Kita harus menanya diri kita: Di mana kita mengenai perangai kita terhadap Juruselamat dan kerja-Nya? Adakah kita dalam situasi Petrus apabila dia menafikan Yesus Kristus? Atau sudahkah kita maju ke tahap di mana kita mempunyai sikap dan keazaman yang dia punyai selepas panggilan besar yang dia terima daripada Juruselamat?8

Kita harus berusaha untuk mematuhi semua perintah dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka yang paling susah untuk dipatuhi. Tuhan akan berada di pihak kita, menolong kita dalam masa keperluan dan kelemahan, dan jika kita menunjukkan keinginan ikhlas dan bertindak sewajarnya, Dia akan “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat.”9

Kepatuhan akan memberi kita kekuatan untuk mengatasi dosa. Kita juga harus faham bahawa percubaan iman kita memerlukan kita untuk patuh, selalunya tanpa mengetahui hasilnya.

Saya mencadangkan satu formula yang akan menolong kita bertahan sampai akhir:

  1. Setiap hari, berdoa dan membaca ayat suci.

  2. Setiap minggu, mengambil sakramen dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal.

  3. Membayar persepuluhan dan sumbangan puasa bulanan.

  4. Setiap dua tahun—setiap tahun bagi remaja—perbaharui kad rekomen bait suci.

  5. Sepanjang hidup kita, melayani dalam kerja Tuhan.

Semoga kebenaran hebat injil mantapkan minda anda, dan semoga kita boleh memastikan hidup kita bebas daripada keretakan yang boleh menghalang perjalanan selamat kita melalui lautan hidup.

Kejayaan dalam cara Tuhan mempunyai satu harga, dan satu-satunya cara untuk mencapainya adalah untuk membayar harganya.

Betapa syukurnya saya yang Juruselamat kita bertahan sehingga akhir, dan melengkapkan korban tebusan-Nya.

Dia menderita untuk dosa kita, kesakitan, kemurungan, kepedihan, kelemahan, dan ketakutan, jadi Dia tahu bagaimana untuk menolong kita, untuk mengilhami kita, untuk menghiburkan kita, dan bagaimana untuk menguatkan kita supaya kita boleh bertahan dan memperoleh mahkota yang disimpan untuk mereka yang tidak kalah.

Kehidupan adalah berbeza untuk setiap daripada kita. Kita semua mempunyai masa cubaan, masa kegembiraan, masa membuat pilihan, masa untuk mengatasi halangan, dan masa untuk mengambil kesempatan daripada peluang.

Walau apa pun situasi peribadi kita, saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita sentiasa berkata, “Saya sayangi anda. Saya sokong anda Saya bersama anda. Jangan menyerah kalah. Bertaubat dan bertahan dalam jalan yang saya telah tunjukkan kepada anda. Dan saya memberi jaminan yang kita akan berjumpa sekali lagi di rumah selestial kita.” Dalam nama Yesus Kristus, amin